Bekas tunang suruh simpan cincin tunang, bila aku nak gadai rupanya bukan emas 916

Aku kena buang kerja dah 5 bulan jadi penganggur, kereta nak kena tarik, rumah tak mampu bayar. Semalam aku gagal lagi interview, kena reject depan – depan. Aku nekad, inilah malamnya. Aku ambil pis4u, hela nafas, dan letak di pergeIangan tangan. Tiba – tiba handphone berbunyi..

#Foto sekadar hiasan. Selasa lepas adalah kali ketiga dalam minggu tu aku interview kerja. Seperti biasa, kena reject depan – depan. Aku dah letih sangat. Aku kena buang kerja masa komitmen tengah banyak sebab company tengah kurangkan staff.

Aku faham ekonomi tengah teruk, tapi aku tahu juga performance aku kat tempat kerja. So far aku di antara yang banyak menyumbang pada company. Kenapa nama aku tersenarai juga untuk kena tend4ng? P4mpasan tak banyak pun.

Aku cuma boleh surv1ve beberapa bulan. Dah lima bulan aku jadi penganggur. Kereta aku pun bakal ditarik bila – bila masa je. Muka m4kin kusam sebab tak mampu dah nak beli barang make up macam dulu. Dah tak boleh berhias.

Sebenarnya boleh dengan sisa make up yang ada, tapi dah m4kin rasa lesu. Dah keluar dari rumah sewa. Sekarang sewa bilik je. Dulu aku mampu sewa satu rumah tu aku sorang bayar. Duit simpanan m4kin susut selesaikan hutang.

Nasib jugak aku ni yatim piatu, takde ralat sgt tak mampu hulur kat mak ayah. Bila demam dah mula aku mencari klinik kerajaan. Tunggu lama pun tak apa lah, dah tak mampu. Dulu setakat habis RM185 di klinik swasta tu sebelah mata je.

Teringin nak makanan nugget, pandai dah aku beli yang jenama tesco. Dulu marina atau ayamas tu ambil tanpa tengok  harga pun. Aku betul-betul papa kedana dah. Aku malu dengan kawan sekeliling. Hutang bertimbun. Kereta tunggu masa.

Sewa bilik ni pun entah lah lagi berapa lama. Malam semalam aku nekad. Balik dari satu lagi interview, aku mandi. Aku mandi sangat lama. Aku sabun setiap inci badan. Aku syampu, garu kepala aku sampai pedih. Aku t0nyoh pencuci muka kuat – kuat.

Aku gosok gigi sampai gusi berd4rah. Aku sental betul – betul. Aku p0tong kuku. Aku kemas bilik. Aku susun buku dalam kotak. Aku simpan cincin bekas tunang bagi dalam laci. Tiba – tiba teringat masa dia kata dia dah tak nak aku lagi dan aku boleh simpan cincin tu.

Masa sesak, aku cuba gadai, cincin tu bukan emas 916. No wonder lah.. Tak apa. Aku Iipat baju. Aku kemas katil. Aku berdiri tengah bilik sambil pandang sekeliling. Aku puas hati. Aku ambil beg tangan, dan keluarkan isinya satu – satu. Handphone. Buku nota. Perfume. Pouch make up. Powerbank. Wallet. Payung. Pis4u. Ini malamnya.

Aku dah lama fikir tapi tak terjadi. Cuma ntah kenapa aku yakin inilah malamnya. Semasa aku senang, kawan – kawan sentiasa ada. Bila aku susah dan cuba berhutang, aku sedar senarai kawan m4kin susut. Aku faham. Aku ambil pis4u, hela nafas, dan letak di pergeIangan tangan.

Boleh, Farah. Memang s4kit tapi masalah habis. Ye, Allah takkan terima tapi kau dah tak boleh surv1ve di dunia dah. Ini yang terbaik. Aku rasa jantung laju. Aku rasa menggeIetar. Tangan sejuk sangat. Aku berkira – kira dan teragak – agak tapi m4kin kuat aku tekan pis4u tu.

Tiba – tiba, handphone bunyi. Nombor unknown. Aku tergamam. Aku tak terdaya nak jawab. Sampai senyap sendiri. Aku letak pis4u dan pegang phone, berbunyi lagi sekali. Perlahan aku jawab. “Farah, Hafiz ni!” Aku berkerut dahi.

Ramai Hafiz, ini mana satu? Mungkin dia tahu aku c0nfuse. “Sorry kacau kau lewat malam. Macam ni, aku baru settle kerja, nak lepak minum tapi kawan aku tak jadi datang. Bosan plak lepak sorang. Aku teringat kau ada area sini jugak. Nak lepak tak?”

“Sorry.. Hafiz mana ek?” “Weh, tadika sekali! Hawau tak kenal suara aku ke hahahahaha …” Pendek cerita, aku kemas beg semula dan keluar. Sampai mamak, Hafiz sengih lambai tangan. Hafiz cerita dia baru balik kampung minggu lepas.

Dia ada ziarah kubvr mak ayah aku. Dia sembang pasal kerja. Bola. Politik. Najib, malu apa bossku. Throwback abang aziz jatuh bot. Dewi remaja. Bangshim yang dicukur rambut sampai muka seh0doh si rot sebab masuk Iokap.

Hafiz memang macam tu banyak cakap. Dari satu topik lompat ke topik lain. “Kau tak nak makan ke Farah? Aku payung.” Aku tersent4k sekejap. Sebab aku macam hilang fokus dgn sembang dia. Lepas makan, Hafiz pulak senyap sekejap.

Lepas tu dia kata.. “Farah, susah kan hidup ni. Kau dah ada degree, dah kerja (dia tak tahu cerita aku), aku ni belajar PJJ ntah bila nak habis, str3ss betul. Kau boleh surv1ve sorang dekat sini. Macam mana kau handle ye?” Aku terus menangis.

Aku menangis sampai orang tepi tepi dah tengok. Hafiz bangun pegi bayar dan ajak aku ke tempat park kereta aku. Hafiz tanya, kenapa. Bertubi – tubi tanya. Aku menangis sampai Hafiz pun aku nampak kabur. Aku rasa d4da aku sesak sesesaknya sampai aku h4mbur segalanya dengan air mata ni.

Aku bukak pintu kereta dan duduk. Hafiz mencangkung depan aku dan kata, “Farah, sump4h aku tak tahu masalah kau. Aku takkan p4ksa kau cerita. Tapi tolonglah jangan pend4m sampai tahap macam ni. Save nombor aku, apa je kau rasa lepas ni, pukuI berapa pun perasaan tu datang, call aku. Whatsapp aku. Menangislah tak apa kalau kau ok lepas tu. Tapi make sure esoknya kau takkan nangis untuk benda yang sama.”

Aku angguk dan balik. Sampai di bilik, aku terus lelap. Esoknya aku bangun dengan satu rasa beban yang sedikit kurang. Aku check handphone dan ada whatsapp dari hafiz. Tiga ayat. Bukan I love you tapi “Ingat, Allah ada.”

Hafiz, terima kasih. Sebab panggiIan telefon dari kau (padahal lama giIa kita tak contact), aku tak jadi nak bvnvh diri. Aku berjaya menangis semahunya. Aku rasa lega. Terima kasih, Hafiz. – Farah

Komen Warganet :

El-farini Binti Zainudin : Ulat dalam batu pun boleh hidup dik. Kene buang keje bukan pengakhiran hidup. Dan bukan awak sorang yang rasa kene buang keje. Ramai lagi antaranya saya dan 5999 rakan se airlines yang lain.

Ye duit pelengkap hidup sekarang ni, rumah kereta, makan, bil semua nak kene duit. Dari mana datang duit kalau tak kerja. Time tu la baru bergunanya otak. Duit datang dengan banyak cara. Usaha aje. Kalau tak makan gaji, usahakan dengan kemahiran yang ada.

Menjahit, memasak servis Iipat baju, cleaning, grabcar, lunch delivery eh macam – macam la dan tak perlu menunggu kerja setaraf kelayakkan. Capai aje apa depan mata.

Lyly Qaleda : Dik, akak pernah aIami masalah kewangan yang kr0nik macam ni. Hilang kerja dan hutang sana sini. Malu dan str3ss tak payah cakap la bila hutang banyak dengan saud4ra dan kawan. Tapi bila fikirkan kehidupan di dunia ni bukan destinasi terakhir, akak lalui hari – hari dengan sabar dan doa.

Sekarang pun tak senang mana tapi kita kayuh je la sampai Allah bagi kesenangan tu. Banyakkan istigfar dan bersangka baik dengan Allah. Insya Allah akan diberi kelapangan. Allah masih sayangkan Farah bila didatangkan Hafiz.

Mokhzani Mohamad : Dear confessor, Kerja ada di mana – mana. Kalau tak kisah sales boleh jual takaful. AIA contohnya ada programme untuk train life planner. Tak payah tunggu kerja datang. Ataupun jual property sebagai ejen hartanah.

Create your own career. By the way Hafiz is a keeper. Hold on to him. Kalau ada j0doh, bagitau kami la ya. Saya doakan selamat maju jaya.

Atiqqa Nur Natasha : Farah, Kadang – kadang Allah hantar seseorang untuk jentik hati kita. 10 years back im in your position too dear confessor. Umur 19. Hampir nak Iompat bangunan 8 tingkat. Str3ss dengan tekanan hidup yang teramat sangat waktu tu.

Nampak floor kat bawah sekali tu macam dekat je. Tapi alhamdulillah, my great bestfriend telefon tanya “tiqa mung ok dok?” dalam masa aku terniat nak langkah tu. Terus tak jadi langkah and menangis puas – puas time tu.

Tq Maisurah. And now alhamdulillah im growing up likes a great good lady. Belajar untuk lebih hargai diri. Nyawa sendiri. Dan setiap masalah itu ada jalan keluar yang lebih baik and lebih bersedia untuk hadapi cab4ran hidup yang sentiasa akan datang. And I hope it same goes to you dear confessor. Dood luck in your life endeavors.

Rose Illiza : Allah sayang kamu. Dia hantarkan Hafiz untuk kamu. Bila ada masalah cari someone untuk luahkan. Menangis lah semahunya. Setiap malam bangun lah solat sunat. Menangis sepuasnya dengan Allah.

Mengadulah sehabis – habisnya. Susah mana pun yang penting ketenangan hati. Saya pun j0bless. Interview pun kena reject sbb status saya ada anak kecik. Ntah. Tak boleh nak brain. Pamp4san hanya sebulan gaji.

Selebihnya pandai – pandailah cari makan sendiri. Cumanya saya tak ada komitmen hutang. Yang penting hati tenang. Nak tenang kamu sujudlah dan minta lah apa kamu nak minta dengan Allah. Pasti Dia akan tolong. Dia tak akan biarkan kamu seorang diri. Percayalah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?