Belum setahun kahwin, saya dah tr4uma dgn anak tiri. Saya mengadu supaya dia kena keluar dari rumah suami

Saya baru je kahwin dengan duda tahun lepas, setelah dia cerai dengan isteri 10 tahun yang lalu. Anak tiri plak laki dah berumur 20 tahun. M4kin hari saya perasan per4ngai malas anak tiri. Bayangkan anak bujang tapi seluar dalam pun saya basuhkan. Saya cerita dekat kakak – kakak ipar, mereka cari jalan supaya dia kena keluar dari rumah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, terima kasih beri peluang untuk saya cerita kehidupan sebenar seorang ibu tiri. Nama Saya Amy, mempunyai 4 orang anak, baru berkahwin kali ke-2 pada tahun 2021. Saya berhijrah ke negeri lain selepas kahwin dan membawa 3 orang anak (seorang lagi belajar di negeri asal dan tinggal bersama ayahnya).

Saya berkahwin dengan duda ada anak lelaki seorang (Wan, 20 tahun) yang tinggal bersama suami sejak suami bercerai dengan bekas isterinya 10 tahun lalu. Dari sebelum berkahwin, saya dah berazam nak jadi ibu tiri terbaik, nak beri kasih sayang sama pada semua anak kerana saya kasihan dengan kehidupan suami dan Wan yang agak tidak teratur selama ini.

Masa saya mula – mula pindah masuk ke rumah suami, semuanya nampak ok. Saya menjalankan rutin harian sebagai isteri dan ibu. Cuma biasalah, apabila sudah 10 tahun mereka berdua hidup sebagai orang bujang, faham – faham saja lah.

Banyak benda saya kena tegur dan perbetulkan semula. Wan tidak bekerja. Rumah suami ada 2 bilik, 1 bilik untuk kami suami isteri, 1 bilik untuk anak perempuan saya 2 orang dan anak lelaki bongsu. Jadi, Wan hanya tidur di ruang tamu.

Untuk pengetahuan, Wan tak nak tinggal dengan maknya tak tau sebab apa. Bulan pertama, suami bersiap – siap nak ke tempat kerja, lalu lalang di ruang tamu tanpa menegur Wan untuk solat. Saya mulanya tidak mahu campur, tapi apabila masuk bulan ke 3 Wan masih tidur sampai ke tengahari tanpa di tegur papa nya, saya mula bersuara pada suami.

“Abang tak tegur Wan bangun awal solat subuh ke?”. Sejak tu baru lah suami menyuruh anaknya bangun solat subuh. Tapi Wan seakan – akan terp4ksa kerana papanya garang. Tapi bayangkan 20 tahun jarang disuruh solat, apabila papanya suruh sahaja dia buat.

Kadang – kadang dia menyorok di dapur tunggu papa pergi kerja baru keluar dan tidur semula, tak solat pun. Tapi saya tak bagitahu suami perkara tersebut. Perkara itu berlarutan. Seperti biasa saya akan masak tengahari dan siap terhidang dalam tudung saji untuk memudahkan Wan bangun sekitar jam 2 petang untuk terus makan.

Begitu lah hari – hari sehingga lebih kurang beberapa bulan kemudian apabila saya tak sihat, saya tak masak, Wan bangun tidur buka tudung saji kosong, dia mula membebel sendirian sambil mengusap – usap perut. Dah mula merungut ibu tak masak.

Saya diamkan tak beritahu suami. Tak lama kemudian, Wan kerja di sebuah butik pakaian tak jauh dari rumah. Dia pergi kerja menumpang kawannya. Apabila dia kerap terlambat bangun, mula dia menghempas barang – barang.

Saya pula duduk di ruang tamu macam tunggul, tiada rasa hormat sedikit pun. Kerusi meja disep4k, pintu dih3mpas, lalu depan saya tak tunduk, salam tangan saya pun tidak. Saya biarkan saja, beri peluang. Dalam masa yang sama saya tanya suami, Wan memang macam tu ke?

Suami diam. Barulah suami tegur sikit – sikit per4ngai anaknya. Wan seorang kaki lepak. Dia akan lepak bersama kawannya sehingga jam 4 – 5 pagi setiap hari!! Saya tahu sebab apabila saya terjaga dari tidur, Wan belum balik.

Saya tanya suami, Wan memang selalu balik lambat ke. “Entah” jawab suami. Saya agak terk3jut. Sejak itu mulalah nampak per4ngai sebenar Wan. Dia seperti tuan di dalam rumahnya. Suami? Sama saja. Dia lebih percaya dan seakan – akan menyokong perbuatan Wan, sesekali saja tegur itupun kalau saya cakap.

Suami saya seorang yang agak kurang rajin, jadi, Wan juga sama. Baju – baju kotor Wan berlonggok sana sini dengan bau hapak. Tilam bantal kalau tak  disuruh kemas, memang sampai petang di ruang tamu. Sebelum ni saya yang basuh baju – baju Wan sekali.

Tapi apabila hari – hari seluar dalam Wan buka bergulung – gulung bentuk huruf 8, terkangkang di lantai saya kutip basuh, saya jadi sedih. Dalam hati, “anak aku sendiri sorok – sorok seluar dalam kotor buka terus masuk mesin basuh, dengan Wan aku kena kutip eh”.

Saya cerita pada suami, sejak tu suami kata biar Wan basuh baju sendiri. Sebelum ni suami kerja, tak tumpu sangat pada anak. Tapi dah tahu per4ngai anak pun kadang -k adang dia sokong juga sebab per4ngai mereka sama.

Bapa mertua pun selalu marah pada suami dan Wan kerana pengotor, panas baran dan pemalas. Itupun adik beradik suami yang cerita. Satu lagi per4ngai Wan yang saya tak boleh terima, apabila ditegur, dia akan h3mpas – h3mpas barang meng4muk dan terus balik ke rumah mak kandungnya.

Suami senyap saja tak tegur tak kata apa. Tapi tak lama di rumah maknya, Wan balik semula ke rumah dengan muka s0mbong tak tegur saya. Dengar cerita dia taknak tinggal dengan terus dengan maknya sebab maknya garang.

Sesekali balik memang la maknya layan seperti menatang minyak yang penuh. Itu belum lagi per4ngai Wan yang langsung takda rasa belas ihsan pada adik – adik tirinya. Beli makanan sorang makan depan adik – adik tanpa pelawa pun.

Anak bongsu saya duduk saja sebeIah tengok, suami pun tak tegur anaknya depan mata masa tu. Pada saya itu adalah adab. Kalau tak nak berkongsi, makan la di luar rumah jangan sampai orang nampak. Tapi ye la, tak siapa ajar dia tentang semua tu.

Pada sesetengah orang itu perkara kecil tapi pada saya kalau tak tegur, akan jadi besar 1 hari nanti. Banyak lagi perkara yang tak mampu saya cerita. Saya banyak makan hati dengan Wan tapi saya pujuk diri. Selama ni dengar ibu tiri zaIim buat anak tiri macam – macam.

Tapi sekarang dah terbalik jadi pada saya. Saya ada juga bercerita hal Wan pada adik beradik suami. Dan mereka cari tempat untuk Wan sambung belajar kerana itulah jalan yang terbaik untuk Wan keluar dari rumah dan belajar berdikari.

Sekarang Wan dah belajar di tempat lain, tapi saya seakan tr4uma. Apabila dengar dia nak balik, saya akan menggigiI berdebar sesak nafas. Saya terbayang segala perbuatan Wan pada saya. Anak – anak saya pun bukan lah baik sangat tetapi saya masih boleh tegur dan bentuk.

Maaf tulisan sayaagak kelam kabut sebab suami baru bagitau Wan akan pulang bercuti semester hujung bulan ni. – Amy (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Munirah Mokhtar : Puan, boleh faham sisi Wan tak? 10 tahun dia duduk berdua dengan ayah dia tiba – tiba puan datang bawak anak – anak sekali. Dah laa tu pulak, umur 20 tahun tapi tiada bilik sendiri. Kena tidur di ruang tamu.

Boleh faham tak kenapa dia macam tu? Sebab dia rasa disisihkn. Kenapa duduk di rumah yang hanya ada 2 bilik? Kenapa tak cari yang 3 bilik? Bab Wan tak nak bagi adik tiri makanan tu. Ade terfikir tak selama ni dia sorang je dalam rumah tu takde adik beradik lain.

Memang tak biasa kongsi makanan. Dia dah terbiasa makan sorang – sorang. Bab solat dengan malas kerja tu memang silap suami awak laa. Tak didik anak sendiri. Saya pelik sebelum kahwin takde selidik dulu ke pasal anak tiri tu?

Takde pernah bertanya ke? Sepatutnya puan dah ready mentaI bila dh tau kene kawen dengan duda ada anak. Compromise laa puan. Kalau puan rasa sesak dengan Wan tu, percayalah Wan 100× ganda rasa sesak bila puan dengan anak – anak berpindah ke rumah tu. Dengan bilik sendiri takde.

Puteri Pelangi : Mesti wan rasa tersisih dan tertekan. Sebab bilik dia pun dah tiada sejak puan berkahwin dengan ayahnya. Itulah peng0rbanan dia yang orang lain tak perasan. Sebab itu dia hilang empati pada puan dan anak – anak.

Sepatutnya suami puan kene fikir hal ni lebih mendalam. Mempunyai bilik tidur sendiri sangat penting buat semua orang. Walau apa pun, bukan senang menyatukan dua dunia yang berbeza. Moga dipermudahkan semua urusan. Aamiin..

Yong Shima : Pengalaman sendiri better jangan amik peduli banyak sangat. Just jaga anak sendiri. Tak kira macam mana kita sayang anak orang kita tetap orang luar. Jangan sesekali bercerita atau minta nasihat pada keluarga mertua.

Takut pada akhirnya nanti makan diri sendiri balik. Sebab seburuk – buruk per4ngai anak / cucu tetap d4rah daging dorang. Tetap akan dibela pada akhirnya dan kita akan jadi m4ngsa dituduh jahat. Buat baik berpada – pada. Anak – anak kalau boleh jangan sebumbung terutamanya bila ada anak – anak berbeza jantina. Sekadar pengalaman.

Farah : Memanglah dia bengang. Baru datang dah claim macam rumah sendiri, pastu bilik dia kena kebas lagi. Lepas tu nak menggigil lak bila dia nak balik. Awak jugak yang nak menumpang masuk dalam keluarga tu kan. Hadap jelah. Aku faham apa yang wan ni rasa, sebab aku pun mengalaminya. Rasa terbuang dalam rumah sendiri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.