Berbulan kwn pinjam duit xbayar, terjumpa dia kat hotel, siap beli kereta baru. Ini yg aku baIas..

Ada akak dekat tempat kerja aku minta tolong nak pinjam duit RM1000, katanya nak bayar balik lepas 2 minggu. Tapi sampai berbulan tak bayar, hingga aku nampak dia dekat hotel mewah, beli kerete baru dan melancong ke Korea. Satu hari aku dapat notis berhenti 24 jam sebab dituduh mencuri duit staff..

#Foto sekadar hiasan. Malas nak intro sebab aku tau admin mesti up cerita aku ni. Ni bukan cerita pasal a1b keluarga, acah – acah anak orang kaya mahupun b0ngkak dalam rendah diri. Ok macam ni, 6 tahun lepas masa baru lepas grad, aku bekerja sebagai technician di sebuah bangunan bank yang agak terkemuka.

Technician yang aku maksudkan ni ialah juruteknik printer untuk bank tu. Jadi kami ditempatkan di dalam bangunan bank yang gah itu. Dari tingkat bawah, sampai lah pucuk, kalau ada printer jenama XXX ni, tu semua aku dan team yang handle.

Walaupun gaji kami kecik, tapi muka – muka technician ni sangatlah fam0us, yela paper sangkut sikit pun nak cari kitorang. Kisahnya bermula di sini, setelah hampir setahun aku kerja kat situ, ramai staf – staf dari bank tersebut kenal aku.

Ingat ya? aku bukan staf bank kat situ, kami lain – lain boss. Nak dijadikan cerita pulak aku ni jenis peramah, suka menyakat, lebih – lebih lagi makcik – makcik dan akak – akak kat situ. Boleh dik4takan ada di antara diorang ni sangat – sangat rapat dengan aku dan dah macam family pun.

Kadang – kadang kena suruh tapau makan la apa, aku sikit pun tak kisah. Dalam ramai – ramai staf bank kat situ, ada lah seorang akak ni, umur dia boleh aku katakan on the way nak bersalin kulit jadi makcik. Dalam 40’an la.

Haaa dia ni watak utama. Boleh la aku namakan dia kat sini Kak Bun. Gaya dia macam datin yang tak berapa nak datin, perfume dia bau macam kunyit, laki dia orang bisnes walaupun naik waja pintu lain – lain color. Kak Bun ni mulut laser, suka sembur dulu baru tanya apa masalah.

Tapi dengan aku dia selalu kalah sebab aku terkenal dengan mulut jamban 10 kali ganda dari dia. M4kin lama aku kerja kat situ, m4kin dalam hati budi manusia aku selam. Ada yang baik depan – depan, belakang – belakang pun baik jugak.

Ada yang depan belakang macam ibIis. Aku tetap jadi diri aku, budak kampung yang nak cuba nasib hidup di bandar. Dalam masa yang sama jugak, macam – macam aku dengar cerita pasal Kak Bun. Tapi sekadar cerita, aku tak amik port sangat.

Biasa la tu, jahat mulut. Dalam team aku sendiri pun ada macam – macam jenis per4ngai, tapi semuanya baik hati la. Satu hari, aku di call oleh Kak Bun, suruh ke cafe nak jumpa aku katanya. Dah selesai kerja sikit, aku terus turun ke cafe dan Kak Bun tengah tunggu aku di satu sudut yang agak kurang manusia.

Lain macam ja ibu buntal hari ni, biasa ada apa – apa suruh ke meja dia ja. Dah tau kan kenapa aku panggil Kak Bun? Haha.. Ok setelah 4 minit setengah aku duduk, baru la dia cerita sebab apa nak jumpa aku. Nak pinjam ketul (duit).

Dia selit la sekali cerita yang laki dia bisnes down sikit lately, anak – anak nak masuk sekolah (masa tu awal tahun). Disebabkan aku pikir pasal anak – anak dia, aku pun bagi la ketulan tersebut, RM1000 (sila ingat jumlah ini). Sikit la bagi korang yang banyak ketul, bagi aku tu banyak sebab tu lah duit simpanan aku nak renovate rumah mak kat kampung.

Ala lagipun dia janji nak bayar lagi 2 minggu. Jadi aku pun pejam mata dan hulur. Musim persekolahan pun bermula, 2 minggu berlalu dan aku pun tanya untuk pertama kalinya pasal RM1000 aku tu. Itupun tanya sambil – sambil berpantun seloka syair gurindam warisan melayu ja.

Dalam gurau – gurau tapi Kak Bun cakap dia masih tak mampu bayar balik lagi ketul aku tu. Aku pun cakap bayar sikit – sikit pun takpa kak. Dia janji lagi seminggu, jadi aku pun ok ja. Seminggu berlalu, aku dah malas nak tanya.

Ya lah, sendiri faham la kan, aku pun tak nak dia rasa segan dengan aku disebabkan RM1000 tu. Dari seminggu membawa ke sebulan, dari sebulan ke dua bulan dan seterusnya tiga purnama kanda menunggu. Sampai aku pun dah lupa yang Kak Bun ada hutang aku.

Ya lah, aku bujang tak guna banyak ketul sangat. Aku ambil pendekatan bertawakal ja lah, duit boleh cari, rezeki Allah meIimpah ruah atas bumi ni. Cerita diteruskan apabila babak yang kurang enak aku hadap hari demi hari. Aku ni main band, hanya suka – suka kalau ada function ja aku perform la kat mana – mana hotel atau apa – apa majlis.

Tu pun weekend atau public holiday. Nak jadi artis takut kena seb4t dengan bapak aku, dia ni imam kat kampung (sedikit pengenalan pasal hidup aku). Jadi, masa aku perform kat sebuah hotel yang agak mewah di Cherating, dalam tengah duk goreng solo lagu wonderful tonight tu, aku nampak kelibat objek seakan – akan ikan buntal tengah duk melahap juadah ala – ala makan malam kerabat diraja perancis. Ya!! Kak Bun and family!

Dalam dewan makan yang besar tu aku pasti dia tak perasan aku atas pentas. Dan masa aku dapat tau itu Kak Bun, solo wonderful tonight pun dah jad solo highway star. Takpa aku cool dan kawal perasaan, mungkin percutian mewah dia tu ditaja.

Ya lah, apa la sangat RM1000 aku tu. Benda ni masih aku simpan, malas nak tanya dia pergi Cherating ka atau mana – mana. Walhal terang – terang itu Kak Bun. Rutin harian aku berjalan seperti biasa. Dah berminggu – minggu jugak aku jarang jumpa Kak Bun.

Sampai aku dengar dia tukar kereta baru, pergi melancong ke Korea. Yang bagitau pulak staf – staf sejabatan dengan Kak Bun, dan dari situ jugalah aku dapat tahu yang Kak Bun ni tak disukai oleh kalangan diorang. Pasal kipas mengipas, jatuh menjatuhkan orang lain.

Sampai ada yang berhenti kerja dek penangan Kak Bun ni. Walhal tak menjejaskan periuk nasi dia pun. S4kit hati pulak aku dengar. Tapi tak apa, apa la sangat RM1000 aku tu, lagipun aku ni orang tak pandang sangat pun, ya lah budak printer ja.

Sehingga lah pada satu hari, aku dipanggil oleh boss aku. Sebab ada staf bank kat situ email boss aku dan cakap aku curi duit salah seorang dari staf bank kat tempat aku mencari rezeki ni. Terduduk aku. Tak pernah – pernah aku buat kerja giIa ni.

Tudung pen pun aku tak pernah curi, inikan duit. Memang ada kes curi masa tu, banyak jugak jumlah dan ketulan – ketulan yang hilang, tapi aku yang dituduh dan kebetulan tak ada cctv, so senang nak petik mana – mana individu.

Ya lah, kerja aku memang kena merayap dari tingkat ke tingkat. Dipendekkan cerita aku terima notis 24 jam dan aku dihantar ke HQ untuk berkhidmat disana (diturunkan pangkat jadi budak stor). Itupun atas beIas ehsan boss aku.

Kalau tak memang kena terminate, tak apa lah asalkan ada kerja, mana aku ada duit nak Iawan kes ni. Dan aku pun taktau kesudahan kes tu. Dan yang amat meng3jutkan, orang yg email boss aku itu ialah si Buntal mak datin yang dah cekau duit aku tu.

Mengucap berbakul dibuatnya. Aku masih maafkan dan dalam masa yang sama jugak ada terselit rasa dend4m. Ya lah, gaji dah jadi kecik. Nak saving lebih dah tak dapat. Masuk bulan puasa, banyak duit nak pakai. Rumah mak aku pun masih tak renovate lagi, dengan nak raya lagi, sewa rumah aku lagi.

Aku cuba hubungi Kak Bun, tak ada respon mahupun aku tinggalkan message. M4kin menebal la marah aku. Dan dalam masa yang sama jugak aku dengar Kak Bun dah m4kin kusut masai, tiada lagi bau perfume kunyit, katanya bisnes laki dia dah lingkup sebab terlalu banyak hutang.

Datang kerja pun naik motor dengan laki dia, kereta baru kena tarik. Dan dengar cerita dia ada buat bisnes kuih raya. Di sini bermulanya kIimaks cerita aku. Dengan berbekalkan rasa dend4m yang menebal, disebabkan sikap “mulia” dia tu.

Aku terus pergi jumpa Kak Bun, nak order kuih. Okay korang fokus part ni. Kuih yang dia jual tu boleh tahan mahal, RM32 sebalang. Jadi aku buat – buat cakap macam biasa seolah – olah tak ada apa berlaku. Dia pun macam tak detect apa – apa pun, pasal hutang lagi la tak sebut.

Aku pun cakap “Saya nak order 30 balang kak, malas lah nak pergi beli kat shopping mall”. Ok korang terus ja baca perenggan seterusnya. Mungkin Kak Bun fikir aku masih kesiankan dia macam mana aku tolong dia dulu. Dia tanya aku bila nak kuih – kuih ni, aku cakap lagi dua minggu.

Dan dia pun terus buat tanpa mintak wang deposit. Ya lah, aku kan susah nak tipu orang, tapaukan makanan dia pun aku bagi duit baki walaupun 30 sen. Hari demi hari berlalulah ramadhan dan lebaran kian tiba. Seperti yang dijanjikan, aku terus start motor ke rumah dia untuk collect kuih – kuih yg aku tempah.

Ni kali kedua aku ke rumah dia, kali pertama aku pergi masa tolong laki dia pasang aircond kat rumah dia. Ok kuih muih pun dah isi semua dalam beg galas besar, aku pun nak balik. Sambil aku cakap “Kak, sebalang RM32 kan? Saya beli 30 balang, jadi RM32 x 30 = RM960 lah kan?

Akak ingat tak akak ada hutang saya 8 bulan lepas? RM1000, jumlah kuih ni kira bayar hutang lah kak ye? Takpa saya tolong kirakan: RM1000 – RM960 = RM40. Baki RM40 tu akak bagi kat anak – anak sorang RM10, itu duit raya dari saya, selamat hari raya kak, maaf zahir dan batin…….” Kak Bun terus tercengang dan terkedu lidah tanpa kata.

Selebihnya aku malas nak tulis panjang dah, apa yang penting moral dia kat sini, memang aku k3jam. Tapi niat aku cuma nak bagi satu pengajaran buat manusia spesies seperti ini. Harap korang semua dapat terima cerita ini dengan hati yang terbuka.

Yang mana bajet cool rakan surau nak b4sh aku, silakan aku tak heran pun. Hehehehe.. Nikmat kesenangan Allah boleh bagi dalam sekelip mata, dan sekelip mata jugalah semua – semua nikmat tu Dia boleh tarik balik. Sekian.~ budak printer.

Sambungan.. Aku jarang menulis sebenarnya, memang bukan bidang aku pun. Tak sangka pulak korang semua cool dan sempoi nak m4ti. Ok kali ni aku cuma nak clear up pasal ramai yang menggeletis gelabah nak tau pasal apa jadi dengan 30 balang kuih dan muih sila nikm4ti kawan tu kan? Hahaha.

Yang aku pun beng4p tak nak habiskan cerita, ya lah dah spesis malas macam aku ni ingat suka sangat nak buat part 1,2,3? Hehehe. Dan ada sedikit benda seri0us jugak yang aku nak highlight (ni bukan bajet rakan surau tak pun AJK persatuan mahasiswa islam).

Ok! Baca sambil makan cekodok k? Kali ni tak ada pengiraan angka – angka yang rumit, hanya kita kira balang – balang kuih ja, aku tak nak korang pening macam part 1. Haha. Setelah aku selesai cakap pasal semua hutang – hutang tersebut.

Kak Bun terus diam, masa tu pun aku dah atas motor nak gerak balik, dia masih kat pintu pagar. Dengan baju kelawar warna putih dah macam p0ntianak obes aku tengok (bayangkan Kak Bun ni p0ntianak, mesti terbang pun rendah ja, dah buntaI sangat, pastu tak rasa seram langsung, rasa nak penyepak lagi ada la). Ok dah dah..

Aku pun sampai di rumah dan terus packing – packing barang nak balik kampung sebab tiket bas aku pukuI 11:30 malam, masa tu tak ada kereta lagi (tarawih pun lebur la malam tu). Kawan – kawan serumah ada yang dah tarawih kat kampung dah.

Jadi aku pun call bonda tercinta, tanya pasal persiapan semua, kuih dan muih wajik dan dodol jangan dilupakan peninggaIan nenek dah ada ka belum. Macam tulah aku tanya mak aku, dan dia pun boleh tahan baIas sambil menyanyi jugak.

Mak aku cakap along dan angah dah beli semua. Campur dengan anak – anak murid ayah aku sedekah punya la banyak (ayah aku ni imam merangkap guru Quran kat kampung aku), bukan kuih ja, kain pelik4t segala kain orang sedekah, dah macam pasar jalan tar dah jadinya.

Jadi, aku masih di dalam rumah keseorangan, mengerut dahi sambil duk garu – garu dagu. Apa aku nak buat dengan kuih 30 balang ni? Banyak woi. Mak aku pesan jangan beli banyak – banyak. Aku pun bukak la satu balang, mmmmmm sedap.

Apa nama tah kuih ni, yang ala – ala kuih orang kaya. Rasa dia tak ubah macam sample yang aku rasa. Tapi sambil mengunyah tu dalam hati “nasib h4ng la Kak Bun”. Aku pun tinggalkan sebalang atas peti ais (untuk dijamah sambil tengok EPL lepas raya nanti), hahaha.

Tanpa berlengah, dalam masa yang sama jugak aku terus gerak ke LRT station, lalu menuju ke puduraya. Ada lagi sejam lebih untuk aku bertolak ke kampung halaman menaiki bas. Dari situ aku dapat idea, ada 30 balang, 10 untuk mak (of course la, dia ni awek aku dunia akhir4t), lagi 20 balang aku sedekah ja kat sapa – sapa(eh, 19 la. Hahaha).

Duit? RM1000? Kena fitnah sampai jadi budak stor? Sabar, teruskan membaca. Masa dalam perjalanan nak ke puduraya tu aku bagi beberapa balang kat makcik mintak sedekah, aunty jual buah, makcik toilet, akak – akak yang naik train sekali, adik – adik student, awek sebeIah seat pun aku bagi (walaupun dia bajet lawa).

Makcik mulut murai yang jaga kaunter tiket bas pun dapat sebalang. Sampai la driver bas pun aku bagi 2, 3 balang. Siap kitorang sahur sama – sama dengan kuih mahal tersebut. Thanks Kak Bun! Kalau akak baca. Di tahap ini, saya dah tak perIukan pun RM1000 tu, redha saya mengatasi segala, dicampur dengan perasaan puas! (gelak jahat).

GiIa kalau aku jual balik pun sapa nak beli kuih mahal – mahal ni? Cukupla aku gantikan dengan sebuah pengajaran yang tak ternilai untuk Kak Bun yang dicintai. Walaupun akak dah amik duit saya RM1000, lepas tu akak fitnah saya sampai hampir – hampir nak kena buang kerja dan gaji saya dah jadi separuh daripada gaji technician, kena tendang ke HQ pulak dua kali ganda jauh.

Takpa lah, Allah ada. Biarla aku beraya dengan baju tahun lepas. Janji dapat tengok muka mak (walaupun aku dah janji nak belikan baju raya bagi mak ayah, sayangnya misi gagal). Budak stor beb, gaji alahai. Keesokannya (2 hari sebelum raya) aku pun dah ada di kampung halaman.

Nak dijadikan cerita, ini terang – terangan kuasa Allah. Bulan puasa pulak tu. Aku dapat call dari seorang uncle cina, yang aku kenal masa di rumah kawan aku, dia kawan kepada bapak kawan aku. Uncle ni orang bisnes, pernah kitorang borak – borak dan dia pernah tanya aku study mana, bidang apa semua.

Dia ni seorang taukeh cina yang sangat – sangat baik hati. Walaupun aku duk bahan – bahan pelat cina dia, tapi dia memang cool. Borak punya borak dalam phone tu, dia bagi aku job design dan printing. Total up semua keuntungan aku RM4000, siap bankin terus, bincang lepas raya katanya.

Mak aih! Masa tu aku terduduk, termenung, ter arghhhh tak tau nak cakap apa. Aku pun cekau siap – siap la duit untung, hanya tinggal part modal ja. Beraya sakan aku tahun tu, bagi mak aku RM3000, aku enjoy RM1000 (banyak RM4000 tu utk fresh grad macam aku).

Part ni masih buat aku termenung kalau fikir balik, kuasa rezeki ni jangan main – main. Apa yang aku buat cuma sabar dan chill ja, siap bagi kuih yang sedap kat entah sapa – sapa aku tak kenal. Last – last aku dapat ketul lebih dari tu, alahai.

Aku punya seronok time tu macam nak call Kak Bun bagitau dan send gambar pegang duit tersengih macam kutu – kutu MLM duk buat tu. Hahahaha. Setelah aidilfitri pun melabuhkan tirainya, dipendekkan cerita aku pulang ke kota untuk menjalani rutin harian macam biasa.

Kisah kuih muih aku ni mendapat Iiputan hangat di kalangan staf – staf bank di situ. Macam – macam versi aku dengar, unplugged, keroncong, dangdut, metal pun ada. Cuma yang tak ada versi theater musical ja (mungkin event company sibuk dgn open house raya kot).

Aku pun terfikir ni mesti Kak Bun yang bukak pekung dia sendiri, aku buat cool ja lah. Ya lah, lagipun aku dah kena tend4ng jauh ke HQ, tak tau sangat perkembangan. Informer – informer aku bagitau konon dia cakap budak printer pencuri tu dah kencing dia, order kuih banyak – banyak tapi tak bayar (ya memang aku tak bayar pun! hahahaha).

Dia tak tau semua staf kat situ baik giIa dengan aku. Diorang tau aku macam mana. Siap jadi informer rasmi aku. Walaupun ada yang tak suka sebab aku suka bahan diorang. Haaaa kes kecurian tu pulak dah settle, ada warga asing yang duk pi gagau ketoi staf kat situ (gagau tu curi la, ketoi tu duit).

Boss aku pulak offer suruh sambung contract untuk jadi trainner budak – budak technician, tapi aku dapat better offer dari itu, so aku beIah dan tolak secara profesional. Dipendekkan cerita lagi, Kak Bun pulak dah jadi sem4kin pendiam dan kurang bercampur dengan staf – staf yang lain (dengar cerita nak berhenti dan buat bisnes, harap – harap customer dia tak macam aku la. Hahahaha). Wallahu alam.

Mungkin dia malu dengan sikap dia yang dulu, ani4ya sesama officemate sampai kena buang kerja, ramai yang s4kit hati dengan dia sebenarnya. Aku pun dah malas nak ambil tahu, yang aku tau bisnes laki dia Iingkup, kereta baru kena tarik (waja pintu lain – lain color tu aku taktau. Hahaha).

Bagusla tu. Dah jatuh miskin baru nak fikir berubah la, hidayah la, keinsafan la apa. Cuma aku berdoa agar dia terus berubah, dan dimurahkan rezeki dia sekeluarga. Dan aku harap tak ada lagi m4ngsa – m4ngsa yang tersep1t macam yang aku kena ni.

Amin ya Allah mudah – mudahan. Lagipun aku rev3nge tak ada la teruk sangat pun. Cuma kesian la jugak fikir balik dia duk bergelumang dengan tepung sambil duk kira untung last – last budak printer kencing depan – depan muka.

Hahaha. Kirim salam abang ya kak. Aircond tu jangan pasang selalu sangat, bill api mahal! Hehehe. Huh! Sekarang aku nak refresh balik, semua kisah – kisah yg aku cerita ni berlaku 6 tahun lepas. Waktu tu aku baru nak menapak di alam pekerjaan.

Aku ni laki la (belum 30). Ada pulak minah tu cakap aku young woman. Hehehe. Mungkin aku tak mention kot, maaf. Sekarang dah tak kerja kat stor gelap menakutkan tu lagi dah. Aku dah jadi creative director untuk sebuah syarik4t IT antarabangsa, di KL.

Background aku ialah multimedia, art and design (ni bukan masuk lif angkat bakul sendiri bajet bagus malaik4t persatuan belia warisan desa pertanian adalah perniagaan). Ya lah kerja budak printer / stor dulu tu pun dah lari bidang, tapi aku cool ja hadap.

Mula – mula nak menapak kan? Biasalah, jangan memilih sangat kerja ni. Pesanan utk adik – adik student, ni lah exam sebenar ko dik, the real life. Apa yang korang hadap sekarang ni semua berlaku di dalam pagar kolej ja.

Ingat! Belajar tu ilmu, kerja tu rezeki. Jangan percaya sangat mitos yang bidang itu bidang ini susah nak dapat kerja. Rezeki Allah bagi, bukan interviewer bagi. Korang pejam mata, habiskan ja. Dan sehingga sekarang jugak aku kekalkan nilai – nilai yang baik untuk staf di bawah aku (walaupun mulut aku h4nat).

Makcik cleaner pun selalu br3akfast dengan aku, bangla parking lagi la, siap ajak balik dhaka lepak sana. Yang pasti, budak printer kat office aku sekarang lah yang paling bahagia. Aku dah mcm abang kandung diorang. Hahaha.

Korang semua kawan – kawan aku yang sangat cool dan sempoi giIa aku nak ingatkan kat sini, bab hutang ni banyak tertulis di dalam “buku besar” kita, selak ja chapter Al-Baqarah. Superher0 – superher0 kita pun banyak bawak hadis pasal hutang ni (Bukhari & Muslim).

Nak nafi apa lagi? Hutang tetap hutang, kalau m4ti pun kita boleh tuntut hutang tu dari waris si m4ti (mengikut terma dan syarat laaa. Kang hidup balik arw4h tu). Itu bab hutang, bab hasad d3ngki sesama manusia ni lagi la panjang kalau nak cerita.

Apa yang aku boleh huraikan, jadilah seorang yang cool dan semp0i. Dari situlah benda – benda hasad dengki negatif semuanya susah nak bersarang dalam perut pedai kita ni. Aku ni bukan la ahli rakan surau taman sentosa pun.

Cuma nak ingatkan untuk diri aku sendiri dan untuk kawan – kawan aku yang cool semua ni. Kepada yang kat atas tu, ingat semua ni Allah yang bagi, dan Allah jugak yang boleh tarik balik. Allah tu sapa? Pak menakan h4ng? Tak.. Insya Allah kita jumpa lagi. Berbuat baiklah sesama kita. Jaga restu mak ayah. Sekian. – Budak Printer

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?