Berbulan suami jadi biawak hidup, simpanan aku dia kikis, cincin kahwin pun dah digadai. Mertua suruh aku kerja cashier

Mungkin waktu tu, nampak macam aku duduk rumah nganga mulut tunggu laki suap makan je kot (padahal waktu tu suami/anak jantan dia pon menganggur). Hanya nampak aku senang lenang tak keluar kerja pejabat rutin 9pagi – 5petang, sebabnya aku dah ada business sendiri dan focus jaga anak sepenuh masa.

Waktu tu aku pon takut nak hantar anak ke pengasuh sebab paranoid banyak kes d3ra budak. Aku berk0rban tak kerja jawatan tinggi di pejabat dan continue bekerja sendiri buat online business sebab nak 100% focus untuk anak. Online biz pon sales rancak juga time PKP haritu.

Suatu hari, kereta aku (yang dah habis bayar bank dari sebelum kahwin), mak mertua suruh jual dan beli kete baru untuk anak jantan dia pakai. Kononnya dia nak cadangkan upgrade kete besar untuk family wise. Sebijik aku dengar perkataan kereta myvi aku tu dilabel takde class, ‘takde standard’ gitu.

Nampak calar kemik tepi pintu kereta, sekali lagi dia sound dan suruh beli kereta baru. Mak mertua cakap kalau beli kereta besar, baru akan nampak gah di mata orang sekeliling. Aku rasa macam nak bersilat je bila dengar, berasap telinga.

Zaman bujang aku beli kereta tu sampai habis bayar sebelum kawen, lega la kit sebab dah habis bayar tak ada komitment hutang bank, kalau suami nak tuntut pon dia takde hak sebab bukan harta sepencarian. Nak beli kereta baru, anak jantan dia mampu bayar ke??

Susu pampers anak pon dok guna duit bini yang tak kerja ofis ni tau. Perbelanjaan hidup aku pon aku guna duit sendiri je. Lepas tu jugak, aku bungkus beg kain baju dan gerak pergi Kuala Lumpur, malas nak layan karenah family mertua yang pandang rendah pada aku.

Balik KL ke rumah yang aku duduk time bujang dulu (rumah parent aku, arw4h ayah ada banyak aset rumah, aku tumpang duduk jela). Rumah ni aku usaha masa bujang, untuk fully furnish segalanya (dengan duit gaji sendiri).

Suami masa tu nak pindah masuk rumah ni pon bawak spender je, senang hidup dia. Sebulan lebih dia jobless di KL, kemudian akhirnya dapat la kerja. Tapi selepas sebulan, berhenti lagi, alasannya tak ngam dengan bos.

Kemudian dapat kerja lain pulak, cukup sebulan kerja, ngam seminggu sebelum cuti aidilfitri, dia cakap dah berhenti sebab dah dapat kerja tempat lain. Lepas tu dia balik perlis cuti beraya, aku tak follow sebab tau, kalau ikut dia balik beraya, semua perbelanjaan duit minyak tol, nak hulur duit raya ke family mertua dan budak – budak, confirm mintak duit bini.

Jadi, aku beraya berdua di KL dengan anak yang baru umur setahun time tu. Berdua la kami. Aku pon tak balik kampung rumah mak, aku jujur dengan family aku, tahun ni tak dapat balik beraya, takde budget, duit nak kena berjimat untuk surv1ve bulan – bulan mendatang ni.

Suami, dia balik sorang ke perlis naik bas. Duit belanja pon tak tinggal, baju raya untuk aku dan anak pon tak beli. Lepas seminggu cuti beraya, dia balik KL. Lepas tu, aku arranged lori untuk pindah (barang – barang yang sebelum ni bawak dari rumah family aku di Perak pindah ke rumah mertua di Perlis) dan pindahkan semula semua barang – barang aku di rumah mertua tu, bawak datang KL ni. Kos semua aku tanggung sendiri.

After that, aku mintak berpisah, suruh dia keluar duduk sendiri di rumah sewa lain.. masa tu hopefully, dia sedar la jasa aku dia selama ni, selama kawin, aku bantu macam – macam wei. Kemudian, sebulan berlalu, dua bulan, bulan ketiga dan until now sudah tak tinggal sebumbung 11 bulan.

Sekarang, aku tuntut cerai. Dah letih nak jaga biawak hidup. Di bahu aku, ibarat nak kena tanggung 2 orang anak. Aku nak kena jaga seorang anak kandung sendiri dan nak kena tanggung anak kandung mak mertua ( suami).

Habis dah ni bergolok gadai semua, cincin kahwin pon dah gadai. Duit simpanan peribadi, duit sale business semua habis di kikis suami biawakkkk. U all jangan tanya sebelum kahwin aku tak selidik dulu ke biodata suami. Aku masa fasa berkenalan, kami dating PJJ jugak (dia di penang, aku kerja di KL).

Masa tu, masa dia ajak kawen, suami tu sudah bersembang janji bulan bintang, cukup gaya gajah pon boleh terbang, dia cakap sudah financial stable (tapi takde la aku mintak tunjuk statement akaun bank). Sembang berbisness partner dengan kawan buat company construction, siap ada komisen untuk setiap projek yang siap (lepas kawen baru dapat tau, status dia cuma kuli pekerja je bukan partner).

Lagipun, kami berdua alummi sekolah boarding school yang sama, ex-MRSM. Masa awal kawen, bila dapat tau semuanya dusta dan aku tetap pasrah jela, kononnya takpe darling, kita mula dari zero, bina tiang rumah sama – sama.

Cuma tak sangka, dugaan buat aku, tersalah pilih calon suami yang kaki spin cerita, kaki putar belit janji, kaki menganggur malas kerja, kaki kikis duit bini. Sekarang, suami bahagia hidup aman tenang ala – ala bujang gitu, duduk menyewa kat rumah lain. Nafkah anak bini buat tak tahu je.

Aku move on hidup dengan anak kecil ni, terkontang kanting cari jalan nak surv1ve, duit saving dah habis di kikis suami. Tunggu date nak masuk mahkamah, nak tuntut balik segala hak dan hutang suami pada aku. Doakan aku dapat bangun balik dan supaya aku kuatkan semangat surv1ving untuk anak aku. – Anonymous (Bukan nama sebenar)

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.