Bergetar mulut aku warning dekat suami, 2 hari dia tak balik akhirnya dia bagi alasan badan aku macam gajah

Masa ni aku baru habis pantang. Aku kena fikir waras sebab aku takut aku terlepas pukuI anak aku. Dia tak balik rumah dua hari dia kata takut aku kecewa. Aku cuba juga bawak bincang dekat whatsapp. Dia salahkan aku sebab aku baru habis pantang. Berat tak turun macam gajah katanya..

#Foto sekadar hiasan. Wahai lelaki, normal kah? Ini mungkin part 1 sebab ada beberapa episod ni terjadi. Sebelum tu aku nak minta maaf jika hantaran ini bercampur bahasa. Nama aku Ira sudah semestinya bukan nama sebenar.

Dah berkahwin anak 2 orang. Suami aku namakan sebagai Imran. Kami sebaya, satu kolej (dulu). Imran yang aku jatuh cinta dahulu adalah orang yang sangat menyantuni orang lain. Pemalu sangat, jalan pun menunduk saja.

Bab pelajaran, CGPA dia cukup – cukup makan saja untuk konvo. Aku pulak pelajar dekan. Tapi aku suka kualiti yang ada dalam diri Imran. Jadi dipendekkan cerita, selepas kahwin, aku disahkan bunting pelamin. Mana tak happy kan.

Cinta pun tengah membuak – buak masa tu. Tapi kami masih duduk dengan family aku jadi apa – apa pertengk4ran memang kami settle kat luar. Pergi taman ke apa dan settle dalam kereta. Aku tak suka orang nampak kekurangan rumahtangga.

Dulu kami selalu guna telegram untuk berhubung dan whatsapp tu memang tak pakai sangat. Waktu bercinta, dia selalu pakai dp kami. Lepas kahwin tak tahu kenapa, kami m4kin beralih ke whatsapp sampai aku lupa dia ada telegram.

Ada sekali aku bukak telegram aku ternampak dp dia. Kenapa dia tukar gambar pinggan mangkuk pulak kat dp telegram? Aku tanya dia tapi dia kata tak ada apa – apa. Pastu dia tukar semula ke dp telegram gambar kami.

Untuk aku, nak letak gambar solo takde masalah pun. Tapi kenapa gambar pinggan mangkuk? Pelik kan? Bahagian password telefon pun tak ada masalah. Kami share password dan siap set cap jari masing – masing pun lagi. So time ni aku tak terfikir apa apa.

Lepas bersalin anak pertama (lelaki) ada satu insiden di mana aku pakai handphone dia. Pakai biasa – biasa saja. Saja saja scroll apps apa dia ada. Then aku bosan aku tekan home lah kan. Bila nak clear apps yang aku bukak tadi tetiba ada apps telegram.

So aku tekan home balik. Sebab seingat aku dekat layout apps dia, tak ada apps telegram. Bila aku check memang tak ada! Tapi ada apps telegram kat opened apps (harap semua faham lah yang bahagian kita nak clear apps, akan keluar apps yang kita ada buka).

Masa ni aku tak sedap hati dah. Aku buka apps tu dari opened apps. Nak tahu apa aku jumpa? BERSEPAH GROUP tak senonoh! Seram sejuk badan aku. Tetiba badan aku bergoyang macam nak pitam. Masa tu aku senyap. Aku tak tanya dia pun.

Masa ni aku baru habis pantang. Aku kena fikir waras sebab aku takut aku terlepas pukuI anak aku sebab sesungguhnya aku memang tekanan waktu tu. Malam tu masa dia tidur aku guna handphone dia lagi. Aku nak cuba cari dia simpan telegram dekat mana.

Dan aku teringat. Telefon sekarang dah boleh hide apps. Aku cuba godek – godek handphone dia cari setting yang boleh bukak apps tu. Alhamdulillah aku jumpa. Aku buka semula. Sebab aku nak pastikan aku tak mimpi.

Esoknya selepas solat maghrib, aku tanya dia pasal semua benda tu. Aku suruh dia delete depan aku. Lagi aku lemah bila dia bukak fail muat turun yang paling berlambak video tak senonoh tu. Untuk makluman semua, dia jenis bawa handphone masuk tandas.

Kalau nak ber4k, boleh sampai sejam duduk tandas. Nak mandi? Sampai 30 minit duduk tandas. Bila aku soal, ternyata dia duduk tandas untuk puas kan mata dia tengok benda tu. Puaskan nafsu sendiri? Kemungkinan tinggi lah kan bila dah tengok benda macam tu.

Masa tu kami masih tinggal di rumah mak aku. Jadi nak g4duh teruk, tu aku tak buat. Sebab ni air muka kami berdua. Dia pun nampak suci saja kat mata keluarga kami. Yelah. Adik beradik semua sekolah tahfiz. Ahli keluarga Imran semua tudung labuh.

Aku bagi amaran tapi dalam nada perlahan tapi bergetar kecewa. Dua hari lepas tu dia tak balik rumah dengan alasan dia takut aku kecewa dan jijik dengan dia. Bila kami cuba settle dalam whatsapp, dia seolah menyalahkan aku.

Sebab aku baru habis pantang. Berat tak turun macam gajah katanya sedangkan berat aku tak sampai 70kg pun, tinggi 165. Mungkin dia terlupa, isteri dia ni waktu melahirkan anak dia diduga dengan komplikasi sehingga terp4ksa Czer.

Waktu berg4duh tu aku ada suarakan untuk berpisah tapi dia ada kata, “kalau you cari lelaki lain you ingat diorang tak tengok ke benda tu? Eh semua lelaki tengok lah” Eh Imran. Aku tak kisah kau tengok sebelum kahwin. Aku tak pernah tanya cara sosiaI kau sebelum kahwin.

Tapi bila kau nak tegakkan semua orang tengok, kau fikir dulu. Kau tu dah kahwin. Ada anak. Adakah dengan ayat ini kau akan cuba normalkan benda ni bila anak lelaki kita dah besar dan tengok video macam ni? Lepas kant0i tu memang aku tak ada mood nak bersama.

Aku rasa aku ni hanya jasad. Dalam otak dia, dia bayang perempuan dalam video – video tu. Aku bagi kata dua dekat dia. Sebab dia memang ayah yang baik, suami yang baik. Cuma 1 bahagian dia lemah. Lemah dengan video tak senonoh.

Perkara ni stop terjadi beberapa bulan. Lepas anak aku umur setahun lebih jadi benda sama. Kali ni sebab whatsapp group lelaki sekolah dia. Group whatsapp lain punya perbualan, dia okay saja nak baca depan aku tapi ada satu group ni dia tak pernah bukak depan aku.

Jadi ada sekali tu aku suruh dia bukak kan depan aku. Betapa hebatnya bapak – bapak dalam tu ya. Setiap hari wish pakai gambar perempuan tak cukup kain. Kongsi video yang bukan – bukan. Adakah ini terlalu normal dalam kalangan anda lelaki sekalian?

Maaf kalau apa aku tanya ni macam menjurus sangat. Tapi aku geram. Geram dengan suami aku. Geram dengan lelaki dalam group tu. Aku usha media group tu. Bersepah video. Tak ada seorang pun ahli group tu suarakan ketidakselesaan (termasuk Imran) bila ada video macam tu.

Dia kata dia sayang sangat semua kawan dia , susah senang dia dulu semua kawan dia tolong. Last – last aku suruh dia pilih, kawan atau aku. Kepada pembaca wanita, bila ni terjadi, jangan sesekali salahkan diri sendiri tak pandai layan suami.

Orang macam ni memang selalu buat kita rasa seolah kita yang salah. Sedangkan kita dah buat semua yang termampu. Lelaki yang selalu berfantasi kuning ni akan sentiasa rasa layanan yang kita beri tu tak cukup. Sedangkan sebenarnya dia dah “latih” badan dia sampai 1 tahap di mana fantasi tu sahaja boleh puaskan dia.

Untuk pembaca lelaki, mungkin bukan semua yang buat macam ni. Tapi untuk yang buat tu, aku nak pesan. Yang biasa tu tak semestinya normal. Sebab kalau tengok group ws lelaki kan, aku agak pasti mesti ada yang hantar video – video macam ni. Dan akhirnya benda ni dinormalisasi sebab semua orang buat. Siapa m4ngsa? Tentulah isteri.. – Ira (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Novaria Hj Anwar : Istighfar lebih banyak ya TT.. semoga Allah pimpin dan tunjukkan jalan terbaik untuk kalian berdua. Semoga taubat yang sesungguhnya adalah pilihan suami adik demi masa depan rumahtangga kalian sehingga ke syurgaNya tu.. Amin..

Walaupun akak sedih baca cerita begini, akak tetap marah sesiapa yang anggap normal per4ngai buruk ni. Amat makruf nahi mungkar. Tanggungjawab kita semua. Sesiapa yang sokong kelakuan suami confessor macam ni, nampak sangatlah mereka pun sebahagian lelaki yang menormalisasikan kebiasaan buruk tu. Maafkan sangka buruk akak ni ya.

Untuk TT, Inilah namanya naluri isteri / Ibu. Boleh detect something yang tak kena sebelum benda tu terlihat jelas kebenarannya. Tentulah masalah besar bila lelaki yang dah jadi suami dan ayah tak pandai mendidik dirinya.

Topeng saja walau daripada keluarga yang nampak sangat beragama. Anak lelaki patut tahu jadi kuat semangat dan jadi pemimpin. Patut tahu baik dan buruk. Lepas tu ada hati nak salahkan isteri dia? Cuba bayangkan di akhir4t kelak, Allah tunjukkan mata kita melihat segala yang h4ram dan melempias nafsu sembunyi – sembunyi tu?

Bertakwalah kita semua dengan segala kekuatan iman yang masih tersisa. Nikmat hidup yang sementara ni hanyalah ujian yang dihitung teliti d0sa dan pahalanya kelak di sisi Allah. Astaghfirullahal’azhim.

MyIdayu Richminds : Aku pernah tanya seorang lelaki. Yang merupakan seorang ayah kepada 5 orang anak perempuan. Seorang abang yang ada adik beradik perempuan. Apa perasaan kau orang disuatu pagi. Kau buka video dari wasap group korang. Yang keluar video anak kau orang. Dan kawan – kawan kau yang duk share video tu ke merata – rata.

Permaisuri Hati : Macam ni la group wassup zaman akhir – akhir zaman ni. Yang orang perempuan ni tak dapat nak mengawal apa isi perbualan group wassup suami masing – masing. Deme la kena pandai – pandai fikir apa yang buruk dan baik. Bukan muda – muda lagi pun. Dah bapak – bapak orang anak berderet nak bercucu dah masing – masing.

Simpati dekat tt. Benda ni tak normal dan memang boleh pitam dibuatnya kalau pasangan ghope itu. Harap – harap suami tt dapat la hidayah 1 hari nanti. Allah nak jentik hati bila – bila je. Doa banyak – banyak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.