Berpuluh tahun duduk flat sempit, kotor, tak sangka bila duduk rumah bawah ‘mahal’ per4ngai jiran puaaka

Dari kecik merasa hidup susah berhimpit dekat rumah flat, dengan kotor lif selalu rosak. Aku nekad beli rumah corner lot untuk ibu ayah. Tapi aku terk3jut bila jiran siap letak palang mop dekat rumah aku untuk sidai baju. Setiap hari mereka parking kereta di keliling rumah kami sampai depan pagar besi rumah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua.. Aku Siti, berumur 20-an, hampir 5 tahun bekerja dalam sektor kerajaan, belum berkahwin dan masih single. Sedikit pengenalan, keluarga kami keluarga yang sangat sederhana, aku ada 9 orang adik beradik dan semuanya perempuan, ya tiada seorang pun lelaki tapi Alhamdulillah semua sihat dan kuat demi mak ayah kami.

Walaupun sering diketawakan kerana kata mereka anak perempuan akan tinggalkan mak ayah kerana ikut suami, mak ayah kami akan tua sendirian kata mereka, jahatkan mulut? Mak seorang surirumah yang kerap s4kit, pernah keguguran dan beberapa kali operation kerana peny4kitnya.

Ayah pemandu lori yang kerja siang malam demi cukupkan makan minum kami. Aku anak ke-3 dari 9 beradik, kakak aku keduanya manusia yang sangat hebat di mata aku selepas ibu ayah. Mereka sangat bekerja keras dari kecil lagi, aku pernah temankan mereka pergi ambil upah cuci rumah orang, bayangkan ketika mereka berusia sekitar 8 – 12 tahun mereka dah mula ambil upah cuci rumah orang.

Aku yang tadika ketika itu cuma menemani sambil melihat, ketika mereka sekolah menengah, mereka kerja partime di pasaraya selepas waktu sekolah demi bantu menampung belanja rumah kami. Kami yang adik – adik hanya menumpang rezeki yang dicari oleh mereka.

Nak dijadikan cerita ketika kedua – dua kakak aku tamat persekolahan ibu kami jatuh s4kit yang teruk sehingga kerap kali ulang ke hospitaI dengan chem0 bagai. Jadi mereka berdua buat keputvsan untuk tidak sambung belajar untuk menjaga ibu kami walaupun tawaran yang ditaw4r sangat diingini.

Macam biasa aku hanya melihat setiap peng0rbanan mereka. Yang hairan, ketika aku sekolah rendah aku ingin bantu ambil upah cuci rumah dihalang oleh mereka berdua. Ketika aku sekolah menengah aku mahu kerja di pasaraya juga dihalang oleh mereka, mereka pesan supaya aku fokus belajar saja, cukup mereka yang membantu mencari rezeki, tak adil kan?

Bila aku tamat SPM, alhamdulillah keputvsan yang baik sampai ibu aku dan aku terk3jut dipanggil naik pentas untuk ambil keputvsan sebab sepatutnya yang naik pentas hanya pelajar cemerlang, ibu sampai menangis.

Mungkin kerana masa kedua kakak aku dapat keputvsan ibu s4kit dan tidak dapat hadir di upacara seperti ini. Aku menangis kerana niat aku belajar hanya kerana Allah dan kerana keluarga kecilku ini sahaja. Alhamdulillah aku dapat sambung belajar namun kakak – kakak aku seperti biasa mereka terlalu gembira kerana pesanan mereka untuk aku yang hanya fokus belajar dipermudahkan.

Ya, aku faham kerana impian mereka tersekat kerana kami, kami rasa bersalah dan atas sebab itu aku sering melakukan yang terbaik demi mereka berdua, disebabkan mereka teruja, mereka minta aku untuk tidak perlu mohon ptptn kerana tidak mahu aku berhutang.

Aku serba salah kerana akan m4kin susahkan mereka dan ayah, tapi mereka tetap tegas untuk biar duit mereka yang carikan, baiknya Allah kurniakan kakak – kakak seperti ini buat kami. Tapi rezeki Allah yang luas aku dapat tawaran sambung belajar yang ditaja penuh oleh kerajaan, tawaran tu aku terima dan bulanan aku dapat biasiswa RM800+ dari kerajaan dan berbekalkan duit itulah aku mula untuk membantu menyumbang sedikit buat keluarga kecil kami.

RM500 bulanan aku akan beri ibu aku untuk belanja bulanan, jadi kakak – kakak mintak kurangkan sedikit wang bulanan yang mereka beri kepada ibu supaya mereka boleh mula menyimpan duit masing – masing walaupun sedikit.

Alhamdulillah ketika aku berumur 19 tahun, pertama kali kami dapat rasa mempunyai kereta sendiri. Bayangkan dari kecil kami hanya menggunakan lori syarik4t tempat ayah kerja, boss ayah baik kerana izinkan ayah bawa pulang lori kerana kami tiada kend3raan untuk ke mana – mana.

Dari kecil kami akan berhimpit naik lori dan kalau perlu ke mana – mana kami akan menumpang ayah saud4ra walaupun kami tahu ada yang tidak selesa tapi kami kena sabar. Berbekalkan duit RM500 yang aku beri, ibu gunakan untuk bayar kereta yang bagi orang walaupun biasa tapi sangat istimewa buat kami.

Sejak itu ibu ayah sering melawat aku di kolej dengan kend3raan itu. Rezeki kami m4kin bertambah setelah anak – anak m4kin membesar. Selepas aku tamat belajar aku terus diserap masuk kerja dan aku sedar inilah masanya untuk aku baIas budi ibu ayah dan kakak – kakak aku, aku beritahu dah tiba masa mereka berehat dan pilih jalan yang mereka inginkan dan mereka pilih untuk berkahwin.

Aku tahu patutnya mereka kahwin lebih awal tapi kerana tanggungjawab buat mereka sabar dulu. Kami membesar dalam rumah flat yang kecik tapi tak pernah dengar keluhan dari mulut sesiapa pun. Cumanya biasalah rumah flat yang awalnya selesa lama – lama dah berubah jadi flat yang kotor akibat sifat manusia sendiri.

Disebabkan tu impian aku cuma satu, aku nak bawak mak ayah dan adik beradik aku pindah dari situ dan tinggal di tempat yang lebih selesa. Alhamdulillah tahun lepas aku dapat rezeki beli sebuah rumah corner lot, 3000++ft dan rumah tu atas nama aku seorang, itupun setelah 2 tahun aku memujuk ibu aku berpindah dengan sewa tempat lain tapi dihalang ibu.

Sebabnya kata ibu jiran – jiran di flat itu sangat baik. Tapi anak mana yang sanggup tengok ibu ayah yang sem4kin tua asyik naik turun tangga berbelas tingkat kerana lif yang sentiasa rosak. Selepas berbulan ibu menangis tak nak pindah akhirnya terbuka hati nak pindah mungkin kerana sem4kin penat dengan keadaan sekeliling flat tersebut.

Selepas ibu restu aku beli rumah barulah aku dipermudahkan urusan sampai dapat beli sebuah rumah yang amat – amat selesa. Alhamdulilah bersyukur ke hadrat ilahi. Walaupun hidup kami sering dipandang rendah oleh saud4ra sendiri tapi kami tetap kuat.

Rumah flat yang asalnya atas nama ayah telah dilelong oleh bank atas sebab nama ayah bankrap kerana ayah pernah jadi penjamin adiknya dan mereka tidak bayar hutang sehingga nama ayah blacklist. Jadi rumah flat kami tinggal hanya rumah sewa.

Atas sebab itu aku bekerja keras demi selesakan mereka semua, cumanya aku ada soalan sebagai orang yang 20+ tahun tinggal di kejiranan flat dan baru belajar tinggal di tanah bawah ni. Setelah hampir 30 tahun kami berusaha keras, kawasan perumahan yang kami pindah ini sangat t0ksik.

Walaupun rumah kami corner lot tapi jiran kami sering menganggu dengan letak penyidai di depan rumah kami, pernah kami order almari dan lori hon minta alihkan mereka boleh buat derk je siap tanya muat tak tu. Siap ada yang jolok batang mop masuk ke rumah untuk kuatkan lagi penyidai mereka, bila aku whatsapp minta alihkan mereka boleh kata, “tak menganggu kan? Kecil je ruang mereka ambil”

Setiap hari mereka akan parking kereta di depan dan keliling rumah kami sampai pernah parking di betul – betul depan pagar besi rumah, nak masuk pun takde ruang. Bayangkan sekali parking 3 – 4 biji kereta anak beranak jiran tersebut.

Setiap kali tu juga aku perlu whatsapp dan minta mereka alihkan, kadang – kadang aku tengah kerja pun adik – adik telefon minta aku whatsapp jiran alihkan kereta kerana mereka tidak dapat masuk ke rumah. Dah tu masa nak alihkan muka bukan main masam langsung tak senyum tapi lantak la kan.

Bila tegur baik – baik dalam whatsapp personal mesti mereka akan tanya kereta kami banyak ke sampai langsung tak boleh tumpang. Aku yang agak cepat panas selalunya akan baIas dengan kata – kata yang tegas dan pedih tapi seringkali dimarahi ibu ayah aku kerana alasan mereka biar kita parking jauh asalkan tidak bermasam muka antara jiran.

Tapi aku rasa ini sangat tidak adil kerana setelah berpuluh tahun kami usaha demi keselesaan mereka tapi senang – senang dipijak oleh jiran yang t0ksik. Bayangkan rumah kami cuma ada 2 biji kereta (1 kereta aku kerana kerja aku yang sering kesana sini) tapi 2 biji itupun kami terp4ksa parking jauh sampai belakang rumah kami yang penuh pokok pisang.

Rumah semua perempuan masing – masing memang seram nak ke sana sorang – sorang kalau pagi subuh dah kena keluar pergi kerja atau balik lewat malam. Kadang – kadang aku sedih, sudahlah bayaran bulanan sem4kin meningkat tapi benefit rumah ini sering diguna pakai oleh manusia lain.

Korang ada cadangan tak macam mana nak hadapi  jiran macam ni? Kalau kata kami tak bersyukur dengan semua ni memang salah sebab kami mampu duduk berbelas orang dalam rumah flat yang sempit tapi bila keselesaan itu dir4mpas oleh jiran aku jadi serabut. Terima kasih semua.. Anak yang ingin ibuayah selesa, – S – Si kecik (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Erin Mustafa : Bagi lah nasihat macam mana pun. Kalau hati tak kering nak buat, takde guna. Sebab hati jiran lagi kering dari awk. Jadi kena jadi heartless terus. Ambik je penyidai tu buang jauh – jauh apa masalahnya. Kalau dia tuduh cakap jelah tak tahu.

Dia beli penyidai lain? Buat lagi. Teruskan sampai ki4mat. Kalau dia parking depan rumah, msg je cakap “Alih kereta”. Kalau dia reply apa – apa pun, berjela ke, cakap awak kurang ajar ke, reply je balik ayat sama tanpa explain apa – apa “alih kereta” takyah basa basi dah.

Kalau dia tak park pun awak msg jugak, nanti dia kata eh aku tak park pun? Awak msg jugak lagi macam orang giIa. Biar dia pikir eh budak ni sampai dah giIa sebab aku asyik parking depan rumah dia. Mesti dia takut nak park dah pasni.

Hanna : Saya prefer bermasam muka daripada redha disusahkan. Biar berg4duh, biar tak bertegur sapa. Yang penting kita dapat apa yang patut kita dapat. Berbaik dengan jiran begini tak datangkan untung, trust me. Sem4kin diberi muka, sem4kin depa akan pijak kepala.

Abert Capri : Saya setuju dengan pendapat ramai bahawa awak perlu buat aduan di saluran yang betul. Jika tiada tindakan dibuat perkara ini akan berterusan sampai bila – bila. Keadaan ini boleh menyebabkan awak dan ahli keluarga tertekan. Kesihatan mentaI kita perlu dijaga dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa stabil ini sebab kita mungkin menghadapi beberapa masalah lain. Yang mana ada jalan penyelesaian, cuba buat tindakan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?