Adik – adik pernah nampak ibu tiri dengan lelaki lain duduk bersama dalam lori, dating di taman. Tak lama lepas itu, ibu tiri mengandung. Setelah berpuluh tahun tak mengandung. Anak itu kini berbin kan ayah..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan hai untuk semua pembaca. Rasa seronok pulak bila baca banyak kisah – kisah dalam page ni. Yang kongsi pengalaman, minta nasihat, banyak yang bagi komen positif membina walaupun ada jugak yang kecam.
Jadi aku pun tertarik nak kongsi apa yang berlaku dalam keluarga aku, rumahtangga ayah dan ibu tiri. Ibu bapa aku bercerai pada usia kami masih kecil. Kemudian selepas 2 tahun menduda ayah kahwin dengan seorang wanita yang 20 tahun lebih muda dari usianya.
Ketika berkahwin, wanita itu membawa bersama anak lelaki yang masih bayi, aku namakan syafiq. Aku ada tanya pada ayah di mana, siapa bapa bayi itu. Ayah jawab bapanya dah m4ti. Ketika itu aku di sekolah rendah. Jiran – jiran ceritakan pada aku yang ibu tiri ada anak luar nikah.
Yang pertama tak tahu di mana dan yang kedua adalah yang bersama kami. Aku tak kisah apa kata jiran. Tapi aku kecewa bila ayah tipu. Jelas ayah, anak itu tak berd0sa, kita ambil untuk jaga supaya di masa depan anaknya tak ulang kesilapan yang dah dibuat oleh ibu tiri.
Aku dan adik – adik lain melayan Syafiq seperti biasa, malah aku menjaganya lebih daripada adik – adik lain supaya dia tidak berkecil hati dan supaya dia ingat apabila dia dewasa nanti, dia tidak tergamak melakukan kesilapan besar dek terkenang kebaikan dan kasih sayang kami.
Syafiq membesar mengetahui latar belakangnya sendiri tanpa bertanya pada ibunya. Dia tahu dia anak luar nikah kerana ber bin kan Abdullah. Setelah Syafiq bersekolah menengah, ibunya sekali lagi mengulangi kesalahan.
Beberapa kali dia tertangkap dengan ayah. Ketika itu ayah baru pencen. Marah benar ayah, memang dibeIasah lelaki itu. Dahlah bermukadimah z1na di taman permainan, bersama lelaki berlainan bangsa pula. Malah adik – adik pernah ternampak ibu tiri dengan lelaki lain berbaIas bahasa isyarat, duduk bersama dalam lori.
Ini adalah perkara yang paling aku kesal, sebab tak nak peningkan ayah, kami diamkan dan akibatnya mungkin di bawah yang aku akan ceritakan dan macam – macam lagiIah. Tak lama lepas itu, ibu tiri mengandung. Setelah berpuluh tahun tak mengandung ketika dengan ayah.
Ayah syak tetapi dia telah tua dan dia tidak mahu berbalah kerana tiada bukti kukuh. Sedangkan memang bayi yang lahir itu berlainan benar dengan kami semua (tiada rupa ayah, yang ketara wajah ibunya dan rupa lelaki yang pernah adik nampak).
Saya kecewa kerana kami telah dewasa, dari kecil berebut kasih ayah dengan ibu tiri muda. Dah dewasa perlu fikir dan selesaikan masalah ayah dan ibu tiri. Anak lain boleh bawa ayah ke sana sini tapi kami terp4ksa mengalah kerana ayah menjaga anak tiri (hasil anak luar nikah isteri).
Anak lain boleh bawa ayah yang tua untuk tinggal bersama tapi kami takkan nak angkut dan menyara ibu tiri dan adik – adik tiri kami sedangkan kami ada keluarga dan anak – anak sendiri. Pernah saya terfikir agar ayah ceraikan isterinya kerana orang bercerita, di belakang ayah, ibu tiri doakan ayah cepat m4ti.
Perkahwinan ayah sekarang bertahan kerana anak kecil (yang ayah kata mungkin anaknya juga tapi tiada bukti jelas, kasihan budak itu). Tapi saya rasa tak tergamak biarkan adik – adik tiri merasa kepahitan keluarga pecah beIah.
Untuk buat ujian DNA, seperti mencipta baIa. Kalaulah anak itu anak ayah, pasti ibu tiri berang kerana meraguinya (siapa pun marah kalau dituduh). Kalau bukan anak ayah, takkan nak ditinggalkan sahaja anak – anak tirinya yang dah bersekolah menengah dan belum tadika?
Adik itu berbin nama ayah. Siapa ayahnya yang sebenar hanya ibunya yang tahu. Kekusutan kami ialah bagaimana kami nak berbakti pada ayah sedangkan kami tahu ayah s4kit dan perlu perhatian kami. Kalau kami bawa ayah tinggal sekali, bermakna ayah sekeluarga perlu pindah mengikut kami yang jauh di selatan.
Apa pula kata isteri / suami kami kerana perlu turut menyara keluarga tiri kami? Dalam masa yang sama, ibu sebenar kami yang tak pernah muncul masa kami kecil, tiba – tiba hadir dan berbaik dengan kami. Kadang – kadang sedih kerana yang menjaga kami adalah ayah, tapi yang selalu dibelanja, dibelikan barang dan selalu meminta adalah ibu kami sebab dia kerap datang pada kami.
Ayah tak meminta malah kalau kami beri dia tolak kerana tak mahu kami terbeban keluar belanja untuk berlaku adil pada ibu tiri dan adik – adik tiri. Untuk saya cakap dan meluahkan mata ke mata dengan ibu tiri, saya tiada keberanian untuk menggur1s jiwa lain.
Lagipun rumahtangga ayah seperti biasa. Ibu tiri nampak seperti sudah berubah. Salah seorang adik kami menghidap k4nser. Kami syak tekanan inilah salah satu punca dia menghidap k4nser. Tapi kenapa pelaku kesilapan tidak nampak rasa bersalah pada kami adik beradik.
Saya simpati pada anak luar nikah, mereka diejek kerana bin atau binti abdullah. Tapi ibu / bapa yang berz1na itu tak ada tanda pun pada nama mereka yang mereka itu berz1na. Kalau mereka bertaubat, bagus untuk mereka, tapi kalau tidak, yang mer4na adalah anak z1na mereka kerana menanggung nama sepanjang hayat dan kami juga tak pasal terbabit.
Perit telinga menahan cerita dan cakap mulut orang. Perit lagi melihat kelakuan mereka yang berpura – pura seperti tidak silap. Dan bayangkan yang menanggung perasaan, cemuhan dan ujian ini adalah anak – anak kecil.
Jangan disangka anak kecil tak faham. Buktinya kami sendiri, walaupun di sekolah rendah, kami memahami apa itu z1na, apa akibatnya dan kamilah yang menanggung cemuhan kerana ada adik tiri z1na. Kami juga terp4ksa membuat tak nampak isyarat Iucah yang berlaku depan mata, membuat pekak bila orang menyampai cerita.
Wahai orang dewasa yang berakal, gunalah akal untuk cari agama kalaupun tak mahu agama carilah common sense. Saya harap pelaku d0sa seperti di atas menyesal sungguh – sungguh dan doalah agar Allah tunjuk jalan keluar bagi masalah ini. Tak tertahan menanggung perit. Umur pun belum tentu panjang untuk disia – siakan. – Amrani
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.