Suami aku ke masjid solat jumaat teruk aku kena basuh. Sebolehnya ke masjid pun aku nak ikut suami. Masa tu aku tanya apa salah aku sampai layan aku camtu, salah ke aku nikah ngan suami aku. Adakah penikahan aku tidak direstui? Semua ditidakkan. Lepas kejadian tu seperti lori 10 tan terlepas beban kat bahu aku…
#Foto sekadar hiasan. Penceritaan ini bukan niat membuka sisi negatif atau aib suami aku, cuma dijadikan iktibar kepada manusia bergelar ibu mertua di luar sana agar menerima menantu seadanya. Semua orang ada kekurangan masing – masing.
Aku dan suami mendirikan rumah tangga hampir 18 tahun. Aku tahu aku bukan menantu pilihan. Walaupun aku tahu aku seorang yang multitasking, boleh memasak, menjahit, bercucuk tanam, berdikari since aku dan suami pjj lebih 7 tahun.
Kemudian aku juga bekerjaya dan mampu membeli rumah yang aku bayar duit aku sendiri. Jarang aku berg4duh teruk dengan suami. Itupun sebab orang ketiga. Ibunya cakap aku balik bermalam lama di rumah emak aku.. hahaha kan, macam bermadu kan.
Karang adalah drama s4kit di rumah mertua, setengah s4kit kepala kena beli koyok, setengah sesak nafas, setengah nya pulak nak terber4k flush tak function. Dan bergegas la suami aku anak beranak selaku doktor, mekanik balik ke rumah mertua.
Emak aku dah paham, disuruh aku bersabar banyak – banyak. Untuk 10 tahun pertama aku try hard untuk ambil hati ibu mertua aku. Bila balik kampung selalu je aku offer masak, hah elok je kau makan, tinggal tulang je tak makan.
Bagi hadiah (walaupun pernah dicampak hadiah tu), termasuk bagi dia cucu, anak dan cucu dia sayang tapi menantu dia benci. Menantu selalu dianggap orang luar bagi dia. Untuk lima tahun ini aku ambil langkah menjauh, sebab aku dah penat melayan em0si huru hara aku.
Banyak aku telan pahit sepanjang 15 tahun ini. Aku ingat lagi, anak sulung aku dilahirkan pra matang. So kulit agak gelap dengan berat kurang 2 kg. Aku sedih seorang nenek sanggup gelarkan anak aku juga dari d4rah dagingnya sebagai hitam seperti arang.
Dicebik ibu aku cara penjagaan bayi. Padahal ibu aku dah berbelas cucu pada masa tu. Alhamdulillah anak aku comel montel speedy recovery, asbab penjagaan rapi dan tegas ibu aku masa berpantang. Kalahlah cucu dia yang ditatang (kebetulan lahir lebih sebulan dari anak aku).
Ibu mertua aku dan bersaing berpisah tiada. Suami aku? Dia serba salah sebenarnya bila menyedari per4ng dingin antara ibunya dengan isteri. Sebagai anak emak, kadang – kadang aku terasa juga. Bertahun juga dia belajar untuk kawal ibu dia, bertegas untuk tidak mengikut rentak mengarut ibu dia. Allah mendengar doa aku.
Kadang – kadang ibu dia tr1ggered macam persaingan pun ada bila terp4ksa berkongsi kasih anak dengan menantu. Kadang – kadang aku fikir biarlah ibu mertua aku, lantak la situ nak membebel ke apa jangan tangankan aku, m4ki aku sudah.
Aku still hormat dia macam aku hormat mak aku. Eh mak mertua je ke camtu? Tak tak, ayah mertua ok terlalu baik. Semoga Allah lindungi ayah mertua aku selalu. Mak mertua aku selalu menengking ayah mertua aku, mengherdik dan tahap mengh1na pun ada.
Malas la aku nak judge, biarlah Allah menentukan kedudukan isteri yang tidak menghorm4ti suami dia. Eh adik ipar ok ke tu? Tak ok sangat. Walaupun berpelajaran, kurang adab dan akhlak tak cukup untuk membuatkan kita nampak hebat.
Adik ipar aku pengotor, tuala dibiarkan di katil. Pakaian di longgok. Tandas tak gamak nak guna. Anak – anak aku sanggup menahan niat membuang jika ke rumah neneknya. Najiis baby kucing dibiar kering merata. Bau najiis kucing dari litter box tempat kucing membuang memenuhi ruang seluruh rumah.
Eh aku tak tolong kemas ke? Aku ni kedatangan pun tak dialu – aIukan. Inikan pulak nak tolong kemaskan rumah. Ingat lagi, masa suami aku ada elok la dilayannya. Dulu ingat lagi, suami aku ke masjid solat jumaat teruk aku kena basuh.
Sebolehnya ke masjid pun aku nak ikut suami aku. Masa tu aku tanya apa salah aku sampai layan aku camtu, salah ke aku nikah ngan suami aku. Adakah penikahan aku tidak direstui? Semua ditidakkan. Lepas kejadian tu seperti lori 10 tan terlepas beban kat bahu aku. Sungguh aku lega.
At least family suami aku tahu aku bermaru4h, jangan sebarangan melayan manusia seperti tiada perasaan. Ignorance is the best remedies. Itu yang aku lakukan. Itu baru secebis memori silam aku sepatutnya dipenuhi dengan vibes cinta dan kasih sayang.
Kita sahaja yang memberi kasih sayang tidak memadai untuk memadam keegoan seorang ibu mertua. Sekarang mak mertua aku disahkan lumpuh. Nampak sedikit runtuh eg0nya. Em0si tak menentu, kerap meng4muk dan menangis seperti kata pepatah kita pada hari ini adalah kita di masa yang lalu..
Tapi waktu ini dia perIukan anak kesayangan dia sebagai kekuatan dia. Aku tak pernah menghalang suami aku berbakti untuk mak ayah dia. Ini baIasan aku untuk dia. Aku selalu berdoa agar diberi kesempatan agar dapat diampunkan segala d0sa terhadap ibu mertua, walaupun aku tahu dia masih tidak ikhlas menerima aku sebagai menantunya.
Satu hari aku angankan agar dia memeIuk aku sambil mengucapkan emak minta maaf, atas apa yang emak lakukan terhadap kamu. Sungguh aku tidak rampas anak lelaki kalian. Demi cinta aku masih bertahan, melainkan anak kalian membuang aku. – Bunga larangan (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Dila Hamid : Kahwin anak emak gitu lah gamaknya. Macam bermadu. 18 tahun boleh sabar. Teruskan bersabar. Mertua ni tak ingat agaknya dulu dia juga seorang menantu. Mertua tak hormat suami sendiri dari situ dah boleh nilai mertua confessors seperti mana orangnya.
Mertua yang suka membanding – bandingkan anak menantu. Ada anak dia sayang tapi menantu dilayan seperti orang luar. Suami jugak yang tersepit. Ibu dan isteri mana patut dia dahului. Hanya sikit pesanan. Biar mertua membenci kita. Kita sebagai menantu perlu menghorm4ti dia dan juga suami. Teruskan berbuat baik. Kerana suatu hari nanti kita juga bakal bergelar mertua tapi mertua yang penyayang.
Mohammad Rozif Abd Rasid : Nasib mak aku tak macam tu, sebab kekadang isteri aku merungut lama tak balik tido kat kampung aku. Mak aku pulak sayang benor menantu pompuan sorang dia tu. Sebab mak aku macam tt ni, sebab tu dia nak jadi mak mertua terbaik untuk menantu – menantu dia. Alhamdulillah isteri aku pun faham keadaan macam mana, tiap kali raya jaa mesti ada kain baju sebagai hadiah untuk mak ayah aku.
Siti Rosmiza : Orang yang tak habis membenci orang mencari salah orang ni kan sebenarnya hidup dia bukan tenang pun. Cuba korang buat seminggu jadi orang yang suka marah – marah, suka ungkit – ungkit, esok tu try pergi mengutuk, cari salah orang.
Lepas tu sebelum tido fikir pulak esok nak g4duh apa cari salah apa semua nak sindir apa hahahaa mesti korang akan str3ss, pastu tak tenang, pastu penat. Cuba la teori aku ni. Cuba hidup tenang – tenang je, jangan gelabah, jangan nak marah – marah, cari salah orang. Mesti tidur pun nyenyak. Tenang hidup, solat pun tenang.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.