Bertahun dibenci mertua kaya, akhirnya suami tanya punca. Mak mertua kata, tak suka saya sebab selalu cakap English dengan anak

Rupanya suami ada tanya dekat mak dia, kenapa benci saya? Jawapan yang sangat – sangat kelakar.. Sebab saya SPEAK IN ENGLISH. “Orang lain pun belajar jauh, mak sendiri pun belajar Australia tapi takde lah nak speaking 24 jam”.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan hello kepada admin dan juga pembaca semua. Saya harap confession saya disiarkan sebab otak saya buntu dan I have been feeling so down and so sad for months now. Benda masih lagi tak settle – settle.

Nama saya Clown sebab saya memang jenis happy go lucky dan extrovert. Suka gelak – gelak sembang dengan orang. Saya nak cerita dekat pembaca semua tentang mak mertua yang buatkan saya rasa sedih dan down. Mungkin bagi orang lain benda yang saya alami ini tiada bagi kesan apa – apa pun.

Tapi apa yang dia buat dekat saya menggur1skan hati sebab macam yang saya cakap awal – awal tadi, saya kan jenis happy go lucky type. Pertama sekali, saya perasan, mak mertua macam tak nak bercakap dengan saya. Kalau dengan orang lain punyalah huhuhaha tapi dengan saya dia diam.

Mula – mula, saya terfikir ke sebab dia ni t20, ada cara nak sembang dalam kalangan t20 ni kot eh? Ntah la. Awak bayangkan, kalau menantu lain duduk depan dia sewaktu di meja makan, dia akan meraikan sungguh – sungguh, dia akan senyum tetapi kalau saya, kepalanya akan dibenamkan saja dalam ipad kesayangannya itu. Memang nampak sangat la kan orang tak suka kita?

Tapi saya masih lagi buat buat tak tahu orang kata. Buat derkkkk sajaIah. Jadi saya tahu yang saya ni tak diraikan, the next time I was there saya ambil makanan dan pinggan nasi saya, saya join group budak – budak pergi makan meja sebeIah. I don’t feel welcomed so I just walked away.

Kejadian seterusnya, suami ajak saya pergi sambut majlis harijadi bapak mertua. Saya memang berat betul nak pergi, tapi mengenangkan suami yang sangat – sangat baik. Saya pun pergiIah, saya salam macam biasa dan saya memang duduk betul – betul depan mak mertua.

Macam biasa, dia pandang pun tak. Cakap pun tak. Gaya dia memang dia nak cakap yang dia benci saya giIa – giIa la kan. Haha. Yang saya kelakarnya, saya tengah dukung anak dan anak saya tengah tak berapa nak sihat tapi mak mertua diam saja seribu bahasa tanpa tanya sikit pun tentang keadaan anak saya.

Tapi bila kak ipar saya datang dan ambil anak saya, dia terus pergi dekat anak saya dan tanya, pegang anak saya sambil melawak. Jadi, korang semua faham tak? Dia taknak tanya pun keadaan anak saya sebab masa tu saya yang pegang tapi masa orang lain yang pegang baby saya, dia okay. Nampak tak permainannya di sini?

Jadi majlis harijadi tu berlangsung selama 2 jam, dan selama 2 jam tu memang dia tak cakap dan tak pandang langsung pada saya. Hahaha. Yang kelakarnya, orang yang meja jauh – jauh, diajak makan itu ini, saya semeja dengannya hanya diam sahaja seribu bahasa muka pun ketat muka stern face.

Jadi saya bagitahu suami, lepas ni saya dah tak akan join mana – mana family gathering dia sebab saya jenis yang kalau saya sedih, saya sedih lama. Orang luar tak akan nampak kesedihan saya sebab saya jenis happy-go-lucky, tapi saya akan sedih sorang – sorang dan makan masa untuk pulih walaupun bagi sesetengah orang, alah benda kecil sahaja.

Saya sedih apabila kebencian begitu terpancar jelas di mukanya sedangkan saya tak tahu apa salah saya. Dipendekkan cerita, rupanya suami ada tanya dekat mak dia, kenapa benci saya? Jawapan yang sangat – sangat kelakar.

Sebab saya SPEAK IN ENGLISH. “Orang lain pun belajar jauh, mak sendiri pun belajar Australia tapi takde lah nak speaking 24 jam”. Memang dengan anak saya dan anak – anak buah, saya lebih senang bercakap dalam English sebab mereka ni generasi Youtube dan memang mudah menerima arahan dalam English.

Saya dapat rasakan sebab ‘English’ itu hanyalah alasan. You don’t simply hate people because they use English. Haha. Banyak lagi perkara perkara yang berlaku yang nampak sangat tak suka, penat nak type semua kan.

So saya nak tanya you all, untuk menjaga mental health saya, boleh tak kalau saya dah tak nak pergi langsung? – Clown (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Lily Rizana : Mungkin extrovert awak tu yang membuatkan dia rimas. Mungkin di mata orang tua juga tak nampak happy go lucky, tapi lebih nampak kepada menggedik, over, suka gelak kuat – kuat, mungkin lah… Saya agak je lah. Sebab orang kaya – kaya ni, diorang punya style biasanya relax – relax. Lagi lah kalau educated macam mak mertua awak. Extrovert bukan bermakna setiap masa mesti happy go lucky.

Syahirah Azman : Mungkin mak mertua awak rasa menyampah, rasa awkw4rd awak duk speaking je manjang sementara orang lain ok je cakap melayu. Jadi apa kata cuba tukar penggunaan bahasa ketika bersama keluarga mertua. Ada sesetengah orang, mereka suka berkomunikasi menggunakan bahasa melayu walaupun mereka boleh je bertutur dalam bahasa Inggeris.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.