Bertahun kahwin sekali je suami wish birthday. Aku tunggu kot ada kejutan atau prank tapi takde. Aku nekad cerai, suami nangis masa lafaz

Kebetulan birthday aku sama tarikh anniversary. Aku tunggu kot ada surprise ke prank ke, tak ada… Benci. Aku cemburu tengok ipar aku sambut birthday, anniverary dan suami aku boleh je wish. Aku s4kit hati dan minta dilepaskan..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua.. Ada orang tanya aku, kenapa cerai. Antaranya sebab suami aku dulu tak pandai nak hargai aku seharusnya. Aku tak harap banyak, tapi kerana hiba lebih banyak daripada suka, aku memilih hidup sendiri.

Tak perlu cerita berapa kali aku tergerak hati nak putus tunang kerana sikap sambil lewa dia melayan perasaan aku, apatah lagi dia pernah ada ramai bekas teman wanita sebelum tu. Kes pertama selepas kahwin, aku cuba cek hp dia, tergamam rasa sebab dia wish birthday bekas awek dia.

Jika betul dah putus tak perlu pun nak wish lagi apatah lagi dah ada isteri. Sehingga bekas awek dia call dan aku jawab, aku hanya kata jangan kacau dia dah kahwin dengan aku. Dalam hati aku dah mula benci suami sebab aku tahu dia yang mulakan.

Waktu nak tidur aku menangis, suami tanya kenapa aku kakukan diri. Tapi suami ni jenis kaki perempuan, dia memang  tahu cara pujuk dan goda. Faham – fahamlah tidur sekatil… Itu je sebab aku bertahan, takut jika berpisah aku tak dapat benda tu.

Kes kedua, dia tak menunjukkan keterujaan bila aku mengandung, akulah yang pegang tangan dia suruh rasa kandungan. Suruh dia doakan… Dia jenis tak ada perasaan agaknya. Sampailah aku kecewa dan aku buat segala urusan untuk menyambut kelahiran baby sendiri.

Aku tak beritahu dia, aku beli apa. Aku dah beli semua kelengkapan baby dan ibu berpantang tanpa dia bersama. Nak dekat bersalin dia belikan beberapa set baby dan ibu pantang. Aku tak gembira pun tapi rasa membazir sebab apa yang dia beli tu semuanya aku dah beli.

Saja tanya kenapa beli banyak ni, dia kata ada kawan dia kata isteri nak bersalin kan, belilah set – set ni. Dah kawan dia memang jual benda ni. Aku dah perasan suami aku ni b0doh, perlu ke aku buat b0doh – b0doh? Sebelum mengandung dulu dah kena macam ni, dia ada pergi ke Thailand urusan kerja katanya, balik tu bagi aku baju tidur, aku pun pujilah cantik, sekali dia kata kawan dia pilih.

Terus aku m4ti selera! Aku tak tahulah perasaan isteri lain macam mana, tapi aku memang rasa geram sangat ketika itu. Tahun pertama dia masih ingat birthday aku, adalah hadiah istimewa yang masih aku simpan. Tahun seterusnya dia dah tak wish birthday aku, entahlah sebab lupa atau sengaja atau malas.

Aku memang sengaja tak wish birthday dia sebab dia tak wish birthday aku. Kebetulan birthday aku sama tarikh anniversary. Aku tunggu je kot ada surprise ke prank ke, tak ada… Benci. Aku raikan birthday anak aku je.

Birthday kami buat tak tahu, mula tu rasa sedih juga, macam sama – sama ego tapi akhirnya aku anggap benda tu tak penting pun. Yang menyebabkan aku cemburu bila aku tengok perkongsian ipar aku sambut birthday dan anniversary yang romantik.

Sekali suami aku boleh je wish untuk adiknya. S4kit tu lain macam.. Dia bukan tak pandai wish birthday tapi tiada untuk aku dan anak. Kerana sikap b0doh dia dalam bab menjaga hati isteri, aku nekad carai. Apatah lagi aku dah s4kit hati sebab dia nampak lebih mesra bila bercakap dengan orang lain tetapi dengan aku serius je. Atas katil je bertukar manja.

Aku pun dah malas layan dia, dah rasa berd0sa tak tidur sebilik, aku tidur bilik anak. Aku minta dilepaskan dengan baik. Waktu dia lafaskan cerai tu dia nangis, aku pula rasa tenang sebab tak perlu lagi rasa kecewa, sedih, malu, pedih, h1na.

Telah kering air mata aku yang lama memendam rajuk dapat suami tak suka pujuk. Lebih suka hiburkan orang lain daripada orang rumah. PergiIah kau dari hidup aku tapi jangan hilangkan diri daripada anak ini. Walaupun dia tak pernah nak wish birthday kepada anak, mungkin tak ingat tarikh lahir anak lebih ingat tarikh lahir bekas awek, dia bagi nafkah duit belanja pada anak pun alhamdulillah.

Alhamdulillah ala kulli hal. Bercerai itu tak d0sa jika ia untuk keluar daripada ner4ka. Menangislah kerana Allah bukan kerana manusia. – Awan (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Emy’n Nur : Memang bila baca cerita ni macam banyak yang remeh temeh je. Tapi sebenarnya perkara remeh tu la yang boleh cipta kebahagiaan. Macam contoh ucap terima kasih dan maaf pada pasangan. Remeh je kan tapi impak yang besar kot.

Bila lama sangat pendam memang la jadi taw4r hati. Bila dengan orang lain elok je wish birthday. Dengan family pun bagus tapi dengan isteri tak ingat nak wish. Isteri tu kan sebahagian hidup kita, siap lahirkan anak – anak lagi.

Tak salah kalau lebih membahagiakan isteri. Buat tt, moga terus bahagia dengan anak – anak. Hidup ni memang bukan selamanya, tetapi seumur hidup tu lama kalau kita bersama dengan orang yang salah.

Siti Noraini Maidin : Faham sangat perasaan tt. Bukan sebab tak wish tu. Tapi lebih kepada s4kit hati tidak dihargai. Suami dia boleh wish dekat orang lain, dekat ex pun boleh nokk. Moment mengandung, kemesraan dengan isteri dan lain – lain tak ada tapi dengan orang lain boleh.

Lain la kalau dia memang jenis kayu tak reti nak bermesra dengan orang lain. Orang yang tak lalui perkara ni akan anggap ini adalah perkara remeh. Moga tt terus kehadapan dan bahagia bersama anak tersayang kerana berani melangkah keluar.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.