Bila aku beli handbag, saja je aku bagitahu harga supaya org tahu beg aku mahal

Lepas habis belajar aku dapat kerja dengan gaji RM3500, memang dah rasa kaya sangat. Aku pakai kasut heels yang tinggi, berketak ketuk di lantai, bila orang tanya berapa harga, aku suka beritahu harga dan jenama. Aku suka menderma supaya orang nampak aku kaya. Tapi selepas habis PHD, aku kahwin hanya guna kurang dari 10k..

#Foto sekadar hiasan. Kisah yang ingin aku kongsikan ini adalah kisah hidupku dan aku harap ia menjadi panduan kepada semua. Abang aku iaitu Abang Omar, seorang hartawan yang bukan dilahirkan di atas katil emas. Baik, santun, berpelajaran, kaya dan berpendidikan.

Mempunyai personaliti yang menyenangkan, jauh sekali untuk meninggi suara terhadap ibu bapa atau orang disekeliIingnya. Abang aku adalah antara individu yang dihantar oleh kerajaan pada tahun 80an untuk melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka dunia dalam bidang perakaunan.

Usai pengajian, beliau balik ke Malaysia dan berkhidmat kepada negara. Bayangkan lah waktu itu diawal tahun 90-an, gaji abang aku sudah mencecah puluhan ribu tetapi dia terlihat sangat biasa. Kereta biasa, rumah biasa dan tidak pernah sesekali berbicara pasal harta.

Ramai sepupuku bertanya, kenapa Abang Omar tak pakai kereta macam ni, kenapa dia beli rumah teres setingkat sahaja, kenapa anak – anaknya tidak bersekolah di sekolah internasional? Hanya abang aku mengerti apa yang dilakukannya dan waktu itu aku muda.

Aku juga memandangnya dengan kehairanan. Aku berbeza. Usai pengajian aku dilamar disebuah syarik4t multinasional dengan gaji 3.5k pada tahun 2009. Pada masa itu, aku terasa seperti orang kaya. Aku juga jarang berbicara pasal harta, tetapi aku suka menunjukkannya secara indirectly (tidak langsung) kepada orang sekeliIing.

Contohnya aku membeli tas tangan, bila aku pulang ke kampung dan bertemu kakak ipar, lalu aku suka menyebut – nyebut perihal harga tas tangan tersebut sekiranya ditanya. Secara tak langsungnya sebenarnya aku ingin menyatakan bahawa tas tangan itu mahal dan berjenama.

Kemudian ketika aku pergi ke pasar membeli ikan yang buruk – buruk untuk kucing, aku takut maru4h ku jatuh kerana bimbang tanggapan orang sekeliIing mengenai aku yang membeli ikan buruk. Sengaja aku berkata kuat – kuat depan peniaga yang aku membeli ikan buruk untuk kucingku.

Kemudian jika aku mengenakan heels yang tinggi, berketak ketuk di lantai, bila ditanya orang berapa harga, aku suka memberitahu harganya dan jenamanya. Biar orang tahu aku seorang yang bercita rasa. Kemudian, ada satu sifat aku yang suka menderma terlalu banyak tanpa berkira.

Tetapi sebenarnya aku mahu dilihat kaya oleh orang. Sampai suatu ketika.. waktu aku mengambil keputvsan untuk berhenti kerja dan meneruskan pengajian PhDku. Sewaktu mengambil keputvsan berhenti, aku mempunyai wang reserve yang agak banyak.

Aku ada ribuan tunggakan gaji. Aku ada sch0larship dan juga aku ada dividen ASB puluhan ribu (hasil simpanan 20 tahun). Aku sudah mula berfikir dengan panjang dan memulakan gaya hidup yang sederhana. Aku berkahwin dengan belanja kurang dari 10 ribu walau ketika itu aku OKB (Orang Kaya Baru).

Tidak pernah berangan fairy tale wedding atau wedding of the year. Ringkas dan sederhana. Waktu pertengahan pengajian, ketika itu duitku menyusut dan berkurang. Aku mula berkira – kira dan berjimat sendiri. Aku sudah mula dididik untuk tidak membeli tas tangan, kasut tinggi atau apa – apa barang berjenama.

Aku sudah mula memakai pakaian yang tiada seri-nya. Hanya selesa berseluar sukan, berbaju t-shirt tanpa caIit – caIit make up. Dunia korp0rat sudah lama aku tinggalkan. Ketika aku ingin membeli jagung di pasar, aku membelek – belek jagung yang r0ngak.

Kerana aku memang suka jagung yang r0ngak. Seakan nikmat bila makan jagung r0ngak. Ada sepasang suami isteri turut membeli jagung juga di situ. Dia membeli jagung r0ngak juga dan berkata dengan kuat, ‘beli jagung untuk burung’.

Jatuh! Air muka aku jatuh pada waktu itu. Aku mula refIeksi terhadap perbuatanku suatu ketika dulu. Aku sombong, aku angkuh dengan wang dan harta. Kini, setelah tamat pengajian PhDku, aku diterima berkerja didalam sektor awam.

Dengan gaji 8K sebulan, sememangnya ianya angka yang agak besar. Tidak lah kaya seperti tajuk yang aku tuliskan. Tetapi dalam kalangan yang mampu, Alhamdulillah. Aku bersyukur. Aku masih sama seperti dahulu. Berseluar sukan dan berbaju t-shirt ke mana sahaja.

Tudung lusuh seperti selalu. Tidak bertukar baju kerja, tidak berpasang – pasang kasut tinggi, tiada tas tangan harga ribu – ribu. Rumah biasa, kereta biasa. Aku ingin hidup sederhana seadanya. Beberapa kali aku ingin membeli ubat yang sama difarmasi untuk s4kit telingaku, tetapi jawapan pharm4cist adalah ubat tersebut kehabisan stok.

Lalu aku bertanya, opsyen apa yang ada. Jawapannya ada kak, tetapi mahal sedikit. Mahal berapa tanyaku? RM36 kak. Ubat yang akak cari tu RM16 kan. Aku senyum dan terus membeli ubat tersebut tanpa rasa sedih atau dhaif bahawa aku terlihat miskin tetapi sebenarnya aku mampu.

Aku pernah dihaIau di Watson kerana ingin menumpang tandas, walhal ketika itu aku pun sebenarnya ingin membeli barang keperluan. Mungkin aku terlihat tidak berwang. Berbeza dengan sahabatku waktu aku menemaninya.

Dia pernah menumpang tandas di Watson, tetapi dibenarkan. Jika aku ingin membeli belah, ternyata pr0moter – pr0moter ini akan menunjukkan aku barang yang paling murah sekali. Tak mengapa, Alhamdulillah. Aku dijadikan r0le model kepada adik – adik ipar aku.

Memandangkan aku ini menantu perempuan, adik iparku yang kesemuanya lelaki selalu berkata kepada pasangan mereka. ‘Tengok lah akak tu, duit banyak tapi hidup macam biasa sahaja’. Anak – anak aku, aku tidak biasakan dengan jenama.

Asal cantik, molek aku akan beli untuk anak aku. Duit 8K ini bukan duit aku, bukan rezeki untuk aku. Ianya rezeki untuk anak aku, untuk suami aku, untuk jiran – jiran aku yang kehilangan sumber pendapatan waktu PKP ini. Kini aku terlihat seperti abang aku, tetapi belum sampai ke tahap itu.

Belum sampai ke tahap menghulur kesemua wang yang ada di dalam dompet ketika si muaIIaf meminta kepada dia. Belum sampai ke tahap menghalalkan duit yang dipinjamkan kepada orang. Aku sendiri berhutang dengan abang aku.

Lebih kurang 4 ribu. Tetapi abang aku kata tak payah bayar, itu semua hadiah. Waktu aku berkahwin, abang aku beri 3 ribu untuk belanja atas rasa ehsan kerana waktu itu aku lah yang paling lambat menamatkan zaman bujang (30-an).

Pesan aku, kepada eIitist, kepada hartawan, kepada infIuencer, kepada founder siapa – siapa pun, orang kaya mana – mana pun, usah memperlihatkan harta kita kepada dunia. Usah dipertontonkan. Akan ada suatu masa, harta yang kita pertontonkan kepada dunia itu akan menghent4m kita semula.

Kamu bimbang dengan golongan B40 yang mendapat bantuan tetapi dalam masa yang sama kamu resah harta kamu dicairkan. Harta – harta kamu yang dipertontonkan mengadili kamu sekarang. Biarlah kita terlihat miskin, namun kita tahu poket kita dimana. Apa perlunya untuk kelihatan kaya? Apa perlunya menunjuk harta? Jawapan itu terletak pada diri anda. – Latipah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Alfena : Suka dengar kisah orang – orang yang berjaya dalam hidup macam ni. Best je baca. Saya pun macam puan yang dulu, suka barang branded. Adala juga 1 bag lv dan 1 bag chanel tapi saya beli untuk tatapan diri sendiri je.

Tak pernah terlintas untuk show off kat orang. Bila saya pakai barang branded, saya ada satu perasaan yang best. Tak pernah pula peduli pandangan orang macam mana. Bagi saya as long as kita mampu tak mengapa. Life’s too short dan tak berd0sa pun kita nak spend untuk diri sendiri. Kalau tak panjang umur, tak sempat nak merasa nikmat dunia.

Arman Kastello : Abang anda seorang yang hebat, moga mulia tempatnya di sana. Baguslah anda menjadikan abang anda sebagai contoh. Hidup sederhana itu lebih ternampak cantik dan jelita dari hidup kaya tapi dalam waktu yang sama hidup dalam ketakutan. Ketakutan harta yang banyak diambil orang lain.

Rahmah Rahman : Terbaik penulisan akak! Saya suka, saya suka orang yang kaya ada sifat macam ni. Dalam 10 orang kaya saya jumpa hanya 2 – 3 orang yang kaya dan somb0ng. Mereka yang kaya dan humble menjadi idola saya dalam diam. Betul, jadilah kaya tapi bersederhana.. Terbaik

Rosmaliza Yusoff : Saya bersetuju dengan pendapat puan kita tak perlu menunjukkan kekayaan kita kepada orang lain biarlah kita sendri sahaja yang tau. Bukan ape kawan ketika kaya ramai yang datang tetapi ketika kita dalam kesusahan semuanya lari.

Jadi gunakan simpanan kita secara berhemah agar masa depan keluarga kita terjamin pada masa akan datang.. Mudah – mudahan.. Aaamiin

Sumaiyah Mohd Rasidi : Saya suka penulisan ini. Memang wujud ramai orang yang suka tunjuk kaya sehingga perleceh orang lain. Sanggup berhutang janji dapat tunjuk kemewahan pada orang lain. Hidup ni sia – sia saja nak menunjuk – nunjuk sebab manusia ni ada 3 jenis. 1 jenis dah lihat, dia berd3ngki.1 jenis lagi, dia lihat, puji dan pergunakan. 1 jenis lagi, dia lihat macam biasa – biasa je, takda berd3ngki dan takda memuji.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?