Bila aku suruh suami buang sampah, dia sibuk main game. Dia siap bagi taklik, kalau aku buang sampah sendiri, jatuh talak 3

Aku d3rita. Makan hati. Taw3r hati. Lillahitaala. Balik – balik kena ugvt. Balik – balik kena m4ki. Penat. Suami kalau nak marah perlu ke sampai m4ki, samakan isteri dengan binatang, naik kaki dan tangan? Betullah syurga itu mahal..

#Foto sekadar hiasan. Hai assalamualaikum. Nama aku Orked. Seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak. Usia perkahwinan hampir cecah 9 tahun. Pernah mengadu dan menangis bersama – sama rakan sekerja, tapi apakan daya. Mereka pun hanya mampu mendengar dan menangis bersama.

Tapi syukur, sekurang – kurangnya, ada telinga yang mahu mendengar, ada bahu yang sudi menjadi sand4ran. Terima kasih kawan. Aku? Seorang isteri buat seorang lelaki yang so-called baik. So-called baik? Ya. Baik buat orang sekeliling kami.

Suami aku ni nak kata baik, ya baik. Orang selalu nampak yang suami aku ni 1 dalam seribu punya type of husband. Tak dinafikan, kerja rumah, anak, dan lain – lain memang dia rajin. Berbeza ye dengan abang – abang aku yang takde give and take pun dengan kakak – kakak ipar aku.

Soal anak soal rumah semua letak kat kepala kakak – kakak ipar aku je. Suami aku lain. Dia bantu dan kadang – kadang dia buat je tanpa perlu disuruh. Boleh dik4takan ringan tulang. Sampaikan ibu aku sendiri pun lagi selesa untuk meminta bantuan dia berbanding anak lelaki sendiri.

Tapi ada satu sisi di mana semua orang tak tahu dan takkan percaya. Bila kami berg4duh, walau pun berg4duh kecik, suami aku seolah – olah bertukar identiti diri 1 dalam seribu juga jadi manusia yang sangat bertentangan dengan sifat baik dia.

Apa yang pasti, segala kata m4kian akan keluar. Seolah – olah aku lah perempuan paling tak guna dia pernah kenal. Apa je perkataan yang aku tak pernah kena? Semuanya dah. Semua. B*b*, anj*ng, bo**h, bang*ng, p**im*k, jaha**m, s**l. Eh kau sebut jelah. Semua pernah.

Malah aku lah perempuan tak guna isteri tak guna itu. Semuanya aku. Bukan sekadar m4kian, tangan kaki pun habis naik. Dalam pantang pun perut yang dczer ni pernah disep4k. Sampai Iebam mata macam dalam drama tu pun aku pernah kena. Semua aku pernah rasa.

Kalau ada masalah perselisihan faham, boleh dik4takan suami aku tak boleh bawa berbincang. Apa yang cuba aku bagi pandangan, dia bidas dan terus membidas sampailah akhirnya, m4ki dan naik tangan. Sampai aku dah boleh tau, apa yang akan jadi next next next.

Boleh dik4takan aku dah hafal jalan cerita apa yang akan jadi. Tapi dia selalu cakap aku prov0ke dia. Dan per4ngai dia jadi macam tu disebabkan aku. Walhal sebelum kawen pun, selalu dia m4ki hamun dan segala carutan pun dah keluar.

Tapi itulah aku b0doh, terima juga walau sejuta kali ibu aku tanya, “betul ke nak terima dia? Betul ke nak terima dia. Betul ke nak terima dia?” Punca g4duh? Simple je. Kadang – kadang kecik je. Contohnya, dia terlalu busy dengan kerja. Balik kerja, sambung lagi kerja kat rumah. Sampaikan hubungan kami suami isteri renggang.

Bila renggang, kadang – kadang ada rasa nak merajuk sebab rasa dah takde masa bersama nak bedtime story etc. Kadang – kadang saje je buat – buat merajuk. Merajuk pun bukannya teruk. Aku diam. Buat silent treatment, pandang tempat lain. Kadang – kadang cuba cakap ngan dia “saya sedih la awak macam ni macam tu”.

Tapi pada dia semua kemerajukan aku tak kena tempat. Bila aku meluahkan, dia cakap aku tak faham dia. Aku tak peduli akan kerja dia. Kalau aku buat muka lagiIah. Memang silap besar tu. Dah tu aku tak boleh merajuk langsung ke? Nak juga rasa dipujuk.

Aku kadang – kadang terasa hati dengan dia. Orang luar buat dia macam – macam, dia baIas apa? “Biarlah orang buat kita.. jangan kita buat orang”. Tapi isteri sendiri buat per4ngai, tangan kaki m4kian habis dilepas. Sedih tau, susah payah dia selama ni, aku kat tepi. Tapi akulah perempuan paling tak guna dalam hidup dia.

Ugvt cerai dan taklik? Berzikir kat mulut. Contoh aku meIawan mulut, aku cakap “aku benci kau. Aku taknak kau dah. Aku d3rita hidup dengan kau!” Apa dia baIas? “Dah tu cerai jelah” takpun aku buat per4ngai nak keluar rumah sebab aku dah tak tahan. Dia taklik, kau keluar rumah, aku cerai kau.

Atau berg4duh dalam kereta, aku keluar kereta jalan kaki, dia taklik “kau tak masuk kereta dalam kiraan 3, aku cerai kau”. Kadang – kadang aku minta buang sampah, dia duk seronok main game. Pastu dia cakap “alaaaaaa”.

Aku cakap “okay takpela saya buat”. Pun dia boleh taklik. Dia cakap kalau aku ada terasa hati rasa marah sampai aku nak buat sendiri (buang sampah) jatuh talak 3 katanya. Aku d3rita lillahitaala. Makan hati. Taw4r hati. Semua ada.

Balik – balik kena ugvt. Balik – balik kena m4ki. Penat. Tapi bila berbaik, dia akui dia silap. Dia tak patut buat aku macam tu. Malam – malam peIuk civm juga! Tak wak. Takk. Bersama sebulan sekali pun jarang. Suami ni, nak marah perlu ke sampai m4ki?

Perlu ke samakan isteri kau ni dengan binatang? Perlu ke sampai nak naik tangan? Nak marah, marah. Tapi jangan berkata dengan kata – kata yang s4kit macam ni. Aku maafkan tau. Tapi aku tak lupa segala kata kesat tu. Sikit pun aku tak lupa. S4kit bila orang yang kita sayang, binatangkan kita.

Abi aku tak pernah jentik aku. Tapi ada sosok tubuh yang buat lebih kat tubuh aku. Bila aku cakap “abi aku pun tak pernah pukuI aku” apa dia baIas? “Abi kau? Abi kau dah kat kubvr!” Aku sayang dengan kebaikan tu. Tapi aku juga sa4kit dengan segala apa yang dia buat.

BagiIah kata – kata semangat kalian buat aku. Betullah syurga itu payah. Syurga itu mahal. Terima kasih sudi membaca luahan ini. Doakan aku sentiasa kuat. – Orked (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

NorFatin Arifah : Bertahan lagi cik kak sampai separuh nyawa kena tib4i. Kalau dah sampai naik kaki tangan, baik setara mana pun, sorry to say la. Anak – anak tu akan jadi saksi tau. Diorang nampak. Nak ke anak – anak membesar jadi kaki pukuI, baran?

Ataupun anak – anak jadi depr3ssion? Jangan la selfish, kesian anak – anak tengok mak dia kena tib4i camtu, kena m4ki macam takde harga diri. Taklik pun mudah je lafaz. Kot – kot terjatuh lafaz taklik tu tanpa sedar, tak ke jadi isu lain?

Nur Iqa : Saya pernah berkenalan dengan seorang lelaki. Dia berkata kasar, m4ki dan cacian kepada family dia sendiri apabila dia meluah kepada saya. Malah saya sendiri pernah dikasari secara verbal sampai emosi dan mental saya jadi tak stabil. Demi sebuah ketenangan diri dan saya sayang diri, saya terp4ksa pilih untuk angkat kaki.

Lelaki tu juga baik bila dia okey tetapi hati saya tidak yakin untuk ada sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumah tangga dengan dia. Tanggungjawab pasangan iaitu nafkah batin di mana salah satunya menyantuni dan menjaga perasaan isteri / suami. Moga sis diberi jalan keluar yang terbaik.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.