Bila anak menantu balik dorang pasang aircond 24jam, bil sampai 600. Dorang pun duduk rumah flat je, takde aircond

Suami saya dah pencen, saya yang kena tanggung semua komitment. Bila anak menantu balik, dorang suka pasang aircond 24 jam. Konon anak dorang tak tahan panas sedangkan dorang pun menyewa rumah flat, takde aircond. Cucu plak tak nak dekat atok nenek. Menangis macam nampak h4ntu..

#Foto sekadar hiasan. Hai semua… Terima kasih admin kalau siarkan luahan saya ini. Saya takdelah masalah sangat, cuma otak saya semak dengan karenah anak tiri. Ceritanya begini, saya seorang ibu tunggal dan ada seorang anak lelaki.

Kemudian sebaik saja saya habis eddah saya terus berkahwin dengan suami saya sekarang. Kami kerja sepejabat masa tu. Ramai kawan yang cuba kenenkan kami berdua. Dia bapa tunggal yang dah kem4tian isteri, mempunyai 3 orang anak.

Yang pertama perempuan, yang kedua dan ketiga lelaki. Masa saya berkahwin dengannya, dia dah 7 tahun menduda. Setelah berkahwin atas saranan saya, kami ambil semua anak – anak dia dan bela bersama – sama dengan anak saya.

Saya tak nak kami kahwin kami je bahagia sedangkan anak – anak terbiar. Masa tu anak perempuan je duduk dengan dia. Anak yang kedua dengan emak mertua dan anak ketiga dengan mak arw4h. Mulanya suami tak setuju tapi lepas saya bertegas dia pun turuti.

Oleh kerana anak – anak dia masih kecil dan bersusun pada masa tu saya agak tertekan sebab tiba – tiba saya kena uruskan semua sendiri. Akhirnya suami ambil orang gaji. Dia jenis yang tak pernah dan tak akan marah anak – anak dia terutama yang perempuan tu.

Kalau saya marah anak, dia akan marah saya balik depan – depan!! Akibatnya anak dia yang perempuan tu memang takde langsung rasa hormat dekat saya!! Banyaklah perkara yang dia timbulkan dan seingat saya sepanjang tempoh kami kahwin ada 3 kali dia cuba untuk buat kami sampai bercerai berai!

Macam mana saya tahu? Satu hari dia tertinggal hp kat ruang tamu. Masa tu zaman sms, tak de whatssap lagi. Mesej masuk dan saya baca. Dia beritahu kat kawan lelaki dia yang dia terp4ksa balik kampung sebab kalau tak balik nanti saya (mak tiri) akan naik tangan dekat dia. saya terk3jut kerana,

1. Dia yang merenggek nak balik kampung setiap minggu!

2. Tuduhan tak berasas saya naik tangan dekat dia!! Marah pun tak boleh apalagi nak sentuh. Huh memang tak lah!!

Masa tu saya panggil dia dan bersemuka! Apa maksud dia?? Dia dengan selamba je beritahu memang dia saja je fitnah saya macam tu sebab nak saya bercerai dengan ayah dia! Bibik kat sebeIah dia bukan main lagi menyokong!!

Saya tak sedar sebenarnya suami dah balik masa tu dan  berdiri di luar rumah! Suami saya kan tak pernah marah dia! Jadi dengan senangnya suami suruh anak perempuan dia kemas baju dan hantar dia balik kampung rumah mertua!!

Itu je hukvmannya!! Dia dengar sendiri, anak dia yang masih sekolah rendah tu cakap nak buat kami bercerai!! Katanya kalau salah anak dia itu adalah salah dia sebab gagal didik anak! Bermacam la benda saya hadap dari mereka kecik sampai besar.

Tapi saya tetap jalankan jugak tanggungjawab saya sebagai mak kepada mereka semua hingga saya tak sedar saya abaikan anak saya sendiri. Saya sebagai mak tiri bukan saja berhadapan dengan anak – anak tiri yang sebegini tapi juga dengan ipar duai dan mertua yang tak percayakan saya langsung!!

Tambahan lagi masa tu tengah top sinetron indonesia bawang putih bawang merah!! Allahuakbar!! Nauzubillah!! Kalau balik kampung, masa saya ada kat rumah semua tak nak datang. Tapi sebaik saja saya pagi kedai dengan suami semua menderu datang!

Mereka akan soal siasat anak – anak tiri saya.. “Ibu kau ada marah ko??” Marah pun tak boleh gais!! saya ni jenis ajar anak – anak buat kerja. Ehh tak boleh kata mereka!! Mak mertua tarik muka bila tengok muka saya! Pernah dia lari masuk bilik dan kunci pintu sebab tak nak salam dengan saya.

Akhirnya saya putuskan, tak per lah.. memandangkan dorang tak suka saya maka suami saya je lah balik dengan anak – anak. Saya biar je tinggal dekat rumah. Pernah sekali saya beraya sorang – sorang dekat rumah. Kadang – kadang suami saya akan bawak sekali bibik balik ataupun kadang – kadang bibik tinggal temankan saya dekat rumah.

Dipendekkan cerita, sekarang masing – masing pun dah besar. Yang perempuan tu dah kahwin dan punya anak satu, umur setahun lebih macam tu.. Tapi anak dia langsung tak nak dekat kami ni! Baru tengok muka atok dia dah menangis macam nampak h4ntu!

Masa dia kahwin waktu tu PKP, lagi seminggu majlis kerajaan umumkan PKP 1.0! Jadi suami saya bua keputusan untuk batalkan saja. Batalkan sebab katanya dia tak nak jemput orang separuh-separuh. Nanti ada yang kecik hati.

Yang kedua sebab batalkan ialah sebab duit yang dia nak buat majlis tu dia laburkan kat satu company ni. Takdir Allah company ni tak nak bayar duit dia dan owner tu meninggaI lagi seminggu lebih sebelum majlis kahwin anak dia.

Sudahlah dia tak nak dengar cakap saya biar ada dokumen hitam putih!! Dia bagi duit 30k begitu je!! Dia kahwinkan anak dia tu tanpa minta sesen pun hantaran!! Kami dah bincang benda ni dan kami buat keputusan gitu sebab nak suruh mereka cepat – cepat beli rumah!!

Tapi keadaan sebaliknya, si lelaki ni tadi yang kata tak akan buat majlis tup tup buat majlis grand dekat wedding hall. Masalahnya ialah dia jemput kami hari ni, majlis esok!! Masa pagi ke majlis tu saya nampak adik beradik suami saya dan adik beradik arw4h mak dia ada kat sana juga.

Saya saje la tanya mereka dah lama ke dia jemput?? Mereka kata dah dekat sebulan la dijemput!! Ehh kenapa kami ni baru semalam besan jemput!! Jadi persoalan di situ kan.. Nasi yang saya suap tersangkut keras kat tekak!!

Itu adalah kali terakhir kami bercakap dengan besan. Lepas tu hingga kini takde dah kami berhubung!! Sebab bagi saya mak dan anak dia sangat kurang ajar!! Adalah benda yang berlaku masa kenduri kat pihak saya di mana mak dia sound perli, dia kata saya tak henti – henti selfie sedangkan saya dari pagi sibuk uruskan jamuan!!

Yang menantu lelaki tu plak pernah sound saya sebab rancang nak batalkan majlis dia tak bincang dengan dia pun!! Ehehhh.. ko dah kenapa?? Kami tak minta duit ko sesen pun!! Kami tak pernah janji nak buat majlis kau pun!!

Kenapa nak salahkan saya pulak sedangkan hakik4tnya ayah mertua yang batalkan!! Oh ya, lupa nak cakap, anak perempuan ni beritahu nak kahwin sehari selepas ayah dia dapat duit pencen!! Sedangkan sebelum tu puas kami suruh bertunang dan kahwin dia tak nak!!

Adalah tu yang cakap, baik kau suh ayah ko kahwinkan kau sebelum duit dia habis kat mak tiri kau tu!! Hahaha!! Allah tu maha kuasa. Allah tak tidur.. Selepas dia kahwin memang dia buang kami dari hidup dia!! Ibarat mak mertua dengan pak mertua tu lah keluarga dia yang sangat dia sayang!

Sekarang saya dapat tahu hubungan dia dengan mak mertua pun tak baik dah!!! Memang saya nak gelak habis – habisan!! Kebetulan PKP kan, Memang dia tak balik – balik. Birthday ayah dia atau adik – adik dia pun dia tak balik.

Adalah sekali dua dia balik itupun sebab adik – adik dia panggil nak celebrate besday!! Dia balik pun… hmmm… laki dia makan sepinggan pun tak boleh basuh!! Alasan sebab dia tak makan!! Hai berlagak sungguh!! Kalau si perempuan ni balik dia hanya akan belek anak dia!!

Langsung tak pernah nak menolong saya kat dapur!! Siap datang makan je!! Walaupun anak dia tidur pun dia laki bini akan tetap belek anak dia! Dia betul – betul buat saya macam orang gaji!! Mereka ni duduk menyewa dekat rumah flat je, rumah tak de aircond.

Tapi kalau balik rumah saya bukan main. Aircond nak pasang 24 jam!! Saya ada beritahu, duduk dekat ruang tamu je buka aircond lah.. Tak payah duduk bilik dan buka aircond! Kata – kata saya tu bagai diangin lalu je! Anak pompuan ni tak pernah tau hulur duit pada ayah dia, walau seringgit nak beli barang dia akan mintak!!

Ayah dia sekarang dah tak kerja, dah pencen.. Apa income ayah dia?? Yang penting sekarang saya yang tanggung semua sorang – sorang! Termasuk bayar bil api RM600 sebulan!! Memang d3rita la nak bayar bil tinggi, sebab tu saya usaha nak kurangkan!!

Baru – baru ni dia balik dan duduk kat bilik yang saya bagi kat anak no dua tu.. Anak yang no 2 dah kahwin juga sebab mereka lah yang selalu balik jenguk kami jadi saya bagi bilik kedua tu pada mereka!! Tapi si perempuan ni balik – balik je, cepat – cepat menonong masuk bilik tu!! Tanpa tanya saya.

Ohh lupa, dia kalau balik memang menyombong ya dengan saya!! Memang tak bercakap!! Saya betul – betul makan hati dengan per4ngai dia. Ehh kalau macam ni tak balik pun tak apalah! Tapi sebab suami saya rindu nak tengok cucu dia maka saya mengalah.

Selama ni saya diam! Tapi sebab aircond saya hilang sabar. Satu hari saya balik rumah masa tu pagi, saya tengok aircond bilik dia terbukak!! Saya yang tuan rumah sendiri pun tak buka aircond siang!! Sebab nak jimat.

Husband dia ada kat ruang tamu dan pintu bilik terbukak. Memang langsung bagi tak berhemah guna aircond!! Bukan dia yang bayar kan!! Konon anak tak boleh takde aircond!! Ehh rumah kau ada aircond ke??? Takde kan!!

Saya pun tanya suami dia, Siapa yang buka aircond ya?? Dia cakap, dialah. Kenapa?? Hai kenapa dia tanya saya balik!! Kenapa?? Sebab nanti bil mahal lah!! Kemudian mereka terus balik dan suami dia langsung tak salam saya.

Ada saya kesah?? Hahaha.. Kau tak balik pun tak apalah! Anak kau bukan nak pun dengan kami!! Setakat balik celup kaki je buat apa! Sudahlah tu berlagak buat saya macam bibik!! Saya nak tanya teman – teman semua… kalau uols la berhadapan dengan situasi ni uols buat apa??

Kalau dia balik apa uols buat?? Suami saya jenis diam je tak nak masuk campur dan bagi dia seolah – olah macam… asalkan saya selamat dah!! Dan dia tak akan… tak akan tegur anak dia ya!! Tak akan!! – Mak Tiri Cun (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Siti Nordiana Bt Nordin : Lepas baca, saya rasa watak antagonis dalam cerita ni ialah awak. Hehehe… Lepas habis eddah terus kahwin dengan kawan 1 tmpt kerja. Eddah 3 bulan. Adakah dah bercinta dulu sebelum bercerai?

Selogiknya kalau saya jadi keluarga mertua saya ada satu persepsi buruk terhadap awak. Tapi as time goes by, kalau awak betul – betul baik, eventually family mertua dan anak – anak akan jatuh kasih pada awak. Tapi dalam cerita ni nobody likes you. Sampai ke sudah. Menantu lelaki yang biasanya jarang ambik port hal mertua pun tak suka awak. I guess it is time to look at the mirror kot dan muhasabah diri sendiri.

Akrima Abu Bakar : Pada saya, respect is earned not demanded. Kalau kita ni orang baru dalam satu keluarga, janganla terus marah – marah. Lagi pula cara mendidik remaja tak sama dengan anak kecil. Dah tua – tua ni akak cool je la kak.

Jangan marah – marah sangat nanti kang cepat kena d4rah tinggi. Bukannye dia selalu balik pon kan. Layankan je la kalau rajin. Kalau malas, biarkan je la diorang nak balik tengok bapak dorang. Entahlah tak mampu nak komen lebih – lebih. Penat dah terjerit – jerit baca confession ni. Haha.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.