Semua aku dah kena sejak ayah kahwin dengan mak tiri. Aku makan pun diasingkan, hanya diberikan biskut. Bila aku kena, kakak dan adik aku menyorok dalam bilik. Ayah akan balik..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama aku Zira (bukan nama sebenar). Umur nak masuk 30 tahun. Dah berkahwin, ada anak 2 orang. Adik beradik aku ada 3 orang. Arw4h mak meninggaI sejak umur aku 7 tahun. Aku ada kakak dan adik.
Selepas arw4h mak meninggaI, ayah terus kahwin lain sebab masa tu kami semua kecil sangat dan tiada siapa nak bantu uruskan kami adik beradik. Ayah terp4ksa kerja untuk tampung kehidupan. Jadinya ayah terus kahwin lain in order untuk jaga kami.
Aku tak berapa ingat memori perjalanan hidup masa kecil tapi yang aku ingat aku selalu kena d3ra mentaI dan fizikaI. Mama tiri aku bekerja. Lepas kahwin terus mengandung.. ayah selalu outstation. Sekali keluar ada la dalam sebulan baru balik.
Jadi kami duduk dengan mama je.. kena dengan h4nger, getah paip, batang penyapu sampai berbirat badan, muka aku ditonyoh dengan berus dawai sampai Iuka, mata aku diletak dengan cili. Kepala civm dinding sampai berd4rah hidung, periuk terbang, kena seret rambut dari dapur ke ruang tamu depan.. tangan dia naik ke muka berkali – kali sampai berdesing telinga.
Semua aku dah kena sejak ayah kahwin dengan mama. Ayah tak tahu semua ni. Aku tak pernah berani nak cerita. Kakak dengan adik pun tak berani nak mengadu. Makan pun. Apa yang ada je. Dan yang ada hanyalah biskut kering hup seng.
Bila ayah balik baru lah aku dapat makan selain dari biskut. Sekolah macam biasa dan selalunya aku tidur je dalam kelas sebab kat rumah memang tak cukup tidur. Sebab apa? Aku kena uruskan hal rumah. Mengemas, settle kain baju.
Aku pernah terpecahkan pinggan makan, bukan mahal pun pinggan tu. Cuma pinggan free dapat masa beli sabun basuh baju daia. Tapi mama punya meng4muk, aku dilemaskan dalam tong air kat bilik air. Masa ni umur 8 tahun.
Berkali – kali dia tolak kepala aku masuk dalam tong air. Mama stop bila aku dah mula lembik. Alhamdulillah aku masih hidup sampai sekarang. Kakak dan adik tak tolong sebab diorang pun takut. Menyorok dalam bilik. Aku tak salahkan diorang sebab tak tolong.
Mama sayang kakak dengan adik. Diorang jarang kena pukuI. Mungkin sebab diorang mendengar kata tapi aku extra nakal dan jahat. Apa yang diorang dapat makan, berbeza dengan aku. Masa berlalu. Aku sem4kin membesar.
Dengan d3raan mentaI dan fizikaI, aku hadap dan sabar. Sampai lepas SPM aku mula duduk dengan nenek. Tak duduk dengan mama lagi. Kesan dari d3raan mama, aku ada c4cat pendengaran, mata separuh buta dan tuIang belakang aku macam ada bengkok sikit tapi tak pernah pergi cek hospitaI.
Dipendekkan cerita aku berkahwin dan ada anak. Ayah dengan mama pindah ke timur. Hubungan aku dengan mama sekarang entah la. Tiap kali balik kampung aku cuma bersalam dan tak bercakap langsung dengan mama. Cuma berborak dengan ayah je.
Balik pun cuma 1-2 hari sebab aku tak boleh lama – lama. Aku takut bila ada mama. Berdebar – debar, takut kena pukuI lagi. Bila ada anak sendiri aku selalu terkenang hidup aku masa aku kecik dulu. Aku paling takut kalau aku yang pergi dulu dan anak aku ada mama tiri. Nauzubillahminzalik..
Kadang – kadang aku menangis semahunya Kenapa nasib hidup aku macam ni. Sebelum ni aku tak faham atau tak ambil tahu dan tak tahu apa – apa tentang depr3ssion. Sem4kin menginjak usia 30-an ni aku rasa aku ada depr3ssion dan anx1ety.
Aku macam boleh faham apa yang mama tiri aku rasa masa dia mengandung dan kena jaga anak tiri 3 orang. Mesti dia str3ss.. Kerja, mengandung, suami pulak outstation. Aku dah maafkan apa yang mama buat kat aku dulu. Tambah plak bukan anak sendiri, lain rasanya.
Aku tak nak simpan dalam hati lagi. Tapi aku tak dapat lupakan sebab kesannya dalam sangat kat hati ni. Dan aku ada kec4catan kekal. Sekarang ni aku nak minta nasihat or healing words dari korang. Bantu aku macam mana aku nak lupakan kes4kitan dan perkara meny4kitkan yang terjadi di zaman kanak – kanak aku dulu. Aku nak hidup tenang. – Zira (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Sue Suff : Boleh tak ceritakan pada ayah sis sikap mama dan kesannya pada sis. Cakap face to face dengan adanya mak tiri s3tan tu. Luahkan segalanya dan doa depan mak tiri tu semoga dia masuk ner4ka atas sikapnya yang jahat depan – depan dia dan ayah sis. Perasaan ni mesti diluahkan pada mereka berdua bagi hilang segala perit di hati. Selagi tak luah selagi tu teringat – ingat. Lepas tu tak payah dah jumpa mereka.
Siti Fatima : Hugs TT. Saya pun ade pengalaman yang sama. Yang peliknya masuk umur 30 ni baru anx1ety dan perasaan tu datang. Perasaan tak puas hati.. macam d3ndam tapi bukan. Cuma rasa sedih tu datang baru sekarang bezanya takde air mata dah.
Tapi saya ambik pendekatan untuk baIas dengan kebaikan. Parents kita adalah orang yang kita tak boleh elak walau ape pun. Nak taknak kena jugak balik kampung, tanye khabar senang citer buat baik. Jadi saya cuma harap Allah redha dan jadikan saya ikhlas.
Julie Anme : Untuk lupakan kejadian, pertama sekali ialah maafkan pelaku dengan ikhlas dan redha dengan takdir Allah. Kedua, lupakan orang tersebut termasuk semua cerita tentang dia. Anggap pelaku tersebut sudah m4ti walaupun ada depan mata, tetapi orang lain yang kita tidak kenal. Ketiga, sayangi diri sendiri. Jangan biarkan hati kita menjadi rosak binasa. Maafkan diri sendiri.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.