Bila balik kampung mesti kena tidur berhimp1t dekat ruang tamu, masa tu lah pak lang bangun kuis2 kaki aku

Datuk dan nenek sayang lebih dekat Paklang sebab dia kaya dan diorang dapat bagi cucu lelaki. Tapi aku rimas dengan per4ngai merenyam Paklang. Paklang cakap pada aku masa aku sorang di dapur nak ambil air, “anak susu badan ke, banyak ke susu tu?”. Aku yang dah lama tahan terus sound dia sampai dia bIah dari dapur..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum buat semua pembaca. Setelah sekian lama, akhirnya aku beranikan diri untuk tulis confession ni. Lama aku pendam sebab rasa meluat dan geram. Tapi setelah aku follow Tuan Syed Azmi dan Tuan Akhi Fairuz, aku sedar yang selama ni tiada siapa terangkan pada aku mengenai g4ngguan s3ksuaI, pemisahan tempat tidur lelaki perempuan dan lain – lain yang berkenaan. Terima kasih kepada dua insan ini yang banyak berkongsi kesed4ran s3ksuaIiti. Moga Allah memberkati kalian.

Ok aku mulakan ye dengan cerita mengenai keluarga aku. Cerita ini mengenai keluarga beIah ibu. Keluarga sebeIah ayah aku tiada apa masalah. Ibu ada lima orang adik beradik. Ibu anak sulung, mak ngah, mak lang, pak teh dan pak su. Pak teh dan pak su ialah kembar. Datuk aku tidak suka anak perempuan, jadi kelahiran tiga orang anak perempuan iaitu ibu, mak ngah, mak lang bukanlah dinantikan oleh datukku. Jarak antara tiga anak perempuan selang 2 tahun. Selepas mak lang lahir, datuk kahwin lain sebab kononnya nak dapatkan anak lelaki. Nenek sudah pastinya marah dan yang jadi m4ngsa kemarahan tentulah ibu, mak ngah dan mak lang.

Disuruh buat kerja rumah tanpa henti, disuruh kerja di ladang sawit, semuanya kerana marah sebab nenek anggap anak perempuan punca datuk kahwin lain. Perkahwinan datuk yang kedua tiada zuriat dan akhirnya bercerai. Dipendekkan cerita ketika usia ibu 17 tahun, nenek hamil kembar. Lepas kelahiran kembar lelaki, datuk letak nama nenek ke atas rumah dan ladangnya. Datuk juga belikan barang kemas beribu ringgit untuk nenek. Sudah pastinya anak kembar lelaki tu jadi kesayangan nenek sebab bila dapat anak lelaki, datuk asyik puji nenek dan mewahkan nenek.

Semua ni nenek tak dapat selagi tak lahirkan anak lelaki. Ibu, mak ngah dan mak lang berkahwin muda sebab yelah datuk bukan peduli pun. Beza umur aku dan pakcik aku hanya 4 tahun. Tapi aku bukanlah cucu sulung kesayangan. Nenek sentiasa lebihkan anak kembar lelakinya. Aku ada sepupu nama Siti (bukan nama sebenar) muda setahun, anak kepada mak ngah. Datuk nenek tak pedulikan pun aku dan Siti sebab kami ni ibarat jelmaan ibu dan mak ngah buat nenek. Ok masuk cerita mak lang aku pulak.

Rezeki mak lang aku dia kahwin dengan orang kaya dan suaminya pulak memang rajin hulur duit pada datuk nenek. Berbeza dengan ayahku dan suami makngah, mereka kerja kilang jadi datuk nenek pun layan gitu – gitu jelah. Mak lang dikurniakan anak sulung lelaki jadi datuk nenek sayanglah lebih sikit dekat mak lang sebab lahirkan cucu lelaki. Tambah lagi suami mak lang kan rajin hulur duit. Apa kaitan kenapa aku tak suka balik kampung? Sebab aku rimas dengan g4ngguan suami mak lang (pak lang) dan tiada bilik untuk kami bila balik kampung.

Aku masih ingat masa aku umur dalam 10 – 12 tahun, suami maklang suka usap – usap rambut aku dan Siti masa tiada orang di sekeIiling. Contoh macam masa kami berdua di dapur, kami tengah main – main di luar. Aku tak suka tapi aku tak pasti betul ke dia boleh macam tu. Sebab ayat pak lang pada kami “ni kan pak lang, kita kan keluarga”. Masuk umur 13 tahun, aku dah peri0d. LagiIah aku rimas balik kampung sebab tiada bilik untuk perempuan di rumah nenek. Ada 3 bilik. 1 bilik datuk nenek, 1 bilik pak teh pak su dan 1 bilik penuh dengan barang motor pak teh dan pak su.

Langsung takde ruang nak jalan dalam bilik motor tu. Boleh bayang tak aku, ibu, ayah, adik lelaki aku, mak ngah, pak ngah, Siti dan dua orang adik Siti duduk berhimp1t di ruang tamu. Tu belum campur family mak lang lagi. Nak letak tirai nenek tak bagi, dia cakap ni bukan rumah sewa suka hati nak ubah – ubah. Bila ibu minta nak kemas bilik motor tu dia meIenting tak bagi. Macam – macam alasan nenek bagi. Jadinya berbungkus la kami yang perempuan ni 24jam sampai tidur pun pakai tudung sarung. 3 hari raya pun dah cukup siksa bagi aku.

Lepas subuh terus kena kemas toto apa semua sebab nenek cakap rimas tengok. Maka tersengguk – sengguklah kami bersandar kat dinding sebab dah lah penat kemas, masak apa semua malam raya. Yang paling benci bila pak lang beraya sekali. Korang tau apa dia buat? Sikit – sikit konon bangun pergi tandas. Padahal sambil jalan tu, kaki dia duk kuis – kuis kaki aku dan Siti. Bila aku bangun, dia c0ver cakap terIanggar. Takkanlah aku tak boleh beza terIanggar dengan sengaja kuis. Bila time nak mandi lagiIah.

Kena cover siap – siap baju, seluar daIam kat dalam plastik, bawak semua baju kurung, tudung dalam bilik air sebab takde bilik nak bersiap. Datuk nenek langsung takde common sense bila tengok kami yang perempuan ni terkial – kial duk cari sudut nak cari barang peribadi dalam beg. Pak lang pulak, bila aku dan Siti berdua di dapur dia datanglah. Minta bancuhkan kopi speciaI la, minta sendukkan nasi la. Eh serius aku rimas. Dengan bini dia sendiri takde pulak dia cakap camtu. Paling geIi bila dia pernah minta aku dan Siti urutkan bahu dia. Tapi bila orang lain datang dapur, terus dia berubah macam konon – konon dia tak bercakap apa pun dengan kami.

Aku pernah adukan hal ni pada ibu, tapi ibu cakap pak lang nak gurau je kot. Must4hil bergurau! Pak lang pernah cakap pada aku, tadi kemas sp3nder ke kat depan, pak lang nampak macam warna merah. Diikuti dengan senyuman gataI dia. Macam manalah aku suka nak balik kampung, kalau ruang pr1vacy langsung takde. Ok lah cerita pak teh dan pak su pulak. Dorang berdua ni pernah kant0i mengendap anak d4ra orang mandi. Yang tangkapnya ayah perempuan tu sendiri sebab kebetulan dia nak ambil daun pisang ke kebun.

Macam yang aku jangka, datuk nenek back up habis – habisan anak lelaki dorang tu. Alih – alih ayah perempuan tu pulak kena marah sebab kononnya buat cerita sebab dengki pakcik aku tak nak kat anak dia. Aku selalu berdoa cepatlah aku habis sekolah sebab aku nak sambung belajar dan cari kerja, jadi aku ada alasan untuk tak balik kampung. Dan ye, aku memang berjaya untuk tak bermalam di rumah nenek sebab aku akan beri macam – macam alasan. Lagipun aku ada atau takde apa bezanya. Biasanya aku dan Siti akan plan apa alasan kami untuk balik hari saja.

Masa berlalu, aku bertemu j0doh dan berkahwin. Aku dapat anak sulung lelaki. Nenek asyik tanya bila nak balik sebab dia seronok la kan dapat cicit lelaki. Of course lah aku akan mengelak, sebab anak aku susu badan. Macam mana aku nak susukan anak aku kalau takde ruang pr1vacy untuk aku? Last – last kami sewa homestay je, 10min dari rumah nenek. Aku bersyukur sebab suami memahami dan aku dah ceritakan semua pada dia. Pak lang aku? Masih ada lagi merenyam dia walaupun aku dah kahwin. Dia pernah cakap pada aku masa aku sorang di dapur nak ambil air, “anak susu badan ke, banyak ke susu tu, rugi tak pam, orang lain boleh merasa”.

Disebabkan aku dah lama tahan marah, aku cakap kuat – kuat pada dia, “nak kena masuk penjara ke sebab buat g4ngguan s3ksuaI, suami saya boleh uruskan kalau teringin nak masuk penjara”. Pak lang aku terus berubah muka dan bIah cepat – cepat dari dapur. Mungkin dia terk3jut sebab selama ni aku tak pernah meIawan dan diam je. Aku dapat keberanian nak jerkah pak lang macam tu lepas baca perkongsian dari FB yang pem4ngsa perlu tahu yang kita tak suka keadaan tu.

Sejak kejadian tu, pak lang tak pernah berani tegur aku dah. Sejak kes covid, aku tak pernah balik kampung dah. Yelah alasan lagi kukuh kan tak boleh jumpa. Even masa boleh merentas negeri pun aku tak balik. Lagipun pak teh pak su ada lagi di rumah nenek. Tak kerja tak buat apa. Umur dah 36 tahun masih lagi minta duit pada datuk nenek aku. Mujurlah dua – dua tak kahwin lagi, kang ani4ya anak bini pulak. Disebabkan sayang sangat takut anak lelaki keluar rumah, datuk nenek turutkan je permintaan anak kesayangan tu.

Bagi aku, biarlah aku berjauhan macam ni lebih selesa. Terlalu banyak persekitaran t0ksik pada aku. Datuk nenek yang merajakan anak lelaki, anak lelaki yang tak berfungsi pada keluarga, suami makcik yang gatal. Biarlah aku bahagia cara aku. Dan bila orang sekeIiling cakap konon aku diva sebab sewa homestay, ketahuilah kalian ada sebab kenapa aku buat macamtu. Sorrylah kalau cerita aku berterabur ye. Terima kasih sudi membaca. – Dahlia (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Athyira Marshood : Sebab ikhtilat inilah saya sentiasa pilih untuk duduk di hotel atau homestay bila balik kampung. Walaupun balik rumah mak sendiri atau mak mentua. Bukan sebab mereka gatal atau buat g4ngguan s3ksuaI. Tapi saya memang tak selesa kalau tak ada ruang pr1vasi. Syukur bila balik rumah tok suami, makcik – makcik dan saud4ra lain memahami. Mereka akan beri 1 bilik untuk kami sekeluarga. Tak kiralah bilik kecil atau besar, syukur ada ruang pr1vasi.

Ummu Wafa Najah Ehsan : Maybe Pak lang tu berani sebab menyangka confessor dan Siti ni jahiI tentang g4ngguan s3ksuaI. Bagus confessor jerkah je macam tu. Elok lagi kalau jerit je supaya semua orang tahu. Alang – alang atuk nenek pun dah tak suka. Kena chin up for your 0wn d1gnity! Lelaki – lelaki macam ni ada kemungkinan jadi s3x pr3dat0r dalam masyarakat dan dalam keluarga sendiri. Semoga lelaki – lelaki ni tak kahwin dan tak ada anak. Takut anak dan isteri jadi m4ngsa juga. Allahu… tak boleh bayangkan.

NurAz Wan : Saya sedar zaman sekarang banyak anak lelaki yang duduk – duduk saja di rumah. Ada yang memang dari awal tak sambung belajar, sama ada memang otak beku, tak boleh masuk ilmu atau memang tak mahu belajar. Ada pula yang dah habis belajar, tapi tak mahu kerja. Ada yang pernah kerja, sana sekejap, sini sekejap, tapi tiada yang serasi, ada yang dari awal memerap kat rumah, bermalas – malasan dan main game saja. Bila lapar keluar bilik buka periuk, cari makanan. Baik lelaki, baik perempuan. Keadaan ini agak menjengkeIkan. Kalau yang ada s4kit, takpe juga, tapi yang sihat pun serupa.

Sya Nysya : Tu sebab kenapa makcik keluarkan juga duit untuk ubahsuai rumah tiap bilik ada attached bilik air sebab fikirkan aur4t anak menantu. Anak 4 orang tiap anak ada bilik plus bilik air tak kongsi, jadi anak menantu dan cucu tak share. Mak ayah ni kena ada rasa curiga dan cemburu supaya tiada perkara tidak diingini berlaku.

MsViola Molly : Teruknye la prangai atok dengan nenek tu. Agungkan anak lelaki, last – last anak lelaki jadi sampah sarap je. Nasib baik tak kahwin. Kalau tak memang naya la menantu prempuan tu. Bagus tt jerkah orang tua tu, kurang ajar sangat.