Bila dah kahwin sy pelik kenapa suami masuk tandas terlalu lama, akhirnya terb0ngkar

Saya tak tahu aktivitinya, bila saya balik ke rumah selepas bersalin, saya lihat rumah kosong. Barang elektik, tv dan banyak perabut hilang. Bila saya tanya dia kata benda – benda tu hilang kerana rumah dimasuki pencuri. Memang saya percaya sehingga jiran – jiran dan kawan – kawan datang mencari..

#Foto sekadar hiasan. Saya berkahwin suka sama suka, dan saya amat sayangkan suami, tak pernah saya duga perkahwinan yang indah itu akan berakhir dengan perceraian, sebab kami telah berjanji hanya kem4tian sahaja akan memisahkan kami.

Tetapi benarlah kita hanya boleh merancang hanya Allah menentukan. Sebenarnya ketika bercinta hinggalah kami berkahwin, saya tidak pernah tahu aktiviti suami saya. Saya fikirkan dia bekerja sebagai t3ntera tentulah semuanya baik dan sudah pasti kesihatannya terjamin, maklumlah t3ntera, cukup dengan latihan, penjagaan makanan dan kesihatan yang baik.

Tetapi satu perkara yang saya rasa pelik sikit setelah kami berkahwin kalau dia masuk tandas terlalu lama. Bila ditanya, katanya takkan nak… pun nak tanya bukan dia hilang ke mana – mana. Dan dek kerana sayang dan percayakan suami, saya diamkan saja dan tidak mengesyaki apa – apa.

Setelah melahirkan dua orang anak saya mengikut suami berpindah ke Malaysia Timur dua tahun kemudian pindah balik ke negeri sebeIah Timur. Baru sebulan pindah, ketika saya belum kenal jiran tetangga lagi, suami saya ditangkap dalam serbuan ketika menghis4p d4dah dalam ladang kelapa sawit.

Kerana terbukti kesalahannya, dia diberhentikan kerja. Saya betul – betul tak tahu apa nak buat, nasib baik masih ada ibu bapa yang mahu menolong. Saya balik ke KL duduk menyewa dekat kawasan rumah ayah.

Dengan bantuan saud4ra mara mereka carikan kerja untuk suami saya. Ketika itu dia berjanji tidak akan mengulangi perbuatan k3jinya itu. Dan saya percaya. Tapi saya nampak baiknya cuma dua tiga bulan lepas itu dia buat per4ngai lamanya men4gih lagi.

Puas saya nasihat tapi dia tak pedulikan malah menafikan dia men4gih, katanya dia kena ani4ya. Kerana ket4gihnya dia buat satu tabiat buruk berboh0ng dan suka meminjam pada jiran tetangga dan kawan – kawan.

Sedihnya dia jadikan saya alasannya yang kuat kepada jiran dan kawannya, konon dia tengah sesak tak berduit langsung dan saya pula nak bersalin. Tetapi ketika itu saya sudahpun bersalin dan semua perbelanjaan ayah saya yang tanggung.

Saya tak tahu aktivitinya hinggalah saya balik ke rumah lepas bersalin, saya lihat rumah kosong, barang elektik, tv dan banyak perabut hilang, bila saya tanya dia kata benda – benda tu hilang kerana rumah dimasuki pencuri.

Memang dia pandai boh0ng. Saya percaya semua cakapnya dan saya tak yakin dia tergamak buat seperti itu, kerana wajahnya semua orang kata amat macam orang baik – baik. Lepas tu bila hutang tak berbayar mulalah jiran dan kawannya datang mencari.

Barulah rahsianya terb0ngkar dia berboh0ng semata – mata untuk dapatkan duit untuk dirinya sendiri membeli d4dah. Kerana rahsia dah terb0ngkar dia berhenti kerja lagi, dan mengganggur. Lepas tu dia nak cari kerja di utara.

Emak ayah saya bekalkan duit buat belanja sementara dapat gaji, mereka lakukan itu semua kerana kesiankan saya dan saya tak mahu anak – anak tak berayah. Tetapi nak jadikan cerita cuma beberapa bulan sahaja dia baik lepas tu majikannya telefon saya, kebetulan ketika itu saya dah pindah duduk dengan ayah.

Mereka beritahu suami saya dah seminggu tak datang bekerja dan hilang bersama wang RM500 yang dia pinjam dari bosnya dengan alasan nak balik KL kerana anak kami sedang s4kit di hospitaI. Sekali lagi saya terk3jut dan terasa nak pitam, kerana saya tak tahu apa lagi yang harus saya lakukan untuk memulihkannya.

Tambahan pula ketika itu Hari Raya hampir tiba mana nak cari dia yang hilang entah ke mana, mana lagi nak sambut puasa. Ayah dan emak cuba beri nasihat pada saya, tetapi semua nasihat mereka saya tak endahkan, kerana sayang saya kepada suami tidak pernah Iuntur.

Sebaliknya nasihat mereka saya anggap cuba memecah beIahkan rumahtangga saya. Akhirnya saya berg4duh dengan emak dan ayah, semuanya berpunca dari suami yang men4gih d4dah. Dan saya mempert4hankannya.

Puas saya mencari ke mana suami saya menghilangkan diri, kerana dah lama tak balik. Selang sebulan semuanya terjawab, saya dapat tahu dia dah balik kampungnya, saya terus ambil keputvsan pergi menemuinya dan tinggal di rumah mertua saya bersama anak – anak.

Saya tinggalkan rumah emak kerana merajuk dengan emak dan ayah kerana saya tak dapat terima nasihat mereka. Tetapi duduk dengan mertua tak sama duduk rumah emak sendiri. Namun kerana suami semua masalah saya tolak ketepi, saya cuba memulihkan suami saya, saya tak mahu dia pergi jauh dan hidup mer3mpat.

Tetapi maIangnya dia tetap dengan per4ngainya yang sukar dikawal. Keadaan menjadi lebih gawat apabila mertua saya tak percaya anaknya seorang pen4gih. Ketika tinggal dengan mertua duit pamp4san suami saya berhenti kerja yang saya simpan sem4kin kurang kerana saya belikan barang makan dan belanja dapur, untuk makan kami sekeluarga sebab suami tak mahu bekerja.

Dalam pada itu dia juga mencuri duit simpanan saya. Tak sampai setahun duduk dengan mertua saya lihat kelakuan suami saya masih tak berubah, akhirnya saya ambil keputvsan nak cari kerja di bandar.

Biarlah saya berk0rban demi kebahagian keluarga kami. Lagipun duit dekat nak habis. MaIangnya sedang bekerja suami saya terus men4gih, kali ini lebih teruk dia bawa anak – anak ikut sama ke kubang pen4gihnya.

Siapa boleh tahan. Mertua saya tak pedulikan anak – anak kami dan dia tak percaya anaknya pen4gih. Nak jadikan cerita ketika itu saya mengandung lagi, suami saya tetap dengan kelakuan buruknya tak tahu balik rumah, bila balik asyik nak duit.

Gunung pun kalau digali akan rata juga. Kerana dah tak tahan tinggal dengan mertua dan pend3ritaan yang ditanggung saya ambil keputvsan untuk balik ke rumah emak saya. Saya terp4ksa tebalkan muka telefon emak mengharapkan ayah datang ambil saya bersama anak – anak.

Nak balik sendiri tak ada duit, duit tabung anak – anak pun suami saya curi untuk beli d4dah, apa lagi simpanan saya yang sedikit itu semua diambilnya. MaIangnya emak mertua saya masih tak percaya anaknya pen4gih.

Kalau saya kata tak berduit mertua saya tak pernah percaya dia tetap mendakwa saya masih ada banyak duit pamp4san suami saya dulu. Sedangkan makan minum kami anak beranak duit itulah saya gunakan.

Bukan mertua saya bantu seperti yang dibuat oleh emak bapak saya, mereka sanggup berk0rban menjaga kebajikan kami anak beranak, cuma saya yang tak percaya nasihat mereka yang mahu saya lupakan suami saya kerana keadaannya tidak boleh diubat lagi.

Waktu itu memang saya tak percayakan nasihat mereka kerana masih sayangkan suami sambil mengharapkan dia akan berubah satu hari nanti demi anak – anak. MaIangnya orang dah giIa men4gih memang sukar nak tinggalkan tabiat buruknya tu.

Tapi kalau pasal berjanji hendak berubah memang pandai, hingga sanggup bersump4h menggunakan Al Quran seperti suami saya lakukan. Lagi satu tabiat buruknya suka cakap boh0ng dan mencuri. Dia sanggup jual perabut rumah dan peralatan elektrik bila ditanya dik4tanya rumah dimasuki pencuri.

Suka meminjam duit orang sambil berboh0ng konon untuk keluarga dan anak – anak, sedangkan duit itu digunakan untuk beli d4dah. Dia sanggup mencuri duit yang saya simpan dan tuduh saya tersalah letak atau dicuri orang ketika saya keluar bekerja.

Saya sudah terlalu banyak berk0rban untuk mengubatinya tetapi semuanya sia – sia. Saya sanggup keluar bekerja mencari rezeki mengharapkan dia menjaga anak – anak di rumah, tetapi dia mer0sakkan kepercayaan saya dengan membawa anak – anak ke tempat dia men4gih.

Sampai bila saya sanggup berk0rban dan berdiam diri lagi. Saya harap Allah faham mengapa saya bertindak meminta cerai, bukan untuk diri sendiri tetapi demi anak – anak saya tak mahu anak – anak yang masih kecil turut terjebak ke dunia itu.

Nak minta cerai pada awalnya bukan mudah. Namun saya redha bercerai tanpa menuntut apa – apa pun darinya walaupun nafkah. Pada pandangan saya kalau ada wanita mendakwa hidup mereka susah kerana suami tak bertanggungjawab, bagi saya kes bersuami pen4gih d4dah saya rasa lebih teruk lagi.

Malah lebih teruk dari nasib isteri yang dipoIigamikan. Sebab kalau berpoIigami masih ada suami yang mahu bagi nafkah anak – anak, tapi macam kes saya lebih teruk, sudahlah duit selalu dicuri, harta benda p4ntang terlepa lesap.

Dia sanggup jual untuk beli d4dah, begitulah teruknya bersuamikan pen4gih d4dah. Namun saya minta cerai kerana takut anak – anak kena AlDS.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?