Bila dapat tahu aku mengandung ibu p4ksa aku kahwin dengan sepupu anak yatim dan naif

Aku menggeletar bagitahu ibu yang aku mengandung, sedangkan teman lelaki Nepal dah balik negara dia. ‘Pang’ tangan ibu singgah di pipi. Masa kandungan masuk sebulan, ibu p4ksa aku kahwin dengan sepupu, dia anak yatim dan naif. Lepas kahwin suami layan aku acuh tak acuh, sehinggalah masuk 6 bulan, dia pegang perut aku..

#Foto sekadar hiasan. Nama aku Ira (nama samaran) berumur awal 20-an dan sudah berkahwin. Aku masih menuntut di salah sebuah IPTA. Apa yang ingin aku kongsikan adalah tentang masa silam aku yang terlalu buruk untuk dikenang dan terlalu pahit untuk ditelan.

Aku datang dari keluarga yang berpecah, ibu bapa aku bercerai ketika aku berumur 15 tahun. Sejak dari itu pemantauan ibu bapa ke atas aku agak terabai dek kerana ibu aku yang sibuk bekerja sebagai seorang pengurus catering yang acap kali mendapat tempahan sehingga tak menang tangan ibu aku uruskan.

Ayah aku pula lepas berkahwin lagi dia pindah tinggal di Sabah dengan isteri baru. Dan aku tinggal bersama ibu aku di selatan tanah air. Masa umur aku mencapai angka 17 tahun, aku sudah pandai keluar malam, bersosiaI.

Mungkin sebab takde pantauan dari ibu bapa, aku nakkan perhatian dan kasih sayang. Bermula dengan bergaul dengan kutu rayau, sudah pandai menayangkan aur4t dan sudah berani meIawan cakap ibu. Ketika itu perasaan yang aku rasakan amat kosong.

Aku tidak rasa diri aku disayangi oleh ibu dan ayah. Ibu seperti biasa akan sibuk dengan cateringnya dan ayah aku sibuk dengan keluarga barunya. Aku faham ibu kerja keras untuk kami berdua memandangkan, ibu seolah – olah hilang tempat berg4ntung, ketua keluarga.

Aku ingat lagi, ketika aku baru sahaja menyambung pelajaran aku berkenalan dengan seorang lelaki warga nepal. Aku namakan dia sebagai D. D melayan aku dengan baik memberikan aku kasih sayang yang sudah lama aku dambakan dari ibu bapa aku.

Sentiasa menemani siang dan malam aku. D bekerja sebagai operator kilang. Dan akhirnya entah bagaimana aku telah terlanjur dengan D. Dan itu adalah d0sa yang paling besar pernah aku lakukan. Selepas peristiwa itu aku menjauhkan diri aku dari D.

Aku pulang ke kampung dan memohon ampun terhadap ibu aku yang selama ini berhempas pulas menyediakan makan pakai aku. Rupa – rupanya semuanya tidak berakhir dengan mudah. Aku hamil anak D. Ketika aku menyedari yang diri aku sedang berbadan dua aku berasa sangat takut.

Tangan aku menggeletar. Aku pulang ke kampung. Aku berterus terang kepada ibu aku. “Pang” tangan ibu singgah di pipi. Aku tahu ibu kecewa dengan aku. Satu – satunya anak yang dia punya, yang dia harapkan dan aku telah h4ncurkan segalanya.

Ibu membuat keputvsan untuk nikahkan aku dengan sepupu aku dek kerana D sudah lepas tangan dan lari pulang ke Nepal. Aku mengurangkan diri di dalam bilik. Ketika itu usia kehamilan aku sudah 1 bulan. Ibu bertegas ingin aku berkahwin dengan sepupu aku dan sepupu aku menurut.

Sepupu aku itu anak yatim dan seorang yang agak naif, aku nama kan dia Q. Aku tidaklah serapat mana dengan Q. Dia tua 3 tahun dari aku. Aku pasrah dengan perintah ibu. Aku mengahwini Q dengan rasa bersalah penuh di d4da.

Aku telah merosakkan kehidupan Q dan aku telah menyusahkan semua orang. Aku sangkakan Q akan melayan aku acuh tak acuh. Ya, benar pada mulanya dia melayan aku acuh tak acuh sahaja. Dia lakukan aktiviti hariannya.

Dia buat aku seperti tidak wujud. Kami tidak tidur sebilik. Tidak sehingga usia kandungan aku memasuki enam bulan, Q mula menunjukkan kasih sayangnya pada aku dan bayi dalam kandungan. Melayan aku lebih baik dari D.

Dia sering pegang perut aku dan memanggil anak di dalam kandungan aku sebagai anaknya. “Anak abah” katanya. Aku terharu. Dia menjaga aku sebaik yang dia boleh. Dia sering membacakan surah – surah pilihan ketika aku tidur dan meniupkan di perut aku.

Makan pakai aku diberi ikut kemampuannya sebagai seorang pekebun. Dia mengajar aku perihal agama semula. Dia letakkan aku yang paling istimewa di dalam hidup dia. Aku sedar sekarang, apa yang berlaku adalah kehendak Allah dan Allah memberikan yang terbaik pada kita.

Segala apa yang berlaku adalah di atas jalan takdir Allah dan kita sebagai h4mbanya haruslah bersyukur seadanya. Aku telah selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Qayra. Doakan aku sentiasa bahagia bersama ibu dan suami tersayang.

Dan kepada anak – anak muda jangan ikut per4ngai akak yer! Jauhi z1na, sesungguhnya seronok sekejap saja d3ritanya sepanjang nyawa. Kalau yang dah terlanjur dan sudah berisi tolong jangan dibuang baby tu, berilah kepada sesiapa yang boleh menjaga baby tu.

Ambillah iktibar dari kisah akak, jangan meIawan ibu bapa, kalau rasa tak cukup kasih sayang tu, ingatlah mereka tak sempat manjakan kita kerana bersusah payah cari duit untuk membesarkan kita. Sekian. Asalamualaikum – Ira

Komen Warganet :

Adam Rao : Lelaki baik takkan persoal kisah silam. Sapa kata mohong. Ni aku persembahkan karya dari seorang pelaku tersebut. Pada laki tu.. konsistenkan otak ang dan jadilah besar jiwa. Jangan goyang kalau orang kata apa pun. Ang dah ketua keluarga.. besarkan jiwa.

Aimuni Azizan : Tahniah dik atas kelahiran bayi. Hargai orang yang menghargai kita selayaknya sebagai isteri. Yang terima seadanya buruk baik kita. Jaga maru4h suami. Jaga aib suami. Semua orang pernah buat silap.

Sesungguhnya kemaafan, keampunan, Rahmat dan kasih sayang Allah amatlah luas. Bina keluarga adik atas dasar cinta dan kasih sayang. Moga Allah kekalkan kegembiraan dan kebahagiaan kalian sehingga ke syurga.

Atiqqa Nur Natasha : Alhamdulillah tahniah sis confessor. Abaikan kata – kata yang negative dari sahabat – sahabat di sini. Jika sis da lalui jalan hingga terlaksananya perkahwinan tersebut menurut undang – undang perkahwinan Islam dan juga malaysia, jangan ragu dengan kisah baru sis bersama anak dan juga suami hari ni.

Tabahkan hati. Kuatkan diri. Untuk suami yang telah menerima diri sis dan juga anak sepenuh hatinya. Jaga perasaan kasih sayang dan percaya itu sekemas dan sekukuh mungkin. Bertaubat sepenuh hati kepada Allah SWT agar kesejahteraan keluarga sis terus dipelihara oleh-Nya.

Masa silam kita tak mampu ubah. Namun masa depan, hanya kita yang boleh mencoraknya. Jalan hidup sis, only you know. And only Allah know. And Dia takkan uji melebihi kemampuan diri sis dan juga keluarga. Mulut – mulut bawang ni jangan layan sebab payah nak tutup. Lagi – lagi bila mereka fikir mereka je betul.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?