Pakcik saya sangat kaya, siap ada private jet tapi bila datang rumah saud4ra, pakai kereta orang gaji Kia Rio

Setiap kali ada majlis bersama keluarga besar, keluarga pakcik saya mesti disisihkan, orang buat tak tahu je. Mereka siap kena perIi sebab anak2 pakcik ambil kos murahan, belajar memasak dan make up. Mereka tak tahu, dalam diam pakcik taja 4 orang anak saud4ra di Universiti. Bila saya tanya pakcik, jawapan dia buat saya terkedu..

#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Saya ada pengalaman nak dikongsikan bersama para pembaca. Saya ada seorang pakcik yang amat kaya. Boleh dik4takan dia dan keluarganya hidup senang. Saya rapat dengan pakcik saya ni.

Saya nak kongsi apa yang saya lihat dari mula – mula saya mula rapat dengan dia. Dia dan makcik saya mempunyai 2 orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Mereka ni kaya tau, bukan kaya pakai Vellfire, duduk bungalow tu.

Ni jenis kaya yang merepek sikit. Orang kaya lain sibuk beli bungalow tapi dia beli tanah dekat Pulau buat rumah, tu pun bukan duduk, cuma jadi rumah persinggahan. Macam tu dia punya kaya. Pernah sekali saya temani dia ke showroom kereta, dia carikan Porsche Taycan untuk anak lelaki dia sempena ulangtahun kelahiran ke 21.

Macam tu punya kaya. Dia juga ada 2 jet peridadi yang dia beli untuk kegunaan domestik dan international. 1 jet ringan untuk kegunaan domestik yang saya ingat adalah, jenis HondaJet Elite S. Saya ingat sebab sewaktu jet tu sampai di hangar di Lapangan Terbang Subang, saya di ajak untuk menemani beliau.

Agak seronok jugak la, pengalaman yang saya tak dapat lupakan. Pengalaman pertama naik jet peribadi, saya macam biasa lah.. macam kera dapat bunga. Yela, bukan hari – hari dapat masuk jet peribadi. Pakcik saya ni bukan kaya atas keluarga, dia boleh dik4takan ‘self made’ man.

Dia bekerja dengan syarik4t yang agak besar iaitu A_azo_. Syarik4t jual beli barang online. Korang sendiri tahu la syarik4t apa. Berpangkalan di Amerika Syarik4t. Dia ni bekerja sebagai Director and Sales macam tu la untuk seluruh benua Asia.

Saya tak berapa pasti apa jawatan dia, tapi antara orang besar la dalam company. Jadi memang loaded la. CEO dia pun orang number 2 terkaya dunia selepas Elon Musk. Syarik4t itu sahaja punya nilai dah 1.65 trillion USD.

Ni kerja petronas hidung tinggi, rasa kelakar pulak. Dia ni dan keluarga dia memang jenis diam – diam tau. Tak ada orang tahu dia ni kaya selain saya dalam keluarga. Disebabkan kami rapat, jadi dia ni banyak bercerita dengan saya dan selalu jemput saya ke rumahnya.

Bila hari raya, atau ada perjumpaan dengan seluruh ahli keluarga, keluarga dia ni duduk paling hujung dan paling diam. Masih segar dalam ingatan saya, kira macam keluarga dia ni dianak tirikan la dalam keluarga. Sewaktu sesi perjumpaan antara keluarga tu, biasalah ada keluarga bercerita anak dia dapat masuk Universiti, ada juga yang bercerita anak dia jadi pegawai kerajaan, ada juga yang bercerita suami dia dinaikkan pangkat dan sebagainya.

Itu biasalah perbualan antara keluarga kan. Dia ni jenis tak bercerita tentang keluarga dia, bila orang tanya, dia akan kata ‘biasalah’ ‘kecil – kecil sahaja’ macam tu jawapannya. Pernah sekali ada seorang dalam kalangan ahli keluarga tanya anak dia, tak sambung belajar ke, belajar course apa?

Anak dia jawab, “ya sedang belajar, ambil courses memasak saja”. Menurut stigma masyarakat, saya cakap direct ya, courses memasak ni boleh dik4tegorikan sebagai course rendah. Padahal yang sebenarnya tidak. Tapi orang orang kita mentaliti kalau dengar course ‘engineering’, ‘business management’, ‘law’, ‘doctorate’ baru la diakui berjaya dan dipandang tinggi dan dihorm4ti.

Benda ni tak perlu nak menipu, kalian sendiri kalau ada pengalaman dibanding – bandingkan dalam kalangan keluarga, kalian akan faham. Ya, anak dia ambil courses memasak saja, pada pandangan keluarga, yang mereka faham course memasak tu dapat la sijil kemahiran macam tu.

Mereka tak sedar dalam industri F&B demand sangat tinggi, bukan di Malaysia saja ya, di serata dunia. Yang mereka tak tahu lagi, anak pakcik saya ni ambil course tu bukan di Malaysia, tapi di France, nama institut nya “Le Cordon Bleu”, kalau ada di antara kalian pengajar culinary, kalian mesti tahu.

Le Cordon Bleu tu bukan senang – senang boleh masuk, walaupun kau berduit pun, dia tapis pelajar dia betul – betul. Marco Pierre White adalah salah satu advisor untuk institusi itu ya. Marco Pierre White ni adalah Guru kepada Gordon Ramsay.

Kenal tak Gordon Ramsay? Gordon Ramsay tu chef nombor 1 dunia. Anak Pakcik saya yang mengambil course memasak tu belajar setahun di negara, setahun di paris dan setahun di london. Total 3 tahun. Anak kedua dia, yang perempuan, minat dengan makeup.

Dia bercita – cita nak jadi Proffesional Makeup Artist dan nak bekerja sebagai Makeup Artist untuk big studio dekat Hollywood. Dia juga sering diperIi dalam kalangan keluarga sebab konon nya dia ni ‘makeup berlebihan’ dan over.

Ramai juga la perIi dia sambil berkata ‘aku tak perlu makeup pun, aku natural beauty’, ‘ala boleh buat duit ke jadi mak andam ni’ dan bermacam – macam lagi lah. Dia ni sekarang sedang mengikuti kursus di Fifth Avenue, New York dengan satu company makeup bernama ‘Bobbi Brown’, saya tak tahu besar ke kecil brand tu, sebab saya lelaki.

Saya tak faham bab makeup. Tapi saya ingat la namanya Bobbi Brown. Mungkin ada penggemar makeup boleh kongsi di ruangan komen sama ada Bobbi Brown tu brand yang bagus atau tak dan sebagainya. Yang saya tahu yang paling besar adalah brand ‘MAC’.

Itu pun sebab selalu nampak kat shopping mall. Tengok harga makeup dia pun lebih kurang, ‘cabut sat nak k3ntut’. Bila ada hari keluarga, hari raya, doa selamat, kenduri kahwin. Pakcik saya ni dan keluarga dia selalu parking kereta hujung – hujung dan jauh – jauh.

Yang beli ‘H’ of course la parking depan – depan. Pakcik saya ni pakai kereta model ‘Kia Rio’ saja. Ya serious, saya tahu tu kereta maid diorang. Haha. Tapi dia sekeluarga tak pernah datang bawa kereta mahal atau apa pun.

Sampaikan pinjam kereta maid dia sebab nak datang. Untuk pemakaian dan sebagainya, mereka sekeluarga pakai pakaian normal macam kita. Nak kata normal tu, apa yang saya nampak.. kalau ada event keluarga formal, normal la pakai baju polo, seluar slack atau seluar jeans kan.

Ha macam tu la mereka pakai. Walaupun sebenarnya saya tahu saja dia pakai kemeja polo tu walau colour hitam dan tiada branding tapi saya tahu itu jenama ‘Tom Ford’ ataupun “Hugo Boss”. Tom Ford punya baju polo warna hitam b0doh – b0doh macam tu saja dah RM1300.

Yang Makcik saya pula, tiada datang fancy – fancy, kadang kala berjubah dan pakai baju kurung biasa – biasa saja. Tiada lip lap di baju mahupun tudung. Takda fancy, tiada emas penuh pergelangan tangan. Serious. Cumanya dia datang pakai Handbag ‘Hermes’ la.

Itu pun tak da branding ‘Hermes’ depan muka. Tapi saya tahu la. Bag hitam kosong macam tu saja dah RM55 ribu. Dah harga sebiji Myvi baru dah. Saya tiap kali ada majlis, saya memang akan duduk dengan mereka. Mereka ini adalah keluarga.

Tapi bila datang, takda pun orang reservekan tempat untuk mereka. Saya selalu tunggu mereka, saya selalu reservekan meja untuk mereka makan. Dan saya akan selalu bungkuskan lauk untuk mereka. Jadi bila ada majlis, mereka selalu akan pergi ke saya dulu.

Kalau saya tiada di majlis tu, mereka tak datang la. Ha sampai macam tu sekali. Mereka ni sekeluarga tinggal di rumah teres saja. Teres setingkat. Jadi secara dasarnya, memang dipandang rendah la. Ye la mana tak nya, lain lain duduk paling paling pun Semi D.

Dia ni duduk teres ja. Mereka tak tahu dia ni duduk Malaysia bukan nak tinggal sini pun, sini tempat singgah aje. Rumah dia bersepah seluruh Asia ni. Saya pernah ke Apartment dia di New York, sebab masa tu ada berjalan jalan dengan kawan travel.

Dan pada hari terakhir travel ke Amerika tu, saya singgah rumah dia tidur semalaman. Ya lah, saya perlu menaiki Airport Di JFK (John F Kennedy International Airport) di US untuk ke Kuala Lumpur, jadi alang – alang tu, singgah la kejap rumah dia.

Nak masuk bangunan rumah ada 3 kod keselamatan. Pertama check in dengan security team di lobby. Kemudian pergi ke Lif check in pulak Face ID. Sesudah sampai ke arasnya, ada final check di receptionist di tingkat aras rumahnya.

Kita ni pun dah jadi tak selesa. Tapi itulah pengalaman nya. Dia tinggal di Apartment 2 tingkat top floor, menghadap City Center. Apartment tu dalam bahasa kita, kita panggil “Duplex” dekat Malaysia. Apartment tu bernilai 7.27Mil USD, ada private rooftop pool ya.

Convert Malaysia 30 juta bang. The reason dia duduk rumah teres tu, sebab itu rumah pertama dia sebelum dia kaya dan dia tak ada plan untuk beli rumah lain di Malaysia. Setiap kali dia ada di Negara, dia akan tinggal di situ.

Senang cerita, memang majoriti dalam keluarga tak tahu dia ni kaya nak m4ti, cuma saya saja yang tahu. Saya pernah juga bertanya, kenapa tak kongsi dengan semua orang yang dia ni kaya dan berpengaruh. Dia kata ‘untuk apa?’ Dia kata dia kaya bukan sebab nak perhatian dan hormat dari orang.

Dia kata bila dia diam la baru dia tahu siapa ikhlas dan siapa tidak. Saya tanya dia juga, tak ada rasa terh1na ke bila ramai perIi dia. Dia kata, ‘tidak pun’, dia kata kenapa nak kisah orang perIi.. Dia kata apa pun orang cakap, bukan duit dia berkurang pun dalam bank.

Saya juga tanya, saya faham la bab sembunyi kekayaan tapi untuk pelajaran anak – anak dia, kenapa tak berkongsi dengan keluarga yang lain. Dia kata sebab ada juga antara anak – anak dalam keluarga yang tak berpelajaran, dia taknak kecilkan hati mak cik dan pak cik lain.

Jadi dia pilih untuk diam dan jawab yang basic saja, tak perlu berbangga kata dia. Ini adalah orang yang diperIi tetapi masih fikirkan perasaan orang lain. Ya memang benar ada yang tak menyambung pelajaran, seperti saya.

Tapi mereka sekeluarga sangat menjaga sensitiviti keluarga lain walaupun mereka kerap dipinggirkan. Itu adalah karakter. “Character is what you do when nobody is looking”, itu yang Pak Cik saya pesan pada saya. Dia kata, boleh saja nak bawa kereta sport datang, tapi untuk apa? Untuk dihorm4ti? Dia tak berfikiran macam tu.

Pakcik saya selalu berpesan,”2 things that define you. Your patience when you have nothing, and your attitude when you have everything”. Moral di sini adalah, saya banyak muhasabah diri saya bila lihat keluarga mereka. Kaya, tapi tak pernah tunjuk kekayaan pada umum, berjaya tapi merendah diri.

Patutlah TUHAN beri kekayaan kan kejayaan yang bertambah – tambah pada mereka sekeluarga. Kadang kala kita beli kereta, bukan main nak tunjuk dekat orang kampung, keluarga dan kawan – kawan. Beli emas penuh lengan, supaya orang tahu kita berduit.

Bila saya lihat anak – anak billionair, tak pernah saya nampak mereka di social media tayang ferrari atau lamborghini. Masing – masing very private. Kita beli Mustang, hari – hari update social media nak orang tengok. Benda – benda macam ni betul – betul buat saya muhasabah diri saya.

Oh ya, anak lelaki dia pakai telefon Iphone 6S skrin retak – retak. Kita kerja kerani pakai Iphone 4 – 5 ribu. Kita tu termasuk saya la. The idea is to be rich, not to look rich. Saya juga ingat, 4 dari saud4ra saya yang menyambung pelajaran ditanggung sepenuh nya oleh Pakcik saya ni.

Mereka tak tahu, saya saja tahu. Sebab masa dia datang Universiti itu, saya temani dia. Untuk proses bayar penuh yuran pengajian, salah satu ahli keluarga ‘bl0od related’ perlu hadir sebagai saksi. Jadi saya la saksinya. Dia bayar full amaun yuran pengajian 4 saud4ra saya.

Tapi dia dik4tegorikan sebagai ‘anonym0us donor’. Kadang kala saya nak saja cerita dengan keluarga saya apa kebaikan dia buat dalam diam. Rasa geram pulak, kau berIagak anak kau belajar course mahal – mahal, kau tahu tak yang membayar nya orang yang kau perIi ni.

Tak lupa juga ketika ada saud4ra yang kahwin, mesti akan grand majlis kahwin tu sebab ada ‘an0nymous donor’. Iaitu Pakcik saya ni. Pakcik ada ajak saya bercuti bulan 2 ni di Maldives, katanya dia akan ambil saya dengan private jet di Subang, dia ajak spend time sebab bulan 2 ni dia nak sambut anniversary perkahwinannya.

Kalau ada kelapangan boleh la saya join. Join bukan nak kisahkan pergi Maldives pun, join sebab nak gi pantai dia saja, ramai dahi licin berbikini. Haha. Sekian saja, Uncle.. if you or your family read this, know that i’ll always admired you and your family and i’ll always appreciate what you did for me in terms of advice and life lessons. I love you all, and soon we’ll meet again. Much love Uncle – Boy (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Aidahwaty M Olaybal : Post macam ini la bagus mendidik minda dan membuka mata. Harap nya TT yang tulis Confession Antara Jodoh, B0doh dan H0doh boleh baca ini.. tak perlu jatuhkan atau banding bandingkan pekerjaan hanya utk menampakkan kita gah. Ilmu dan adab seharusnya seiring.

Diyanah Abdullah : Dulu saya belajar, ada orang kaya taja saya. Sampai hari ni saya tak tahu siapa orang kaya tu. Jangan² pkcik ni tak? Indeed, dia taja mewah sangat. From a to z, from head to toe. Siapalah jutawan yang baik hati tu, saya tak tahu dia siapa.

Moga Allah rahm4ti orang kaya itu. Anonymous. Sekarang saya nak sambung study lagi, mencari baisiswa. Jika ada peluang kedua. Bukan mudah nak cari orang pemurah macam orang yang taja saya tu. Hopefully semua kita boleh jadi kaya yang bless kepada orang lain.

Nor Syafarah Zakariya : Sebenarnya, ramai yang betul – betul kaya yang saya pernah jumpa, adalah sangat humble dan tak brag pasal harta diorang. Mostly, cerita pasal kerjaya, usaha dilakukan, nasihat – nasihat dan sebagainya.

Antara sebab saya jarang buka IG adalah kerana instafemes dan influencer yang asyik menayangkan kekayaan hingga anak – anak muda terikut. Saya harap, generasi akan datang dan kita sendiri dapat keluar dari takuk: kaya mesti show off atau biar papa asal bergaya.

Alhamdulillah, Allah banyak bagi saya bergaul dengan orang hebat – hebat yang humble hingga terikut per4ngai diorang, termasuk family saya. They are very good financial planner.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.