Bila kakitangan gomen dapat gaji, mulalah mak mertua mesej suruh kami balik kampung

Kami setiap bulan bagi duit dekat mertua tapi setiap bulan masa dapat gaji dia suruh balik sebab nak minta belikan barang – barang dapur. Kalau sikit – sikit tu bolehlah, ini dia beli makanan nugget, fries, aiskrim magnum semua tu untuk anak bujang dia yang tak bekerja. Nak brand yang mahal – mahal, lepas tu siap suruh suami bagi duit bulanan plak dekat si adik sebab tak kerja..

#Foto sekadar hiasan. Seringkali kita mendengar masalah rumahtangga yang menjadi punca penceraian kerana adanya orang ketiga. Orang ketiga ini bukanlah bermaksud hanya dengan wanita lain di luar sana ataupun pasangan curang.

Tetapi kehadiran dan campur tangan dari ahli keluarga juga dikira sebagai orang ketiga. Sudah banyak kes – kes yang kita dengar dan lihat, pasangan bercerai atas sebab sikap pentingkan diri dari keluarga mertua yang menyebabkan menantu kurang selesa dan akhirnya memilih untuk berpisah walaupun dalam hati masih ada perasaan cinta dan sayang pada si suami atau si isteri.

Seorang wanita berkongsi kisah apa yang sedang berlaku dalam perkahwinannya dan akibat dari itu dia dan suami selalu bertengkar dan lama – lama ia akan memburukkan lagi keadaan. Semoga kisah sebegini dapat dijadikan ikhtibar kepada masyarakat di luar sana. Tak salah untuk anak – anak berbakti pada orang tua, tetapi jangan mengambil kesempatan atas tiket bergeIar ‘ibu bapa’.

IBU MERTUA. Assalamualaikum semua. Dekat sini saya nak kongsi sedikit tentang apa yang berlaku dalam rumah tangga saya. Saya tak ada masalah sangat dengan suami. Tetapi yang buatkan saya str3ss adalah perangai keluarga mertua saya, terutamanya mak mertua.

Untu pengetahuan rumah saya dengan mertua dalam 2 jam perjalanan. Saya dan suami, alhamdulillah bekerja dalam badan kerajaan. Mak mertua tahu setiap kali gaji orang kerajaan masuk mesti mak mertua mesej sehari sebelum mintak supaya kami balik kampung.

Setiap bulan memang macam tu. Duit bulan – bulan kami dah bagi tapi dia suruh kami balik sebab dia mintak belikan barang dapur. Setakat asas tu ok lah bagi kami. Ni dia beli jajan – jajan makanan frozen macam beli nugget, s0sej, aiskrim magnum atau walls, ayam goreng frozen, fries (kalau boleh semua yang ada jenama).

Dia tak nak ye makan yang timbang – timbang. Tu semua untuk anak dia yang malas nak kerja, duduk rumah tahu makan tidur je. Lepas beli barang tu dia siap pesan untuk bagi duit belanja pulak untuk adik dia. Alasan sebab adik tu tak ada pendapatan.

Cukup sihat walafiat tapi tak nak kerja, pergiIah usaha cari duit kalau dah tahu selera makan tu besar sangat. Mertua pun jenis selera makan high class. Adik suami tu perempuan bujang tapi mak dia cakap tak kerja pun tak ape.

Nanti dah kahwin suami tanggung. Mertua bagitau suami, kalau dapat gaji kena dahulukan kebajikan mak ayah, sebab tu mak nak menantu perempuan biarlah bekerja dan bantu suami tanggung family belah mertua. Saya tak boleh nk paham dengan ayat mertua ni.

Anak perempuan sendiri dia tak bagi kerja cari duit. Bila ipar – ipar balik, adik ni tahu nak mintak je apa yang dia nak. Saya str3ss sangat. Bila saya sebagai menantu prempuan, dia mintak saya kerja bantu suami. Tapi anak perempuan sendiri mertua tak bagi kerja.

Korang bayangkan sampai dia mintak saya buat kerja part time untuk bantu suami. Bulanan gaji saya dan suami bila simpan je mesti terp4ksa keluarkan balik. Mak mertua akan call minta benda bukan – bukan contohnya driII t3buk dinding tapi nak brand bosch sahaja, mahal ok.

Tak nak brand murah – murah. Kalau harga dalam RM50 tak pe, ini harga RM200+ kot. Kami suami isteri bukan hidup senang. Tapi mertua tak nak duit anak dia habis dekat isteri dan anak. Isteri bekerja boleh beli keperluan sendiri dan anak.

Duit suami saya hanya untuk mak ayah sahaja. Kadang – kadang berg4duh saya dengan suami sebab perangai mak ayah dia yang selalu desak kami. Saya kerja tak ada la bagus sangat, tapi setakat tak menyusahkan suami kira ok la kan.

Kereta dan moto pun saya yang beli. Tapi yang sedihnya bila mertua cakap dengan suami yang mertua kalau boleh nak menantu yang kerja berpangkat dan berduit. Senang nak minta tolong katanya.  Adakah mertua minta suami saya kawin lagi 1?

Sedih betul saya dengar, tak cukup lagi ke peng0rbanan saya selama ni bantu suami dengan family mertua. Perkongsian yang dimuat naik oleh wanita tersebut mendapat pelbagai komen dan reaksi dari para pembaca. Rata – rata rasa kurang senang dengan campur tangan yang berlaku. Ia sedikit sebanyak akan mengganggu keharmonian rumahtangga anak dan menantu.

Komen Warganet :

Tok Mami : Gaji awak simpan dalam TH atau ASB, kesemuanya. Jangan langsung bantu suami selagi mertua dan adik beradik suami masih memeras pendapatan suami. Jangan bantu keluarga mertua jika mereka masih mempergunakan suami awak.

Pastikan suami tanggung semua keperluan rumahtangga awak serta cukup nafkah untuk awak dan anak – anak, ini untuk memastikan suami tidak berd0sa kerana tidak menafkahi keluarganya sendiri. Secara lembut ingatkan suami tentang persiapan masa depan untuk anak – anak yang sedang membesar.

Slofas Rider : Memang ada spesis mertua yang menyusahkan anak dan menantu macam ni. Saya pun dah ada menantu pegawai kerajaan. Faham kesusahan diorang untuk memulai hidup baru dengan banyak komitmen jadi tak pernah minta apa – apa dan demand macam – macam cara berlebihan. Nanti bila kita dah m4ti nanti doa diorang jarang sampai sebab benci kat kita menyusahkan hidup diorang masa kita hidup.

RiFhan SyaFinaz ShabRee : Jangan turut sangat kehendak mentua. Kadang – kadang awak perlu bersuara jugak bagi mentua tu sedar. Memang laa tanggungjawab anak laki bila dah kahwin, masih lagi kena utamakan mak ayah.

Tapi dalam kes ni awak kena bagi mentua faham jugak. Suami awak wajib sediakan nafkah untuk awak dan anak – anak.. Suami boleh bagi setakat yang mampu je untuk mak ayah.. Begitu jugak  isteri dan anak – anak. Lepas tu suruh suami awak cakap kat adik ipaq awak tu, pergi cari kerja.

Kalau tak keje nanti tak ada plak orang nak masuk meminang.. Yelaa, mentua sekarang kebanyakannya nak menantu yang bekerja. Macam mak mentua awak laa kan… Huhuhu

Hasnita Rzf : Allah baca kisah tt ni buat saya mngucap panjang dan bersyukur pernah ade mak mertua yang sangat memahami (arw4h). Walaupn arw4h mak mertua saya dah kene str0k dan tak boleh jalan dia masih  tak menyusahkan.

Kalau dia ade duit dari sedekah orang yang datang melawat atau anak – anak bagi mesti dia akan ingat dekat cucu – cucu. Saya yang menantu ni pun pernah dapat hadiah besday dari arw4h mak mertua. Dah 3 tahun mak mertua pergi, rasa rindu sangat.

Nana Yann : Betul la syurga anak di bawah tapak kaki ibu tapi nafkah isteri kene tunaikan juga. Cukupkan keperluan isteri dan anak – anak barulah beralih kepada ibu. Rezeki suami ada pada isteri, kalau isteri itu redha dan bahagia, inshaallah rezeki tu tak putvs.

Walaupun isteri bekerja suami jangan lupa nafkah isteri tetap kena bagi. Jadi ibu tu jangan la meIampau sangat. Itu menyusahkan anak kalau dah tiap bulan minta macam – macam. Sabarlah sis..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.