Sampai kemuncak bibik saya asyik lari, kos nak ambik bibik dengan permit dah 18k. Setiap kali bibik lari, saya kena keluarkan duit. Sekarang mertua rajin datang restoran saya, nak hasut 5 staff saya suruh lari. Suami jumpa dengan mak mertua tunjuk bukti, dia terdiam..
#Foto sekadar hiasan. Salam Admin dan semua pembaca yang disayangi Allah. Kisah ini mengisahkan perlakuan dan tindakan yang sangat luar biasa daripada keluarga mertua untuk menguji kesabaran saya sebagai menantu. S4kit, perit, kecewa, marah, terIuka, terh1na, difitnah dan terani4ya. Saya pendam sampai perkahwinan saya yang nak masuk 20 tahun
Saya ceritakan secara ringkas tentang latar belakang saya dan perkenalan suami. Saya adalah PR indonesian yang berkahwin dengan suami rakyat Malaysia. Saya berjumpa dengan suami semasa saya praktikal di KL. Saya berkahwin ketika berumur 19 tahun dan kini mempunyai 3 orang anak lelaki dan suami sangat menyayangi saya, syukur, alhamdulillah.
Namun saya diduga pulak dapat ibu mertua yang luar biasa pulak benci, cemburu, play v1ctim dan suka putar belit dengan saya daripada mula saya jadi menantunya. Sampaikan baju pengantin saya pun dia tak puas hati asbab sama persis dengan baju yang dia pakai masa majlis kahwin saya.
Sebenarnya dia tak setuju anak dia kahwin dengan orang luar. Dia nak hapuskan garis keturunan di mana ayah dia pun orang dari negara saya. Kalau ikutkan keturunan dia pun berd4rah indonesia. Dia tak percaya qada dan qadar yang Allah tentukan.
Dia suka berkata – kata kesat kasar dan meniadakan kebaikan yang saya berikan, termasuk sanggup fitnah saya dan suami saya. Tapi saya sabar diam hanya berdoa supaya dia dapat hidayah dan saya tak nak buat suami saya tersepit sebab itu syurganya.
Sampailah kemuncak daripada kesabaran kami. Diuji semula dengan satu demi satu kebenaran Allah tunjukkan tentang apa yang mertua dah buat. Mulanya pembantu saya yang dah lari call saya, dia nak bejumpa dengan saya nak ceritakan sesuatu.
Bila dah bejumpa dia bagi tahu sebab dia lari dari rumah saya. Dia telah di brainwash dengan mertua saya. Sekarang pembantu rumah saya menyesal dan dia nak kerja semula. Mertua saya buat benda ni dah lama, saya berhabis duit ambil pembantu rumah tapi mereka asyik lari jer.
Bukan hanya pembantu rumah sahaja, kawan – kawan atau sed4ra yang bejumpa mertua masa jumpa kat rumah saya, dia akan ambik no phone mereka dan mula r4cun mereka semua untuk benci saya. Memang ada sorang kawan saya ingatkan saya untuk berhati – hati dengan mertua tapi masa tu saya nak husnuzon dan saya lupakan.
Lalu saya tanya bibik tu apa yang mertua saya cakap, hasut dia? Segalanya takde satu cerita yang baik yang dia keluarkan tentang saya. Apa yang buat saya sangat sedih bila bibik yakinkan saya, dia call direct mertua saya dan saya record perbualan diorang dan air mata ni tak berhenti keluar.
Banyak cerita buruk yang ditambah – tambah, saya paling s4kit bila dia fitnah saya dan emak saya per4ngkap anak dia, b0mohkan anak dia untuk kahwin dengan saya, sayang dengan saya. Katanya orang dari negara saya kuat main b0moh.
Demi Allah saya tak pernah buat camtu, cerita yang direka di mana anak dia pergi jalan – jalan, jumpa saya kat indonesia. Takde angin takde hujan saya dengan mak yang per4ngkap anak dia untuk kahwin dengan saya?
Padahal dia tahu kisah sebenar yang kami berjumpa semasa saya kat KL. Mereka merisik saya kat indonesia, bertunang dan nikah, siap menikah kat dua – dua negara supaya terdaftar kat dua – dua negara. Kenapa kena fitnah saya dan ibu saya dalam hal ni.
Patutlah ramai kawan, sed4ra yang kenal dia selalu nasihatkan saya untuk sabar. Rupanya ni lah maksudnya selama ni, dia tabur fitnah dan cerita buruk pasal saya. Sepanjang dia fitnah kami, saya berdoa semoga dia dapat hidayah dan saya maafkan tapi sem4kin saya rasa terani4ya dan berdoa dia diberikan hidayah sem4kin pulak kifarah tu jatuh ke anak – anak dia.
Suami saya asyik gagal dalam kerjaya, sampai saya yang selama ni support daripada A to Z. Tapi mertua tak nampak tu semua. Sem4kin dia h1na saya sem4kin Allah luaskan rezeki saya. Alhamdulillah saya dah ada rumah besar, ada company dan perniagaan saya sendiri, bukan nak ujub tapi nak bagi tahu ni lah hasil daripada pengh1naan dan kata – kata kesat yang saya dapat.
Alhamdulillah sekarang saya buka restoran untuk suami saya jaga, semua modal saya yang support. Daripada kahwin takde satu sen pun kami minta atau menyusahkan mertua supaya orang tak h1na suami saya, supaya mertua bangga.
Tapi sebaliknya mertua asyik tak puas hati, ini salah itu salah. Makanan tak sedap, meja tak cantik, macam – macam complaint yang dia lontarkan yang buat kami down. Tapi kami bangkit semula dan kuatkan semangat.
Allhamdulillah jualan sem4kin meningkat dan suami saya happy dengan pencapaian yang dia dapat. Lvka yang kami rasakan terubat dengan hasil yang Allah bagi kat kami. Saya focus dengan kerja dan perniagaan saya, suami focus dengan perniagaan restoran dia.
Sampai kemuncak bibik saya asyik lari, kos nak ambik bibik dengan permit dah 18k, sekarang dia pulak dah menyibuk datang kedai arah sana arah sini. Saya risau sangat 5 orang staf kedai pun dia brain wash untuk lari, saya jadi str3ss, tetekan.
Punyalah staff kedai kami tu produktif, sangat baik dan kami dah keluarkan duit yang banyak untuk uruskan permit diorang. Sampai suami saya confront tunjuk rakaman suara dan bukti fitnah dan kejahatan yang dia buat kat kami, bila suami saya tanya kenapa buat kami camtu, mertua diam, tak dapat bagi alasan.
Suami saya bagi peluang kat ayah mertua untuk ambik tindakan dan nasihat dengan ibu mertua tapi sayangnya ayah mertua pun takut dan tak berani tegur ibu mertua saya. Suami pulak saya ingatkan untuk jangan berlebihan ambik tindakan sebab macam mana pun itu syurganya.
Saya tak nak dia berd0sa, walaupun kami buntu dan dilemma. Kami diam salah, kami ambik tindakan pun macam takde faedah. Ayah mertua yang kami harap mampu didik dan tegur cenderung dayus dan tak berani dengan ibu mertua saya.
Semenjak hari suami saya tegur mertua, dia tak henti – henti cuba nak yakin kan suami saya yang dia terani4ya, dia tak bersalah. Suami saya tak respond langsung. Dia siap jaja citer dan yakinkan semua orang untuk menjauh daripada saya sebab saya jahat.
Saya cuma mampu menangis mengadu kat Allah, kadang – kadang tengah drive saya akan menangis meratap apa yang jadi. Tapi itulah, m4kin saya berdoa, m4kin Allah tunjukan kifarah tu jatuh ke anak – anak nya. Mertua tetap sihat, rancak s4kitkan hati orang – orang sekeliling baik jiran dan sed4ra.
Apa yang patut saya buat?? Saya dan suami dah nasihatkan staff untuk tak layan dia. Kami pun dah bagi tahu benda ni jugak kat bibik kat rumah tapi diorang tetap pecaya jugak dengan mertua saya tu? Kalau saya takde kat rumah, mertua akan senyap – senyap datang rumah. Nasib baik saya boleh tunjukan bukti cctv tu itu pun dia cuba nafikan.
Saya kecewa, sampai menggangu kesihatan mental. Saya kena jumpa psiki4tri untuk sembuhkan kemurungan saya. Alhamdulillah suami dan anak – anak selalu support dan bagi kasih sayang kat saya. Siap suami saya minta maaf atas apa yang ibu dia telah buat kat saya.
Anak – anak saya jadi takut nak berjumpa dengan nenek diorang tapi saya marah diorang. Saya cakap apapun buruknya nenek, korang tetap kena hormat sebab itu syurga ayah diorang. Saya sedih kenapa circle t0ksik kerap mengh4ntui saya, kalau orang lain saya boleh cut off tapi ni mertua sendiri.
Ibu kepada suami saya dan nenek kepada anak – anak saya. Itu yang saya kena hadap jugak. Saya minta kawan – kawan dalam group ni bagi pendapat, pandangan dan doa semoga mertua saya ni berubah. Jangan pulak doa – doa yang buruk. Kalau ada kesilapan daripada tulisan saya ni saya minta maaf dan saya ucapkan ribuan terima kasih bantu doa dan berbagi kisah kat saya. Semoga Allah baIas segala kebaikan kita. Aminnn ya Rabb
Komern W4rganet :
Nur Fatihah Idris : Buat report polis je sebab burukkan nama bagi dia takut sikit dah alang – alang mak mertua tu tak reti bawak bertaubat, buat baik dengan dia pun dia nampak buruk je baik jadi buruk terus, takde lah s4kit hati, mintak restriction order dari makhamah supaya dia tak selalu datang rumah atau kedai atau berdekatan puan, (kepilkan surat dari psych0logist sekali) kalau nak jumpa anak, suruh je suami balik tengok mak dia kat rrumah.
yasayaa Iyra : Entahla sis. Saya rasa mak mertua sis ni takut dengan bayang – bayang sendiri , Sis faham tak maksud saya ni? Dia tuduh sis mandremkan anak dia tapi sebaliknya dia yang buat pada suami dia A.k.A bapa merntua sis. Selalunya macamtula kalau orang yang takut dengan bayang – bayang sendiri.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.