Bila mak naik h4ntu, saya lari menyorok bawah katil. Mak fitnah saya pencuri. Cikgu pelik tengok muka saya bengk4k Iebam

Sekarang mak s4kit tapi mak masih benci saya. Mak munt4h, terber4k, saya diam bersihkan. Badan saya penuh kesan parut dari mak. Bila saya tertengok parut, saya akan ingat masa – masa kejadian…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan Hi. Pertama sekali, terima kasih semua. Ni sambungan kepada luahan Nasi Tomato buat suami tu >>> Saya masakkan ayam masak merah paling sedap untuk dia. Semua gembira tapi esoknya saya minta dilepaskan

Terharu saya membaca komen. Berkaca – kaca mata. Terima kasih sangat atas kata – kata semangat. Ada jugak yang buat saya tergelak besar nak – nak part yang nak bakor pawagam tu ek. Uish.. Haha. Saya memang kena scam teruk dengan bekas saya.

Harap rambut je hensem macam Noh Hujan. Bila dah tak suka, cendawan pun saya tak rela nak samakan dengan fesyen rambut dia. Serik hidup dengan si pengotor, malas nak gosok gigi, abvsive tapi nak banyak isteri.

Kalaulah awal – awal bekas madu saya tu tahu sebelum diorang lari ke Siam, mesti dah kena reject bekas saya tu. Tak sempat denyut jantung madu nak berdebar. Jadi, untuk kali kedua, saya memang berhati – hati. Perhati dan kenali. Siasat dan gali.

Saya juga ada ceritera diri yang terpendam yang saya nak dia tahu tapi sampai ke sudah dia tak sempat tahu. Dia tanya, “Apa dia?” Saya beritahu, ‘Tentang Mak’. Dia tak memaksa saya untuk bercerita. Tapi, adalah dua kali dia tanya bila dia perasan hubungan janggal antara saya dan mak. Saya katakan, belum masanya.

Tentang Mak Tonah. “Kalau aku tau kau besor macam ni, dah lama masa kau bayi aku pij4k – pijak, c3kik sampai m4ti.” Itu ungkapan mak selalu sebut pada saya. Dalam banyak anak, entah mengapa saya paling dibenci mak.

Layanan juga tak sama. Semua pasal saya mak tak suka. Sampai bentuk bibir dan keluasan mulut saya juga dikejinya. Bukan saya mintak pun bermulut begini. Biarpun bukaannya luas dan tebal, langsung tak menyusahkan mak saya.

Kadang – kadang tiba – tiba dia datang tarik dan ta4mpar mulut saya sambil h1na, “mulut lebar!” Kadang – kadang saya lalu depan mak, dijelingnya saya, mesti sebut pasal mulut saya. Saya pernah berlama – lama tengok dekat cermin, sampai saya t4mpar – t4mpar mulut saya.

Saya tengok, cantik apa. Kenapa mak benci? Lepas tu saya ik4t mulut saya pakai getah, konon nak nampak kecik. Hasilnya, kecik tak dapat, s4kit yang dapat. Kalau salah adik beradik, saya yang jadi m4ngsa kena pukuI tanpa sebab.

Semua benda salah saya. Umpama pada masa tu, hatta terdapatnya seekor cicak melintas hormat pun boleh jadi salah saya. Adik beradik saya yang lain mak pukuI juga. Tapi tak seteruk saya. Bila dia marah, dia tak kasi saya makan.

Dih4ramkan ungkit sampai ke air susu. Begitu takut saya nak makan. Bila dah berlapar sampai dua tiga hari, memang saya abaikan sumpah seranah dia. Saya dah macam penyamun di rumah sendiri. Senyap – senyap buka tudung saji terus ngap laju – laju.

Saya sebat je apa ada. Kadang – kadang sampai nak terbegik saya sumbat. Janji saya kenyang. Lepas tu, baru fikir apa nak jadi. Dulu badan saya kecik. Macam budak tak cukup zat. Tiap kali mak kejar nak beIasah saya, berdesup saya lari sup sap sup sap sembunyi masuk bawah katil.

Katil tu katil kayu yang berat. Ruang bawah katil sempit. Mak berbadan besar, dia tak muat masuk bawah katil. Tersekat di skala leher sahaja. Hahaha! Mak akan ambil kayu ampai baju, jolok – jolok kat saya. Bila tak kena, dalam diam saya mengejek mak. Wek wek! GiIer jahat saya. Saya batukan diri sampai mak pergi.

Saya tak berani nak keluar. Adakalanya, sampai tertidur. Sedar – sedar dengar suara abah cari saya. Rupanya dah malam. Ada masanya, adik beradik saya curi – curi hantar makanan. Dihulur pinggan ke bawah katil dan saya makan dalam gelap sempitnya ruang.

Disebabkan katil merupakan kubu kuat saya, mak saya yang m4kin bijak masa tu, mula mengunci pintu bilik. Benteng pertahanan saya sama sekali musn4h. Tiada tempat persembunyian. Bila kena pukuI saya hanya menadah. Dan mak tak segan silu beIasah saya di luar rumah. Saya malu.

Lama – lama lali. Selalu dia kunci pintu tak kasi saya masuk rumah. Sebab tu saya belajar silat. Konon nak bela diri. Mana tau, silat tu lebih ke silat pengantin. Saya benci mak! Pernah saya bertanya pada nenek, kenapa mak tak suka saya.

Nenek cakap, masa mengandung, alahan mak teruk. Badan susut. Selalu s4kit – s4kit. Mak az4b beranakkan saya. Apa itu salah saya? Saya tak mintak dilahirkan untuk lalui semua ni. Apa rahim itu boleh dipilih? Masa sekolah saya bijak.

Setiap tahun mesti akan pergi ke acara penyampaian hadiah. Dapat anugerah pelajar terbaik aliran, terbaik matapelajaran, terbaik itu, terbaik ini. Piala saya bersusun. Yang paling besar siap ada ik4t reben. Ala – ala Piala Thomas yang atas dia bentuk mangkuk tu.

Tapi setiap tahun lah, sepi. Saya hanya naik sorang – sorang. Pergi sorang – sorang. Bawak balik hadiah sorang – sorang, jalan kaki sorang – sorang. Saya masukkan piala atau hadiah dalam beg plastik. Saya tak nak orang tengok dan bertanya, “Mak bapaknya mana?”

Saya tengok, anak – anak lain dipimpin mak bapak, dicivm, dipeIuk. Saya menang piala, saya tak menang mak. Saya niatkan belajar pandai – pandai sebab nak buat mak bangga. Nak senangkan mak abah nanti. Zaman tu, zaman orang suka tanya – tanya dan banding – banding. Tapi apa yang saya dapat, hanya kejian.

“Untung kau dapat anak pandai..”

“Alah.. kalau pandai tapi degil buat apa. Dapat anak kurang ajar.”

Saya menjadi pelajar terbaik sekolah, dapat UPSR 4A. Pihak sekolah hantar surat dan jemput ibu bapa untuk sama – sama naik pentas. Itulah pertama kali mak datang siap naik pentas. Tapi saya dah tak rasa pape. Tawar.

Saya masuk asrama penuh hanya setakat tingkatan 2 sahaja. Lepas tu masuk ke sekolah harian. Saya berhenti sebab nak bayar yuran makan sebulan pun saya tengok abah saya susah. Apatah lagi beli barang keperluan diri.

Saya hanya mampu beli syampu paket kecik Kao Feather, sabun buku Palmolive. Itulah buat mandi, itulah basuh baju. Lagipun, saya nak beri laluan pada abang saya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Sejak itu, mak sem4kin benci saya.

Pada dia, saya ni budak jahat sebab tu kena buang sekolah. Dia kata saya ni memaIukan. Banyak yang mak buat pada saya. Tuduh saya mencuri duit sampai saya dipulaukan di sekolah. Mak bercerita pada jiran saya yang sekelas dengan saya. Hasut supaya jangan kawan saya kerana saya ni pencuri.

Mak halau saya keluar rumah masa saya berjuaang ambil PMR. Saya pernah datang ke sekolah dengan muka bengk4k Iebam. Cikgu tarik saya keluar dari perhimpunan sebab perasan keadaan saya yang teruk. Bermulalah episod keluar masuk bilik kaunseling.

Mak pernah henyak saya sampai berd4rah macam orang kena sampuk sy4itannirrojim di luar rumah. Jiran saya halang dan rawat saya. Jiran saya cakap, tangan saya ni batu, urat dawai. Kuat ye Tonah.. Menangis dia sapukan ubat kat saya.

Jiran saya ni takde anak. Dia banyak tolong saya. Terima kasih Cik.. Dulu saya selalu rasa nak telefon je tele-d3ra. Tapi tak sampai hati pulak. Lagipun mak kalau masak sedap. Bila saya dapat rasa masakan mak, terasa nikmat.

Dia kan selalu tak bagi saya makan. Walaupun pemerintahan dia secara diktator ala – ala kuku singa, dia berjaya didik kami pentingkan kebersihan, kekemasan. Dia tak boleh tengok sepah. Mulalah h4ntu dia singgah. Tak berani buat sepah. Teruk nanti kena beIasah.

Ada benda, kalau dulu rasa menyirap, tapi bila ingat balik, rasa kelakar. Tak tau la apa ada dalam fikiran mak. Yang aneh – aneh je. Mak tak pandai guna sterika. Dia cakap, kalau bukak sterika rumah boleh pommm meIetop!

Biasa dia akan bukak kalau terp4ksa, itupun titik paling pertama. Kalau gosok baju 8 jam pun takde beza. Lepas tu mulalah nak mengarok. Pertikai kenapa baju kedut. Memanglah.. Dah bukaknya pun nombor terpaling syatu.

Bila hari mula hujan, ada guruh, mak akan sepantas kilat cabut semua plug, m4tikan suis elektrik utama. Mak cakap, nanti rumah kami terbakar kena sambar petir. Kami bergelap, berpanasan macam dalam gua. Kena duduk berkumpul rapat – rapat.

Bila kami m4kin besar, perlahan – lahan kami cuba ‘educate’ mak. Memang dia marah pada mulanya. Lama – lama dia pun kepanasan juga. Yelah..  Dah kenapa wahai maknya Tonah.. Orang hujan – hujan, sejuk sedap tidor, yang kami ni anak beranak macam masuk latihan komando.

Tiada Hari Raya yang indah buat saya dimasa kecil. Saya tak suka balik kampung. Hari Raya adalah hari untuk atok dan pakcik makcik bersuka ria marah – marah dan sekolahkan saya. Mak suka cerita hal kami kepada keluarga mak.

Burukkan kami. Merekacipta. Keluarga beIah mak, memang pandang serong. Mak selalu cakap, d0sa saya tak terampun. Memang ner4ka lah tempat saya. Tak guna mintak maaf. Nanti tetap saya kurang ajar. Orang lain, sepupu lain, dapat duit raya, saya tak dapat.

Sepupu – sepupu ada yang tak nak beraya kalau ada saya. Takut tersampuk derh4ka saya. Saya selalu pergi reban ayam, kejar ayam atok, mencangkung cakap ngan ayam. Rasa diri sama je dengan ayam. Sama – sama tak dapat duit raya.

Nasib baik saya tak berkokok sekali jadi ayam. Adalah manfaat jugak jadi ayam. Boleh disembeIih. Saya ni? Kecik – kecik dah rasa macam tak berguna. Memori kelat itu saya tinggalkan seiring dengan perginya atok masa darjah 6.

Nenek pulak duduk ikut makcik. Tiada lagi kampung yang merosakkan jiwa. Sehinggalah saya jatuh cinta dengan damainya kampung nun di utara. Saya selalu tak sabar nak tunggu abah balik kerja. Mak selalu w4rning jangan beritahu abah. Kadang – kadang saya geram, saya ngadu je kat abah.

Abah kerja hantar barang. Buat banyak kerja. Kadang – kadang tak dapat nak balik. Ada ketika, abah ambil upah kopek bawang, ikan bilis, pasang tayar kereta mainan di rumah. Duduk lah kami adik beradik buat sesama.

Dengan abah, saya boleh bercerita semua. Tapi bila saya mengadu, akan terjadi perselisihan abah dengan mak. Jadi saya pendamkan sahaja. Mak pernah je lari rumah tinggalkan kami adik beradik terkontang – kanting.

Alasannya, g4duh dengan abah. Abah ani4ya mak. Pelik sungguh. Bukan sekali dua. Selalu ugvt nak bercerai. Mak tak boleh terima bila abah tegur sikap mak. Abah selalu nasihatkan kami, bersabarlah. Mak tu ‘lain’…

Mak ‘slow learner’. Abah sabar didik mak. Ajar mengaji. Ajar macam – macam. Kalau abah tak sempat belikan barang dapur, mak la kena ke kedai. Takut mak salah kira duit baki. Jadi abah ajar mak kira – kira. Kalau namanya bab duit, Masya Allah… terang hati mak! Hahaha.

Mak ni sekolah takat darjah 3. Abah darjah 6. Kesusahan kami, ketenangan abah, abah cekalkan kudrat hantar kami semua belajar sampai ke menara gading. Alhamdulillah. Saya tak sanggup hidup dalam kegiIaan mak.

Kadang – kadang mak menangis tanpa sebab. Tumbvk – tumbvk d4da, k3tuk – k3tuk kepala. Bercakap sorang – sorang. Dia cakap kami semua zaIimi dia. Buat dia macam h4mba abdi. Dia selalu cakap dia str3ss.. Dia macam duduk dalam dunia rekaan dia. Bukan tak pernah bawak berubat. Puas.

Sekarang mak dah tua. Bermula tahun lepas, keadaan kesihatan mak jadi teruk. Mak dah tak nampak. Saraf mata rosak. Tak berdaya nak urus diri. Berpampers. Kegagalan buah pinggang dan perlu dialisis. Abah dan kami bergilir uruskan mak.

Abah sabar layankan mak. Dari mandikan, cebok ber4k k3ncing semua abah buat. Suapkan makan, bagi ubat. Abah tak pernah sesekali tinggalkan mak macam mak banyak kali tinggalkan kami dulu. Cuti saya banyak habis uruskan mak. Cuti p0tong gaji.

Bila dah jadi mak – mak ni, saya sedar, dia tetap mak yang mengandung dan beranakkan saya. Dia mak. Saya anak. Tersabit tanggungjawab. Saya tahu jiwa dia s4kit. Mungkin, ini peluang untuk saya alihkan lorong ke syurga. Mungkin….

Saya mengandung, melahirkan, berpantang, membesarkan anak sendirian. Saya tekad cerai saat kandungan kedua saya 7 minggu. Saya semai dengan rasa kasih sayang, dengan rasa kepedulian. Kepedulian itu bilamana ambil anak balik sekolah, saya mendengar cerita bilik darjahnya.

Berkongsi rasa keseronokan dan kesedihannya. Biarpun saya tegas dan marah, masih dalam sayang. Semua itu rasa yang sangat saya dambakan dari seorang mak. Anak saya sentiasa memerhati. Anak – anak ni, akan belajar dari sikap kita.

Saya tak sanggup bayangkan, jika saya dah tua nanti, siapa yang akan bantu saya urus diri jika saya tak berdaya lagi? Ya.. anak bukanlah satu pelaburan di hari tua. Saya hanyalah ibu tunggal. Biarlah saya cipta memori yang baik untuk ditinggal. Paling tidak, biarlah mereka pedulikan saya tanpa keterp4ksaan.

Dulu selalu tanya abah, kenapa abah tak cerai je. Saya tak suka hidup dalam keadaan macam ni. Bagi saya, ada je anak – anak yang okay dengan perpisahan. Abah cakap, mak ni ujian abah. Ladang pahala atau d0sa. Dulu saya tak faham. Sekarang saya mulai faham.

Alhamdulillah.. kini keadaan kesihatan mak sem4kin baik. Dah boleh bangun. Tapi tulah, bising taknak pakai pampers. Ubatnya dibaling – baling. Mak masih benci saya. Tapi dengan anak – anak saya, mak sayang. Dia punya sayang tu, kalau saya marah anak, amboiiii.tak terima kau.. Sampai saya rasa, eh.. dia buat – buat lupa ke cemana.

Saya akui, saya meIawan mak. Tinggi suara bila tak tahan dengan mulut mak. Tapi kebanyakan masa saya berdiam. Mak munt4h, terber4k, saya diam bersihkan. Pergi dialisis saya papah pimpin di lengan. Tapi langsung tiada komunikasi antara kami.

Saya tahu, berdiam diri lagi meny4kitkan hati. Saya tak dapat nak menipu diri atas ketabrakan mental dan em0si yang saya alami sedari kecil. Kesan pukuIan mak banyak berparut di tubuh badan. Untuk saya lupakan itu payah.

Bila saya tertengok parut, saya akan ingat masa – masa kejadian. Parut di mana – mana. Hati merendam sengsara. Sekalipun bersanding dengan kemaafan, terlubuk d3rita yang dalam. Bukan d3ndam hanya bekas yang tak padam.

Perkahwinan yang gagal juga ada punca dari mulut mak. Mak pernah doakan, kalau saya kahwin, jangan harap nak bahagia. Bekas cakap, saya ni jadi isteri tak guna, jadi anak derh4ka. Menjadi tiket beIasah saya. Berbalik kepada si dia.

Melihat kehidupan peribadi keluarganya, saya katakan pada diri, sungguh saya tak boleh. Saya takut nak bawak orang luar masuk dalam keluarga saya. Malu! Saya tak layak untuk dia. Saya tau dia. Dia pantang dengan orang yang tak reti hormat orang tua.

Saya pulak anak derh4ka. Hip0krit. Dengan orang lain, baik. Tapi bukan dengan mak sendiri. Sampai saya pernah rasa, kalau sekalipun jodoh saya sampai, selagi mak hidup, saya sendirian pun tak apa. Saya m4ngsa d3ra dua orang manusia. Tr4uma berganda.

Saya masih tidak berputus asa dengan rahmat Allah. Setiap permulaan hari, adalah sukar buat saya. Hati yang bungkam, tercengkam. Namun masih mampu bercerita duka hati sambil tertawa. Tetap gagah diri berjumpa doktor dan therapist.

Saya, Si Tonah yang suka makan nasi tomato. Yang melalui ranjau mawar kehidupan yang masih mengharapkan akan sinar yang berterusan. Allah itu Maha Baik. Pasti ada yang terbaik yang dititipkan buat jiwa m4ti saya agar terus hidup.

Saya hanya kongsikan secebis hal diri. Jika saya tulis lebih besar, maka cerita akan meleret dan pastinya akan bertukar menjadi Hikayat Si Tonah dengan Tomato dia. Terima kasih buat admin dan semua pembaca. Moga Allah ampuni saya. – Fatonah (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Fazidah Abdul Kadir : Awak menyorok bawah katil, saya kat tempat letak sejadah, alah rak besi yang orang dulu buat tempat g4ntung sejadah dengan telekung tu. Masa tu badan kecik, senang lah masuk duduk dalam tu sampai tertidur.

Yang lagi teruk adik beradik tak hantar pun makanan. Sorang tu dengki dan mengadu domba lagi adalah. Mak saya pun sama macam mak tt. Tapi sekarang dah arw4h. Kadang – kadang nak tanya je kenapa buat macam tu dulu? Jawapan typical sebab dia takada ilmu parenting. Biar betul kan, mentua yang duduk kampung pun tak buat macam tu lah. Tak ada ilmu jugak, tapi anak – anak dia tak d3ra.

Nor S. Rosli : Suka betul cara sis tulis. Teratur dan membuai. Setiap bait tulisan sis saya baca. Memang layak menang pingat setiap tahun. Sis layak untuk bahagia.. InsyaAllah, doalah banyak – banyak pada Allah berkenaan soal jodoh.

Balik raya Kedah best woo.. boleh lajak pi Padang Besar, hatyai shopping. May Allah ease everything. Berdamailah dengan takdir. Hargai setiap detik yang ada. Hindari fikiran untuk fikirkan apa yang belum berlaku.. Appreciate the present.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.