Bila mak s4kit, abah lari. Abang-abang buat tak tahu. Mak nangis bila tengok status abang pergi berjalan bergembira

Bila buka insta story, status whatsapp atau  fb story. Post dari kakak – kakak ipar aku dan abang aku keluar pergi shopping, pergi makan dekat je dengan kawasan rumah mak. Tak terdetik ke nak singgah. Dah la abah hilangkan diri..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum, hai semua. Terima kasih admin andai sudi post cerita saya ni. Pertama sekali biarlah saya perkenalkan diri sikit ye. Aku Aira (bukan nama sebenar) aku duduk di tengah band4raya KL.

Aku ada 5 orang adik beradik. 3 abang (alang je belum kahwin), seorang adik perempuan(masih belajar) dan seorang adik lelaki (dah kerja). Ini cerita tentang keluarga aku. Aku seorang pelajar lepasan diploma dan baru je grad dalam 15 bulan lepas macam tu.

Masa aku masih study lagi mak kesihatan mak aku jatuh merundum. Satu ujian yang sangat besar buat kelurga aku bermula di sini. 3 minggu sebelum aku habis belajar mak aku masuk hospitaI kL. Masa tu adik perempuan dan adik lelaki aku bergilir – gilir jaga tiap – tiap malam dan siang.

Mak aku berkerusi roda kaki dah tak kuat lagi kadang – kadang kalau dia baring atas katil nak bangun sendiri pon susah. Mak aku baru je pencen sebelum dia admit, pencen atas pilihan sendiri sebab kesihatan tak mengizinkan.

Dah 3 tahun pencen. Lepas aku habis je belajar, aku lah ambil  tugas jaga mak aku sepenuh masa. Adik  perempuan aku dah start sem baru dan yang lain kerja macam biasa. Masa ni mak aku kerap keluar masuk hospitaI. Yang alang dan adik laki aku, Amirul datang melawat mak aku hari – hari lepas habis kerja tapi along dan angah aku yang dah kahwin ni hanya datang hujung minggu.

Aku tak berkira tapi mak aku yang sedih sebab mak aku rindu abang – abang aku. Mak aku selalu menangis. Selepas 3 bulan selalu keluar masuk hospitaI keadaan mak m4kin stabil walaupun masih berkerusi roda. Aku lah yang jaga mak, bawak mak ke toilet untuk mandi, ambil air wuduk, angkat mak sampai ke bangku khas untuk solat.

Aku lah yang bawa mak aku bila ada appoinment kat hospitaI dan diaIisis 3 kali seminggu. Aku tak kisah galas semua tanggungjawab ni demi mak aku. Kadang – kadang aku cepat tertekan dan menangis tanpa orang tahu.

Hanya orang yang pernah jaga orang s4kit 24 jam faham ape aku rasa. Aku redha. Tapi jujur aku sangat terasa hati dengan sikap adik beradik aku. Abang – abang aku yang dah berkahwin tu berapa kali je datang jenguk mak aku padahal dekat je rumah.

Bila aku tegur cakap datang lah jenguk mak selalu. Along dan angah cakap, “kau ape tahu kau belum kahwin.” Ya Allah aku member0ntak dalam hati. Habis kalau aku dah kahwin, aku kena per4ngai macam korang jugak ke.

Konon sebab dah ade keluarga sendiri kena fokus lebih. Wehhh mak tu syurga korang kot. Mak tu menagis sebab rindu dan terasa hati anak jarang jenguk sebab dia s4kit. Bila buka insta story, status whatsapp or fb story. Post dari kakak – kakak ipar aku dan abang aku keluar pergi shopping, pergi makan dekat je dengan kawasan rumah mak. Tak terdetik ke nak singgah.

Tak kan sikit pon tak de mak dalam ingatan korang. Kau post gambar makanan makan berdua dengan bini kau abang. Aku menangis, sebab kau bahagiakan isteri kau tanpa kau tahu mak terasa hati juga tengok kau post dalam fb.

Abang sampai hati kau letak semua dekat bahu aku hanya kerana aku ambil keputusan tak kerja demi mak. Dekat aku abang, dekat aku tempat mak luah semua sedih dia. Dah lah abah tak reti balik rumah, 3 bulan setengah senyap macam tu je, apa lagi yang kami usaha untuk abah balik tapi alasan abah banyak kerja.

Abah hilangkan diri bila mak s4kit. Abah tak nak ambil tahu lagi tentang kami. Pedih rasa bila hilang seorang ketua keluarga. Hati aku bagaikan kosong di satu sudut tu. Perit terima hakik4t abah tak sudi pulang jalankan tanggungjawab abah sebagai seorang suami kepada mak.

Bila keluar beli barang terjumpa satu family riang ade abah dia. Tersentap sebab terlalu berharap dapat macam tu. Aku konvo adik aku sorang je datang tengok aku. Mak s4kit susah datang. Abah langsung tak ambil tahu.

Keluar dewan tengok family orang lain lengkap. Terguris sekejap hati aku, mak cakap mak minta maaf mak tak dapat datang, tengok anak mak atas pentas, mak tak berdaya macam dulu. Ya Allah berjurai air mata aku dalam hati.

Hanya mampu menangis dalam hati. Aku tak boleh menangis depan mak aku, nanti mak aku tak kuat bila tenguk aku menangis. Cukuplah sampai sini takut korang bosan baca. Aku redha semua ketentuan Allah. Buat korang yang sedang jaga orang s4kit. Ketahuilah jangan korang risau soal kewangan. Rezeki Allah tak pernah henti pada aku. Aku bersyukur sangat.

Bila aku tak kuat, selain solat dan baca al quran.aku selalu google hikmah menjaga orang s4kit. Aku kembali bersemangat semula.  Alhamdulillah. Sedikit pesanan :-

Wahai anak lelaki, ketahuilah mak yang pertama sebelum ayah dan isteri korang. Terasa hati mak, menitis air mata mak faham la di mana tempat kamu. Disaat kamu mahu nikahi gadis itu, siapakah orang pertama yang kamu minta kebenaran dan ajak hantar rombongan merisik?

Mak kamu kan, mengapa bila kamu sudah bernikah hati itu yang kau guris? Buat kakak ipar, kak ngah dan kak long, ambillah peranan jika suami lupa tolonglah ingatkannya. Kerana mak adalah syurga mereka. Cukup walaupun sekadar telefon tanya khabar. Hati mak dah riang.

Buat abah, pulanglah abah sebelum semua peluang tertutup untuk abah. Ketahuilah abah kami ini syurga buat abah. Jika abah s4kit, walau ape pon abah dah lakukan pada kami. Aira masih sudi untuk menjaga abah. Buat korang yang sedang jaga orang s4kit.

Tabahkan hati kuatkan diri. Orang s4kit ni kadang – kadang banyak kerenahnya jadi hadapi dengan sabar. Besar rahmatnya. Maaf kalau plot cerita aku tak tersusun. Terima kasih sudi baca. Maaf kalau ade silap dari aku.

Mohon tegur. Berharap korang sudi bagi kata kata semangat agar aku kuat untuk semua ni. Kata kata semangat untuk mak aku juga. terima kasih semua. Luahan aira.. – Aira ismail

Komen W4rganet :

Hannah Yuni : Kisah yang dah jadi kebiasaan dalam masyarakat Kita. Selalu anak perempuan yang jadi tempat untuk pikul tanggungjawab yang sepatutnye terletak di bahu anak lelaki. Melebihkan isteri dari mak sendiri tapi bila soal harta pusaka, tau pulak nak ikut faraid yang mana bahagian anak lelaki lebih dari anak perempuan tapi soal tanggungjawab dicampak ke dalam tong sampah.

Anak perempuan ni selalu berbakti orang tua sebab kasih sayang. Tapi yang lelaki ingat. Bila ade orang lain yang ambil berat. Dorang pun lepas tangan kat dunia ni memang korang terlepas tapi kat akhirat nanti menjawab la korang atas apa yang korang dah buat atas dunia ni.

Khadijah Muhammad : Sedihnya.. isteri – isteri mohon lah tegur – tegur suami anda berbaktilah pada ibu kandung sewaktu mereka masih ada. Jangan ditenderkan tanggungjawab ini pada orang lain. Anak lelaki, anak lelaki dan perempuan kandung yang berhak berbakti sendiri pada ibu kandungnya. Kalau 5 hari dengan isteri, apa salahnya 2 hari cuti jaga ibu diwad pagi hingga petang. Dapat juga adik perempuan rehat.

نورول ھودا : Berair mata aku baca ni. Mak aku selalu cakap. Nanti mak s4kit terlantar. Ade ke salah seorang anak – anak mak nak jaga mak. Aku diam je sebab aku tak mampu janji yang semua boleh jaga dia. Cukuplah aku seorang je boleh jaga dia. Aku taknak janji guna mulut. Aku nak buktikan sendiri

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.