Bila saya balik nak ambil barang terpampang besar gambar saya sedang mandi dekat ruang tamu

Saya sendiri failkan cerai sebab dah tak mampu nak hadap suami. Walaupun rumah tu saya yang beli sendiri tapi saya yang terp4ksa keluar. Kereta yang dah habis bayar pun suami r4mpas. Saya diam – diam balik rumah nak ambil pakaian, tapi terk3jut bila nampak gambar saya sedang mandi diletakkan besar – besar dekat ruang tamu..

#Foto sekadar hiasan. Ini nasihat ikhlas dari seorang wanita kepada gadis – gadis yang belum berkahwin janganlah fikir bahawa perkahwinan itu adalah sesuatu yang menggembirakan dan menyelamatkan diri mereka dari masalah yang sedang dihadapi.

Sebaliknya kalau nasib tidak baik, di situlah bermulanya segala masalah yang terp4ksa dipikul mungkin ke akhir hayat. Jadi fikirkan baik – baik, adakah perkahwinan itu membawa kebahagiaan atau sebaliknya. Kepada mereka yang tidak suka memikul masalah tindakan untuk melepaskan diri dari ik4tan perkahwinan itu juga merupakan masalah besar yang terp4ksa ditempuh, apalagi jika mereka telah mempunyai anak – anak yang masih kecil.

Suami saya bukan kaki pukuI, kaki perempuan, suka berjvdi atau sebagainya tetapi sikapnya kadang kala membuat anda hilang akal untuk berbicara. Kalau ada masalah kita tidak boleh membisu atau lari dari masalah tetapi itulah yang dilakukannya, suka berbohong jadi sebagai isteri saya tak boleh berdiam diri.

Jika terusan begini boleh hilang akal dan mendorong saya terkeluar dari agama Islam. Saya berpendapat perkahwinan ini seumpama satu perjvdian, ada kalanya kita menang dan ada kalanya kita kalah, tidak ada siapa yang mahu kalah atau gagal dalam perkahwinan.

Tetapi kalau sudah berusaha tetapi masih gagal juga maka kita sebagai h4mba Allah terp4ksa menyerah kembali kepadaNya kerana Dia lebih mengetahui. Saya mendirikan rumah tangga kira – kira enam tahun lalu dan telah dikurniakan seorang anak.

Saya berkelulusan ijazah dari luar negara sementara suami saya Zain tidak tetapi bukan itu alasan saya minta cerai atau sudah tidak sealiran pendapat dengan dia lagi. Pada permulaan perkahwinan semuanya berjalan dengan baik.

Kalau ada sedikit sebanyak masalah saya cuba mengatasinya dan saya cuba bersabar kerana menghorm4ti suami saya mengharapkan dan meminta Zain mengatasinya sendiri kerana saya mahu dia menjadi ketua keluarga yang bertanggung jawab dan harapan keluarganya nanti.

Tetapi berlainan sekali dengan Zain, dia suka ambil mudah sambil mengharap masalah itu boleh selesai sendiri. Saya tidak mengh1na dia kerana taraf pendidikan kami yang berbeza kerana ramai lelaki seperti dia masih boleh hidup aman malah suami mereka boleh mengurus keluarga dengan baik.

Zain tidak boleh diharapkan dia tidak mahu menghadapi masalah, tidak pandai berfikir, malah suka berbohong. Beberapa kali saya mengajak dia berbincang tentang satu – satu masalah yang dihadapi, dia bingkas bangun untuk menonton tv untuk mengelakkan dari nya berbincang dan cuba mengatasi masalahnya.

Dia melepaskan semua masalah untuk saya selesaikan, saya bukan ketua keluarga, bila ditegur dia akan menyindir saya. Bukan terhadap masalah kami sahaja, malah masalah adik beradik dan ibunya juga dia ambil ringan, mengharapkan saya berfikir untuknya.

Bila saya tanyakan sudahkah dia bertindak, dia kata sudah, sedangkan tidak. Di samping itu minat kami juga berbeza. Lagi satu per4ngai Zain dia suka sangat menyindir saya, hingga sampai ke tahap mengh1na, kalau sekali dua tak apa jugaklah, ini kalau dah selalu tentu meny4kitkan hati.

Kalau saya ceritakan lagi banyak masalah saya, saya kira pembaca tidak akan faham tetapi itulah kenyataannya selepas dua tahun berkahwin dan mempunyai anak, saya merasakan antara kami sudah tidak sesuai lagi, saya tidak boleh meneruskan perkahwinan ini.

Tetapi sebagai orang Islam dan berpendidikan agama saya tetap bersabar mengharapkan dia akan berubah. Tetapi harapan tinggal harapan, sampai ke peringkat amat teruk yang sukar digambarkan lagi sikapnya. Ketika itulah saya mula memikirkan untuk berpisah dengan Zain tetapi saya sedar dia tidak akan melepaskan saya dengan mudah.

Pada masa yang sama saya kesiankan anak saya yang akan kehilangan ayahnya nanti. Dan saya bertekad untuk bertahan lagi semuanya kerana saya mahu anak saya bahagia. Tetapi seperti yang dik4takan tadi sem4kin lama saya bertahan, sem4kin kuat gangguan em0si dalam diri saya.

Lebih menakutkan saya gangguan em0si ini menjadi sem4kin hebat, hingga membuatkan saya tersedar bahawa agama saya juga mula ter4ncam. Kerana dididik dengan asas agama yang kuat, saya sedar bahawa kehidupan saya sudah sampai ke satu persimpangan yang mana saya mesti membuat keputvsan ke arah mana yang hendak saya tuju dan demi menjaga agama saya.

Seorang Mukmin yang baik dia perlu menjaga agamanya dan mencintai agamanya lebih daripada segala – galanya, hatta lebih daripada mencintai anaknya sendiri. Kerana di akhir4t nanti, dia seorang sahaja yang akan menghadap Allah dan anak saya tidak akan dapat menolongnya walau sedikit pun tanpa izin Allah.

Sejak itu saya mula beristikharah kepada Allah dan berbincang dengan teman – teman yang boleh dipercayai agamanya. Setelah beberapa lama, Allah mengilhamkan kepada saya satu keputvsan yang sungguh nekad. Saya percaya keputvsan yang akan saya buat nanti memang tidak akan disukai oleh semua orang mahupun saud4ra mara sendiri, kerana mereka tidak merasakan apa yang saya rasa.

Mereka tidak tahu apa dalam hati saya sebab mereka melihat dari luar sahaja, tidak merasa dan melihat dalam hati kami. Saya juga yakin setelah memohon penunjuk Allah berkali – kali dan mendapat jawapan yang sama, maka saya pasti itulah keputvsan yang akan saya ikut dan saya tidak akan menoleh ke belakang, saya yakin dengan gerak hati yang ditetapikan oleh Allah swt.

Berbekalkan keputvsan itu, saya kuatkan semangat pergi menemui peguam syarie untuk failkan permohonan cerai dan saya bersedia menghadapi segala kemungkinan semata – mata kerana ingin menyelamatkan agama saya.

Saya sudah bersabar selama empat tahun dan saya tidak boleh bersabar lagi. Saya tidak boleh lagi berpura – pura melayan suami saya sedangkan hati dan perasaan saya membayangkan orang lain. Tetapi pembaca jangan keliru, saya tidak ada kekasih lain, cuma saya tidak boleh bersama Zain kalau tidak membayangkan orang lain kerana sampai pada satu peringkat saya amat membencinya yang teramat sangat.

Akibat daripada tindakan saya itu saya terp4ksa keluar dari rumah, walaupun rumah itu saya beli dengan titik peluh sendiri dan menyewa di rumah lain. Kereta saya juga Zain r4mpas. Segala gala dalam rumah saya itu terp4ksa saya tinggalkan.

Zain menjadi terlalu marah bila saya memfailkan cerai. Dan gangguan em0si saya menjadi lebih teruk setiap kali saya mendengar dia pulang ke rumah, saya ketakutan. Saya tidak rela bersama dia lagi hingga satu peringkat saya merasakan saya dir0goI.

Akibat memfailkan taIak kereta dir4mpas dan terp4ksa keluar rumah, saya terp4ksa beli kereta lain, walaupun kereta lama saya sudah habis ansuran bulanannya. Semuanya terp4ksa tinggalkan kerana saya tidak tertahan dengan tindakan Zain.

Memang banyak masalah berlaku selepas itu, gangguan em0si saya menjadi tidak menentu. Bebanan kewangan sem4kin berat kerana terp4ksa membayar ansuran rumah yang dibeli di samping membayar sewa rumah baru, selain ansuran kereta.

Gangguan em0si menjadi lebih teruk kerana sewaktu saya pulang ke rumah mengambil pakaian, saya lihat gambar saya sedang mandi dibesarkan dan diletakkan di ruang tamu. Sikapnya sungguh menjijikkan dan saya tidak boleh lagi bersabar.

Sungguh saya tak faham per4ngai buruk Zain, apa tujuannya mempamerkan gambar b0gel saya, adakah dia sengaja nak bagi orang lain tengok atau nak mengh1na saya. Saya rasa dia memang dah hilang akal, sepatutnya bukan itu per4ngai seorang suami yang inginkan isterinya kembali kepadanya.

Sebaliknya perbuatan Zain membuat saya tambah benci sebenci – bencinya. Saya tak pernah terfikir bagaimana dia boleh ambil gambar saya sedang berb0gel, apa tujuannya. Dan bagaimana cara dia curi gambar saya itu. Saya tak pernah tahu perbuatan terkutuk Zain hinggalah setelah saya meninggaIkan dia untuk minta cerai.

Perbuatannya amat menjijikkan, kalau dulu benci saya 8/10 kini bertambah 20/10 itulah tahap kebencian saya padanya. Apa tujuannya adakah dia dah hilang akal, takkan giIa kot? Kebencian saya pada Zain menjadi lebih teruk apabila Zain bertindak mer4mpas anak saya secara tipu helah dan berbohong.

Sikap menipu itulah tabiatnya yang amat saya benci. Selama tujuh bulan saya mer4na tidak dapat berjumpa dengan anak saya dia dilarikan ke tempat lain. Dan saya tidak dibenarkan berjumpa dengan anak saya walaupun hanya sekali.

Sebagai ibu siapa boleh tahan berpisah dengan anak sendiri. Tapi itulah yang Zain lakukan untuk menambah gangguan em0si saya, sedangkan dalam waktu yang sama saya terp4ksa bekerja untuk menyara hidup saya sendiri.

Namun saya kuatkan semangat dan terus berusaha untuk mendapatkan anak saya semula yang ketika itu baru berusia empat tahun. Setelah gagal memujuk rayu dan simpati darinya saya terp4ksa memohon bantuan peguam.

Akhirnya saya mendapat surat kuasa khas dari mahkamah untuk mendapatkan semula anak saya. Tetapi gagal, pelbagai surat tambahan diperIukan termasuk oleh pihak polis yang terlalu banyak prosidur mereka. Akhirnya kerana sudah tidak tertahan lagi, berbekalkan surat kuasa yang ada, saya ambil semula anak saya dari jagaan orang lain.

Kini saya berjaya mendapat anak saya semula dan saya sedang dalam proses memohon cerai. Kepada kaum wanita yang senasib, saya ingin menasihatkan anda supaya kuatkan semangat dan mohon pertolongan Allah. Dan ketahuilah bahawa kekuatan itu akan datang dengan pertolongan Allah jua.

Dan adalah menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk menjaga lima elemen penting dalam diri kita iaitu agama, harta, nyawa, jiwa dan maru4h kita. Alasan sesetengah wanita mempert4hankan perkahwinan demi kebaikan anak – anak itu mungkin masih boleh diterima selagi tidak memud4rat diri kita yang terhadap lima elemen yang disebutkan tadi.

Jika memud4ratkan dan sampai ke tahap kritikaI, wajib untuk kita bertindak untuk menyelamatkan diri. Namun setelah kita berusaha dan mencuba untuk berbuat yang terbaik, barulah kita berserah dan bertawakal kepada Allah swt.

Sebab itu semasa anak saya dilarikan saya memohon supaya Allah memelihara dan meIindungi anak saya. Segala kesedihan yang saya tanggung saya telan semuanya kerana saya yakin itu boleh menjadi penebus kepada d0sa – d0sa saya.

Harapannya kepada semua isteri yang ada masalah macam saya berusahalah untuk kebaikan diri sendiri dan memohon petunjuk dan kekuatan dari Allah dalam apa juga tindakan. Memang tepat hanya Allah tempat kita memohon petunjuk, kekuatan dan pertolongan dalam menghadapi apa juga masalah.

Allah tidak mensia – siakan umatnya dan memohonlah dengan hati yang jujur dan ikhlas lambat laun akan termakbul juga. Waktu itu anda akan dapat merasakan kekuasaan dan kebesaran Allah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.