Bila saya berhenti kerja, mertua pandang saya macam sampah. Saya dengar mak mertua hasut ayah mertua untuk marah suami

Saya berhenti kerja kerana masalah kesihatan, mak mertua dan adik – adik ipar pandang h1na dekat saya, mereka banyak perli, buat muka sombong. Mereka kongkong duit suami, suami wajib bagi duit dekat adik – adik perempuan yang pemalas.

#Foto sekadar hiasan. Nak tanya, apa pendapat korang kalau hadap situasi macam ni? Ceritanya, keluarga suami ini sikap pentingkan diri. Mertua kedua – duanya masih hidup dan suami anak sulung kepada dua adik perempuan, seorang masih sekolah dan seorang lagi sambung belajar.

Saya tertanya – tanya kenapa mertua selalu menyusahkan anak lelaki mereka, padahal mereka tahu ekonomi anak mereka susah nak stabil. Suami kerja syif, biasalah sebagai pengawal keselamatan. Bila suami balik kerja, mereka tak fikir langsung untuk beri suami saya rehat, ada saja benda tak kena setiap hari.

Contohnya suruh suami pergi beli barang, suruh suami baiki kend3raan dan macam – macam lagi disuruh. Semuanya guna duit dan kudrat suami. Kadang – kadang juga, mak ayah dia kata macam – macam dekat suami. Bagi saya mereka buat suami tu macam tunggul, tak ada hati perasaan.

Bila suami ajak saya keluar makan, mak ayah dia tanya, “Nak pergi mana? Buat apa habiskan duit makan di luar?” Tapi kenapa waktu saya dalam bilik, mak ayah dia tak tanya suami nak ke mana, semua tu? Bila saya dah keluar duduk depan mereka, terus tanya suami macam – macam, ibarat sengaja nak perli – perli saya.

Waktu saya kerja, saya banyak sangat berk0rban untuk semua anak – anak mereka, pastikan gaji untuk beli itu ini untuk mereka. Selepas saya berhenti kerja (masalah kesihatan), mak dan adik – adiknya pandang h1na dekat saya, mereka banyak perli dan buat muka sombong.

Saya dah banyak pendam dari awal kahwin, lepas tu saya tanya sikit dekat suami, “Kenapa mereka banyak perli saya?” Suami pun diam. Ada juga satu hari tu, maknya suruh kami bercerai (dengki). Saya tetap tak peduli apa mak dia kata, sampai suami pun kadang – kadang tak suka dan cukup serabut dengan mak ayah serta adik – adik yang suka kongkong kami berdua, terutama dari segi duit.

Nombor satu, mereka kongkong semua benda. Mereka tanya ke mana duit pergi. Saya ada dengar maknya hasut ayah sampai ayah suka marah – marah suami. Memang saya waktu tu kecewa dengar, saya terus bersuara suruh suami masuk bilik dan rehat dengan nada tinggi (saja nak bagi mertua terasa).

Lagi pun mereka tahu dah suami kerja syif, saja nak tambah tekanan pada anaknya. Saya pun perli semula mak ayah dia, suami sokong saja saya buat macam tu (suami tak baran dan tak tegas) sebab dia faham, dia pun nak kehidupan dia sendiri.

Lepas tu, kisah adiknya pula, suka minta – minta duit abang dia, banyak pula tu padahal mereka tahu abang dia kerja seorang untuk bayar rumah sewa, barang – barang dapur dan nafkah mak. Sampai untuk diri sendiri pun tak ada.

Kalau tak bagi, masing – masing ego tunjuk tak hormat pada abangnya. Tapi kadang – kadang ikutkan hati, saya cukup geram dengan adik – adiknya yang pemalas. Sampai tahap nak pergi kedai pun suruh abang dia keluar beli, manja dan tak hormat pada abang yang baru balik kerja.

Saya pesan pada suami, “Awak rehat, dah – dahlah buat kerja untuk keluarga.” Lepas tu, maknya pula ketuk – ketuk bilik, p4ksa beli gas guna duit suami juga. Lepas tu, mak dan adik – adik ni sejenis, selepas makan pinggan semua tu mereka letak banyak – banyak atas meja, kadang – kadang dalam bilik dan saya juga yang kutip semua tu lalu cuci.

Letih hadap orang sikap pemalas ni. Benda ni setiap hari berulang! By the way, suami tak pernah s4kitkan hati mereka. Kadang – kadang ada juga dia pesan dekat adik – adik dia, “Jangan jadi malas duduk rumah, belajarlah kemas,” tetapi mereka tetap buat tak peduli.

Lepas tu, dari segi duit, saya pun pesan pada suami, “Kalau boleh, duit tu pecahkan bagi sama rata antara dua adik.” Suami pun setuju. Kadang – kadang dengar juga adik bongsu dia suka tinggikan suara pada abangnya. Mak manjakan sangat, esok lusa dah besar, confirm tak pandai nak kenang jasa abang tu.

Lagi satu, saya ni susah nak masak untuk suami sebab bila masak, tak berani nak sentuh barang – barang mak dia. Kalau sentuh, memang esoknya dia suruh suami saya keluarkan duit beli barang dapur untuk dia, bukan nak kongsi.

Kadang – kadang sorok pula barang – barang, tak nak bagi saya ambil, sedangkan suami pesan, “Ibu, kongsi – kongsi dengan isteri saya.” Tetap maknya buat tak tahu. Lepas tu, apa yang saya nampak, maknya ni bila masak, dapur bersepah.

Kadang – kadang tengok dalam tong sampah, banyak makanan yang dibuang, sejenis suka membazir. Saya pesan pada suami, “Awak tak payah bagi duit banyak sangat pada mak awak, bagi RM50 cukup sebab saya nampak banyak dah barang dapur tapi suka buang – buang.” Suami pun ikut pesan saya tu.

Lagi satu, maknya sikit – sikit panggil suami suruh buat itu ini. Nak bakar sampah pun suami yang pergi kutip dan bakar. Kenapa tak suruh anak perempuan yang lain? Sampai tahap malas yang melampau. Mereka tahu duduk bilik layan drama Korea, sikit pun tak keluar menolong maknya.

Masa saya masak, tahu pula semua keluar cari makanan. Bila makan saja, mesti maknya complain masakan saya. Saya jawab terus, “Suruh anak tu masak lain kali.” Dapat jelingan terus dari dia. Lepas makan semua masuk bilik, tak mengemas dah.

Kami bukan tak nak pindah rumah lain tapi kewangan suami memang tak boleh nak menyimpan sebab keluarganya suka meminta – minta. By the way, sebenarnya panjang lagi cerita ni, tapi penat nak taip. Sampai satu tahap sekarang, saya tak peduli dah keluarga ni. Saya hanya peduli suami sahaja.

Dekat sini memang susah sangat dah kami berdua nak hidup berdikari. Semuanya dalam rumah ini atas kepala suami seorang, dapat pula mertua dan ipar yang kuat mengongkong, suka ikut campur urusan, dengki, dan pemalas.

Komen W4rganet :

Asiah Mahmud Mahmud : Serabut perut baca kisah awak suami isteri ni… pindahlah segera, sewa bilik saja dahulu untuk sementara waktu. Hidup sendiri, berdikari. Walaupun awak suami isteri menumpang rumah mak bapak dia, tapi bukan bermakna tanggungjawab suami awak untuk menanggung seluruh ahli keluarga.

Suami awak menyumbang sebahagian sahajaIah ikut kemampuannya, giIalah semuanya dihempuk atas kepala suami awak. Mak mertua dan adik – adik ipar awak tu, di bawah tanggungan bapak mertualah.

Edda Ann Maya : Pindah dari rumah tu lah, tuan tanah. Percayalah, duduk dengan mertua dan ipar duai, banyak yang pahit daripada manisnya. Mental s4kit, serabut otak. Kalau suami tak mahu pindah dari rumah mak bapak dia, tuan tanah balik rumah ibu bapa sendiri. Bukan nak kurang ajar dengan suami, tapi menyediakan rumah yang selesa untuk isteri itu termasuk dalam tanggungjawab suami.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.