Bila suami aku kena sumbat penjara, baru cikgu tu msg berjela minta maaf. Aku terus ke mahkamah

Yang suami aku tu pon, isteri sendiri check up pregnancy kat kIinik bulan – bulan, TAK PERNAH teman, 2 – 3 kali warded, tak pernah ambik tau, sampaikan perempuan tu s4kit buat – buat pon sanggup datang. Selama ni aku berdiam diri, kini, tak lagi..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Admin tolong hide ye sebab aku guna Fb orang lain. Baru – baru ni, video ‘terIampau’ antara suami aku dan cikgu itu telah viral di media sosiaI. Ya, aku yang dituduh telah memviralkan video tersebut.

Walaupun tiada dalam simpanan aku pun video mereka tu. Masih terngiang – ngiang di cuping telinga setiap rengekan perempuan itu semasa bersama suami aku. Inikan pula aku nak simpan dan sebarkan video jah4nam tu.

Kehidupan aku mula penuh dengan cara – cara untuk melupakan apa yang aku tengok. Tr4uma. Perempuan itu mencari suami aku dan menyalahkan aku kononnya menjadi punca dia kemurungan, sekolah tempatnya mengajar telah tahu dia ada anak luar nikah.

Menjadikan suami sebagai tempat mengadu, meluah rasa, dan akhirnya bermadu kasih sehingga ke katil. Ya. Mereka bekas kekasih. Kini menjadi kekasih semula. Aku tiada tempat nak meluah rasa. Suami aku juga telah nekad untuk melepaskan aku selepas aku bersalin nanti.

Aku terima. Akan aku uruskan semuanya dengan sendiri. Buat suami aku, dulu lagi aku dah kata, kau tetap akan pilih dia, bila dia datang bila dia nak. Kau yakin kan aku, kau dah terlalu membencinya. Kau cakap tak akan terima dia walau macam mana dia datang.

Tengok sekarang? Dengan mudah kau lafazkan kata cerai, dan pilih dia. Buat cikgu NXxx, terima kasih lah kerana berjaya merosakkan dua rumahtangga dalam masa 5 tahun. Sungguh aku tak percaya suami aku masih tegar memilih kau walau kau dah bersama dengan banyak lelaki. Dan menjadikan nafsu sebagai tuhan.

Video kalian yang viral di media sosiaI hari tu, bukan dari aku. Tapi anggap baIasan dari Allah, kerana telah mengh4ncurkan 2 rumahtangga, atas perbuatan jijik kamu. Aku masih di sini, menunggu sehingga melahirkan. Aku dah pernah pesan, kalau bukan aku yang buat, orang lain yan g akan buat.

Buat pembaca, doakan kehidupan aku dan anak berjalan lancar seperti biasa. Semoga kandungan aku sihat sejahtera dan di permudahkan urusan sehingga aku bersalin. Ini bahagian aku. Aku redha.

Sambungan.. Assalamualaikum. Haaaa. Ni sambungan kisah suami aku curang dengan cikgu dan video mereka viral beberapa bulan lepas. Maaflah. Berepisod kisah aku ni. Jadi, suami dah di sumbat ke penjara sementara menunggu sebutan kes.

Aku ada ke sekolah cikgu berkenaan. Macam biasa lah. Orang kalau salah, memang dia tak mengaku dan pandai berlakon. Walaupon bukti depan mata. Suami aku dah ke dalam, baru dia berani nak jumpa aku. Sebab apa?

Sebab kalau suami aku kat luar, suami aku jadi tukang sorak dia. Aku yang kena beIasah kaw – kaw sebab suami aku lebih percaya dia. Saksi pertemuan masa tu, Pengetua sekolah, Penyelia Petang, Ketua Kerani. Tapi biasalah, dia staff sekolah tu kan, mestilah nampak macam Pengetua tu sebeIahkan dia.

Nampak macam aku yang nak kenakan dia. Nampak macam suami aku pergi b0mohkan dia. Walaupon BANYAK pengakuan yang di luar jangkaan aku. Termasok lah dia angkot suami aku pegi clubbing hampir setiap malam.

Depan Pengetua, dia kata, suami aku je yang m4bok. Tapi, masa suami aku dah mula kena dakwa kat mahkamah, merayu – rayu mintak maaf, dok kata pulak, dia pon sama m4bok dengan suami aku. Depan Pengetua dia boleh cakap, “memang saya cintakan suami dia, dan saya sanggup tunggu”.

Kononnya dia ada pergi berubat dengan suami aku, kononnya ada orang buat dia, s4ntau dia, sih1r dia bagi hilang nafsu. Dalam hati aku, memang patot pon orang buat kau. Nafsu mengalahkan sy4itan. Dengan suami aku sekali nafsu terkunci.

Semenjak dia berz1na dengan kau, sampai sekarang, dah masok 3 bulan suami aku tak sentuh isteri sendiri. Punya jijik manusia macam kau. Rajin pulak kau usung ke hulu kehilir suami orang. Yang suami orang tu pon, isteri sendiri check up pregnancy kat kIinik bulan – bulan, TAK PERNAH teman, 2 – 3 kali warded, tak pernah ambik tau.

Sampaikan perempuan bernafsu ibIis tu s4kit buat – buat pon sanggup macam lembu kena cucuk hidong. Ikot je ke mana pergi. Hari cikgu tu dapat tau suami aku dah mula kena dakwa di mahkamah, dia dah takot. Whatsapp aku berjela – jela tengah malam, minta maaf.

Sedangkan selama ni, kalau aku tak cari dia, dia tak akan cari aku. Nama nak mintak maaf? Perempuan ibIis macam tu, mana reti nak minta maaf. Tapi malam tu, memang beratus – ratus whatsapp dia mintak maaf. Alasan?

Dia nak pulangkan balik suami aku. Dan dia nak pergi kat boyfriend lama dia, seorang warga seberang tanpa dokumen yang dah dudok berpuluh tahun kat sini. Oh ya, dulu masa dia bercinta dengan suami aku, dia tinggalkan suami aku sebab lelaki yang tu.

Tahun ni, dia tinggalkan lelaki tu, untuk nak puaskan nafsu dengan suami aku. Bila keadaan dah tegang, dia cakap pulak, dia khilaf, dia masih sayangkan lelaki yang tu. Dengan suami aku cuma nak berseronok. Suami aku dah di jamin. Sekarang berada di luar.

Baru berapa hari suami aku di luar, cikgu bernafsu ibIis tu dah mula cari suami aku balik. Boyfriend dia, yang konon dia merayu supaya aku maafkan dia, supaya dia diterima semula boyfriend dia tu? Heh. Lelaki tu umpan je.

Umpan supaya aku percaya, yang dia tak akan ada hubungan lagi dengan suami aku, tak akan ganggu lagi rumahtangga aku. Suami aku? Aku rasa, suami aku yang kena b0moh dengan perempuan tu. Beberapa hari dia di luar, dia layan aku macam mula – mula kahwin dulu.

Bila perempuan tu datang balik, per4ngai dia berubah jadi jahat balik. Tapi takpa. Aku dah pasang peguam. Aku tak rujuk mahkamah syariah, sebab lambat. Aku rujuk peguam civil. Segala manusia yang terlibat dengan permainan nafsu cikgu tersebut, akan diheret sama.

Termasok lah sepupu dia yang menyokong perbuatan keji dia, mak bapak perempuan tu yang tak boleh bendung anak perempuan sendiri sedangkan anak tu dudok dengan mak bapak lagi. Boleh pulak bebas pegi clubbing, m4bok, berz1na, itu yang sampai ada anak luar nikah.

Pengetua sekolah terbabit yang mana kalau dia bersekongkol merahsiakan perbuatan staffnya, boyfriend umpan cikgu tersebut dan beberapa orang lagi. Aku tak akan dudok diam. Walaupon tekad untuk berpisah lepas bersalin, sekurang – kurangnya puas hati jugak tengok perempuan tu jatuh terduduk tersembam ke tanah.

Lepas berpisah, aku akan rujuk semula ke mahkamah syariah. Jujur, itu suami. Masih ada sayang. Cuma dah tawar. Masih ada cinta. Cuma dah h4mbar. Aku tak pernah terbayang, aku berkahwin, dan dipukuI seperti binatang tanpa belas semasa sarat mengandung zuriat pertama aku.

Aku tak pernah terbayang, aku berkahwin, dan suami aku curang berz1na dengan perempuan lain. Tapi tulah, kita ni isteri. Jauh di sudut hati, pasti ada kelembutan walau kita dikasari. Cuma aku pohon dari Ilahi, diberi kecekalan hati untuk terus melangkah bersama anak.

Semoga urusan aku dipermudahkan. Semoga aku senang bersalin, anak tak banyak ragam. Dan kemudian, aku akan tinggalkan tanah air, dan sambung belajar ke luar negara bersama anak. Suamiku, aku tahu kau masih merahsiakan dan berpura – pura tiada hubungan dengan perempuan itu lagi.

Tapi aku ni isteri, jarang firasat seorang isteri tu salah. Peluang demi peluang aku beri. Tapi andai tiada sedar dalam diri kau, apa lagi yang nak aku harap? Ini yang terakhir, sayang. Sepertimana tekad kau melafazkan kata perpisahan dek kerana perempuan itu, seperti itu juga aku tekad dengan apa yang aku lakukan.

Kau tahu kelemahan aku, jadi kau gunakan ia untuk menyembunyikan perempuan itu. Tapi aku tak b0doh. Selama ni aku berdiam, hanya kerana aku taat kepada seorang suami. Kini, tak lagi. Aku cuma perlu bela diri dan anak.

Maafkan aku, andai selepas ketiadaan aku dan anak kita ini, kehidupan mu bertambah perit dan sengsara bersama perempuan itu. Kau pilih dia, kerana dia bebas. Mer0kok, clubbing, m4buk, s3ks bebas. Sedangkan masa kau nikahi aku, kau tau aku bukan jenis begitu.

Kehidupan aku bersama keluarga. Kau tetap mahu menikah. Alasanmu, supaya keturunan kita terbela. Dengan perempuan bebas, sampai bila nak terjamin? Tapi, tetap kau pilih dia bila dia datang semula berkali – kali. Sebab kau nak bebas.

Aku akur, jodoh kita sehingga saat aku melahirkan anak kita. Aku terima qada’ dan qadar. Sudah termaktub dalam rukun iman yang terakhir. Beriman dengan qada’ dan qadar. Semoga apa yang terjadi antara kita, menjadi pengajaran terbesar buat kau, buat cikgu tu dan buat semua.

Aku tidak menidakkan ketentuan Allah. Tapi jujur. Aku serik dengan insan bernama lelaki. Aku serik. Terima kasih pada semua yang tak putvs memberi semangat. Aku hargai sangat – sangat. Terima kasih atas doa yang tak pernah putvs buat aku dan anak dalam kandungan ku. Semoga urusan kalian juga dipermudahkan Allah.

Komen Warganet :

Shahidah Retz : Aku kagum dengan semangat sis ni. Bagus.. dia cekal ingin mengubah hidup dia. Kalau lelaki dah buat onar walau sekali jangan diberi peluang. Dia akan buat dan buat lagi perkara tu. Takde istilah menyesal.

Kenapa kita perlu tahan perasaan sedih. Hiba mend3rita.. sedangkan diluar sana banyak kebahagian yang kita dapat. Allah maha melihat. Takkan ingin melihat insan yang ingin merubah hidup dari tersiksa dan untuk bahagia.

Sayra Nour Sharif : Nih yang terbaik, tindakan yang awak buat memang tepat. Biar satu – satu tersungkor, tunjukkan bahawa puan bukan lemah. Hidup bukan untuk dikhi4nati, dipukuI atau diperlekehkan. Terus kuat dan move on.

Doa saya sentiasa moga puan dirahm4ti. Lelaki macam tu jangan ada lagi walau sekelumit sayang, hanya layak untuk wanita sy4iton tuuu.. Biarkan mereka bergabung, memang elok dah tu. Puan hebat dan kuat maka Allah beri jalan untuk jauh dari lelaki tak guna tu.

Fitri Senin : Baik penulisan ni.. mudah faham jalan cerita. Tak ada ke penulis skrip nak buat drama cerita macam ni? Bosan la cerita cinta dengan orang kaya je. Cerita macam ni realiti kehidupan. Apa pun semoga tt tabah dan diberikan kekuatan menempuh kehidupan selepas ini.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?