Sejak ibu masuk group Whatsapp dengan keluarga dia, ibu mula berubah dan selalu bandingkan sepupu aku yang kerja doktor. Ibu kata dia sikit pun tak bangga aku kerja cikgu, tak macam sepupu kerja doktor. Malah dia h1na besan yang hanya kerja tukang kebun sedangkan sepupu aku kahwin dengan anak Tan Sri. Ibu perIi suami yang hadiahkan dia handbeg. Aku nampak suami hanya senyum dan kemudian dia masuk bilik air dan basahkan muka. Aku tau dia menangis sebenarnya.
Assalamualaikum, mohon sangat admin approve kisah aku, aku anak pertama dari 5 adik beradik. Ayah telah meninggaI dunia sewaktu umur aku 17 tahun dan ibu yang menjaga aku sejak ayah meninggaI. Alhamdulillah, selepas aku bergraduasi 2 tahun lalu, dan setelah menganggur tiada pekerjaan tetap hanya buat part time akhirnya aku dapat panggiIan posting ke Kedah. Aku ajak ibu aku pindah sekali sebab aku tak nak duduk sorang – sorang kat sana, lagipun aku boleh luangkan masa dengan ibu dan adik – adik. Ibu aku menurut sahaja.
Masalah aku sekarang ialah selepas aku belikan ibu smartphone dan aku install whatsap untuk dia, dia dah jadi m4kin Ieka. Makcik aku masukkan ibu aku dalam group keluarga mereka, dan semuanya bercerita tentang anak masing – masing. Ibu aku jadi cemburu dan mula mengh1na aku. Ada sepupu kami, yang jadi doktor, dan ibu aku kata kenapa aku tak jadi doktor, yelah kalau jadi doktor, dia bangga sikit.
Dia kata dia tak bangga langsung aku jadi guru walaupun aku berpangkat DG 41. Kisah aku lagi sedih bila aku nak kahwin, mak aku suruh ambil andaman yang fam0us kat KL. Aku cakap aku tak mampu sebab kalau boleh nak ringkas, mak aku baIas. ” kenapalah kau tak mampu, bukan ke kau kerja guru. Gaji banyak kan?” Mak aku cakap. Aku jawab, “ya, walaupun saya kerja guru, gaji boleh tahan banyak tapi saya tak nak membazir.”
Bakal suami aku pula kerja pejabat. LagiIah ibu aku naik angin. Dia kata kerja pejabat tak ade jaminan masa hadapan. Kenapa aku tak cari lelaki yang kerja doktor. Aku perasan ibu aku berubah sejak dia ada whatsap. Aku pernah check hp mak aku, makcik – makcik aku semuanya kata anak dia belikan kereta, belikan rumah dan ada sepupu aku bakal berkahwin jugak, bakal suami dia anak kepada Tan Sri. Dan aku baca, mak aku baIas begini, “Alhamdulillah dapat anak Tan Sri, anak aku ni dapat anak tukang kebun je. Tiada class langsung.” Waktu aku baca apa yang mak aku taip tu, air mata aku jatuh. Aku tak sangka mak aku h1na bakal besan, sedangkan waktu merisik tu, mak aku senyum.
Ok sekarang ni, Alhamdulillah aku dah kahwin 3 bulan, dan suami aku duduk sekali dengan ibu. Suami aku jadi imam tiap kali Maghrib dan Isyak, dan adik – adik aku ikut solat berjemaah. Mak aku tak ikut sebab dia kata dia lagi suka solat seorang. Aku tahu dia tak suka suami aku. Suami aku ok je, alhamdulillah rajin solat cuma aku akui gaji dia lagi rendah dari aku. Aku tak kisah asalkan dia tahu tanggungjawab kepada aku dan ibu bapanya.
Aku bersyukur dipertemukan dengan suami aku. Tapi, sikap ibu aku kepada suami aku, aku rasa sedih. Aku kesian pada suami aku sebab setiap kali dia ingin berbual dengan ibu aku, ibu aku akan angkat kaki dan masuk bilik dan main whatsap. Pernah sekali suami aku belikan ibu aku beg tangan, ibu aku senyum sinis kemudian berkata “ibu tak guna beg pasar malam, ibu nak beg Coach. Macam maklong, dia beli kat JPO.” Allahuakbar. Suami aku senyum, kemudian dia masuk bilik air dan basahkan muka. Aku tau dia menangis sebenarnya.
Banyak sebenarnya yang ibu aku dah buat yang buatkan aku rasa aku ni anak derh4ka. Dia minta belikan set sofa, set meja makan, set katil dan macam – macam lagi, dalam masa yang sama. Aku jawab “ibu, along tak mampu. Nanti along kumpul duit along beli ya.” Ibu aku jawab, “kenapa kau tak mampu, aku nak jugak set sofa ni, tulah kau, kahwin lagi dengan lelaki tak guna tu, kerja office je tak naik – naik gaji. Gaji kecil sangat sampai nak beli sofa pun tak mampu. Cerai jelah cari laki yang ada duit, anak orang kaya ke.”
Aku diam je, pastu aku pun baIas, “sofa kat rumah kita kan elok lagi bu, kenapa nak beli baru.” Ibu aku kata dia jemu dengan sofa lama. Aku tahu aku patut baIas jasa ibu aku, tapi berpada pada lah. Gaji aku tak sebanyak tu untuk beli semua benda sekaligus. Kalau aku tak beli, ibu aku akan merajuk dan tidak mahu makan. Aku sedih sangat. Aku dan suami baru nak memulakan hidup bekerluarga. Tapi nampak gaya macam susah je. Salahkah aku kerana tidak tunaikan permintaan ibu aku? Derh4kakah aku? Semoga suatu hari nanti ibu aku akan berubah. InshaAllah. Doakan aku supaya dapat jadi isteri solehah dan anak solehah. Aku dalam diIema sebenarnya antara suami dan ibu. – Cik Oren
Komen Warganet :
Ibnu Taib : Selalulah berbincang dengan suami. Taati suami dan ikutlah keputvsan suami. Mudahkan urusan suami, selalu bagi sokongan pada suami. Mengikut cerita puan, suami puan seorang yang sangat baik. Berkenaan dengan ibu tu, tunjuklah akhlak yang baik dan bersabarlah dengan dia.
Muzhaffar Bin Mohamad : Lepas kahwin, wajib taat kepada suami, bukan taat kepada ibu.. Tapi masih kena melayan mereka dengan baik. Bersyukurlah sebab dapat jadi cikgu. Kalau jadi doktor, tak ada masa pun nak jaga mak sendiri nanti.. Bab nak ubah perangai orang tua macam ni, memang sangat – sangat susah.. Berdoa la banyak – banyak..
Ummu Azzahra : Tak ape, kalau ibu cakap apa – apa, diam jer. Sebab diam lebih baik dan keraplah mohon pada Allah. Dengan suami pula, mohon maaf dan minta dia fahamkan situasi, minta dia jangan ambil hati dengan kata – kata ibu. Bagitau yang awak bangga kahwin dengan dia, mampu jadi imam solat, bertanggungjawab dan seumpamanya. Minta dia sokong awak, supaya awak kuat berhadapan dengan ujian mempunyai ibu seperti ini. InsyaAllah, semuanya akan ok.
Mohd Hariz Zaine : Payah jugak ada mak macam ni tapi tu la. kadang – kadang suasana yang merubah mak. Jangan salahkan mak. Cuma buat masa sekarang mak lupa dan tak kenal anak dia sebab terikut suasana. Carilah satu masa duduk sekali berbincang dengan mak cakap.. Ada orang anak ramai dan berjaya tapi belum tentu dapat jaga ibu. Along biasa – biasa je tapi along janji akan jaga ibu. Nanti mak sedar la tu, Dia nak ada anak yang jauh lebih berharga dan berjaya dari anak org lain.
Ataupun cari artikel, video berkenaan anak yang hebat tapi tak boleh berbakti kat ibu ayah (ustaz don, ustaz azhar ada rasanya). Bila mak tengok atau baca, moga terlahir kesed4ran. Kalau tak berjaya pun, jangan putvs asa ambik hati ibu, tunjukkan kita boleh bagi sesuatu selain duit dan kemewahan.
Redzalisha Mohamad Redza Ramadas : Ni lah masalah bila dapat mak mak sed4ra yang acah anak dorang paling bagus paling itu paling ini. Paling mampu beli rumah kereta tanah untuk mak ayah sendiri. Bawak bawak la bersabar. Mak macam ni, nak salahkan dia 100% tak boleh jugak. Sebab ada orang dah br4in wash dia indir3ctly. Konon anak dia bagus sangat laaa anak orang tak bagus. Doa jelaaaa dia terbukak hati. Cara tak baik, kau putvskan je perhubungan dorang adik beradik. Perhubungan je, bukan persaud4raan. Bagi mak hang phone yang boleh mesej dan call je. Dahh dahhhh la tuu ber whatsapp.