Bila suami nak bermesra dengan ayah, ayah akan cakap orang putih sambil perIi2

Suami aku berniaga, terletak barang – barang niaga dia kat luar rumah. Kadang ayah aku ambil dan terus buang! Bila suami aku balik cari – cari dekat tong sampah. Suami aku masih sabar. Dia cakap tak apalah ini bukan rumah dia. Satu hari, suami call bagitahu dia kena marah, suara suami sampai nak nangis…

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Terima kasih pada admin kalau artikel aku ni berjaya disiarkan. Masa aku tengah taip ni aku dalam keadaan yang sangat marah. Jadi timbul lah tajuk macam tu, ‘mertua dari ner4ka.’

Aku tak tahu nak salurkan kat mana lagi dan aku harap ini jadi pengajaran kepada mertua – mertua sekalian yang rasa anak dia segala – galanya dan selayaknya kahwin dengan sang putera atau puteri raja hidup mewah dan tak ada masalah.

Aku sebenarnya bukan bercakap tentang mertua aku tetapi mertua suami aku. Iaitu mak ayah aku sendiri! Ya mereka adalah mak ayah aku. Mak ayah aku yang aku rasa tak berperikemanusiaan. Mungkin jugak sebabkan mak dan ayah adalah orang yang berada.

Ceritanya begini aku berkahwin dengan seorang lelaki yang tahap pendidikan dia lebih rendah dari aku. Dan sebenarnya perkahwinan ini dipersetujui sendiri oleh kedua ibu bapa aku. Bukan aku yang nak sangat kahwin. Aku dikurniakan 2 orang cahaya mata.

Berkahwin hampir 4 tahun. Kalau nak ikutkan perkahwinan ni mestilah diberkati sebabkan ibu bapa aku sendiri yang setuju dan kami berdua pun tak pernah berjumpa sebelum kahwin tanpa mahr4m. Pergi mana – mana mesti ada ahli keluarga aku sendiri walaupun dah bertunang.

Sebab aku pun bukan jenis reti nak keluar sorang – sorang dengan lelaki. Tapi bagi aku perkahwinan ni adalah yang paling banyak masalah. Jadinya lepas kami diijabkabulkan, kami hidup sebagai suami isteri seperti biasa. Sebelum tu nak cerita sedikit pasal suami aku.

Dia seorang lelaki yang baik, sabar dengan aku, ringan tuIang, rajin bekerja, tak pernah cuIas bab nafkah dan sangat menyayangi aku. Suami aku dah tak ada ayah cuma ada mak sahaja dan adik beradik lain. Bila kahwin dengan aku dia sangat teruja untuk bermesra dengan ayah aku tapi awal – awal lagi ayah aku dah tunjukkan sikap dingin dengan dia.

Kadang – kadang cakap dengan dia sambil perIi – perIi. Aku pun tak faham kenapa. Aku fikir mungkin jugak sebab ayah aku ni selalu nak cakap english dan suami aku bukan la fIuent sangat english dia, jadi ayah aku pandang rendah dekat dia bila dia tak boleh nak baIas ‘pr0per english’.

Tapi itu semua ayah aku tahu waktu sebelum kami berkahwin lagi yang dia ni bukanlah fluent in english. Itu tak sepatutnya jadi masalah. Bagi aku, walaupun tahap pendidikan aku jauh lebih tinggi dari dia (dia tahap SPM pun tak lepas rasanya) tapi aku tak pernah pandang tu semua sebab aku dah fikir hari yang aku setuju untuk terima dia hari itulah yang Allah dah tetapkan dia jod0h aku. Pasti ada hikmahnya.

Jadi berbalik kepada masalah utama, selepas kami berkahwin kami sewa rumah, hampir setahun lepas tu aku beranak anak pertama. Masa aku beranak anak pertama suami aku ada masalah kewangan sebab dia bekerja sendiri.

Jadi faham – fahamlah bila bekerja sendiri macam mana pendapatan bila ada masalah kawasan tak laku dan sebagainya. Aku pulak terp4ksa berhenti kerja atas sebab kesihatan. Jadi dia mohon untuk kami tinggal di rumah keluarga aku sementara dia cuba pulihkan ekonomi keluarga kecil kami.

Di sinilah bermulanya per4ng dingin antara ibu bapa aku dan suami aku. Ibu bapa aku jenis eg0 dan tak boleh bawak bincang. Mak aku pulak suka cakap yang bukan – bukan pasal suami aku. Semua serba tak kena! Sampai kadang aku berg4duh dan cakap macam mana pun itu suami aku.

Aku masih kena hormat dia sebagai suami. Kadang – kadang dia macam nak beri cadangan kepada aku untuk bercerai saja. Aku pun tak faham. Tak fikir ke apa nasib anak – anak aku lepas ni. Ayah aku pulak suka cari kesalahan – kesalahan kecil yang suami buat.

Contoh suami terletak barang – barang niaga dia kat luar rumah kadang ayah aku ambil dan terus buang! Bila suami aku balik cari – cari dekat tong sampah ayah aku buat drama cakap dia tak tahu itu barang suami aku. Dia rasa semak jadi dia buang saja.

Suami aku masih sabar. Dia cakap tak apalah ini bukan rumah dia. Timbul lagi 1 isu yang memang terang tang tang salah aku tapi ayah aku m4ki hamun dia, h3rdik dan h1na dia. Sampai cakap nak guna pis4u kononnya nak mengajar dia.

Aku sangat benci dengan ayah aku sampai sekarang. Tak cukup dengan itu mak aku pulak sambung marah – marah suami aku di whatsapp. Cakap macam – macam tabur fitnah. Waktu kejadian ni berlaku aku berada di luar rumah.

Suami aku call dan cakap dia baru lepas kena marah dan herdik. Suara dia sampai nak nangis. Keesokan harinya lepas dia pergi kerja dia cakap dekat aku mungkin kita dah tak boleh bersama. Sebab dia tak nampak apa gunanya kami bersama kalau ibu bapa aku tak respect dia.

Dan sebenarnya tak terima pun dia seadanya. Aku nangis dan merayu suruh dia fikirkan anak – anak kami. Malam tu dia tinggalkan aku dia cakap dia perIukan masa. Jadi aku pun biarkanlah dia menyendiri. Keesokannya dia balik dan aku mintak maaf sangat – sangat kepada dia atas kelakuan ibu bapa aku.

Terus kami buat keputvsan untuk pindah dan beberapa minggu selepas itu kami pun pindah. Kami duduk di rumah keluarga aku hampir 2 tahun setengah. Sepanjang itulah aku rasa aku dan suami disiksa mentaI dan em0si. Tapi suami aku lagi banyak kena.

Alhamdulillah sekarang kehidupan aku dan suami dah bertambah baik. Sebenarnya banyak lagi ins1den yang ayah dan mak aku buat tapi aku malas nak cerita panjang – panjang kat sini. Membuatkan aku malas dah nak balik rumah ibu bapa aku sendiri.

Dan sebab utama kenapa aku cerita pasal kisah ni yang dah lama terpend4m adalah kerana aku nak mertua di luar sana yang baca kisah aku ni silalah belajar untuk menerima kekurangan menantu sebab kita sebagai manusia pun ada banyak kekurangan.

Kena tahu jugak dalam hidup ni ada karma. Hari ini kita buat anak orang, esok lusa anak kita pulak yang akan kena, lepas tu kita tanya pulak kenapa menantu dan anak tak datang jenguk kita dekat kampung. Untuk pengetahuan pembaca, kakak – kakak aku pun semua dah kahwin tapi mereka duduk asing dan tak banyak masalah sebab mungkin suami – suami mereka ni semua berpelajaran.

Cuma suami aku seorang je yang dipandang h1na. Dan sekarang ni aku rasa jalan terbaik adalah untuk aku bina jurang antara aku dan ibubapa aku. Aku tak boleh lupakan lagi apa yang mereka lakukan kepada suami aku sedangkan suami aku banyak tolong mereka waktu kami duduk di rumah keluarga aku.

Duit dia hulur, barang dapur pun dia tak berkira nak belikan. Aku harap pembaca semua doakan supaya jod0h aku dan suami berkekalan. Aku sayangkan suami aku dan aku sayangkan perkahwinan ini. Sekian. – Mimi (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Zuri Sgd : Cuma mohon berfikir dulu sebelum membuat keputvsan bagi sesuatu tindakkan, Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak – anak yang dipelihara dan diasuh sehingga dewasa. Adakah ibubapa merestui perkahwinan anaknya semata – mata untuk membuah dan menimbulkan kebencian di hati mereka? Pelik juga ibubapa yang mempert4ruhkan perkahwinan anak – anaknya demi memuaskan hati seperti Mas’ud Albuaya (ahmad albab).

Kadangkala ibubapa sanggup dibenci, dik3ji atau dih1na demi memastikan anak – anaknya berjaya dalam kehidupan mereka. Mungkin tanpa peng0rbanan seperti ini saudari suami isteri masih belum berani berdikari seperti sekarang ini.

Ramlah Othman : Puan confessor ini pandangan dari mak cik. Dua tahun lebih menumpang di rumah mak ayah, lama juga tu. Jauh bau bungakan dan janganlah menyalahkan mereka sahaja. Puan suami isteri patut hidup sendiri walau sekadar menyewa bilik bukan berg4ntung pada mak ayah

Za Naa : Bersabarlah, tetaplah hormatkan suami. ibubapa yang berper4ngai begitu selalu bila sudah tidak mampu bangun sendiri nanti orang yang dibenci itulah yang akan menyuap mereka makan, mencuci ber4k k3ncing diorang kerana Allah itu adil. Dia akan bagi eg0 ibubapa yang berper4ngai begitu Iuruh dengan budi menantu yang Iuhur membantu dan sorrylah menantu yang berpelajaran tu nak buat semua tu. Bersabarlah dik, jagalah keluarga kecil kamu semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah swt.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?