Bisnes aku untung sampai ratus ribu tapi duit nak makan roti canai pun tak cukup. Anak2 pakai baju sedekah

Sambil aku buat kerja hakiki sambil aku buat berniaga online. Boss tahu aku ‘curi tuIang’ tapi dia diam je sebab aku dah siap kerja. Untung banyak duit tak cukup. Bila dah ‘kaya’ aku tak puas hati dengan suami, kenapa aku kena kongsi bayar komitmen sebab tu tanggungjawab suami. Aku nekad berhenti kerja!

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan hai semua. Aku seorang wanita. Teringin nak berkongsi luahan dan pengalaman di sini selepas aku nekad untuk berhenti kerja. Ada yang berhenti kerja jual sayur sebab nak jaga ayah, ada yang jadi petani untuk support kerjaya isteri sebagai doktor (tapi petani kaya la).

Ada yang kerja kampung sebab nak dekat dengan mak ayah. Dan sebagainya. Keputvsan aku berhenti kerja sebenarnya bukan untuk orang lain, tapi untuk kepentingan diri aku sendiri. Aku tau aku pentingkan diri masa aku buat keputvsan untuk berhenti kerja. Meh aku cerita dari awal..

Aku graduate lepasan universiti terkemuka, balik Malaysia terus kerja dengan gaji nak dekat 3k. Banyak la untuk perempuan single macam aku, dan masa tu aku dapat bagi mak ayah aku banyak jugak. Asal gaji je aku akan asing dulu untuk dorang, baru aku joli.

Hidup masa tu takde komitmen, shopping dan makan sedap hari – hari. Bergaya pergi office. Tapi itulah silapnya, aku tak pandai uruskan kewangan. Kadang – kadang masa hari gaji, aku tunggu duit masuk baru makan.

Sebabnya aku dah kehabisan duit nak makan. Duit tambang KTM pun takde. Boleh bayangkan tak betapa borosnya aku? Tapi sekurang – kurangnya komitmen untuk famili aku dah lunaskan. Lepas kahwin, aku berkongsi bayar semua benda dengan suami aku.

Gaji kitorang sama, jadi semua komitmen bersama, kitorang bayar sama – sama. Komitmen masing – masing, macam loan study, duit nak bagi mak ayah, duit kereta, bayar sendiri la. Masa ni aku dah kurangkan duit bagi kat mak ayah aku. Sebab nak bayar sewa umah, pengasuh anak apa semua.

Gaji aku dah 4k masa tu, bagi mak ayah 1k. Komitmen rumah dan kereta dalam 2k selepas dah kongsi dengan suami. Bayar loan study, kad kredit. Untuk aku tinggal 2 – 3 ratus untuk tol dan nak makan. Tapi aku tak kisah.

Lepas gaji masuk, 5 minit pastu dah habis sebab transfer sana sini. Tapi kitorang ada rumah, bil dah bayar, makan cukup. Nak apa lagi. Cumanya masa tu aku dah mula buat online business. Aku buat sebagai hobi, kemudian m4kin mendapat sambutan.

Mula – mula aku jual produk A. Masa tu aku belajar pasal gift review, hashtag, paid review, swap review, dan macam – macam lagiIah. Cara – cara nak naikkan follower dan sebagainya. Masa tu ig ads belum wujud, jadi semua belajar sendiri.

Tahun 2015, instagram business start naik dengan mend4dak. Aku tukar, jual produk B, pakaian. Semua ni produk sendiri tau. Brand sendiri. Bukan dropship atau amik dari China. Jadi faham la kan betapa kau keluarkan modal sendiri beli material dan bayar tailor.

Marketing pun buat sendiri cari artis murah – murah atau kawan – kawan selebriti buatkan review hehe. Join booth dan sebagainya. Ada yang aku join booth takde sales. Ada yang sales ciput tak cover rental dan minyak. Tapi setiap kali aku nak putvs asa, suami aku bagi dorongan untuk teruskan.

Tapi bila aku start business, duit m4kin strict. Sebab nak beli material dan buat stok. Duit masuk memang banyak, semua rolling atau aku gunakan jugak, joli sikit – sikit. Cumanya dalam masa 2 tahun tu aku perlahan – lahan aku str3ss dalam diri aku. Aku penat.

Kerja m4kin tak efisien. Aku sangat suka business aku, tapi aku belum boleh berhenti kerja hakiki sebab tak stable. Aku sedih bila hantar anak pergi pengasuh, dia menangis. Aku tak dapat buatkan sarapan untuk suami aku.

Tergopoh – gopoh pergi kerja. Kat office buat kerja sambil berinstagram, berwhatsapp layan customer. Bos tau, tapi sebabkan kerja aku siap, dia tak kacau aku. Balik rumah aku dah penat, ambik anak, kemas rumah and masak.

Suami balik malam sebab dia kerja jauh. Tapi suami aku sangat baik. Rumah kecah dia kemas. Aku tak masak, dia tapau. Aku kena buat kerja office atau business, dia jaga anak. Cumanya kau tau lah kan. Perempuan. Dengan banyak pulak artikel kat FB share pasal tanggungjawab suami dan anak lelaki.

Suami patut bayar semua dan bagi isteri nafkah. Anak lelaki patut jaga mak bapak. Dan sebagainya. Bila baca artikel – artikel tu, aku jadi saik0. Kenapa aku selama ni kena kongsi bayar semua komitmen dengan laki aku? Bukan dia yang patut bayar ke?

Dan kenapa abang – abang aku banyak lepas tangan kat mak ayah aku? Bini bukan main lagi pakai handbag harga 2 ribu. Hujung bulan pinjam duit mak aku. Mak ayah aku pulak mintak kat aku bayar kad kredit, loan rumah sebab ingat aku banyak duit kot, kerja bagus, siap ada part time business lagi.

Aku bayarkan, tak banyak soal, korek duit sales yang sepatutnya bayar supplier. Tapi hati aku m4kin lama m4kin gelap. Setiap kali aku takde duit, aku jadi tak redha. Aku tak redha untuk semua duit yang aku bayar untuk famili aku, mak ayah, dan adik beradik aku.

Setiap kali aku sempit, aku marah sangat dalam hati ni. Membuak – buak. Dan disebabkan sambil kerja buat business, duit tak pernah cukup walaupun sales masuk beribu – ribu sebulan. Ada masa dah melebihi gaji aku, tapi tak cukup gak.

Aku dah tau dah masa tu, gaji aku tak berkat. Rezeki aku sempit sebab aku tak redha. Aku nak berhenti kerja, tapi suami aku tak yakin. Dan aku pun sebenarnya tak yakin. Simpanan takde. Aku tau cara untuk kembangkan business aku ialah dengan buat full time.

Jadi aku try simpan duit untuk surv1ve 6 bulan sebelum berhenti kerja. Tapi tak jalan. Mana ada duit nak simpan kalau rezeki sempit hahaha.. Benda ni berlarutan sampai aku sangat – sangat str3ss. Suami balik kerja, muka aku masam.

Aku lepaskan kemarahan kat dia, aku minta cerai. Dia pun meng4muk, cakap aku asyik marah – marah. Padahal dia dah jadi yang terbaik. Dia cakap dia takde problem dengan aku. Aku yang ada problem dengan diri sendiri.

Jadi dia suruh aku settlekan sendiri. Ada satu kejadian yang buatkan aku dah sampai aku punya limit. Aku sampai kat aku punya peak of depr3ssion. Jadi satu hari, aku jumpa bos aku, aku cakap aku nak berhenti kerja. Lepas tu kan, tetiba je depan aku ada pelangi.

Aku sangat happy. Aku masih kerja kat situ untuk sebulan, tapi aku happy. Aku takde marah – marah dah. Aku takde rasa penat dah. Aku buat business dengan gembira. Aku pergi kerja dengan gembira. Masa tu aku perasan.

Bukannya aku tak suka kerja aku. Aku suka. Bukannya aku tak redha dengan suami atau famili aku. Aku tak kisah pun sebenarnya. Aku tak kisah langsung pasal duit. Aku tak kisah langsung kalau semua duit aku, aku habiskan dekat orang lain.

Aku tak kisah langsung kalau takde yang tinggal untuk aku. Aku hanya nak buat business aku. Aku hanya nak luangkan lebih masa dengan anak aku. Aku nak duduk rumah. Aku nak buat benda yang aku suka kat rumah. Dan segala komitmen yang menghalang aku daripada buat semua ni, yang mendepr3ssedkan aku.

Macam aku cakap, aku ni pentingkan diri. Tapi aku akhirnya happy, lega. Aku ada banyak pinjaman nak kena settle, ada banyak komitmen nak kena bayar. Dalam masa setahun aku berhenti ni, sales mencecah beratus ribu, memang lebih sangat dari gaji aku masa aku berhenti (time tu dalam 6k) tapi aku masih belum kaya.

Aku masih beli kasut RM 19.90. Anak aku masih pakai baju orang bagi. Aku takde nak beli poney ke hape. Aku masih belum ada simpanan. Hutang masih berlambak. Tapi alhamdulillah rezeki tak putvs. Aku belajar banyak benda.

Ada masa aku nak beli roti canai untuk br3akfast pun takde duit, tapi anak aku happy. Aku pun happy. Aku takde g4duh dah ngan suami aku. Kalau g4duh pun benda b0doh je la. Walaupun duit takde, hati aku redha dan lapang.

Kang korang tanya lak mana sales ratus – ratus ribu aku. Hahaha.. Bulanan ada la dalam 10-30k, tapi aku masih bayar komitmen dan hutang, dan untuk besarkan business, aku spend more on stock purchase, bayar staff dan marketing.

Baru start mah, masih merangkak lagi. Duit company masih bocor beli beras kat AEON. Mungkin korang nampak orang business kaya raya, tak gak. Tapi, cukup. Alhamdulillah. Ada masa mengorek sana sini nak bayar, tapi Alhamdulillah CUKUP. Dan hati sangat lega.

Aku takkan dapat buat semua ni tanpa support suami aku. Dulu aku takut nak berhenti kerja sebab dia tak bagi. Aku takut kalau aku tak taat pada dia, apa plan yang aku buat semua tak jadi. Tapi at one point aku fikir, untuk kesihatan mentaI aku dan kebahagiaan rumah tangga aku, aku kena ketepikan semua orang dan decide untuk diri aku.

Dan aku sangat – sangat berdoa, serah segalanya pada Allah. Alhamdulillah Dia mudahkan jalan aku. Rezeki suami pun dah jadi murah sekarang. Mungkin dia baru nampak betapa struggIenya aku uruskan business, setiap sen yang aku spend kat famili kitorang, dia hargai.

Aku mula mintak nafkah, atau minta dia belikan makanan / baju / benda – benda yang aku suka. Aku perasan duit dia pun selalu masuk mencurah – curah. Masa tu aku sedar, ini lelaki yang aku pilih untuk hidup bersama.

Kalau aku redha pada dia, dan dia redha pada aku, memang Tuhan akan permudahkan. Akhir kata aku doakan korang – korang yang masih lagi struggIe, moga dimudahkan semuanya. Korang yang masih lagi berkira – kira dengan pasangan, atau diani4ya pasangan, atau taken for granted oleh pasangan, aku doakan yang terbaik untuk kamu.

Ada masa kita kena berk0rban untuk orang lain, ada ganjaran Tuhan untuk itu. Tapi first sekali, jaga kesihatan mentaI dan fizikaI kita dulu. Sebab bila kita happy, insyaallah anak dan pasangan kita pun akan happy. Doakan business aku berjaya. Aku a1m nak bukak kedai tahun depan. Amin.. – Hara

Komen Warganet :

Yus Peace : Setuju. Saya lelaki. Sebelum kahwin terfikir kakak – kakak saya belajar tinggi tapi jadi suri rumah tangga tumpu pada suami dan anak – anak, dan ckup serba serbi walaupun tak mewah. Saya pun selepas tu berazam nak dapatkan isteri yang tak bekerja.

Setahun berkahwin isteri masih bekerja, lepas dapat anak sorang, nekad dan berdoa supaya isteri tak bekerja walaupun dalam kepala fikir masalah kewangan nanti. Tapi bulatkan hati kerana Allah, beberapa bulan awal alami masalah kewangan kritikal, teruskn bertahan, berdoa dan saya mulakn bisnes online dan alhamdulillah pendapatan sekarang lebih dari pekerjaan lama beliau.

Lebih membahagiakan beliau di rumah menyiapkan suami dan anak, sambil berniaga di rumah. Saya yakin, ikut apa Allah nak, Allah akan bagi seperti yang dijanjikan. Cuma sebagai lelaki yang bergaul di kalangan lelaki, kebanyakan mereka nawaitu awal, memang nakkan isteri bekerjaya untuk menampung kehidupan dan nak kmewahan.

Contoh, jika dapat isteri cikgu itu satu kejayaan kerana cikgu bergaji besar. Kesian pula isteri dibebani dengan mentaIiti begini tapi akhirnya ianya qada qadar Allah. Apa yang penting, niat ikut apa yang Allah janjikan, ya Allah akan beri apa yang dijanjikan.

Fara Wahidah Zolkifli : Menjaga keberkatan rezeki tu penting tak kisah la makan gaji or kerja sendiri. Income puluh ribu pun takde makna kalau tak berkat.

Nat’z Azizan : Betul.. macam aku jugak. Mula – mula tak berani pon nak berhenti keje tapi fikir rezeki Allah tu luas. Cukup luas. Aku berhenti, buat part time bakers kat umah dan sekarang aku start niaga tepi jalan. Tak yah malu nak mulakan dari bawah, biar apa orang nak cakap. Untung sikit – sikit tetap ada. Lepas bayar hutang sikit – sikit, dah Alhamdulillah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.