Teman lelaki p4ksa aku terima diri dia. Dia cakap, dia memang takkan cukup dengan sorang perempuan. Perempuan yang dia main, sampai ada yang mengandung. Aku pernah putus tapi aku terbayang – bayang, dia ik4t aku..
#Foto sekadar hiasan. Aku seorang perempuan usia 30, status J, anak seorang. Alhamdulillah ada kerjaya bagus. Aku ada seorang teman lelaki aku namakan H, umur 29, bujang. Aku taktau nak mula macam mana. Aku kenal H dah lebih 2 tahun, dah banyak kenangan pahit manis aku dengan dia yang aku tak boleh lupakan.
Aku ada terbaca tentang sikap narsistic pasangan di tiktok. Dan sebenarnya aku baru sedar yang aku adalah m4ngsa H. H seorang yang narcissistic. Mula – mula aku menidakkan mungkin sebab aku sayang dia sangat. Bila difikirkan kenapa aku sayang dia sangat aku pun taktahu.
Takda apa yang special dia buat untuk aku tapi dia ik4t batin aku, perasaan aku sampai aku tak boleh lupakan dia aku tak mampu tinggalkan dia. Awal kenal H, dia sangat baik soft spoken, gentle dan semua ciri – ciri yang buatkan perempuan jatuh cinta. Dia hanya boleh berpura – pura dalam 3 bulan je. After 3 bulan dia slow – slow menunjukkan true color dia.
1 – Dia sangat marah bila aku cuba ambik tau tentang peribadi dia, contoh dengan siapa dia hubungi setiap hari. Aku hairan kenapa perlu marah kalau takda apa yang salah. Aku dapat tau dia ada orang lain, aku cuba confront tapi aku disalahkan sebab aku buka phone dia tanpa kebenaran.
Pasal kesalahan dia curang dia tak cakap langsung pun. Minta maaf lagi lah tak. Kemudian, isu tu didiamkan. Aku sebab dah sayang maka aku diam dan harap apa yang aku tengok tu adalah tak betul. Aku salah diri aku sebab buka phone dia.
2 – Setiap kali dia dalam kesusahan, tak kisah lah berg4duh dengan teammate dia ke, bos dia ke, dia salah kan aku. Sebab aku tak tolong dia cari keje lain untuk dia pindah. Padahal aku ni menjadi pendengar setia dia selama ni bila dia str3ss. Aku tolong apply kerja – kerja yang lebih baik tapi aku jugak yang salah.
3 – Dia suruh aku belajar untuk trade saham, aku tak minat. Tapi aku buat jugak sebab aku dengar cakap dia. Bila tak menjadi, dia salahkan aku sepenuhnya sebab aku ni tak belajar betul – betul, aku ni pemalas. Sedangkan dia sendiri pun tak cuba belajar.
Apa yang dia expect 3 bulan belajar sendiri untuk jadi kaya raya? Aku disalahkan lagi sampai berg4duh nak break up semua. Aku yang selalunya sewajibnya minta maaf walau aku tak salah, walau dia yang terang – terang salah.
4 – Dia sentiasa nak terlihat bagus di mata orang lain terutama family dan kawan – kawan dia. Dia sangat bertanggungjawab terhadap family dia, sangat soft spoken dan beradab dengan kawan – kawan. Tapi bila dengan aku, walau bukan salah aku, aku dim4ki, dicarut, dih1na macam macam. Akhirnya aku minta maaf untuk redakan kemarahan dia.
5 – H suka dipuji, suka dihorm4ti, dianggap seperti tuan. Dari cara dia bercerita tentang apa – apa pun, memang akan nampak dia terpaling bagus. Pernah aku bergurau, puji kawannya lagi smart, dia tak boleh terima, terus m4ki hamun aku, cakap aku perempuan murah, jaIang suka tengok jantan, dan block aku
. Seolah – olah aku bersalah sangat. Padahal dia selalu je usik kawan aku yang cantik – cantik puji orang lain, aku anggap itu gurauan. Lain pulak bila aku yang buat. Dan lagi sekali aku minta maaf.
6 – H tak suka orang lebih dari dia. Dia cerita kawannya pakai kereta mahal dan mengumpat seolah – olah kawan dia pakai duit bini sebabtu boleh pakai kereta mahal. Sedangkan aku fikir kita tak berada di tempat kawan dia pun, kita tak tahu pun situasi kenapa nak judge? Tapi aku tak cakap la. Kalau aku cakap memang aku yang kena so aku diamkan seolah – olah setuju apa yang dia cakap.
7 – H suka mengungkit. Aku ada masa silam aku sendiri yang mana aku jujur dengan H masa aku mula sayang dia dulu. Ternyata tindakan aku menjer4t diri sendiri. Sampai harini dia ungkit d0sa aku, kesilapan aku, kisah silam aku, malah mengeji, mencaci macam – macam.
Setiap kali berg4duh dia akan mention dan cakap. Katanya supaya aku ingat sampai bila – bila sedangkan aku dah bertaubat dari d0sa – d0sa lama tu. Dia bandingkan diri aku dengan diri dia yang baik suci mulia. Dia salahkan family aku tak didik aku betul – betul sebab tu aku banyak buat d0sa. Aku sampai taktau nak rasa apa masa ni. Aku anggap ye aku salah, aku menyesal sebab ayat – ayat dia.
8 – Dia p4ksa aku terima diri dia. Dia cakap dia memang takkan cukup dengan seorang perempuan. Dan memang betul. Banyak kali dia curang. Aku tau semuanya tapi aku tak boleh tinggalkan dia. Lepas aku tau, rupanya dia lebih k3jam.
Taktahu berapa ramai perempuan yang dia mainkan sampai yang pregnant pun ada. Tapi diorang dah move on daripada dia. Aku je masih b0doh bertahan semata sayang. Dia bagi syarat kat aku, kalau aku sayang dia, nak dia aku kena terima apa pun yang dia buat.
Dia nak ada berapa ramai perempuan pun, aku kena terima. Kalau aku tak boleh terima, dia suruh aku tinggalkan dia. Aku pernah cuba tinggalkan dia, tapi aku teringat – ingat. Bila tidur, mimpi. Bila terjaga, mencari. Aku cuba dah minta petunjuk Allah tapi tak datang kedamaian dalam hati aku. Tapi, bila aku dapat hubungi dia, aku rasa nyaman dan tenang. Seolah – olah aku bahagia semula. Dan dia akan ulang semuanya per4ngai negatif dia.
9 – H nak aku dengar cakap dia je. Apa pun yang aku cakap, atau apa yang aku cuba jelaskan dia taknak dengar. Bila aku bersuara untuk membetulkan keadaan, dia hanya anggap aku meIawan cakap dia. Akhirnya aku diam, iya kan kesalahan aku, dan minta maaf sedangkan aku taktau apa salah aku.
Pernah sekali aku tak dapat datang jumpa dia sebab last minit ada urusan kerja. Dia bagi kata dua sama ada putus terus, atau datang jumpa dia. Aku terfikirkan kerja aku yang akan h4ncur sedangkan dia boleh bertolak ansur tapi dia hanya fikir kehendak dia.
Dan akhirnya aku disalahkan kerana mungkir janji. Berakhir dengan aku minta maaf. Kebaikan yang aku nampak pada dia, dia akan tolong aku, bantu aku bila aku dalam kesusahan. Dia cuba usaha juga untuk tolong kalau dia mampu.
Selain dari tu, memang semua meny4kitkan aku. Aku taktahu macam mana nak move on daripada dia. Aku dah cuba bukan sekali dua tapi banyak kali malah apa yang aku rasa, s4kit. Lebih s4kit. – D (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Cik Daun: Narsistik ini suka akan perhatian kita. Dan ketahuilah bahawa orang narsistik inilah yang paling banyak berasa tidak aman dengan diri sendiri, sebab itu dia perlu merendahkan orang lain untuk menaikkan diri dia. Awak lihat, dia selalu mendorong awak untuk tinggalkan dia, kerana dia suka melihat orang yang memerIukan dia, padahal dia sendiri pun tidak berguna.
Jadi, caranya adalah awak pula yang mendorong dia untuk tinggalkan awak. Terbalikkan keadaan itu. Apa – apa yang si narsistik ini selalu ugvt awak, awak terbalikkan balik kepada dia. Yang penting, awak jangan sesekali tunjuk kelemahan atau yang awak goyah di hadapannya.
Kalau awak nak menangis, nak marah, atau meluahkan perasaan, lakukan di belakang dia, asalkan dia tidak nampak. Dia sukakan perhatian, jadi kita hentikan perhatian itu. Dan akhirnya, kak, teruskanlah hidup, sayangi diri sendiri.
Jangan buang masa dengan dia, awak layak untuk dicintai juga. Awak layak menerima segala kebaikan di dunia ini. Cintai diri sendiri, kerana untuk bahagia kita tidak boleh berg4ntung pada orang yang tidak ingin melihat kita bahagia atau gembira. Hiduplah kerana Allah. InsyaAllah, semoga Allah memberi jalan keluar dan kesembuhan kepada akak. Jazakallahu khair.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.