Byk kali curang, suami eksiden sampai rupa dia jadi buruk. Aku ingat dia akan insaf tapi

Depan mertua suami aku pandai berlakon, dia kata aku tak jalankan tanggungjawab dan selalu minta cerai. Aku sabar je bila kena h1na, walaupun aku susah payah jaga dia masa dia Iumpuh. Satu hari mak mertua datang meng3jut, soal siasat aku macam2. Aku nekad tunjuk segala bukti..

#Foto sekadar hiasan. Aku berkahwin dengan pilihan hati ketika sama – sama menuntut di IPT. Bila dah kahwin baru tahu suami sangat eg0, dia langsung tak terima pendapat aku sebagai seorang. Awal kahwin lagi, suami tetapkan aku perlu bayar separuh kos rumahtangga.

Disebabkan patuh lagi pun waktu tu pendapatan aku lebih sikit dari suami, aku rela. Sewa rumah, bil letrik, kos anak, barang rumah, barang dapur semua aku yang tanggung. Maah aku diminta buat loan peribadi untuk modal dia kongsi niaga dengan aku, nak tolak tak boleh.

Beria dia kata nak bayar setiap bulan, aku tetap berk0rban untuk suami. Lama.. baru aku sedar dipergunakan sebenarnya tapi aku sabar sampai satu tahap kad ATM aku, dia pegang gara – gara aku pertikai tanggungjawab dia.

Habis diungkit kira wang pendapatan isteri yang aku bagi pada mak ayah di kampung pun dia soal siasat. Jadi kononnya urusan guna duit semua mesti dia tahu, maka kad ATM gaji isteri dia yang kena pegang. Tuhan sahaja tahu daifnya rasa, nak bagi duit kat mak di kampung pun tak boleh dah sedangkan aku anak sulung.

Habis belajar dah kerja nak baIas jasa mak ayah, adik pun ramai lagi masih sekolah. Sehingga suatu ketika Allah nak tunjuk, aku terbaca mesej bekas girlfriendnya masa di U dulu dok bermiss – miss, rindu sayang. Aku cari kekuatan bersuara Iawan dan tuntut semua hak.

Seluruh kepercayaan dan kejujuran aku bagi tapi suami tergamak curang di belakang.. Sedih sangat waktu tu anak baru seorang, aku nekad untuk berpisah namun tak sangka rupanya waktu tu tengah hamil anak kedua.

Betapa lemahnya diri memikirkan nasib anak – anak jika berlaku perceraian. Walaupun dah terang – terang dia buat salah sedikitpun dia tidak mengaku bersalah. Sebaliknya dicari kesalahan isteri. Hanya tuhan yang tahu. Apa salah aku?

Sejak kahwin segala tanggungjawab masak hidang hingga tak pernah makan di luar. Pakaian urusan basuh lipat siap gosok. Sejak kahwin tak pernah dah dia gosok sendiri, nak pakai ambil je. Memang dia orang bergaya, pakaian nak branded kemas, tshirt pun beriron.

Tuhan sahaja yang tahu betapa s4kit dan frust sangat, aku dah buat macam – macam tapi ini baIasannya. Suami tukar kerja, dapat tawaran lebih jadi pengarah, lagi panjang langkahnya. Siap rancang nak kahwin dengan setiausaha.

Anak isteri diabaikan.. Tak cukup dengan kata – kata h1na caci m4ki, pen4mpar penumbvk biasa hinggap. Setiap hari aku menangis hanya mampu berdoa dan berdoa dari yang Esa mohon diberikan hidayah dan pertolongan.

Sepanjang kehamilan anak kedua, dia selalu keluar dating dengan girlfriend barunya. Aku sabar hanya tersenyum melayannya seperti biasa bila di rumah tapi hakik4tnya menangis meraung seorang diri kenangkan nasib diri dan anak – anak.

Bayangkan bila balik kampung, aku yang tengah sarat mengandung ditinggalkan di rumah ibu mertua, dia keluar berdating dengan girlfriendnya yang ikut sekali dengan bas. Kononnya nak kenal negeri suami, aku jumpa gambar dalam HP suami berkepit berpegang tangan dengan perempuan tu.

Luluh sangat hati, hanya doa saja mohon dipermudahkan urusan dikeluarkan dari belenggu ini. Satu malam aku terdetik di hati untuk cari no telefon perempuan tu dalam telefon suami.. Dapat. Aku mesej bagitahu perempuan tu, minta dia duduk di tempat aku.

Bagaimana perasaan dia jika melalui apa yang sedang aku aIami. Esoknya perempuan tu telefon minta maaf sebab selama ini dia diberitahu suami tak terurus, isteri tak peduli. Dalam proses nak bercerai sebab tu mereka merancang nak berkahwin. Allahuakbar..

Sampai hati suami burukkan isteri yang berk0rban segalanya, kerja rumah semua aku buat, layan semua kehendaknya.. Boleh dia tipu burukkan aku. Perempuan tu janji akan putvs dan takkan ganggu lagi suami..Pasrah redha dengan takdir jika masih ada j0doh mohon Allah insafkan suami, tunjukkan jalan untuknya berubah menjadi suami dan ayah yang bertanggungjawab kepada anak – anak.

Kuasa Allah, company suami bankrup, 6 bulan gaji tak dibayar. Urusan rumah tangga tidak tergugat kerana selama ini pun isteri yang tanggung. Suami diam tak bagi tahu tapi lama kelamaan dapat tahu juga. Bisnes kongsi dengan adik beradiknya lingkup juga sebab tak balik modal.

Janji bayar loan tu hanya tinggal janji, nama aku juga yang busuk dicari bank. Hanya Allah yang tahu. Sabar, ingat hukvm, jangan derh4ka suami jangan tinggi suara dengan suami. Suami herdik m4ki macam mana pun isteri diam sahaja.

Dalam hati s4kit berd4rah menangis, biarkan dia menang di dunia ni. Itu baIasan atas apa yang dia buat sebelum ini. Ada isteri yang taat baik tapi diabaikan, tamak akhirnya susah juga. Tak cukup dengan itu, sikap suka berIagak masih kuat.

Dia minta aku beli kereta baru. Aku beli dengan nama aku tapi kereta baru tu dia yang bawa, aku tetap bawa kereta lama dia. Dia janji akan bayar ansuran kereta baru tu tapi aku pula kena bayar ansuran kereta lama dia. Aku ok je, asalkan dia dah insaf tidak lagi bersama perempuan tu.

Dia dah kerja ulang alik pantai timur, aku nampak dia mulai berubah lebih prihatin dengan isteri dan anak. Tapi tak tahu la sejauh mana lakonannya. Namun sikap panas baran cepat melentingnya masih ada, eg0 masih tinggi.

Tak kena sikit berbekas tapak tangan di pipi. Bukan sebab apa pun, hanya sebab terlewat baIas mesej atau tertidur masa dia balik. Aku ni bukan robot, dah lah kerja, balik rumah urus anak lagi kemas memasak lagi semua kerja rumah sorang ni je yang buat.

Ingat tak penat ke? Berkawan dengan orang alim sikit, nampak solat terurus sikit. Tapi suka cakap tak serupa buat. Suka jatuh hukvm kat orang macam dialah ahli syurga.. Biarkan dia. Anak ke 3 berusia 4 bulan, dia ditimpa kemaIangan merubah wajahnya yang dia bangga selama ini, patah pinggul kaki, tak boleh bangun hanya terlantar sahaja.

Isteri yang dim4ki dih1na dulu ini berulang alik menjaganya setiap minggu di rumah mertua. Aku perlu terus bekerja untuk menanggung anak – anak, bayar kereta dan rumah. Sepanjang suami terlantar di rumah mertua, pelbagai tohmahan kakak ipar yang mulut laser konon tak jaga sendiri suami s4kit, balik sekejap saja. Allahuakbar..

Bayangkan urusan kewangan semua di bahu isteri, anak masih kecil 3 orang terp4ksa di tinggal di rumah ibu aku, setiap hujung minggu balik Sabtu dan Ahad malamnya naik bas balik KL sebab Isnin kerja. Anak – anak rindu pada mamanya.

Balik 2 hari semahunya nak terus ke rumah mertua jaga lihat suami, habis anak – anak yang masih kecil? Sedih melihat mata anak – anak yang rindu menyambut mamanya balik. Balik sekejap kena tinggal kena pergi rumah mertua jaga suami.

Memang telinga ni tebal dengan caci m4ki sindir menyindir ipar dan mertua. Dek hasutan mereka juga suami pun macam marah dekat isteri. Ingat lagi kata suami. Emaknya kata, “tengok isteri engkau tak jaga pun engkau dalam keadaan s4kit begini. Aku, mak engkau ni yang susah payah jaga”.

Aku hanya diam, 2 hari yang termampu dipenuhi untuk melayan suami yang sedang s4kit. Kata – kata kesat menghir1s hati. Diamkan sahaja.. Hanya Allah sahaja yang tahu. Setelah hampir setahun suami pulih tapi wajahnya tidak lagi sekacak dulu, jalannya pun tidak seperti dulu kerana masalah tuIang pinggulnya retak menyebabkan kakinya tidak sama panjang.

Dia juga mengaIami masalah tuIang belakang kesan kemalangan teruknya.. Kereta baru yang aku beli langsung tidak dapat diselamatkan. Musn4h teruk, terp4ksa pula aku bayar balik bakinya kepada bank. Bertahun lebih juga untuk dia pulih kembali dan membina semula kerjayanya.

Aku tetap setia seperti dulu, memaafkan dan menaruh harapan dia berubah dan insaf. MaIangnya aku plak sentiasa s4kit – s4kit tapi tidak pernah abaikan tanggungjawabnya pada anak dan suami. Di sebalik kesedihan itu, Allah kurniakan rezeki, aku dapat pekerjaan tetap dan berpindah dari kesibukan kota besar.

Aku harap mungkin dapat kurangkan dunia sosiaI suami jika masih di bandar besar. Bertahun – tahun melalui kehidupan rumahtangga yang banyak pahit dari manisnya mengajar aku lebih tegas dan keras pertahankan hak.

Tetapi masih menjaga batas seorang isteri, masih ingat pesan jangan derh4ka pada suami. Tetapi jika suaminya meIampaui batas barulah aku bersuara, puas hati! Selama ini diam. Isu nafkah… Aku pernah usulkan kepada kakak ipar tetapi sebaliknya aku diser4ng pula oleh ibu mertuan seolah – olah tidak percaya anak lelakinya tidak jalankan amanah itu.

Dia memang ada berikan duit setiap bulan tetapi tidak konsisten dan aku cuba fahamkan antara nafkah dengan wang keperluan rumah itu berbeza. Suami tetap eg0. Ok.. Tak apa.. Memang susah sangat dia ni nak faham.

Macam – macam artikel ceramah berkait dengan isu nafkah dihantar untuk suami. Tapi ego. Buat tak tahu. Entah baca ke tak. Sepanjang itu, rezeki suami dapat up semula tapi dia cepat lupa diri. Mungkin satu sebab tanggungjawab nafkah isteri dia abai, ada sahaja masalah dalam pekerjaannya.

Biarkan dia, masih tak berfikir. Aku dapat beli tanah di kampung dan dapat pulang bertugas di kampung. Dalam usaha aku membina tempat tinggal untuk keluarga, dia masih selesa dengan sikap lamanya. Sebolehnya cuba mengambil kesempatan atas kebaikan aku, pantang ingat aku berduit mulalah minta pinjam.

Walhal aku bersusah – payah ik4t perut untuk siapkan rumah. Dia langsung tak peduli. Suatu hari anak yang bermain game dalam telefon suami membuka WhatsApp dan menunjukkan WhatsApp suami dengan seorang wanita.

H4ncur luluh, patut lah kerap ke KL bukan setakat urusan kerja rupanya sedang bercinta dengan orang di sana. Patutlah selalu bawa hadiah bila ke KL. Pernah ketika isteri ada kursus di negeri p.Timur, dia minta isteri pilihkan kain batik sutera untuk hadiah katanya.

Untuk isteri yang macam – macam buat untuk dia tak pula dia bagi hadiah. Dalam aku bersusah payah menguruskan pembinaan rumah sendirian, dia sibuk nak kahwin dengan perempuan tu dan nak pergi umrah dengan perempuan tu. Subhanallah.

Berkec4i air mata membaca perbualan WhatsApp mereka. Tak insaf lagi, anak dah besar tapi per4ngai macam orang bujang. Apa yang dia hendak dalam hidupnya sebenarnya? Aku minta dilepaskan, terasa sangat berat bebanan yang terp4ksa ditanggung.

Dia ada atau tiada sama sahaja. Selama ini aku yang menanggung segalanya, dia hanya bagi sedikit ikut mood dia. Dengan kawan, dengan familynya, dengan pekerja bukan main lagi baik, macam – macam tolong.. Bagi duit, belanja makan dan sebagainya.

Sedangkan isteri, s4kit pun drive sendiri ke hospitaI. S4kit sangat mengingati semua ini. Banyak kali minta cerai, dia tetap tidak mahu cerai, banyak dalihnya. Aku dituduh nusyuz, macam – macam helahnya. Tak cukup dengan itu difitnah aku depan ibunya.

Konon aku tak sedia makan pakai tak pedulikan dia. Hanya Tuhan yang tahu. Setiap pagi sebelum pergi kerja sedia sarapan penuh lengkap atas meja, urus anak dan hantar anak ke sekolah. Dia langsung tak peduli. Dia balik kerja, dengan telefonnya, televisyen atau tidur. Mudah.

Tidak pernah cuba membantu mengurus anak apalagi kerja rumah. Tetapi suami sangat pandai berlakon, bila pulang rumah familynya bukan main lagi baik, tunjuk rajin. Memang patut semua orang tak percaya sikap sebenarnya.

Dia masih panas baran tapi aku dah tak takut. Aku berani Iawan jika meIampau. Dia kelihatan kurang berani, banyak diam tapi mukanya sentiasa masam. Kalau dulu selalu panggil isteri derh4ka, ahli ner4ka macam – macam.

Memang sedih sangat. Pernah berkali minta cerai sebab tak sanggup jadi ahli ner4ka kerana menjadi isterinya. Biarlah dia cari isteri lain yang bagaimana lagi yang dia nak. Hari yang dilalui h4mbar.. Tiada perkataan elok keluar darinya, kalau elok tu mesti ada sebab di sebaliknya.

Penat hidup dengan orang begini. Berkali – kali dia curang di belakang aku. Setiap kali ingin berpisah setiap kali itu dia jadikan anak – anak sebagai alasan. Masih harapkan Allah tunjukkan jalan, tolong permudahkan hidup ini.

Sehingga suatu hari, ketika suami berkursus di KL, ibu mertua datang ke rumah. Macam – macam dia tanya soal siasat. Betulkah isteri tak peduli hal anaknya, selalu minta cerai. Terima kasih ya Allah, dah lama nak bagitahu hal anaknya yang selalu curang tapi tak berkesempatan sebab jika pulang ke rumah, mertua sentiasa ada.

Semua kisah dari awal perbuatan curangnya aku cerita, tak cukup dengan itu aku tunjukkan bukti screensh0t perbualan WhatsApp anaknya yang menggatal dengan perempuan itu. Ibu mertua mengesat air mata kerana tidak menyangka sejauh ini yang aku simpan.

Bahkan aku yg dicela dicaci inilah yang melangsaikan hutang piutangnya, yang menguruskan rumahtangga walau dalam s4kit dan kepayahan. Dia menangis bila tahu pend3ritaan ini. Jika berlaku perpisahan dia kasihankan nasib anak – anak.

Selama ini anak – anak aku sudah faham sebab mereka sentiasa ada di sisi dan menyokong. Sekarang aku masih fikir jalan yang terbaik untuk aku dan anak – anak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.