Jiran cakap dia benci suami aku, tapi lepas kami bercerai dia yang kahwin dengan bekas suami

Sejak aku ada masalah dengan suami, aku selalu luahkan perasaan pada jiran aku, Husna. Aku anggap Husna macam adik. Aku bagitahu yang suami aku tak bertanggungjawab dan dalam masa yang sama, Husna kata dia tak suka dan benci tengok Leman. Entah macam mana lepas aku bercerai, Husna kahwin dengan Leman..

#Foto sekdar hiasan. Assalamualaikum semua. Harap admin sudi siarkan kisah sebenar aku sepanjang berumah tangga. Nama glamour aku Sis Rita. Tindakan aku secara spontan yang membuatkan aku tertarik untuk menulis ialah selepas ada baca cerita confession tentang wanita yang salah pilih suami.

Ia membuatkan aku nak berkongsi cerita pada anda semua. Niat aku bukan untuk membuka aib bekas suami! Jadikan kisah benar hidup aku sebagao pengajaran untuk wanita – wanita di luar. Maaf penulisan dan cerita aku agak panjang dan tidak pandai mengarang.

Semua nama watak – watak dalam cerita aku semuanya nama samaran dan supaya anda semua faham bila membaca kisah aku. Leman-Ex Husband, Husna-Ex neighboor dan wife baru Leman, Budi- Abang Ipar Husna dan Ex neighboor, Afiqah – Sepupu Leman, Maria- Ex GF Leman.

Ok Aku bercerita sedikit latar belakang aku dan Leman. Aku berasal dari KL dan dia orang luar semanjung Malaysia. Aku berkelulusan ijazah dan Allahamdulilah aku ada kerja yang baik. Kami berkawan, bercinta, bernikah atas suka sama suka dan mempunyai seorang cahaya mata comel.

Perkahwinan kami baru 3 tahun. Tapi sekarang aku dah jadi janda yang terbahagia untuk tahun ketiga. Ooh ye, Aku nak bagi tahu sebelum dia berjumpa aku, dia pernah bercinta dengan seorang gadis sekampung bernama Maria, tapi j0doh mereka tak berpanjangan dan aku hanya mendengar dan tak ambik port sangat kisah percintaan mereka.

Bagi aku semua tu benda yang dah lepas. Leman sebelum berkahwin dan kenal dengan aku, dia pernah buat personal loan dengan bank, dia lari dari membayar hutang bank, kuat meminjam duit, kaki propa boleh tahan jugak dan selepas bernikah Leman tak pernah membayar nafkah aku and anak aku selama 2 tahun.

Perkahwinan kami pada 2 tahun pertama bahagia walaupon di uji dengan kesusahan tapi aku terima dengan redha dan anggap Allah nak menguji perhubungan kami sejauh mana dan aku tetap membantu dan support dia sekiranya gaji dia lambat dapat.

Kami bercuti / berjalan dalam negara semua pakai duit aku. Bila Leman tak ada baju kemeja kerja / jalan yang cantik aku belikan beberapa helai, dia nampak aku beli perfume untuk diri aku pakai, dia pon sibuk jugak nak perfume tapi aku tak kisah tutup mata belikan jugak.

Baju dan tudung raya tak pernah belikan untuk aku sebaliknya aku beli untuk diri aku dan sampaikan boxer diri sendiri pakai koyak pon tak mampu nak beli tapi aku yang baik hati belikan juga untuk dia sebab aku tak sampai hati tengok setiap kali melipat baju.

Ye aku tahu Leman tak mampu nak menyediakan semua atau belanja aku dan memberikan kemewahan untuk aku jauh sekali tapi aku tetap terima Leman baik buruk dia seadanya, walaupon gaji aku lagi tinggi 2x ganda dari dia dan kami pernah berjanji sebelum bernikah, susah senang bersama – sama sepanjang dia dalam keadaan kesusahan.

Per4ngai Leman berubah sedikit – sikit pada awal tahun ketiga perkahwinan tetapi yang paling ketara bermula pada bulan Ogos. Dari Jan – July setiap malam Leman akan solat berjemaah dan mendengar tazkirah di surau bawah kediaman kami (sebelum ni dia agak liat / malas untuk bersolat dan ikut suka hati dia nak solat masa bila).

Aku suka bila dia bersolat berjemaah dan kadang – kadang dia jadi Bilal di Surau. Bagi aku itu satu perubahan positive untuk dia rajin bersolat. Setiap malam selepas dia Solat, dia mempunyai bad habit suka berborak / membawang dengan jiran / kawan yang tidak mendatangkan faedah.

Kalau dia ada buat keja part time memang aku tak kisah lah sehingga aku dan anak sedikit terabai dan aku makan malam pun sorang-  sorang. Pada awalnya dia akan sampai rumah 10pm tapi lama – kelamaan menjadi 11pm, 12 tengah malam dan ada kalanya jadi 1 – 3am baru dia teringat jalan balik rumah kot.

Leman lebih suka menghabiskan masa dan melepak ke mamak dengan kawan / jiran dari habiskan masa dengan anak bini sendiri, lupa tanggung jawab dia sebagai seorang suami dan ayah. Balik je dari Office, aku masuk dapur sudah lipat lengan baju berh3mpas pulas di dapur untuk masak simple – simple, basuh k3ncing ber4k anak, tido kan anak, lipat kain baju dan sebagainya.

Dia sampai rumah pon lauk pauk yang aku masak sudah sejuk dan dia makan sorang – sorang. (kalau tidak aku meng4muk kalau dia tak makan). huhuhu.. Leman ada kawan rapat sekampung yang bernama Budi dan berjiran dengan kami, yang dia biasa cari dan membawang bersama – sama.

Rupa – rupanya Leman ada meluahkan bercerita pasal masalah kami mengatakan aku ni isteri pemalas masak lah, aku tak bertanggung jawab lah, aku tak jaga kebajikan batin dia lah dan bla bla bla.. Leman suka bercerita keburukan mengenai aku.

Dalam waktu yang sama Leman selalu teringat dan termenung Maria kekasih lama dan kenangan lama dengan Maria (masih tak dapat move on). Buat pengetahuan semua Leman ni pernah frust menonggeng tak dapat bernikah dengan Maria itu sebab dia layan aku pon sikap acuh tak acuh.

Sekarang aku dan maria dah jadi kawan selepas edah kami habis dan dia terk3jut dan simpati berita di atas perceraian kami. Raya baru – baru ini maria ada send greetings WA raya pada aku. Sepanjang kami bernikah dia lupa ke semua kebaikan yang aku ada membantu dia dari belakang?

Dia lupa semua janji – janji dia pada kedua ibu ayah aku sebelum kami bernikah. Dia lupa janji pada diri aku hendak menjaga aku dan anak serta pert4hankan rumah tangga. Hanya tinggal kenangan je lah. Leman Jarang bersyukur dan selalu mengeluh itu ini.

Bila gaji Leman lambat masuk, gaji aku ni juga yang bagi dia duit makan supaya dia datang kerja dengan berduit walaupon duit tak banyak mana pon dan hampir setiap bulan aku hulur Rm100 setiap kali dia lambat dapat gaji. Aku ada bersuara dan tegur cara baik tapi dia endah tak endah dengar nasihat tapi aku masih bersabar dan menjalankan tanggung jawab seperti biasa dan sayang seperti biasa.

Nak dijadikan cerita masa dia mula bertukar per4ngai dalam minggu kedua bulan Ogos, bermula lah episod baru ada 1 perempuan call dia katanya sepupu dia Afiqah untuk meluahkan masalah dengan Bf. Dia call start pukuI 11malam sampai 1 pagi.

Sampai aku tertido sorang – sorang di dalam bilik konon – kononnya Leman jadi pakar kaunseling tak bergaji tapi lama – kelamaan boleh dik4takan setiap hari 1 – 2 jam bergayut di telefon mengalahkan orang bercinta! Aku memerhati selama seminggu mereka bergayut di telefon semasa di dalam rumah.

Dan lama – kelamaan aku tidak tahan dan bertanya soalan pada Leman kenapa mesti bergayut malam – malam dengan perempuan lain agak tak manis lah, habis tu aku ni isteri kau yang sah apa motif kau bergayut berhadapan aku?

Leman tak dapat menjawab soalan aku. Pada malam keesokannya dia tetap bergayut di bawah apartment kami. B0doh kan tindakan dia ingat jiran / kawan – kawan tak perasan ke tindakan dia bergayut setiap malam di bawah.

Perempuan tu tetap jugak call seolah – olah tak hormat aku ni sebagai isteri Leman tapi dalam hati terdetik sesuatu. Aku ada berkata – kata, aku tak rasa dia bergayut dengan Afiqah mesti perempuan lain yang bergayut dengan Leman.

Pandai betul nak cover line dan menipu aku dan bermula lah operasi aku diam – diam. Aku risik semua sepupu sepapat Leman ada tak nama Afiqah dalam family member korang. Sah dia menipu aku tapi aku diam kan dulu nak tengok sejauh mana penipuan Leman.

Rupa – rupanya dia bergayut dengan Husna. Aku terlupa nak bercerita pasal Husna yang pada masa tu masih tunang orang. Aku nasihat kan Leman yang aku tak berkenaan dia bergayut telefon setiap malam tanpa ada perasaan bersalah.

Sudahlah kau kurang spend masa dengan anak bini, komunikasi jauh sekali, sekarang kau bergayut telefon setiap malam. Pada malam merdeka, Leman and Budi berniaga bersama – sama iaitu Buger / Air (aku tak jadi masalah dia mencari rezeki lebih).

Selepas Isyak, aku membawa anak aku tengok bunga api di tempat Leman berniaga dan aku sengaja nak tengok kelakuan dia, biasalah bila dia sedang berniaga. Tiba – tiba aku perasan Leman sempat bergayut dengan someone tapi aku tak pasti dengan siapa dan dia beriya – iya dan marah kan aku di hadapan neighboor kami, malu aku masa tu Allah saja tahu perasaan aku suruh aku naik ke rumah tapi aku agak keberatan nak naik ke rumah aku.

Maka bermula episod baru bermula Leman layan aku buruk, setiap malam balik rumah lambat, pernah dia hendak naik tangan pada aku, setiap minggu ada je yang dia tak puas hati dan mencari kesalahan aku dan Leman menyuarakan meminta beberapa kali bercerai dari aku.

Setiap kali kami berg4duh dan dia marah aku (boleh di katakan setiap bulan) Leman akan tanya dan mengugvt aku, “susah sangat baik kita bercerai. Bila kita bole bercerai?” Pada mulanya aku terdiam, aku pernah bertanya soalan kepada Leman, “Awak ada orang lain ke dalam hati awak? Tolong bagitahu saya kalau awak ada perempuan lain selain saya?”.

Berm4ti – m4ti dia nafikan dan alasannya nak bersendirian (instinct aku kuat mengatakan dia menipu dan nak lari tanggungjawab), dan selepas 4x dia mendesak dan asyik bertanya meminta untuk bercerai akhirnya aku pon bersetuju juga untuk berpisah di mahkamah.

Sebelum itu kami sudah membuat sesi kauseling secara berasingan. Dia tetap menyalahkan dan memburukankan aku di hadapan kauselor. Sampaikan kauselor ambik kenyataan mengenai aku tidak percaya apa yang dik4takan oleh bekas suami aku.

Aku yang failkan perceraian setelah didesak oleh Leman dan secara jujur pada masa tu aku cuba sedaya upaya selamatkan rumah tangga dan segala sikap kekurangan aku cuba baiki sebaik mungkin tapi dia tak pandang dan berkeras juga nak berpisah.

Kita sebagai wanita memikirkan tentang anak tapi dia hanya memikir tentang diri dia sendiri dan mahu kebebasan. Aku terp4ksa redha dan terima kenyataan ternyata bekas suami aku tidak pernah ikhlas dan sayang aku seadanya.

Aku cerita watak Husna pula, aku rapat semenjak aku ada bermasalah dengan Leman. Husna bekas jiran aku duduk tingkat 8. Dia pernah datang masuk rumah aku masa tu aku duduk tingkat 5. Aku ada bagi dia makanan dan pernah menangis dan meluahkan masalah yang terpendam dengan Husna.

Aku anggap dia macam adik aku memandangkan umur dia lebih kurang dengan adik bongsu aku. Aku tidak syak apa – apa dan bersangka baik dengan dia. Kami berkongsi bercerita dan aku pernah belanja dia makan sebelum ni.

Sangkaan aku sangat meleset aku sangka dia manusia yang baik dan ikhlas tapi maIangnya dia sebaliknya. Aku terlalu percaya dengan Husna, betapa lurusnya aku masa tu! Aku meluahkan dekat Husna layanan Leman tidak bertanggungjawab dan sikap dia yang buruk,

Husna hanya mendengar cerita aku. Menurut Husna dulu katanya dia ada perasaan benci tengok Leman, Leman ni kaki propa lah, tak suka lah tengok muka Lemah lah, bla bla bla.. Tapi akhirnya kau sendiri memilih jalan nak berkahwin dengan Leman.

Husna cakap tak serupa bikin, sama dengan Leman! Selepas aku habis edah, Husna bertanya aku betul ke kami sudah bercerai katanya dia dapat berita dari Budi. Kami rapat balik dan aku mengaku ye kami sudah berpisah. Dalam kami rapat – rapat tu rupa – rupanya Husna ada agenda tersendiri dan dua – dua pihak dia makan.

Dengan aku pon dia layan dan dengan Leman pon dia layan. Walaupon pada masa tu Husna masih tunangan orang tapi rapat mereka semacam dan aku sudah mula bau – bau hubungan mereka walaupon Husna pada mulanya nafikan dan anggap Leman sebagai abang dan adik (biasalah Leman pandai main politik cinta dan sweet talker dengan Husna).

Aku perasan Leman memang ada hati dan perasaan dengan Husna semenjak dulu lagi sebelum kami berpisah. Lepas aku habis edah Husna dan Leman sem4kin akrab keluar makan / karaoke / shopping bersama – sama dan sekiranya anak aku ada bersama dia pon akan ikut juga.

Bersungguh – sungguh dia terangkan dekat aku, siap tidak mengaku dan menafikan sekeras – kerasnya tidak ada apa – apa hubungan istimewa tidak lebih dari abang dan adik. Tapi kalau tiada angin pokok tak kan bergoyang kan dan bertepuk sebeIah tangan tak akan berbunyi Husna oiii.

Aku tahu, kau kononnya nak jaga hati aku tapi rupa – rupanya dia lah manusia Iahanat yang menik4m aku dari belakang dan anda berdua kaki penipu! Aku sudah block semua call, WA / Telegram / Sms dan unfollow kisah Husna, aku hanya tak block Sms Leman sebab senang hendak cakap pasal anak.

Apabila Husna sah putvs tunang yang sepatutnya perkahwinan akan berlangsung bulan Sept maka Leman ambik peluang untuk bernikah bersama Husna. Perpisahan kami belum sampai setahun sedangkan Leman menduda 9 bulan dan terus bernikah dengan Husna di Kampung halamannya.

Leman bernikah dengan Husna tanpa pengetahuan mak ayah Leman dan membelakangkan keluarganya sendiri. Mak ayah Leman dapat tahu Leman bernikah baru itu pon baru – baru ni sebab Leman ada WA Ayah dia sendiri yang dia sudah bernikah baru.

Kebetulan nak dijadikan cerita, pada masa dan hari yang sama diorang bernikah di sana, aku ada buka booth promosi di luar, sepatutnya setiap hari minggu Leman akan datang ambik anak kami tapi disebabkan dia terlalu excited nak bernikah dengan Husna, aku call dia untuk dia jaga anak disebabkan aku on duty bertugas di booth.

Aku pon tanya Leman kenapa tak datang ambik anak, dia dah lah tertunggu – tunggu ayah dia tak datang rumah ambik anaknya. Leman memberikan alasan menipu aku ada mengatakan ada buat ‘keja part time Airport transfer di Jb’ dalam masa sama juga aku terserempak dengan Boss Leman masa bertugas.

Boss Leman bagitahu aku Leman apply cuti selama seminggu. Dalam 24 jam baru lah Leman jawab call aku semula mengatakan tak dapat ambik anaknya. Mulut aku spontan berkata, “hey Leman kau balik kampung dan berkahwin baru ke? Dah tahu kawen baru tak ada rasa nak call atau sms dengan aku yang kau tak nak ambik anak kau”.

Sekerasnya – keras Leman menafikan dia bernikah baru dan apa motif dia nak menipu aku pon aku tak paham (kesian Husna dapat Suami kaki propa). Masa mula – mula Leman dan Husna bernikah satu block apartment kecoh dan terk3jut mereka bernikah,

Pada awalnya Leman nafikan dan penduduk apartment tak faham kenapa mesti malu – malu kucing menafikan walaupon kau sudah bernikah dengan Husna. Biasalah pasangan kontr0versi. Kepada Husna, ini nasihat dari aku, kau mesti sedar siapa yang aku maksudkan ni dan terima kasih sepanjang berkawan dengan aku.

Kau salah satu punca aku berpisah dengan Leman dan jadi “per1sik” yang terbaik mengalahkan FBI. Semoga Anda menjadi isteri mithali. Aku mendoakan kebahagian kalian berdua dalam rumahtangga. Mungkin anda wanita yang terbaik dan dapat memahami kemahuan dan menuruti kehendak Leman.

Buat pada Leman, apa – apa pon terima kasih juga kerana memberi harapan, dengan 1001 alasan, kecewakan dan menipu aku dengan janji – janji manismu. Sudi bernikah, berikan kebahagian sementara dan banyak mengajar aku erti SETIA yang sebenar.

Jujur, hati aku terlalu sayang kepadanya dahulu, tetapi kini hati aku sudah betul – betul m4ti untuk dia! Aku tidak membencimu cuma aku rasa jelik / menyampah dengan per4ngai kau yang suka menunding jari kesalahan seolah – olah kau perfect husband!

Aku terlalu banyak berk0rban dalam rumahtangga sampai hati aku sendiri terIuka. Sepanjang kami hidup bersama – sama mungkin aku tidak dapat memberikan segala kemahuan / keinginan Leman yang tidak dituruti. Aku bersyukur dan berterima kasih pada Allah dengan dugaan dan ujian yang kau berikan pada aku.

Aku jatuh dan bangun sendiri dan aku kena kuat demi anak aku. Di sebalik perpisahan dan ada hikmah terbesar selepas kami berpisah, Leman tidak pernah lupa bayar duit nafkah dan duit susu dan pampers untuk anak kami setiap bulan.

Rezeki dan duit aku tak pernah kurang dan tak putvs – putvs rezeki lain yang datang. Aku habiskan masa dengan anak, aku travel dalam dan luar negara. Aku tahu aku banyak kekurangan dan kekihlafan dalam diri aku tetapi aku cuba sebaik membaiki kekurangan diri aku demi selamatkan rumah tangga.

I’m not perfect wife but try to be a good wife, ini satu pengalaman hidup yang aku tak akan lupa buat selama – selamanya. Hubungan aku dan keluarga baik dan bekas mertua dan adik ipar aku sangat baik dan mereka masih berhubung dengan aku dan anak aku

Ibu mertua aku sangat sayang aku dan anak aku, selalu WA bertanya khabar cucunya. To all lovely ladies out there, pls take note: “What goes around comes around” dan aku percaya pada kifarah Allah akan datang tepat pada masanya cuma antara cepat dan lambat sahaja!

Kifarah has no de4dline. Always remember to your self jangan terlalu baik atau percaya dengan kawan – kawan. Kadangkala kawan yang baik kita tak sangka boleh menik4m anda dari belakang. Jauhkan diri anda dari suami orang atau yang ada niat nak mendengar masalah rumah tangga ini membuat kan memberi ruang orang ketiga menggangu.

RESTU dari mak ayah sangat penting, dan yang paling penting sekali, suami jaga SOLAT 5 waktu dan tahu erti TANGGUNG JAWAB sebagai suami. Benar kata Pro Dr Muhaya “Wanita yang paling maIang adalah Wanita yang tersalah pilih suami”.

Aku lah wanita yang maIang tu. Oleh itu berpada – padalah apabila menyayangi seseorang. Boleh jadi kita sayang sesuatu namun ia buruk buat kita, boleh jadi kita benci sesuatu namun ia baik buat kita. Terima kasih sudi membaca.. Salam Kasih Sayang.

Komen Warganet :

Nurul Nasuha : Sayangnya Allah kepada sis dengan dijauhkan dari lelaki yang tak tahu nak menghargai. Lagipun dia banyak menyusahkan dari memberi kesenangan kepada sis,tu pun tak sedar diri lagi ada hati nak curang bagai.

Sis berhak hidup bahagia moga diketemukan dengan lelaki yang ikhlas menerima kekurangan dan menyayangi ank sis seperti anak sendiri. Anggaplah perkahwinan lalu sebagai pengajaran untuk kehidupan akan datang. Kepada Husna semoga redha la untuk hdup dengan penipu. Kepada leman semoga Husna tu sanggup la hidup susah dengan ko.

Izzuewana Darias : Cuma nak pesan pada ‘Husna’, kotlah terbaca confession ni. T4hiniah la Husna dapat suami macam Leman. Entah apa yang nak disondoInya, banyak hutang, culas nafkah, kaki curang, tak penyayang, tak pandai jaga family kecik, kot ya nak menyondoI, ambik la yang berbaloi untuk masa depan Husna oii. Sesuai la pasangan ni, mereput sama – sama kaki propa.

Rinn Hanis : Kesian Husna. Sebab seorang laki sampah cam Leman, rela diri jadi b0doh. Tak lama lagi, mungkin Husna plak kerana game dengan Leman. Tu lah perempuan, nak sangat bekas orang, dia taktau what goes around comes around.

Aziha Nuril : Nasib baik ko terlepas awal dari biawak hidup tu dik. Dah la bini tanggung, ada hati pulak complain bini itu ini. Orang tu penat sampai ke tuIang sum sum, dia syok melepak mencanang. Buruk sendiri taknak cerita ke. Apapun dik, alhamdulillah setiap dari Allah tu baik. Biar la Husna tu pulak rasa s4kit jiwa melayan dak Leman tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.