Cantik sangat ni!Gadis ini turun 45kg, kini cantik bak bidadari..

Ingin menurunkan berat badan bukanlah satu benda yang mudah dicapai. Selain keazaman yang tinggi, disiplin diri yang kuat harus diterapkan. Tambah lagi dengan zaman sekarang makanan hispter selalu berlegar diruangan timeline media sosial, memang sukar nak tepis g0daan.

Tidak makan nasi.

Tapi tidak bagi gadis ini, setelah lebih setahun tidak makan nasi dan hanya makan makanan yang sihat, beliau berjaya turunkan berat 45kg! Gadis yang menggunakan akaun twitter @zubiedaboujit berkata beliau tidak mempunyai niat untuk berkongsi namun apabila gambarnya mula tular di laman twitter, beliau mula membuka rahsia disebalik kejayaannya menurunkan berat badan.

Katnya, beliau mengamalkan diet Atkins dan telah setahun tidak mengambil nasi dan mengawal kalori makanan. Sebagai seorang pelajar, beliau hanya akan membeli makanan lauk shaja seperti ayam untuk sumber protein dan sayur-sayuran.

Walaupun beliau tidak memakan nasi, beliau tetap pastikan sumber zat bagi protein, karbohidrat dan fiber cukup setiap kali waktu makan.

Bersenam itu penting.

Makan buah-buahan serta sayur-sayuran sangat membantu dalam proses menurunkan berat badan. Mengamalkan minum air lemon pula dapat mempercepatkan proses pencernaan dan ia memang telah terbuktiĀ  dengan kajian.

Selain itu, beliau turut menasihatkan supaya sesiapa yang ingin menurunkan berat badan untuk rajin bersenam tanpa alasan. Walaupun hanya 20 minit sehari kerana anda akan mendapat keputusan dengan lebih baik.

Cheat Day.

Beliau mengakui pasti berlaku ‘cheat day’ dimana akan teringin makan makanan ringan atau makan di restoran makanan segera. Namun itu tidak menjdai masalah kerana pastikan ambil dalam kuantiti yang sedikit dan kembali semula ke plan diet yang sebenar.

Baginya untuk mendisiplinkan diri bukan mudah, tetapi lama kelamaan ianya akan menjadi rutin dan semuanya akan berlaku dengan mudah dan tidak membebankan. Yang penting kita harus kenal dan tahu keupayaan tubuh badan masing-masing.

Macam mana dah ready nak kurus dan cantik?hehe


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..