Cikgu selalu buIi aku dekat sekolah, aku nekad nak ‘baIas’. Sehinggalah, jiran kampung bau busuk dekat rumah cikgu

Betapa cikgu sangat tidak menyukai aku sampaikan dalam setiap ujian, markah peperiksaan aku tak pernah A. Setiap kali masuk tahun baru atau exam, akan minta maaf dengan semua guru. Tapi cikgu yang sorang ni..

#Foto sekadar hiasan. Tolong ajar aku cara untuk memaafkan dengan redha agar aku tenang menghadapi hari – hari mendatang. Nama aku A. Cerita ni mungkin dah lama sangat berlaku tetapi tak pernah sekali pun hilang di ingatan aku.

Semasa di sekolah rendah, aku seorang pelajar yang aktif, cemerlang walaupun bukan yang paling cemerlang dan juga seorang yang extrovert. Aku suka untuk menonjol jadi aku selalu volunteer untuk masuk dalam apa – apa pertandingan anjuran sekolah.

Mungkin itu yang buat seorang guru yang aku gelar cikgu Z (bukan nama sebenar) sangat tidak menyukai aku. Jika kalian boleh berfikir, apa lah sangat per4ngai seorang budak yang berumur bawah 12 tahun boleh buat sampai seorang guru tidak menyukainya.

Cikgu Z merupakan guru kelas aku dari darjah 1 sampai darjah 6 rasanya. Aku tidak ingat. Sekolah aku juga cuma sekolah kampung yang kecil. Oh ya, dan dia juga merangkap guru bahasa inggeris aku. Pengalaman – penglaman pahit semasa di sekolah rendah sangat meninggaIkan kesan yang mendalam di dalam hidup aku.

1) Betapa cikgu Z sangat tidak menyukai aku sampaikan dalam setiap ujian, markah peperiksaan aku tak pernah A. Setiap kali dia jadi guru untuk subjek tu di kelas aku, maka pasti setahun tu keputusan peperiksaan aku untuk subjek dia so – so je.

Kadang – kadang ada juga aku bandingkan karangan aku dan kawan – kawan sebaya. Walaupun aku rasa karangan aku sangat cukup baik berbanding mereka, tapi markah aku tidak secemerlang mereka. Sampai satu masa, aku fikir, mungkin aku takkan pernah lulus dalam subjek ni. Tapi Allah maha adil, aku merasa juga dapat A dalam keputusan UPSR untuk subjek ni bila orang lain yang tanda kertas peperiksaan. Huhu.

2) Seperti yang aku bagitahu, aku agak aktif sewaktu di sekolah dan sangat cemerlang dalam olahraga dan sukan. Jadi, semua tahu, semasa darjah 6, kita akan kumpul sebanyak mana points untuk jadi pengerusi persatuan, kelab mahupun sukan untuk membantu dalam mendapat sekolah berasrama penuh nanti.

Masa tu, aku masih ingat lagi, sewaktu memilih pengerusi untuk persatuan, aku antara orang yang di vote ramai oleh murid – murih lain. Masih aku ingat ketika itu, cikgu Z stop kan sekejap undian tu dan berbincang dengan guru – guru lain.

Jadi, seperti dijangka, undian dirombak semula dan pemilihan adalah berdasarkan keputusan guru. Sudah tentu aku tidak dipilih. Sama juga sewaktu pemilihan untuk kelab dan sukan. Kan sudah aku beritahu, sekolah aku kecil sahaja.

Jadi guru – gugu pun muka yang sama jugak lah. Btw, cikgu Z sangat rapat dengan beberapa guru lain. So seperti biasa, guru – guru tersebut juga tidak menyukai aku. Ada banyak je perkara – perkara yang cikgu Z buat untuk cuba memaIukan aku sewaktu kokurikulum. Malas aku nak cerita. Sebab tu aku benci setiap hari rabu petang, kena pergi koko.

3) Yang paling tidak boleh dilupakan, di sekolah aku ada sebuah stor sukan. Dalam stor sukan tu, ada tv. Masih aku ingat, masa tu aku darjah 4 atau 5 macam tu, aku dan kawan – kawan yang lain sedang bermain di perkarangan sekolah berdekatan stor tu sementara nak tunggu kafa petang.

Sedang syok kitorang berlari – lari bermain macam – macam permainan, tiba – tiba cikgu Z panggil dan ajak untuk tengok cerita bawang merah bawang putih di dalam stor tu. Bayangkan, masa tu aku bermain dengan kawan kawan mungkin seramai 6, 7 orang.

Cikgu Z sebut nama seorang demi seorang untuk ajak menonton cerita tu. Hanya nama aku tidak disebut. Kawan – kawan aku yang lain semua berlari lah sebab nk tengok cerita tu. Seorang kawan aku ajak aku tengok sekali.

Tapi aku cakap, takpelah, pergi tengok dulu sebab aku nak ke tandas. Padahal hati aku sangat sedih sebab semua orang nama dipanggil kecuali aku. Agak lama aku bermain sorang – sorang dekat luar, jadi aku nekad, aku nak tengok jugak cerita tu.

Tak tahu lah apa aku fikirkan masa tu, aku pun lalu depan bilik sukan tu kemudian aku pura – pura ada orang tolak aku dari luar so aku jatuh macam terbang ke dalam bilik stor tu, boleh imagine tak? Hahaha. Pastu aku pun pura – pura cakap ‘ish apa tolak – tolak ni’ padahal tak de sape tolak pun.

Masa tu semua toleh kat aku termasuk cikgu Z, tapi bila aku tengok muka dia macam menyinga, aku pun bangun slow – slow dari jatuh tu then keluar dari bilik tu. Masa tu macam – macam cara aku fikir macam mana nak tengok jugak cerita tu, jadi aku pun pergi belakang sekolah, then slow – slow aku tinjau dari tingkap belakang bilik tu.

Nasib aku baik sebab dorang menghadap tv membelankangkan tingkap. Dapat lah aku berdiri dan tengok dari tingkap tu sorang – sorang. Dah nak sampai je waktu kafa, aku pun berlari balik pergi depan sekolah sebelum dorang semua keluar. Haha.

Bila ingat balik, rasa macam b0dohnya aku masa tu. Tapi aku still kanak – kanak, sama macam yang lain – lain. Sebenarnya, banyak je lagi perkara – perkara yang tak indah yang aku lalui di sekolah rendah dulu. Contoh macam pertandingan ke tarian ke, mesti aku selalu tidak dipilih.

Pernah aku dipilih masuk debat itupun sebab takde yang layak lagi untuk dipilih, jadi terp4ksa lah kawan cikgu Z tu pilih aku last minute. Alhamdulillah menang juga walaupun aku diberi skrip very the last minute. Haha.

Jadi, perkara – perkara yang berlaku ni semua tak pernah aku lupakan. Aku jadi susah nak masuk asrama penuh sebab points kurang walaupun result cemerlang dan sepanjang zaman persekolahan, selalu rasa macam semua guru tak suka kita.

Setiap kali masuk tahun baru atau exam, aku ada pergi minta maaf dengan guru – guru, tapi macam biasa, cikgu Z palaukan aku. Haha. Agaknya, kenapa lah dia benci aku sangat. Jadi, aku belajar dengan cemerlang dan dapatkan kerja yang bagus sebab nak ‘baIas’.

Aku pernah terfikir, satu hari nanti aku nak sangat jumpa dia dan tanya dia, apa salah aku pada dia supaya aku boleh maafkan dia andai betul aku yang bersalah. Alhamdulillah, untuk sekarang, aku bersyukur dapat bekerja dalam bidang professional tapi belum sempat aku nak lunaskan impian aku untuk berjumpa dia, dia telah terlebih dahulu pergi menghadap ilahi.

M4yat cikgu Z dijumpai di dalam rumah dia setelah beberapa hari dia meninggaI dunia. Dia hidup sendirian dan masa tu takde sape sedar kehilangan dia. Tahu – tahu, jiran terbau busuk dan report polis. Takde unsur jen4yah pun cuma mungkin dah ajaInya.

Semua orang yang tahu cerita ni terutama ibu aku, sudah berulangkali nasihatkan aku untuk memaafkan dia. Tapi entahlah… Mungkin satu hari nanti aku dapat lupakan segalanya dan memaafkan, tapi entah bila.. – A (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Ana Ahmad : Aku pernah kena body sh4ming dengan cikgu aku. Terus terangla aku sebut nama dia Azman. Aku bersaiz montel. Aku pandai main pianica masa skolah dulu. Sampai aku boleh main muzik boria sendiri tanpa tengok note atau diajar.

Bila hujung tahun.. aku cadangkan kat cikgu kelas aku, cikgu Arshad.. nak buat persembahan boria dan aku nak main pianica. Cikgu Arshad setuju dan pass kan ke Cikgu Azman sebab dia lebih pandai muzik. Bila susun atur murid.

Dia letakkan aku di belakang sekali sebab saiz aku besar (sambil buat gaya orang gemuk depa tangan) Padahal 2 lagi kawan aku yang main pianica juga (itupun guna note yang aku tulis) dia letak kat depan. Akibat perbuatan dia.. kawan – kawan lelaki aku mengejek aku dengan tiru gaya dia buat tu.

Sumpah.. sampai harini aku tak lupa. Lebih aku geram.. masa hari persembahan diumumkan bahawa kumpulan di bawah pimpinan dia. Padahal dia hanya menyibuk susun kawan – kawan aku yang agak lawa di depan je.

Muziknya dan lirik boria, aku yang buat. Sukar untuk aku maafkan sampai harini. Walaupun dah 30 tahun berlalu. So.. aku faham sangat perasaan kau tu. Kita senasib.. aku taknak baIas d3ndam. Cuma aku minta Allah pulangkan balik segala apa yang dia buat tu sebab itu “hak” dia. Dia yang cipta.. maka itu adalah “hak” dia.. dan “hak” dia sepatutnya pulangkan balik kepada dia. Supaya dia rasa apa yang aku rasa.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.