Ketika itu, isteri cikgu sedang berpantang anak yang keempat. Lepas mereka bercerai, isteri cikgu ada hubungi aku dan dia minta gantikan tenpat dia sebagai isteri cikgu. Nak dijadikan cerita, aku pun berkahwin dengan cikgu..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Hai, aku Nur (bukan nama sebenar) berumur 23 tahun. Cerita ni tentang aku dan seorang cikgu (bukan cikgu sekolah) bagaimana aku jumpa dia dan kami bersama. Aku telah disahkan mengidap s4kit mental Post Syndrom Tr4um4tic Dis0rder oleh doktor yang merawat aku kerana 7 tahun lalu aku telah did3ra oleh bekas kekasih aku dan aku mengalami tr4uma yang teruk yang aku hampir mahu bvnvh diri.
Mulai saat itu aku mula mencari sesuatu untuk aku kembali ceriakan hidup aku. Dan satu hari aku berjumpa dengan Cikgu M. Aku belajar dengan dia. Aku mula rasa selesa dengan cikgu M. Walaupun aku tahu cikgu M sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak sebab masa belajar aku nampak gambar wallpaper handphone dia.
Aku teruskan belajar dan dalam masa sama aku ada bercerita tentang diri aku dengan cikgu M. Cikgu M menaw4rkan diri untuk bantu pulihkan aku dari s4kit mental aku. Pada mulanya aku anggap mungkin nak bantu aku setakat itu saja tetapi lama kelamaan, aku dan cikgu M terjatuh sayang antara satu sama lain tanpa pengetahuan isterinya.
Cikgu M bantu monitor pengembangan kesihatan mental aku, bawa aku pergi check up doktor psiki4trik aku dan cuba bahagiakan aku. Cikgu M ada beritahu aku untuk cuba berkawan dengan isterinya. Aku takut tetapi aku cuba whatsapp isterinya dan memperkenalkan aku ni sebagai pelanggan sebab isteri cikgu M ni dia jual product kecantikan.
Isteri cikgu M layan aku dengan sangat baik dan masa tu aku rasa macam lebih takut untuk terus berkenalan dengan isteri cikgu M ni. Aku pun hentikan whatsapp isteri dia. Dan dia tak p4ksa aku untuk terus berhubung dengan isterinya.
Hampir 5 bulan berkawan dengan cikgu M dan isterinya tahu tentang hubungan aku dan cikgu M. Isterinya minta berjumpa dengan aku dan aku setuju berjumpa. Pada hari aku berjumpa isterinya tu, isterinya sedang dalam tempoh pantang anak keempat mereka.
Isterinya baik tak ada marah atau tengking aku. Isterinya bercerita tentang diri dia, anak dia, zaman belajar dia dan aku mendengar semuanya. Dan masa tu aku minta bantuan isterinya, aku tak nak lagi jadi orang ketiga dalam rumahtangga mereka. Isterinya ok sudi bantu aku.
Selepas perjumpaan itu, aku berhubung dengan isterinya cuma 3-4 hari saja macam tu sebab aku dah rasa serba salah untuk teruskan hubungan aku dan cikgu M. Tetapi sem4kin aku cuba menolak, m4kin dekat aku dengan cikgu M dan cikgu M sangat ambil berat terhadap aku.
Susah untuk aku lepaskan cikgu M walaupun dalam masa sama aku tak nak sampai terjadinya perpisahan antara cikgu M dan isterinya. Aku pernah beritahu cikgu M, aku sudi untuk jadi isterinya yang kedua. Cikgu M suarakan hasratnya pada isterinya dan isterinya tidak setuju.
Mungkin kalau aku di tempat isterinya juga aku tak setuju. Ye la, suami nak kahwin lain masa dalam pantang. Aku pun boleh terima dan isterinya pun pernah tanya aku, kalau suami sayang aku, perlu ke suami ada wanita lain? Aku pun jawab tak perlu dah.
Tetapi cikgu M dah hampir berjaya pulihkan kesihatan mental aku dan aku tak tahu apa akan jadi kalau aku putuskan hubungan aku dengan cikgu M. Nak dijadikan cerita setelah hampir setahun hubungan aku dan cikgu M, cikgu M beritahu aku yang isterinya telah memfailkan cerai terhadap cikgu M.
Cikgu M tak nak berpisah dengan isterinya dan dalam masa sama sayang pada aku. Lepas dari jumpa dulu tu, aku terus tak berhubung lagi dengan isterinya sebab aku takut. Lupa aku nak cerita, hubungan aku dan cikgu M ni hanya diketahui oleh ayah aku. Ayah aku ada nasihatkan aku kalau nak kahwin dengan cikgu M mesti dia masih ada anak dan isterinya lagi.
Pada hari mereka dibicarakan tentang perceraian tu, aku tak keruan takut sebab aku dapat rasa apa yang terjadi antara cikgu M dan isterinya adalah punca dari aku. Tetapi aku sayang sangat pada cikgu M dan rasa tak sanggup aku nak tinggalkan cikgu M dan cikgu M beritahu aku mereka telah berpisah cara baik.
Masa itu aku pun tak tahu nak respon apa pada cikgu M yang dia sudah berpisah dengan isterinya yang mana puncanya adalah aku. Lepas mereka bercerai, isterinya ada hubungi aku dan beritahu aku anggap je hubungan cikgu M dan isterinya dah tak ada jodoh dan isterinya minta gantikan tenpat dia sebagai isteri cikgu M.
Perasaan hati aku bercampur baur antara takut, sedih, suka. Siapa tak suka kan, kahwin dengan orang yang kita sayang. Nak dijadikan cerita, aku pun berkahwin dengan cikgu M selepas 4 bulan mereka berpisah. Cuma perkahwinan kami ni macam belum dapat diterima oleh keluarga cikgu M lagi.
Aku dapat rasa yang mereka tak senang dengan kehadiran aku sebagai orang baru yang menggantikan tempat bekas isteri cikgu M. Cuma aku sangat berharap keluarga cikgu M terbuka untuk menerima aku dan hubungan kami sampai akhir hayat kami.
Setakat hari ni Aku dan cikgu M bahagia walaupun pada riak muka cikgu M macam berat kadang – kadang tetapi dia cakap dia bahagia dapat aku sebagai isterinya. Cuma aku masih rasa takut berhadapan dengan bekas isteri cikgu M dan aku berharap satu hari nanti aku dapat berbaik dengan bekas isteri dan anak – anak tiri aku.
Terima kasih korang yang sudi baca cerita aku yang tak seberapa ni. Cuma aku dah terlajak sayang pada suami orang dan nak patah balik, aku tak tahu macamana dan ini akhirnya cerita aku. – Pena Bisu (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Zahra Masoumah : Disebabkan “cinta”, kesian anak – anak cikgu M kena hadap childhood sampai ke besar takde father figure sebab “kisah percintaan korang”. Depr3ssion ke apa, saya bukan la nak judge, family saya pun ada depr3ssion, u dah tau dia suami orang, letak gap.
Ni benarkan kemesraan berlaku. Normal la tu keluarga Cikgu M tak boleh terima kau, elok cikgu M dan bini ada 4 anak bertahun kahwin, musn4h macam tu je dengan gadis muda. Dua – dua salah, cikgu M dengan awak sama je salah.
Sibuk nak tolong perempuan lain tak perlu sampai nak memperisterikan. Kalau tak bersepah dah doktor – doktor psiki4tri kawin baru sebab nak bantu. Terfikir apa la perasaan anak – anak tu terhadap bapanya tinggalkan mak dia demi pucuk muda.
Rizal Rodzuan : Takpe la kak, nanti dia ajar anak murid perempuan lain, lepas tu jatuh cinta, nak kahwin, jangan masa tu ko mer0yan ya sebab kurma itu wujud. Jangan pula lepas tu korang pula g4duh, dia kahwin student tu, lepas tu ajar murid lain, jatuh cinta.. Haa begitulah seterusnya sampai abg jamil m4mpus.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.