Saya cuba pert4hankan rumahtangga sebab saya datang dari ‘br0ken family’

Saya pelik lihat rantai dan gelang anak2 saya tiada. Malah barang kemas isteri yang keseluruhan bernilai RM 50,000. Segalanya terb0ngkar apabila anak saya menghulurkan telefon isteri saya dan kebetulan pada waktu itu, telefon tersebut ‘unlock’…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Sebagai pengenalan kepada diri saya, saya berumur 30 an, Alhamdulillah, mempunyai kewangan yang kukuh dan perkerjaan yang baik. Baru sahaja menamatkan pengajian dalam Ph.D.

Mungkin orang melihat saya tersenyum, hidup penuh denga gelak tawa, tetapi hati saya menyimpan seribu satu persoalan yang tak mampu di jawab. Saya tidak pernah bercinta dengan isteri saya, Alhamdulillah, Allah SWT mengaturkan pertemuan kami cukup indah.

Melalui keluarga isteri dan terus kami berkahwin dalam masa yang singkat. Isteri saya mempunyai keluarga yang baik dan amat mementingkan agama. Setelah dua tahun kami berkahwin, ALLAH SWT mengurniakan saya sepasang anak kembar seiras.

Allahu, saya bersyukur sangat atas rahmat ALLAH SWT yang diberikan ini. Namun demikian, saya buntu dalam membentuk isteri saya. Memang benar, tanggungjawab suami ini berat, dan saya juga telah mencuba sehabis baik dalam menjaga dan membantu isteri saya ini.

Memasak, menjaga anak, dan mengemas rumah, saya uruskan semua. Ini kerana isteri saya banyak menghabiskan masa dengan telefon. Sudah berulang kali saya menegur secara lembut, tetap masih tiada perubahan.

Malah, adakalanya, isteri saya membeli telefon bimbit baharu sekiranya saya menyembunyikan telefon beliau. Isteri saya tidur lewat, dan ini menyebabkan beliau bangun lambat daripada tidur. Selalunya waktu tidur beliau setelah subuh dan bangkit pada pukuI 2 atau 3 petang.

Sekiranya anak saya sedar ketika isteri saya tidur, saya akan membawa anak saya ke pejabat dan selepas pukuI 3 petang, saya akan hantar pulang anak saya dan kembali ke ofis. Jarak tempat kerja dan rumah, lebih kurang 5 minit.

Pekerjaan saya mengambil masa tidak mengenal masa, tapi demi anak, adakalanya saya terp4ksa bergegas pulang untuk mandikan anak dan memasak. Semua urusan rumah dari segi menyapu, mop lantai, semuanya saya uruskan sendiri.

Memang pernah saya minta tolong isteri uruskan, tetapi tiada sebarang tindakan daripada isteri saya. Mungkin ada yang mengatakan saya dayus, ya mungkin itu istilah yang tepat. Cuma saya tak nak anak saya mengaIami apa yang saya telah aIami dahulu.

Saya datang daripada keluarga yang berpecah beIah. Ayah saya merupakan seorang yang panas baran dan kerap meny4kiti ibu saya. Jadi saya tidak mahu benda ini berulang lagi dalam hidup dan diri saya. Saya telah cuba mengambil pendekatan dengan menasihati, sehinnggalah mengasingkan tempat tidur.

Tapi semuanya tidak membuahkan hasil. Saya bawa isteri saya ke kuliah agama, mendengar nasihat mengenai ilmu rumah tangga juga tidak mendatangkan hasil. Hinggalah pada suatu hari, saya berserah dan bersujud kepada ILLAHI untuk meleraikan kekusutan yang timbul.

Sekembalinya saya dari outstation, saya melihat rantai berserta loket, gelang kedua – dua beIah tangan, gelang kaki anak perempuan saya tiada. Saya diamkan perkara ini. Saya juga lihat benda yang sama berlaku pada isteri saya.

Duit yang saya berikan pada isteri saya juga sentiasa habis. Jumlah barang kemas isteri dan anak saya mencecah 50k. Apabila diajukan duit poket yang saya berikan kepada beliau dihabiskan ke mana dan di mana semua barang – barang kemas tersebut.

Beliau bagitahu yang beliau simpan di rumah dan akan keluarkan ketika kecem4san. Saya bagitahu pada isteri saya, baguslah jika mempunyai pelan sebegitu. Untuk pengetahuan pembaca, sebelum saya berkahwin, saya telah menyediakan sebuah rumah yang selesa dan mempunyai segala kelengkapan.

Malah selepas kahwin, setiap bulan saya akan menyediakan barang dapur, pakaian dan duit poket untuk isteri. Segalanya terb0ngkar apabila anak saya menghulurkan telefon isteri saya dan kebetulan pada waktu itu, telefon tersebut ‘unlock’.

Saya dapat melihat banyak transaksi online dan carta – carta aliran bagi perniagaan mata wang yang janggal bagi saya. Terlalu banyak ‘screensh0t’ dan transaksi yang berlaku. Jadi saya hantar semua bukti tersebut ke dalam telefon bimbit saya.

Ada juga chat dan perbualan telefon yang lama dan ‘caring’. Apabila saya hubungi, ternyata ianya lelaki. Apabila saya bertanya apa hubungan dengan isteri saya, lelaki tersebut menyatakan sebagai ‘kawan’. Buat pertama kali dalam hidup, saya memberi amaran kepada orang lain dan saya menitiskan air mata saya.

Untuk mengukuhkan lagi dakwaan bahawa isteri saya terlibat dengan perniagaan, saya juga telah membuka satu fail dan menemui surat gadaian di Ar-Rahnu. Nilai gadaian berjumlah 40k dalam surat berasingan mengikut barang kemas.

Sekali lagi hati saya bagai dihemp4s. Saya masih ingat bahawa gelang saya belikan untuk anak saya adalah hasil duit hadiah yang saya dapat semasa menjadi pelajar terbaik di luar negara dahulu. Saya tidak menggunakan duit tersebut sedikit pun, malah membeli 3 utas gelang tangan untuk isteri dan anak.

Saya cuba mengawal em0si saya dan memberitahu segala kejadian kepada mertua saya. Saya memberi pilihan kepada isteri di depan mertua saya. Jikalau ingin pulihkan semua ini, bertaubat dan saya akan terima dengan redha.

Sekiranya tidak, isteri saya boleh memohon penceraian di mahkamah. Malangnya, isteri saya telah memilih untuk berpisah dengan saya. Bila saya tanya, apa salah saya? Isteri saya menjawab, saya tiada salah. Cuma dia ingin berjaya dan membuat keuntungan.

Saya bertanya, apa yang terjadi kepada duit tersebut. Isteri saya menjawab yang duit tersebut telah rugi disebabkan pasaran yang tidak menentu. Setelah beberapa ketika, isteri saya telah pergi ke mahkamah dan saya masih tidak putvs berdoa agar isteri saya bertaubat.

Saya lebih melihat kepada kesan penceraian terhadap anak saya kelak. Anak saya tidak berd0sa. Tapi dalam masa yang sama, semua ini tidak akan berakhir sekiranya isteri saya tidak berubah. Bukan duit yang saya risaukan, malah barang kemas tersebut telah saya tebus.

Sekarang, saya rasa hidup saya kosong sebab anak – anak berada dengan mertua. Saya hanya mampu berdoa dan ALLAH SWT lembutkan hati isteri saya. Doa saya masih tidak putvs. Mertua setiap hari hubungi saya agar bersabar.

Keluarga, sahabat saya tidak mengetahui apa yang terjadi kepada saya. Di sebalik tawa saya, saya menyimpan seribu duk4. Sudah hampir setahun saya menanggung dan berpura – pura gembira di hadapan sahabat dan rakan sekerja.

Yang boleh menghiburkan sedikit hati saya ialah kerja sukareIawan yang diadakan pada setiap hujung minggu, khususnya senyuman anak yatim yang boleh mengurangkan kesedihan di hati saya. Dalam tahajjud malam, tiada apa yang saya mohon, kecuali semua ini akan pulih walaupun jauh di sudut hati saya, ianya tidak akan berlaku.

Saya harap, anak – anak saya tidak mengaIami apa yang saya sudah lalui. Penceraian bukanlah suatu benda yang mudah untuk anak kelak. Saya berjaya dalam bidang saya disebabkan didikan ibu saya dan ketabahan beliau. Saya mohon doa daripada pembaca agar mendoakan kesudahan yang baik untuk saya. – Hasril

Komen Warganet :

Sayyid Rifaa Al-Kheirid : Sedap sangat yang komen lelaki macam ni satu dalam sejuta, seolah – olah mcm lelaki banyak yang jahat dari baik , padahal kat mahkamah banyak cerai kes isteri curang, tak bertanggungjawab dan lain – lain, lagi banyak dari lelaki yang bermasalah.

Itu tak termasuk jenis lelaki yang memilih untuk berdiamkan diri, nampak lelaki jahat sebab banyak perempuan suka bukak cerita 4ib suami kat public. Lelaki tak banyak yang open kat public, padahal kes perempuan curang berIambak – Iambak, kalau aku cakap isteri confessor ni satu dalam 10 perempuan agak – agak adil tak. Tak pernah duduk pejabat agama tak yah sembang,

Siti Zaharah Sulong : Allahhu baiknya awak tuan confessor, melalui penulisan ini saya yakin yang tuan tidak pernah mengasari isteri tuan. Betapa tuan seorang yang sabar dan bertanggungjwb. Kesudahan yang baik saya doakan tuk tuan dan semoga tuan diberikan bahagia yang amat sangat suatu hari nanti.

Asma Ibrahim : Bila suami baik, isteri pulak buat masalah. Tak bersyukur. Semoga encik confessor diberikan yang terbaik dalam hidup. Diberikan jalan keluar..sedih pulak baca bila dapat isteri yang tak pandai menghargai..

YaMujib Rahm4ti Mahfuzah Nuqman : Saya pon rasa macam dunia nak kiam4t after bekas suami failkan perceraian. M4ti m4tian saya kata tidak mahu diceraikan sebab sangat sayang rumahtangga dan kesian pada bayi saya.

Tiada orang yang berkahwin nak bercerai. Rupa rupanya hati dia dengan wanita lain. Alhamdulillah lepas 3 tahun saya bahagia dengan anak dan finally moved on. Dapat terima takdir Allah. Semoga kuat semangat! Serahlah semua pada Allah.

Mayang Sari : Begitulah hidup ni tuan..diberi nikmat harta, pelajaran, kerjaya tapi diuji dengan sikap manusia dan alam perkahwinan. Allah knows the best for us. Syukuri dgn ujian ini, bersangka baik dgn setiap dug4an pasti Ada hikmah yang tersembunyi.

Allah Maha Adil dan Pengasih. Tuan carilah kebahagiaan sendiri. Bercerai bukan bererti tamatnya hidup. Malahan boleh jadi permulaan sinar yang baru. Yang pertama memang istimewa, namun yang kedua ada bahagiannya. Selamat maju jaya dalam hidup dunia n akhir4t.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.