Cukup umur 13 tahun, ibu haramkan aku makan masakan dia. Aku akan jadi pencuri makanan dalam rumah

Pelik, aku jadi m4ngsa pilih kasih ibu. Aku si malang, difitnah mencuri duit ayah aku. Masuk umur 13 tahun, ibu melarang aku sentuh masakannya. Hanya berbekalkan minum air paip, makan buah mangga, limau setiap hari. Kadang – kadang aku jadi pencuri dalam rumah..

#Foto sekadar hiasan. Si malang. Ya aku anak yang malang. Sejak kecil tidak pernah dapat kasih sayang. Aku si malang. Sekolahku terus darjah 1 tidak seperti adik beradik aku yang lain, sempat merasa sekolah tadika.

Aku yang malang tiap hari pukuIan dan makian aku terima dari ibu kandung aku sendiri. Aku anak yang malang, hanya akan dibelai oleh ibu ketika dia perlukan aku untuk suruh pergi hutang beras di kawasan kejiranan, lepas dari situ bermula la nasib si malang dipukuI dihina.

Tidur bertemankan air mata, makan apa yang ada, pergi sekolah berjalan kaki jaraknya bukanlah dekat untuk anak sekecil aku. Berbekalkan 20 sen itu pun kalau ibu aku baik hati, salam aku di tepis seperti insan yang meminta simpati.

Balik dari sekolah, ibu terus arahkan aku memasak, mencuci kain, mem0tong ikan. Tidak terkira berapa s4kitnya tangan aku yang terIuka, kuku kaki aku yang terkopek disebabkan terkena air berterusan. Aku si malang, difitnah mencuri duit ayah aku.

Aku nafikan kerana bukan salah aku, tapi ibu tetap menuduh aku, sedangkan ibu tahu itu salah abang aku sendiri. Di kala ayah kerja, Ibu sumpah aku jadi peIacur, ibu halau aku dari rumah, tapi dengan umur yang masih mentah aku mahu ke mana?

Teringatkan ayah, lagi membuat aku takut untuk pergi. Kerana akan jadi sebaliknya aku yang akan difitnah.. Berumur 13 tahun, ibu melarang aku sentuh masakannya. Tidak pernah membelikan aku pakaian, apa lagi seluar dalam, demi ALLAH, itulah aku si malang.. Hidup aku cukup tersiksa dengan hidup seperti ini.

Bila kawan – kawan ibu datang bercerita, ibu akan burukkan diri aku tidak pandai menolongnya.. berbeza pula dengan adik beradik aku.. Semua cerita yang indah – indah. Jangan persoalkan ke mana ayah.. Kerana tiap kali ibu mend3ra aku, dia akan pastikan yang ayah tiada di rumah.

Bekal ke sekolah yang ayah bagi, tidak pernah sampai di tangan aku. Berat badan aku dengan umur aku tidak normal seperti perempuan lain, kerana aku bukan kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang. TAPI aku akan menjadi pencuri di rumah sendiri, mencuri makanan apa yang boleh di makan.

Jangan ditanya tenaga aku hanya cukup – cukup untuk aku bernafas, berbekalkan minum air paip, makan buah mangga, limau.. Baju aku hanya 1.. untuk aku pakai tidur, yang lain semua baju adik beradik. Itupun ibu buang baju aku dilonggokkanya dekat lantai dapur.. Ya aku si malang.

Bila ambil report kad di sekolah.. Ibu tidak pergi ke kelas aku, ibu hanya urus adik beradi aku. Aku hanya mampu memandang dari jauh, melihat ibu balik bersama abang aku. Ibu tidak pernah menganggap aku anaknya sampai sekarang.

Ayah tidak pernah tahu apa yang terjadi sebenarnya hinggakan ayah panggil aku anak derh4ka. Ayah tidak pernah cuba bertanyakan aku sendiri apa sebenarnya, kerana aku bukanlah jenis yang berani bersuara disebabkan takut pen4mpar yang sampai dulu sebelum mulakan bicara.

Ayah? Dulu aku bangga ada ayah tanpa ibu.. Aku usaha membahagiakan ayah. Tapi ayah seperti mengambil kesempatan dari aku dan suami. Ayah bandingkan adik beradik aku, ayah bezakan cucu – cucunya.. Bukan hanya aku yang malang.

Tapi anak dan suami aku pun ikut malang kerna dipulaukan oleh keluarga aku sendiri. Aku bahagia sekarang tanya ayah ibu. Berayah ibu tapi sebenarnya aku anak yatim piatu. Cukup kenangan ini buat aku menjauh dan cuba hidup dengan keluarga kecilku.. Allah tidak pernah tidur.. Aku Anak yang Malang.. – Si Malang (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Que Ashiela : Sedihnya membaca d3ritamu dari kecil. Mengapa ibumu bersikap seperti kamu bukan anak kandungnya.. jika bukan anak kandung pun perlu diberi kasih sayang. Tidak terjangkau dek akalku mengapa si ibu bersikap k3jam begitu!

Allahuakbar, benar sungguh malang nasibmu. Sekarang sudah berkeluarga sendiri, jagalah keluargamu terutama anak – anak dengan penuh kasih. Semoga Allah menjaga dan merahm4ti hidupmu. Sesungguhnya kamu adalah si ‘bertuah’ bakal penghuni syurga. Ameen.

NurAz Wan : Walau apa alasan ibumu memperlakukn kau sedemikian rupa, alasan itu tidak akan diterima sesiapa pun yang w4ras dan aku yakin Allah juga tidak akan terima. Tapi yang berlalu sudah berlalu. Berhentilah berharap pada mereka.

Ajaklah suamimu pindah jauh – jauh dari mereka dan tidak perlu perkenalkan mereka kepada anak – anakmu, kerana racun yang mereka bawa mungkin akan terpercik pada anak – anakmu, yang tak tahu apa – apa. Teruskn kehidupnmu tanpa manusia – manusia t0xic. Banyak lagi bahagia yang boleh dicari.

Fatimah Tayeh : Buang dend4m, kerana yang s4kit nanti hanya dirimu. Buang kenangan, kerana yang s4kit nanti hanya mentalmu. Buang semuanya kes4kitan lama, menjauh sejauh yang boleh kerana nanti hidupmu makin mend3rita. Sesungguhnya mereka itu punca segala tr4uma mu. Cukup.. cukup segala sengsaramu. Bina hidup baru, gembirakan anak – anakmu. Jaga rumahtanggamu. Jangan dibiarkan mereka mengganggu lenamu lagi.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.