Dia taknak mengaku ‘curi’ baju, bila buka je beg baju tu tiba-tiba kami bau busuk

Tyra mengadu baju2 dan anak patung dia hilang dalam bilik. Bila kami tanya, dia m4ti2 tak mengaku. Tyra ambik dua beg baju dia dan masa bukak tu satu rumah bau busuk yang aku sendiri tak pernah bau busuk macam tu.. Korang tahu tak apa yang kami jumpa..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca, aku nak share 1 pengalaman aku beberapa tahun yang lepas masa aku diploma dulu. Pernah baca entri pasal roommate atau housemate pengotor? Dulu kalau baca dekat FB, aku mesti rasa macam, ‘hmm tokok tambah saja ni’ sebab pemalas atau pengotor aku pun aku rasa dah tahap dewa tapi tak sangka ada orang lagi pengotor dari aku.

Pertama sekali aku nak terangkan tentang keadaan rumah ni, ada 3 bilik tidur, bilik tidur utama untuk 4 orang, bilik tidur kedua untuk 2 orang dan bilik tidur ketiga di bahagian dapur untuk 2 orang. Jadi kalau ikutkan semester panjang semua penghuni akan balik ke rumah sewa.

Tapi disebabkan kejadian ni masa semester pendek, jadi penyewa yang sedia ada berpakat untuk mencari penyewa sementara untuk semester pendek memandangkan dorang semua tak ambil semester tu. Jadi rugiIah kalau bayar rumah tu kosong sepanjang 3 bulan tapi tak duduk kan?

Jadi dengan kehadiran penyewa baru, dapatlah kurangkan sedikit kos sewa rumah tu. Ok story dia bermula bila dah mula semester pendek. Masa ni aku duduk asrama sebab bulan puasa, malas laa nak duduk rumah sewa sebab untuk sem panjang aku akan pindah rumah baru.

Sebelum ni aku sewa sorang saja, bila sem panjang akan datang aku rasa nak sewa dengan kawan aku, aku perkenalkan sebagai Tyra. Ok untuk pengetahuan korang Tyra ni laa yang cari rumah, kumpul duit sewa, bayar bil api air semua.

Nak dijadikan cerita masa sem pendek rumah kosong. Dorang tak nak la kena bayar banyak. Dorang carikan 2 orang penyewa baru untuk kurangkan bebanan yang ditanggung. Maka bermulalah kisah penyewa baru antara kak Hajar dengan akak berpurdah sorang ni (tak ingat course apa).

Kak Hajar ni cara dia cari rumah elok la, bayar sewa semua tapi akak berpurdah ni cari rumah last minute. Tyra pulak jenis dia baik sangat cepat kesiankan orang, walaupun dengan tak bayar deposit 1 bulan Tyra terus terima akak ninja ni sebab dah nak bukak sem baru dan akak ninja ni ada masalah kewangan masa tu.

Bulan makan bulan, sampai laa masuk hujung semester pendek dalam 3 bulan jugak la kalau tak silap akak ninja tu masih tak bayar duit rumah dengan pelbagai alasan dia bagi. Tyra tak ambil sem pendek,  terp4ksa laa masa hujung sem tu dia datang rumah sewa sebab nak minta duit sewa dekat akak ninja tu.

Terk3jut jugak laa aku kenapa Tyra datang tiba – tiba, lepastu baru dia bukak cerita dengan muka sedih. Selama akak ninja tu duduk dalam rumah tu, semua duit bayaran sewa dan bil Tyra yang dahulukan sebab banyak sangat alasan sampai tertunggak bayaran.

Aku pun macam, “hmm kenapa laa Tyra ni b0doh sangat cepat kesian dekat orang!” Nak marah nasi dah jadi bubur, jadi aku kata dekat Tyra duduk je rumah tu sampai dia bayar sewa tapi Tyra pulak kata tak boleh sebab ada urusan lain lagi.

Nak tak nak aku terp4ksa masuk campur sebab semua orang tahu aku ni agak tegas sikit dan orang – orang rumah Tyra semua setuju untuk aku selesaikan masalah ni. Malam tu Tyra tidur rumah sewa dia untuk jumpa akak tu. Tyra ada whatsapp aku minta aku tidur rumah tu jugak malam tu tapi aku tak boleh sebab hujan lebat.

Aku mintak Tyra hantarkan gambar akak ninja tu dalam whatsapp group. Nampak muka macam baik laa. Esoknya aku datang rumah, dah petang dan malam tu aku duduk dekat rumah tu sebab nak bincang pasal bayaran. Aku datang tu aku terk3jut tengok akak ninja tu pakai baju yang semalam Tyra bagi gambar tu.

Aku pun macam, ‘hmmm mungkin baju dia yang lain tak basuh lagi kot’ tapi tengok muka memang muka tak mandi lagi. Masa aku datang tu dah petang tak tahu laa pukuI berapa dia ni nak mandi. Masuk jam dalam 10 malam aku, Tyra dan kak Hajar berkumpul laa dekat ruang tamu rumah nak bincang sikit sebab ada masalah lain lagi selain bayaran tertunggak tu.

Kami cadang panggil saja akak ninja tu untuk cakap ‘face to face’. Akak ninja tu asyik ulang ayat sama dan aku desak dia untuk bayar, dia buat muka kesian kemudian pandang Tyra sebab dia tahu dengan aku tak boleh berdolak dalih.

Selesai isu bayaran sewa rumah aku bagi masa tempoh 1 minggu untuk langsaikan sewa rumah 3 bulan tertunggak tu. Masuk pulak isu baru yang kami bincang sebelum ni. Kan aku cakap Tyra tidur rumah tu kejapkan semalam? Ok Tyra perasan anak patung dia, baju  -baju dia semua hilang dari almari.

Sebelum ni dia dah tanya kak Hajar pasal ni tapi kak Hajar cakap yang pernah masuk bilik Tyra tu kak ninja sorang saja dan memang selalu kak ninja tu stay bilik Tyra. Tyra berkongsi bilik dengan Mia dari mula – mula masuk rumah sewa tu lagi.

Lepas dah habis isu bayaran, terus Tyra tanya mana baju – baju dia yang ada dalam almari tu. Kemudian akak ninja tu kata tak tahu, jenuh bertik4m lidah jugak malam tu, terus Tyra ambil 2 beg pakaian akak ninja tu. Tyra bukak beg pakaian akak ninja tu depan kami semua, korang nak tahu jadi apa lepas tu?

Satu rumah bau busuk giIa, bau ni aku tak pernah bau lagi sebelum ni. Nak munt4h pun ada. Kemudian masa Tyra punggah ambil baju – baju dia yang akak ninja tu ‘pinjam’ tetiba kami nampak tuala wanita yang dah di pakai ada dalam beg baju tu.

Semua mata melopong kejap. Patut laa bau punya kuat, aku langsung tak sentuh semua baju tu start dari bukak beg tu lagi sebab dah bau pun cukup buat aku rasa nak termunt4h. Boleh bayang kan tak macam mana dia boleh hidup dengan baju baru beli (siap dalam pack plastik) campur dengan baju yang entah pernah pakai ke belum kemudian campur dengan pads yang dah pakai tapi tak reti nak buang?

Lepas selesai Tyra agihkan barang – barang kepunyaan dia kemudian Tyra siap ternampak ‘pakaian dalam’ roommate Tyra (Mia) pun ada dalam tu. Tapi Tyra tak ambil pun harta Mia tu sebab eii geIi weh kalau pakaian dalam pun kau nak rembat.

Lebih kelakar akak ninja tu mengaku semua tu yang dia punya sampaikan Tyra tunjuk bukti tag jenama tu baru kantoi bukan yang akak ninja tu punya. Part aku tak boleh lupa dia siap tak mengaku dan main nama Tuhan wehh.

Selepas dah selesai benda ni dan akak ninja tu dah ‘keluar’ dari rumah tu baru laa kami tahu rupanya dia memang bermasalah dekat rumah – rumah sewa yang lain. Aku tak tahu la macam mana orang macam tu boleh teruskan hidup dia dan macam mana dia boleh ada pakwe masa tu.

Agak – agak pakwe dia tahu tak dia pengotor? Aku tak boleh lupa akak ninja tu tanya Tyra, “Wawa ni anak polis ke?” Moral of the story jangan cepat kesian dan percayakan orang, kalau dah pakai pads tu buang laa woii habis 1 rumah bau (sesungguhnya kebersihan itu separuh daripada iman) dan muka baik ni jangan percaya dia ni baik 100%. – Si Garang (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Aisyah Nur : Berpakaian mengikut syariat bukan bermakna seseorang itu dah betul – betul faham agama. Dan kita jangan jadikan pakaian tu benda yang patut dikeji atau dipuji melebihi akhlak yang ditonjolkan. Pakai tutup aur4t dapat pahala, pengotor bukan akhlak yang mulia.

Pakaian tak tutup aur4t tak dapat pahala, pembersih akhlak yang mulia. Jadi apa bezanya? Takda beza pun kalau kita nak cakap lebih – lebih kalau memperihalkan sikap orang melalui pakaian yang tak seiring dengan akhlak yang ditonjolkan.

Farah Ant : Entahlah ya. Time – time gini aku rasa ada mak mulut petir tu sesuatu yang sangat bagus. Bila dah selalu mak tu memetir suruh bersih itu ini, lama – lama kita membesar dah habit untuk jadi pembersih. Dan tolonglah ye, mak – mak dan bakal mak sekalian.

Anak umur 5 tahun dah boleh start ajar buat benda – benda basic kebersihan. Jangan tunggu dah jadi anak d4ra, ha…payah. Room mate aku dulu pernah seorang. Baik budaknya, Alhamdulillah. Tapi tak reti mengendali kain baju.

Qaleesya Umaira : Benda nie terjadi pada orang terdekat dengan aku sendiri. Kalau tengok luaran penampilan dia mesti jaga, nak keluar pakaian wajib iron, berbedak, lipstik, eyeliner. Tengok tempat kotor sikit jijik.. Jalan jinjing tapi diri sendiri pemalas ya amatt.

Dah kawen yer. Baju anak – anak tak berIipat, rumah tak bermop, apatah lagi nak pegang batang penyapu, dapur penuh lipas, toilet jadi tempat simpan sampah. Tapi bila bercakap pehhh macam dia perfect.

Song Lisa : Teringat masa zaman SPM dulu, saya tinggal dekat asrama sebab sekolah SBP, kemudian masa minggu SPM, roomate suka beli makanan dari luar dan makan dalam dorm. Dah makan ramai – ramai memang tump4h lah.

Lepas makan semua hilang, tanya bila nak kemas semua dengan bekas minyak dekat lantai, ada sorang tu jawab, aku makan sikit je. Sabar jap sebab fikir, “Ok, biar lah dua tiga hari nanti dia orang kemas lah”. Tunggu hari ke empat ulat sampah dah merayap atas lantai.

Tengah hari tu jugak aku basuh sebab masa tu course kami, aku je free sebab takda kelas. Petang tu jugak orang yang sama lepak bilik dan makan sampai sepah. Masuk dorm terduduk nak menangis, serius terkedu. Baru penat kemas, lepas tu sepah balik. Dahlah roomate yang buat sepah ni muka lawa – lawa wangi je dalam kelas, bila sampai dorm mandi pon malas.

Nurul Aini : Yang tt cerita dengan seorang niqabis, saya pula dengan seorang yang pakaiannya biasa – biasa je tak ade gaya muslimah tutup berlitup labuh semua. Seorang kenalan yang tak berapa rapat masa zaman U dulu. Satu hari tu saya nak minta dia ajarkan subject yang saya lemah sikit, kemudian dia setuju nak ajarkan saya.

Saya buat keputvsan pergi bilik asrama dia untuk dia ajar. Tiba masa nak belajar dengan dia, sesi mengajar pun bermula, lepas tu dah masuk waktu asar saya nak solat, saya tumpang bilik dia je untuk solat, pinjam telekung dia sekali sebab saya tak bawa telekung saya.

Dah lepas angkat wudhuk semua dia bagi la telekung dia, terk3jutnya saya telekung dia bagi tu dah terIampau kepam macam dah lama sangat tak basuh. Selalu jumpa telekung dah kepam ni kat masjid atau surau je.

Pengajarannya angkutlah telekung sendiri kalau pergi ke mana – mana, dan pengotor tu tak diukur melalui pemakaian seseorang tapi habit atau kebiasaan dia atau mungkin dia ada masalah kesihatan fizikaI atau mentaI. TerIampau pembersih dan pengotor adalah peny4kit, this kind of people need help.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.