Dah 2 tahun kahwin, suami masih rahsiakan perkahwinan kami dari isteri pertama. Suami tak pernah bermalam, jumpa diam-diam

Suami takut nak bagitahu isteri pertama, dia takut imej dalam jabatan tercalar. Suami minta tunggu sampai dia pencen, baru boleh terus terang. Memang saya yang ajak suami kahwin dekat Siam sebab..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat admin, para pembaca.. Saya tak tau sebenarnya nak mulakan macam mana. Serius saya dah buntu. Saya harap sangat kawan – kawan dapat memberi komen, pandangan dan nasihat kepada saya.

Apa yang saya nak certakan ni sangat peribadi dan bolehlah dik4takan seolah membuka pekung tapi percayalah, saya takde niat lain melainkan cuma ingin mendapatkan pandangan dan nasihat kawan – kawan saja. Untuk makluman para pembaca, saya merupakan isteri kedua.

Bekerja tetap dan berumur 30 tahun. Saya berkahwin dengan seorang anggota keselamatan. Saya harap pembaca nampak situasi saya. Anggota keselamatan kan sangat menjaga kebajikan para isteri, nak dapat kebenaran isteri pertama memang tak akan berjaya.

Saya tak salahkan isteri pertama sebab saya paham, bukan mudah untuk seorang isteri benarkan suami mereka berkahwin satu lagi. Perkenalan kami bermula secara tak sengaja atas dasar kerja. Saya outstation di tempat suami bekerja, suami pula baru bertugas dan isteri dan anak – anak masih belum berpindah.

Masa outstation tu pun kami tak berhubungan sangat. Kami mula berhubungan bila suami menghantar mesej melalui fb mengucapkan selamat hari jadi. Hubungan berlarutan sehingga tahap kami ambil keputusan untuk berkahwin.

Di sini saya mendapat tentangan dari kedua beIah pihak. Iaitu dari isteri pertama dan ibu bapa saya. Walaupun tidak berjaya mendapat keizinan isteri pertama, saya tetap cuba tebalkan muka dapatkan keizinan ibu bapa. MaIangnya tak berjaya. Bapa langsung tidak mahu menemui suami saya.

Saya faham dan tak salahkan sesiapa dalam hal ni sebab memang kebanyakan orang memang tak boleh terima sebab lebih banyak masalah akan timbul. Setelah 2 tahun, akhirnya kami berkahwin di Siam. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Masalahnya di sini sejak kahwin sehingga sekarang, suami masih tidak dapat berterus terang dengan isteri pertama sebab isteri pertama memang takkan boleh terima. Suami pula memang berhati – hati sebab bimbang isteri pertama buat sesuatu kepada saya dan satu lagi adalah untuk menjaga imej dia.

Sekiranya perkara terbongkar dan isteri pertama meng4muk atau buat sesuatu di luar dugaan, tentunya akan terkena tempias kepada suami saya. Berkemungkinan suami akan dinasihatkan berhenti dan sebagainya. Itulah yang suami saya tak nak berlaku. Kerjakan penting nak bagi anak bini – bini makan..

Kehidupan saya masih macam orang tak kahwin. Saya cuma berkesempatan jumpa suami secara senyap – senyap bila waktu lunch atau sekejap bila dia keluar dan isteri pertama tak ikut. Nasib baik saya dah duduk dekat dengan rumah dia. Senang la suami nak singgah.

Dah dekat 2 tahun ni, tak pernah sekali pun suami bermalam di rumah saya. Memang kami tak pernah ada masa yang lama untuk bersama, tak pernah walau sehari. Paling lama pun setengah hari. Dulu masa masih belajar part time ingatkan bila habis belajar masalah ni akan selesai. Tapi sekarang saya dah habis belajar keadaan masih sama.

Suami suruh tunggu dia pencen tapi saya rasa macam lama sangat, adalah dalam 7 tahun lagi. Masa tu umur saya dah berapa. Saya selalu la bertengk4r tentang masalah ini. Saya bersyukur sebab suami saya ni jenis yang susah sangat nak lafaz cerai walaupun kalau dah mer0yan, saya selalu p4ksa dia ceraikan saya.

Untuk makluman juga, hubungan saya dengan isteri pertama pun dingin. Biasalah isteri mana yang tak marah per4mpas macam saya ni, tapi saya bukanla jenis yang boleh diam terutamanya bila dia terlalu mengh1na saya.

Banyak yang dia lakukan di belakang saya dulu. Dia call pejabat saya semata – mata untuk burukkan saya. Dia tanya semua orang, siasat tentang saya. Malah kawan baik saya pun dia pernah call dan burukkan saya. Tapi saya redha dengan apa yang dia buat. Saya maafkan sebab saya anggap ini ujian Allah untuk saya.

Itulah saya nak minta pandangan dari para pembaca adakah saya patut bertahan dengan hubungan ini atau beralah sahaja anggap dah tiada jodoh antara kami. Untuk makluman juga, suami saya ni walaupun ada kekurangan, dia sempurna la bagi saya.

Dia  tak mer0kok, tak suka melepak, boleh buat kerja rumah, bijak, berhemah dalam berbelanja, bersikap adil dan sangat matang. Bagi saya dia sangat sempurna terutamanya boleh bertahan dengan saya ni yang selalu minta cerai.

Saya ni kalau dah berg4duh, takde modal lain. Satu lagi yang saya respek, dia sangat berusaha dalam mempert4hankan mahligai dengan isteri pertama. Saya pon memang nak jadi bini no 2, saya pun tak nak sesekali dia lepaskan isteri pertama sebab saya tau dia tak akan sempurna tanpa keluarga dia.

Tapi tulah, bila mengenangkan isteri pertama yang rasanya sampai bila – bila pun tak akan terima saya, saya rasa putus asa. Saya bukan nak dia 24 jam dengan saya pun tapi sekurangnya adalah pembahagian masa dan dapat pergi kenduri atau majlis sesama.

Saya sedar dan sedia terima apa saja kesan sebab perbuatan saya.Dari awal lagi saya memang dah jangka perkara ni bakal berlaku dan saya akan kuat menghadapinya cuma yela kadang – kadang kita nak jugak dengar pendapat orang dan luahkan apa yang terpendam.

Suami memang tak berapa setuju pada awalnya kahwin dekat siam sebab membelakangkan parents tapi saya yakin, ibubapa saya cuma bimbang bila isteri pertama tak setuju. Ibubapa mana nak anak dia susah. Saya pun sedar hidup ni berg4ntung pada kita juga, kita yang tentukan.

Komen W4rganet :

Bella : Masa buat keputusan setuju kahwin dulu apa janji laki ko? Dan apa tekad yang dah ko buat? Sanggup kahwin dengan laki tu walau dia balik sesekali? Ingat semula. My mom selalu cakap 2nd wife ni masa nak kawin sanggup apa saja termasuk tak kisah bab harta dan selalu cakap cuma nak kongsi kasih aje but once dah kawin habis sume tentang laki dia tuntut. Fikir – fikir la tt.. kau yang buat pilihan maka kau saja yang layak selesaikan masalah ni. Sebab masalah ni datang pun dari korang berdua.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.