Saya ingatkan dia nak tumpang sekejap sahaja tapi dah berbulan duduk macam tuan rumah. Dia pakai kereta family saya semata – mata nak jumpa awek dia kat Kelantan. Saya ni baran orangnya tinggal tak meIetup ja lagi..
#Foto sekadar hiasan. Assalamu’alaikum dan Salam Ramadhan buat semua pembaca. Nama saya Leya. Berusia pertengahan 20-an. Status bujang dan masih tinggal bersama keluarga. Kisah yang ingin saya kongsikan ini berkenaan dengan sepupu saya (Amin) berusia 20-an.
Cerita bermula pada awal Januari. Amin merupakan anak buah kepada mama saya. Ibu Amin merupakan adik kepada mama saya. Dari kecil Amin tinggal dengan Atuk dan Nenek di kampung yang terletak di utara Malaysia.
Atuk dan nenek saya membela Amin semenjak kecil kerana kedua ibu bapa Amin telah bercerai. Ibu Amin hanya pulang ke kampung dalam sekali sebulan, kadang – kadang makan 2 – 3 bulan baru balik ke kampung sebab duduk jauh dan ada family baru.
Dari dulu segala keperluan dan kelengkapan hidup Amin semua Atuk dan Nenek yang uruskan. Nak dijadikan cerita awal Januari 2024 Amin telah mengikuti mama saya untuk pulang ke rumah kami di Johor Bahru. Sebelum ini pada tahun 2022 Amin pernah bekerja di Perak dan berhenti atas sebab yang saya sendiri tak tahu.
Sangkaan saya mungkin Amin ikut mama saya pulang ke rumah untuk cari kerja kosong. Saya pun Ok lah sebab ingat dia nak tumpang sekejap sahaja. Sebaliknya sampai sekarang masih menetap di rumah saya dan tidak bekerja.
Yang membuatkan saya geram, Amin duduk di rumah saya layaknya seperti Tuan Rumah. Tak buat apa – apa. Hanya membuta, games dan main handphone saja 24 jam. Bangun lewat lepas zohor dan solat pun liat. Setiap hari waktu subuh mama dan papa saya yang kejutkan Amin untuk bangun.
Rumah saya 3 tingkat, Bayangkan bilik mama dan papa saya di tingkat bawah dan perlu naik ke tingkat-3 semata untuk k3jutkan Amin. Papa saya ada ajak Amin untuk Subuh berjemaah di Masjid namun tak diendahkan.
Segala keperluannya di rumah dilakukan oleh mama dan papa saya. ibarat mama dan papa saya ni macam orang gajinya. Saya s4kit hati sangat dengan perilaku Amin. Tapi saya masih sabar lagi. Pada bulan Februari saya masih ingat sewaktu saya pulang dari kerja dan sampai rumah dalam jam 6pm.
Amin melepak di depan rumah sambil main games, hisap r0kok dan berseluar pendek atas lutut. Mulut jangan cakaplah dengan m4ki hamun bila main games. Untuk makluman pembaca semua semua, papa dan abang – abang saya tidak pernah mer0kok.
Family saya anti dengan bau dan asap r0kok. Adik beradik saya juga diasuh dan dihantar ke sekolah yang baik oleh Mama dan papa. Kami tau hukvm hakam yang belajar di sekolah dulu. Tapi berbeza dengan Amin yang tanpa segan silu hisap r0kok dan berseluar pendek di luar rumah kami.
Kadang – kadang saya malu dengan jiran – jiran saya bila Amin berper4ngai sebegitu. Paling kesian mama dan papa saya lah yang perlu dengar dan tanggung apa yang jiran cakap. Untuk makluman, saya merupakan anak bongsu dari 7 adik beradik.
Atas saya ada seorang kakak umoq 30an dan masih bujang. Sebelum ini segala aktiviti rumah saya akan lakukan bersama kakak dan mama saya. Tapi semenjak ada Amin di rumah, aktiviti kami jadi terbatas. Sebabnya saya dan kakak rasa tak selesa bila ada Amin.
Bukannya tak suka tapi banyak benda yang perlu dijaga lagi – lagi berkaitan aurat. Bayangkan 24 jam dari bulan 1 sampai bulan ramadhan sekarang saya perlu bertudung di rumah sendiri sampai saya pun fadeup. Rasa macam saya pulak yang menumpang di rumah orang.
Nak buat kerja rumah pun bebai sebab panas bersweather dari siang sampai ke malam. Kadang – kadang saya dan kakak tertanya – tanya, bila Amin nak keluar rumah. Saya bukan nak halau tapi saya tak selesa. Saya ada bagitau mama dan papa berkenaan Amin.
Solution saya pada papa mama, minta Amin cari rumah sewa jika nak duduk di JB. Lagipun saya dan kakak perempuan dan tak manis bila ada lelaki selain Papa dan Adik beradik lelaki dalam rumah. Papa dan Mama ada maklum pada Amin tapi sampai sekarang dia buat b0do je.
Pernah Mama dan Papa saya ada Em3rgency untuk pulang ke kampung Papa di Negeri Sembilan. Sebelum Papa dan Mama berangkat dapat call kakak saya tak boleh balik sebab ada hal di luar kawasan. Adik beradik lain pun sama tak boleh balik ke rumah.
Kebetulan di rumah ada saya, Mama, Papa dan Amin saja. Masatu saya betul – betul tak sihat untuk keluar tapi Papa p4ksa untuk saya ikut sebab takkan nak biarkan Amin dan saya berdua di rumahkan? Saya jadi baran sangat sebab bukan sekali ya jadi tapi banyak kali.
Saya sampai tinggi suara pada papa untuk suruh Amin yang keluar dari rumah bukan saya. Akhirnya saya sendiri mengalah ikut Mama dan Papa pulang ke kampung. Belanja bulanan rumah, Papa saya yang urus. Saya ada hulur jugak buat buat keperluan rumah Papa dan Mama. Tapi Amin? langsung tak hulur.
Amin duduk umah saya free makan free guna kereta keluarga free tanpa isi minyak kereta. Padahal saya isi full tank kut, bila part saya nak pakai kereta minyak kena isi lain. Saya rasa macam tak adil sangat. Sekurang – kurangnya pakai lah otak dan ada common sense sikit pun takpa.
Saya ni baran orangnya tinggal tak meIetup ja lagi, kalau meIetup mau putvs silaturrahim keluarga. Yang saya marahnya dia pakai kereta family saya semata – mata nak jumpa awek dia kat Kelantan. Pastu dok show off barang branded padahal tak bekerja.
Belum lagi part tak tutup pagaq rumah sebab balik pukuI 3 pagi main futsal dan tengok bola. Suka suki dia ja dok buat per4ngai gitu. Kadang – kadang saya kesian dengan mama papa saya, bukan mereka tak tegur tapi bila tegur Amin buat b0do je dan macam tiada apa.
Atuk dan ibunya ada tegur Amin untuk pulang dan bekerja di kampung pun tak diendahkannya. Saya rasa banyak benda lagi saya nak luah dan cerita pada reader tapi macam panjang pulak kan? Tapi takpalah lain kali lah.
Kalau readers ada di tempat saya apa yang korang akan buat? Tolong saya, kadang – kadang saya buntu. Macam – macam dah tegur tapi satu pun tak berhasil. Terima kasih semua sudi baca confession saya. Salam Ramadhan. – QWERTYUIOP (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Raihan Mahmood : Dia ada mak ayah lagi. Bukan tanggungjawab mak awak nak bela. Lagipn da besar panjangkan. Lagi kan ipar pun tak digalakkan duduk serumah dengan mertua, apatah lagi sepupu. Menambah beban family untuk menjaga aurat. Semoga jumpa jalan yang terbaik untuk halau dia keluar. Bagi saya, cakap je la terus terang.
Syikin Musa : Dia dah selesa di situ. Semua terhidang, memang tak la dia nak keluar, kalau di rumah sendiri, kena usaha sendiri. Dia amik ksempatan.. lagi pun umur bukan muda. Dah 20-an. Kena tegas kalo gini, memang tak jalan la m4kin makan bertahun stay situ.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.