Suami nak ubah aku, dia tak nak tengok aku jadi macam budak kampung. Aku dah tak boleh nak makan makanan tepi jalan. Katanya kotor, tak bersih lah, tak sihat. Aku tak dibenarkan pakai barang – barang murah. Tak boleh beli di shopee atau lazada..
#Foto sekadar hiasan. Aku straight to the point je lah eh. Aku ni orang kampung je. Bukan dari keluarga susah dan bukan juga dari keluarga senang. Alhamdulillah, dari keluarga yang sederhana. Cukup makan pakai tempat tinggal. Mak suri rumah ja. Ayah dah pencen. Urus kebun sendiri. Ada 6 beradik, aku anak bongsu.
Aku belajar sampai spm ja. Result tak memuaskan. Dulu time sekolah banyak main. Hahaha. Lepas spm, umur 18 terus kerja. Macam macam kerja aku buat. Kfc, secret recipe, keja dekat panggung wayang, banquet hotel dan macam – macam lagi lah. Kebanyakannya f&b dan retail.
Tapi alhamdulillah dengan banyak pengalaman kerja, aku boleh stay dengan satu kerja ni bermula sebagai supervisor dan naik pangkat jadi store manager. Dengan hasil titik peluh ni aku boleh beli kereta sendiri dengan duit sendiri. Nampak simple, tapi pencapaian besar jugak untuk diri aku.
Sebelum kahwin, biasa lah life bujang. Aku jenis yang simple – simple ja. Tak pernah pakai barang branded apatah lagi barang – barang original. Semua fake ja. Hahaha. Aku shopping pon kat shoppe, lazada macam tu ja.
Asalkan murah, cantik kat mata aku dan selesa aku pakai. Makan pulak memang tekak melayu. Nasi kena ada. Sambal belacan wajib ada. Makan pon street food tepi jalan je. Tak pernah lagi makan -mahal – mahal restoran mewah ke apa. Sebab aku dah biasa macam ni dan aku selesa.
Aku tak kisah apa pandangan orang kat aku. Dan aku pulak jenis happy go lucky punya orang. Peramah dan jenis giIa – giIa. Kadang – kadang kepala tintong jugak. Hahaha. Now bermulah lah kisah aku kenal dengan husband.
Dua tahun kenal. Semua ok macam biasa. Husband aku educated person. Lulusan luar negara. Anak tunggal. Dan anak orang senang. Dan baik orang nya. Itu apa yang aku kenal sepanjang kami bercinta. Tapi aku tak peduli pon semua tu. Sebab aku pon tak heran dan tak pandang pon semua tu.
Sebab husband aku memang sayang sangat dekat aku dan aku pon tak tau macam mana dia boleh nak dekat aku yang level – level biasa ni. Hahaha. Kadang – kadang rasa macam tak layak pulak aku untuk dia. Sebelum kahwin aku ada bagitau dia, fikir betul – betul nak kahwin dengan aku.
Sebab aku orang kampung je. Background family biasa – biasa ja. Macam langit dengan bumi. Tapi dia cakap dia ok. Dia boleh terima aku. Aku pon ok saja lah. Dah sampai jodoh, aku dengan dia kahwin. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Bila dah jadi suami isteri, baru lah kita tahu per4ngai sebenar masing – masing. Sebelum tu aku nak bagitau, kehidupan rumah tangga aku adalah kehidupan yang diimpikan seorang wanita. Tapi tidak pada aku. Tak tau lah aku yang tak reti bersyukur ke apa, nanti korang boleh komen pendapat korang kat bawah lepas baca semua cerita aku.
Aku sangat perIukan pendapat dari korang semua. Ok, lepas kahwin, husband aku nak ubah lifestyle aku seratus peratus. Mula – mula aku ok, tapi lama – lama macam m4kin melampau. Entah lah, aku je kot yang rasa macam ni.
Kalau korang nak tau, aku tak dibenarkan pakai barang – barang murah. Aku tak dibenarkan beli barang – barang dekat shoppe, lazada semua tu. Aku tak dibenarkan makan makanan tepi – tepi jalan. Aku tak pernah pakai barang branded macam coach, lv, gucci dan seangkatan dengan nya lah.
Barang – barang original dan mahal. Aku tak terasa nak pakai dan beli. Sebab aku tak berminat. Sebab bagi aku semua design sama ja. Tak ada apa yang special nya. Haha. Tapi bila kahwin, laki aku suruh pakai semua tu. Dia beli semua untuk aku. Dia nak aku cantik – cantik.
Mula – mula aku excited. Seronok. Tapi bila dah selalu sangat dapat aku jadi tak ada perasaan. Seronok pon tak, apa pon tak. Pandangan aku kosong bila tengok semua tu. Nak tau kenapa aku rasa macam ni? Sebab semua tu bukan atas pilihan dan kehendak aku.
Bukan barang yang aku suka. Semua dia yang pilih dan belikan untuk aku. Aku hanya diam saja. Kadang – kadang benda yang dia beli tu aku tak suka. Tak kena dengan taste aku. Dia nak aku cantik dengan ikut citarasa dia. Bukan citarasa aku.
Dia nak aku look macam mana semua dia yang tentu kan. Dalam erti kata lain aku di ‘control’ sepenuh nya oleh dia sebab kena ikut citarasa dia. Kadang – kadang apa yang dia beli kan untuk aku, aku tak selesa pon pakai. Tapi disebab kan dia yang pilih untuk aku, beria nak aku pakai, dan suka tengok aku pakai macam tu, aku diamkan je.
Pernah kantoi aku beli senyap – senyap barang shoppe, lazada. Dan dia dapat tau, jadi pertelingkahan jugak antara kami. Dia kata tak ada kualiti lah, barang murah lah apa lah, tak tahan lama lah dan bla bla bla. Kemudian barang tu dia simpan. Atau dia suruh aku bagi je sapa sapa nak.
Berapa hari lepas tu barang baru sampai. Dia gantikan yang baru. Sudah tentu lah barang mahal dan lagi kualiti. Tapi bukan yang aku suka. Macam biasa, aku tengok, tak ada rasa apa. Kadang – kadang aku sedih. Aku rindu lifestyle aku yang dulu.
Nak beli barang murah ke mahal ke, tak ada sapa control. Kadang – kadang aku tertanya – tanya, h1na sangat ke pakai barang murah. Aku tak boleh lagi dah shopping sendiri. Semua kena dengan dia, semua kena dia yang pilih. Macam aku pulak lelaki, dia perempuan. Aku hanya diam ibarat patung, ikut je bontot dia.
Aku tau dia sayang aku, dia nak yang terbaik untuk aku sebagai isteri dia. Dia nak ubah aku, dia tak nak lagi dah tengok aku jadi macam budak kampung. Untuk pengetahuan korang, aku tak da lah kolot macam budak kampung sangat. Hahaha.
Aku masih lagi berfashion cara moden, dan aku pon up to date jugak. Bukan nya macam orang kampung tercorok. Cuma aku tak pakai barang branded. Tu je. Tu dari segi barang – barang. Now, makanan pulak. Aku dah tak leh dah makan makan makanan tepi jalan semua.
Katanya kotor lah, tak bersih lah, tak sihat lah apa lah. Nak makan apa bagitau dia, dia bawak aku pergi restoran mewah, yang ada aircond, tempat yang selesa. Kadang – kadang makan dekat hotel. Makan steak, lobster. Hmm. Bukan tu yang aku nak.
Aku tak hairan pon semua tu. Aku makan, tapi tak rasa sedap dan kenyang sebab aku tak betul – betul nikm4ti makanan tu sebab bukan tu yang aku nak makan. Kadang – kadang aku craving char koew teow, burger tepi jalan. Makanan food court, tapi tak dapat dan tak boleh makan. Tak dibenarkan. Sama ada aku masak sendiri kat rumah atau dia bawak pergi makan tempat mewah.
Aku tengok kawan – kawan aku pergi picnic dekat pantai, beriadah dekat taman, berkelah dekat air terjun, best sangat. Back to nature orang kata. Aku ada ajak dia, hmm macam biasa lah. Memang tak lah dia nak pergi tempat tempat macam tu. Katanya panas, kotor dan sebagai nya.
Kami kalau keluar hanya pergi mall, tempat ada aircon dan shopping kebendaan. Sedangkan bukan kebendaan yang aku nak, aku bukan materialistic. Aku tak tau nak cerita kat korang macam mana. Aku rasa korang faham. Bukan kemewahan yang aku nak.
Aku sangat rindu lifestyle aku yang simple – simple macam dulu. Kadang – kadang aku menangis. Aku mengadu pada Allah. Adakah aku yang tidak bersyukur?? Hmmm. Aku pernah cakap dengan dia pasal semua ni, aku tanya dia kenapa buat semua ni untuk aku.. Jawapan dia agak meng3jutkan aku.
Selain dia nak ubah aku, dia jugak nak jaga standard dan nak jaga air muka dia. Dia nak orang tau aku pakai barang mahal – mahal atau yang senang faham, dia nak aku menunjuk. Dia nak kawan – kawan dia nampak aku cantik dan pakai barang mahal – mahal hasil dari jagaan dia.
Aku kena jaga standard dia depan kawan – kawan dia. Tak nak nampak lekeh. Dia jenis peduli apa orang cakap pasal dia. Lagi – lagi bila melibatkan lifestyle. Hmm entah lah. Dia nak aku masuk dunia dia, tapi dia tak nak masuk dunia aku.
Aku dapat segala kemewahan, tapi bukan atas kehendak aku, aku dapat segala kemewahan tapi aku aku tak boleh buat keputusan sendiri. Semua dia yang tentu kan. Macam aku cakap, aku di’control’ sepenuh nya. Semua kena ikut cakap dia.
Walaupun aku tak suka. Aku diam kan saja. Tapi aku sendiri makan hati. Buat korang yang baca ni, tolong komen, respond, bagi nasihat atau pendapat atau apa apa ja. Aku sangat perIukan pendapat korang. Ada kah aku tak bersyukur?? Sekiannn.. – Orkid (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Ann Fardan : Pekara paling susah dalam dunia ni ialah TAAT terutama bagi wanita kepada suaminya. Ujian puan dalam bentuk yang paling rare. Maka sudah Allah susunkan itulah suami puan maka taatlah dan patuhlah mengikut citarasa suami selagi beliau tidak menzaIimi puan.
Benda paling payah nak buat dalam Dunia ini ialah IKHLAS. Belajarlah ikhlas menerima pasangan yang puan sendiri pilih itu sebab perkahwinan ni bukan untuk bahagia tapi adalah Ibadah untuk menerima segala kekurangan dan kelebihan pasangan demi mendapat keredhaan Allah. Nak seronok ikut tekak kita nak best semuanya ikut kehendak kita tunggu dalam Syurga kelak. Sementelah berada di Dunia ni belajar mentaati amanah Allah melalui suami puan..
Shahdu Mohd Sah : Ni kena kompromi sikit. Kau cakap la.. Beg yang dia pilih tu.. Kau tak kenan.. Lepas tu.. Ko suruh dia bawak kau pegi butik. Bagi kau yang pilih. Jangan keras sangat sis, benda kecik boleh ubah, kite ubah.
Tapi dia pon patut kompromi sikit bagi kau pilih la beg mana kau kenan. Part makan tepi jalan tu kan.. Emmm… Sembunyi – sembunyi la pegi makan. Ajak member datang rumah tolong tapaukan. Makan sama dengan kawan – kawan.
Awak kenala ada me time dengan kawan – kawan jugak. Kalau ada maid, mintak maid tolong belikan. Minta dia bagi ruang kat awak ada me time.. Jangan pendam lama – lama nanti meIetop. Good luck confessor. Moga Allah mudahkan urusan.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.