Saya makan pun catu, deodoran ke sabun tak sempat nak beli sebab duit suami habis. Yang suami saya pula duk h1na saya per4ngai macam bapa saya. Suami kata lepas bersalin, dia nak ceraikan saya. Anak ambil sorang satu..
#Foto sekadar hisan. Maaf saya sudah lama ingin meluahkan tetapi tidak tahu untuk meluah bagaimana. Hari ini rasa seperti tidak boleh tahan emosi. Saya nak berbual dengan seorang yang boleh dipercayai. Saya berumur 21 tahun, berkahwin pada umur 19 tahun.
Selepas berkahwin beberapa bulan, saya mengandung. Sekarang anak sulung berumur 1 tahun 5 bulan. Saya mengambil pil perancang keluarga yang Klinik Kesihatan (KK) beri. Tetapi mengandung juga anak kedua. Sekarang sedang mengandung anak kedua 7 bulan. Tarikh jangka bersalin 23 Januari 2025.
Saya juga dari keluarga yang bermasalah. Kisah ini sudah lama tetapi masih segar dalam ingatan. Sebab itu apabila orang bertanya, “kenapa kamu berkahwin awal?”. Saya asyik ulang cerita yang sama sahaja. Tetapi kalau tidak bertepuk sebeIah tangan, saya pun tidak akan berkahwin sampai sekarang.
Saya ceritakan sedikit tentang hidup saya sebelum berkahwin. Emak dan ayah saya bercerai. Saya silap tidak dengar cakap emak kandung saya. Selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya bekerja di kedai runcit. Ingin tinggal dengan emak, ayah tidak benarkan. Saya lari balik tinggal dengan emak senyap – senyap naik bas.
Kehidupan sudah stabil sedikit emak atur. Ada simpanan sedikit rancangan ingin buat lesen kereta dahulu dan ingin simpan duit untuk beli kereta secara tunai terpakai. Tetapi saya degil ingin berkahwin sebab suami ingin sangat – sangat berkahwin awal waktu itu (suami berumur 29 tahun sekarang). Menyesal pun tidak guna.
Ini pengajaran kepada saya. Tetapi tidak boleh putar masa. Menyesal tidak belajar membawa kereta dan mengambil lesen dahulu sebelum berkahwin. Menyesal tidak ada aset untuk diri sendiri (sekurang – kurangnya kereta atas nama sendiri). Menyesal tidak ada simpanan. Menyesal berkahwin awal.
Dulu, ayah tidak pernah bangga dengan pencapaian saya yang sudah saya usahakan. Saya bukan tidak berpelajaran. Saya pun aktif kokurikulum. SPM saya okey 3A 3B 1C 2D (tidak ada gagal). Sedangkan ada segelintir rakan kelas saya tidak ada A pun tetapi ada juga subjek gagal sudah habis belajar pun sekarang. Diploma.
Yang asalnya saya ini ingin sambung belajar sudah daftar macam – macam IPTA dan IPTS. Dahulu rapat dengan seorang cikgu, dia anggap saya seperti anak sendiri. Cikgu ini siap ingin taja saya sambung belajar apabila ayah saya kata tidak beri sambung belajar.
Cikgu ini siap kata tinggal dengan dia, dia jaga selama mana saya belajar. Tetapi ayah tidak beri. Sebab ayah tidak beri sambung belajar, saya tidak dapat straight A’s. Dia pernah kata kalau saya betul – betul ingin sambung belajar, saya kena buktikan kepada dia yang SPM saya STRAIGHT A’s.
Macam mana saya ingin fokus masa ini, otak saya pun sangat – sangat terganggu sebab dia berg4duh dengan emak tiri. Oh ya, emak tiri (nombor 3) ini baik sangat – sangat ya… Tetapi dicurangi oleh orang ketiga. Dan pernah, saya dipersalahkan oleh ayah, dia kata punca saya yang menyebabkan dia bercerai dengan emak tiri nombor 3 itu.
Sebab masa ini saya tengah buat kerja rumah dalam komputer riba. Ayah duk p4ksa – p4ksa suruh cepat sikit guna komputer riba. Sampai dia takut ingin tinggalkan. Kerja rumah itu tidak boleh siap cepat – cepat. Otak saya jem kalau kena p4ksa suruh buat cepat – cepat.
Akhirnya dia tinggalkan sekejap pergi kedai, masa ini emak tiri ada di rumah. Dia kata ingin lihat komputer riba sekejap. Saya okey sahaja lah sebab emak tiri ini baik tahu tidak kedekut. Baik sangat – sangat tidak pernah berkira. 1 dalam 10 sahaja emak tiri seperti dia.
Tanpa tanya banyak bagi sahaja lah emak tiri kata ingin periksa dokumen dia ke apa. Akhirnya dia jumpa benda yang tidak sepatutnya ada. Itulah punca saya jadi “punca” yang ayah salahkan saya sebab mereka bercerai. Siapa suruh simpan dalam komputer riba???
Ayah kata, dia tidak ingin saya sambung belajar sebab tidak boleh ke mana pun selepas diploma. Hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) lagi kena bayar katanya. Dan katanya, takut saya tidak pandai jaga diri. Sedangkan selepas ibu bapa kandung saya bercerai dari kecil, saya banyak berdikari.
Saya tahu sebenarnya kewangan dia tidak stabil ingin hantar saya sambung belajar. Dalam kewangan tidak stabil pun boleh pula berkahwin baru dan ada anak juga. Sebab tu saya cakap, apa yang berlaku ni mungkin kerana kurang perhatian dari ayah.
Maksud saya, saya bukan ingin salahkan ayah. Sebab apabila saya mula masuk bab ini, orang akan kata itu pilihan sendiri bukan salah orang sekeliling. Tetapi sebenarnya orang tidak tahu punca orang sekeliling lagi – lagi orang terdekat inilah yang membuatkan apa yang membentuk kita di masa depan.
Ayah saya ini lain. Kadang – kadang cemburu lihat ayah orang lain boleh bergurau sedikit dengan anak. Boleh senyum tanpa batas. Tetapi saya lain. Rasa seperti orang asing. Oleh sebab tidak ada perhatian dari sosok seorang ayah, saya bercinta dengan suami selepas SPM.
Dia ajak berkahwin cepat tetapi saya kata nanti dahulu. Tetapi itulah dia kata tidak ingin tunggu lama – lama. Saya pun buat keputusan untuk berkahwin. Dengan wang simpanan yang saya ada untuk buat lesen dan rancangan ingin ambil kereta terpakai, akhirnya saya melabur untuk proses perkahwinan kami.
Saya berkahwin tidak ada sebentuk cincin pun. Hanya disarung cincin yang dipinjam oleh emak mertua. Katanya janji selepas berkahwin ingin beli cincin untuk saya. Kalau ikutkan sekarang sudah 2 tahun lebih rumah tangga kami.
Masa berkahwin kami dahulu duit separuh – separuh, maksudnya duit dia 50%, duit saya 50%. Tapi saya rasa, saya yang banyak habiskan duit berbanding dia. Keputusan masa lalu, merumitkan keadaan saya yang sekarang.
Lepas habis pantang dengan mertua, masa itu dekat Kelantan, suami sudah usaha minta kerja di bandar tapi tiada kosong. Sampai suami tidak bekerja. Semua mertua yang tanggung waktu pantang saya. Hingga jadi buah mulut oleh ipar duai.
Duduk pula serumah yang ramai penghuni dan ramainya orang hisap r0kok dalam rumah. (saya bukan orang Kelantan). Alhamdulillah diberi kelebihan saya ini memang suka dan pandai berniaga dari zaman sekolah rendah.
Lepas itu kami pindah ke negeri lain. Kami sewa bilik bersebeIahan orang w4rga asing. Saya mula berniaga kecil – kecilan jual aiskrim Malaysia. Alhamdulillah rancak masa itu order dan tempahan. Pemasaran pun mainkan peranan dalam berbisnes.
Dari untung jual aiskrim dapat tampung kami tengah bulan bila lauk habis. Masa ini suami kerja sambilan gaji agak rendah. Semua berjalan lancar dan ada lah diuji sikit – sikit, sehingga dapat sewa rumah yang lebih selesa dan senang untuk saya berjualan.
Saya seronok berniaga sebab dapat pencapaian baru. Dapat beli peti sejuk beku buat stok aiskrim Malaysia dan dapat beli thermal printer untuk cetak pelekat aiskrim Malaysia (sebelum ini order dengan orang). Dapat beli baju baru untuk anak.
Dapat beli keperluan untuk cantik, penjagaan kulit, tudung, baju baru. Alhamdulillah satu kejayaan untuk saya masa itu. Saya syukur kepada Allah SWT. Tapi diuji pula dengan kehadiran anak kedua. Lepas balik raya haji dari kampung hari itu saya rasa l0ya dan asyik nak munt4h.
Saya ingatkan kesan dari m4buk kereta. Ubat perancang masa ini memang makan ikut waktu. Tiada terlepas. Saya jadi was – was sebab seminggu saya rasa loya, beli ujian kehamilan, keputusan dua garis. Saya bagitahu suami, masa itu saya tidak tahu nak gembira ke?
Saya menangis masa itu. Saya tidak gembira. Saya rasa nak gugurkan masa itu. Sebab anak sulung umur baru 10 bulan masa itu. Risau tidak diberi cukup perhatian dan kasih sayang. Risau dengan ekonomi sekarang, risau dengan komitmen yang banyak perlu ditanggung dengan keadaan baru sangat – sangat nak stabil. Saya nak gugurkan tapi suami kata jangan..
Sampai hari ini, saya tidak larat mengandung anak rapat – rapat. Saya sudah berhenti jual aiskrim masa mengandung 5 bulan. Sebab tidak larat perut besar ya Allah… Hanya Allah saja tahu betapa penat dengan nak jaga anak pertama lagi, kerja rumah lagi.
Saya bercadang nak cucuk depo saja terus untuk jarakkan anak. Nak bagi anak – anak besar dulu dan saya nak stabilkan kewangan. Lepas pada itu, saya pun ada jual spaghetti Carbonara bajet RM2, sebab saya ingatkan benda senang boleh lah buat pendapatan sampingan lepas berhenti aiskrim Malaysia.
Hakik4tnya lagi penat… Nak basuh kemas dapur lagi. Bagi saya tidak ada kerja yang tidak penat. Semua penat. Tapi dengan kondisi badan saya macam ini, memang tidak boleh teruskan dah. Mengandung kedua ini macam – macam peny4kit saya dapat.
GDM, d4rah tinggi, masalah uri, naik berat badan mend4dak. Sampai kena tahan wad 3 minggu lepas sebab kebas seluruh badan dengan muka – muka pun rasa kebas. Saya duduk rasa macam str0k saja sebab kebas itu statik tidak boleh gerak. Allahu… Saya panggil 999 hospitaI naik ambulans.
Masa ini kereta rosak. Bil hospitaI pun saya bayar sendiri ya lepas discaj sebab gaji suami habis bayar hutang dan komitmen. Balik rumah tumpang adik ipar. Keputusannya dalam d4rah saya, sodium dalam d4rah rendah yang menyebabkan saya jadi kebas satu badan.
Saya tidak larat dan s4kit, tapi tetap buat juga kerja rumah yang tidak pernah habis, tidak pernah ada gaji. Sejak berhenti semua perniagaan saya, saya makan pun catu, keperluan asas saya macam deodoran ke sabun tidak sempat nak beli sebab duit suami habis. Hmmm…
Keletihan saya kali ini lain macam. Yang suami saya pula duk h1na saya per4ngai macam bapa saya. Bapa saya itu pun saya tidak kisah lah pasal dia, sejak nikah saya tidak hubungi pun dengan ayah. Sebab terasa dengan adik beradik ayah (mak – mak saud4ra) eh macam – macam lah.
Ayah pula kata nak wakilkan jadi wali melalui panggiIan video saja sebab malas nak datang dari jauh, bawa anak isteri dia yang nombor dua. Aduhai. Geram saja tengok. Sebab saya ada thermal printer yang saya beli waktu jual aiskrim dulu. Saya sekarang ini ambil tempahan cetak pelekat.
Saya juga mahir dalam bab – bab reka logo dan lain – lain. Sebab dulu saya 10 pelajar terbaik PSV. Ini pun ayah tidak pernah bangga. Dia kata seni ini banyak habiskan duit dia saja sebab kena beli w4rna air lah akrilik lah berus lah kanvas lah ehh macam – macam.
Bagi dia saya habiskan duit dekat perkara tidak berguna. Tapi berbaloi lah kan dengan pencapaian saya top 10 pelajar dari 150+ pelajar yang lain. Ingat seni senang ke? Sama juga saya sertai kawad kadet polis, beli macam – macam.
Pun dia kata saya guna duit untuk beli benda lain. Kadang – kadang saya masih teringat kenangan lama, kenangan pahit. Mungkin tr4uma. Tidak apalah benda lepas biarlah itu. Jadi saya ada buat servis reka dan cetak pelekat.
Ada untung sikit baru ini baru saya sempat beli keperluan bayi lampin pakai buang, tisu basah, barut bayi. Yang lain – lain boleh pakai yang sulung punya. Saya sekarang ini nak belajar bawa kereta. Tapi saya takut nak bawa seorang diri kalau tiada orang ajar.
Kereta pula kereta panjang. Kereta Saga BLM. Kalau boleh saya nak belajar dulu bawa sebelum merancang ambil lesen lepas bersalin. Mudah untuk saya hantar pelekat orang dan lain – lain. Saya tiada kawan. Saya tiada teman sembang.
Saya tiada sesiapa untuk bercakap. Saya duduk rumah layan anak. Sambil – sambil buat kerja reka templat / logo dan ambil tempahan cetak pelekat. Saya buat murah – murah saja. RM1 – 50 keping pelekat. RM2 – 100 keping pelekat
Saya str3ss sebab tiada orang nak berbual. Saya berg4duh dengan suami. Saya keletihan. Rasa dah tak nak hidup. Kadang – kadang saya malas layan anak sebab s4kit perut tiba – tiba mengeras. Tambah anak pula sekarang lasak. Asyik hentak dekat perut saya. Tidak tahu nak cakap.
Kadang – kadang saya buat tidak tahu dekat dia bila dia ajak saya main. Lepas itu saya biarkan dia menangis sebab saya tidak larat pujuk. Sampai kadang – kadang dia tertidur. Sebagai seorang ibu, saya rasa serba salah. Siapa saja tidak rasa bersalah bila abaikan anak?
Kadang – kadang menangis tengok anak sambil civm anak. Kesian anak tidak tahu apa – apa. Kalau nak order pelekat boleh komen. Nanti saya PM. Facebook dan WhatsApp saya memang untuk bisnes saya tiada pos benda yang berkaitan hidup saya.
Saya tak nak pakai akaun sebenar saya sebab dalam ini ada ipar duai saya, risau mereka nampak. Lagi pula saya terlalu memikirkan. Saya pakai nama samaran buat masa ini dulu. Ada tidak senasib dengan saya? Macam mana nak urus semua ini?
Suami saya lepas terus urusan anak dekat saya. Saya yang buat A-Z. Dia balik kerja rehat. Tidak tolong tengok anak. Bila minta tolong dia marah – marah m4ki – m4ki saya. Sampai dia kata, lepas saya bersalin dia nak cerai dengan saya.
Dia kata ambil seorang satu anak. Apa dia ingat seorang satu ambil macam anak kucing?? Apa perasaan saya kalau dah jauh dengan anak. Saya ini apa? Mesin yang melahirkan anak? ATM untuk keluarkan duit? Pembantu rumah?
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.