Dah lama kahwin hadap kekurangan suami sampai aku rasa taknak ada suami. Satu hari, suami aku kemaIangan boleh k0ma atau m4ti

Suami selamba je selfie dengan perempuan entah mana – mana pakai baju ketat. Apa tujuan pun tak tau. Dekat fon dia (FB dan IG) banyak keluar video tak senonoh, perempuan dengan kain baju tak cukup..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya Mai (bukan nama sebenar), usia 40an dan sudah mendirikan rumahtangga hampir 20 tahun. Saya ada satu benda nak cerita dan moga jadi pengajaran untuk semua pasangan berumahtangga.

Saya dikurniakan Allah seorang suami yang baik, penyayang, nafkah semua tiptop sepanjang perkahwinan ni memandangkan saya surirumahtangga sepenuh masa, memang semuanya dia tanggung beres walaupun gajinya tidaklah besar mana. Semuanya cukup alhamdulillah.

Namun begitu apabila perkahwinan dah menjangkau usia belasan tahun ni, seolah – olah cinta dalam rumahtangga m4kin pudar dan kekurangan kekurangan pada suami dan mungkin pada saya kian terserlah. Kami sem4kin kurang komunikasi, kurang bergurau, lebih banyak tengok fon masing – masing.

Banyak masa dia sibuk dengan aktivitinya di luar, urusan kerja, main bola, main futsal, atau lepak dengan kawan – kawan. Macam enjoy sangat sedangkan saya duduk terpuruk je di rumah. M4kin lama saya rasa saya tak dapat kasih sayang daripada suami saya.

Bila dia keluar saya rasa saya sendiri. Menatap fon, mengurus anak – anak. Itu je yang saya buat. Lagi satu ada benda yang suami saya buat yang saya tak suka tapi saya tak beritahu dia pun. Saya tak suka dia bergambar atau happy – happy dengan perempuan bukan mahram.

Saya fikir saya jaga diri di rumah, jaga batasan kenapa dia tak boleh? Dia selamba je selfie dengan perempuan entah mana – mana pakai baju ketat. Apa tujuan pun tak tau. Memanglah sekadar bergambar, dia pun tak buat benda bukan – bukan tapi agaknya kalau saya yang buat gitu dia ok tak?

Paling saya sedih dan kecewa sekali sebab dekat fon dia (FB dan IG) banyak keluar video Iucah, perempuan tunjuk lurah d3ndam bagai, kain baju tak cukup. Saya kecewa, s4kit hati dan marah. Contoh apa kau nak tunjuk kat anak, kalau sendiri sibuk tengok p0rn.

Dengan orang luar bukan main terpaling pemimpin tapi rupanya bila sendirian.. Benda ni asyik ulang – ulang tayang dalam kepala buatkan saya marah, str3ss dan banyak merajuk dengan suami. Asal teringat je saya jadi menyampah, benci, meluat.

Di samping ada lagi kejadian kejadian lalu yang buat saya s4kit hati dan terasa hati, ditambah sikap dia yang selalu keluar, abaikan saya, pergi mana – mana tak bagitahu, taknak ajak saya, masa berdua pun m4kin kurang.

Kadang – kadang tertanya sendiri aku ni apa dekat rumah ni? Tunggul ke? Masa tengah marah tu saya rasa saya ok je dia takde. Hidup sendiri ok kot. Takde s4kit – s4kit hati dengan orang. Tapi duit pulak takde. Emm stuck la saya dalam rumah sendiri.

Tempoh hari suami saya terlibat dengan satu kemaIangan. Tapi saya tak sangka yang saya boleh rasa takut dan menangis. Dalam hati terdetik, rupanya aku sayang lagi suami aku. Ingatkan dah menyampah sangat. KemaIangan tu kecil je tapi kalau silap gaya suami boleh k0ma atau m4ut, nauzubillah.

Saya rasa ni teguran Allah untuk kami berdua. Suami pun macam berubah sejak itu, nampak lebih sayang saya, asyik nak peIuk je. Mungkin dia terfikir kalaulah umurnya tak panjang, tinggal saya dan anak – anak je. Saya sendiri pun dah hilang rasa marah dan merajuk.

Agaknya dia pun sedar selama ni kami berdua m4kin renggang. Ada dekat tapi jauh. Tinggal bersama tapi bukan hidup bersama. Mungkin ni peluang kedua untuk kami memperbaiki hubungan. Kami masing – masing ego.

Berterima kasih dah la kurang. Meminta maaf jauh sekali. Masa raya je tu pun tak ikhlas. Sepanjang kawin suami tak pernah sebut terima kasih pada saya. Saya tahu banyak perkahwinan yang masuk usia belasan tahun dan puluhan tahun ni diuji dengan macam – macam. Rasa nak putuskan ik4tan yang dibina. Apa yang saya dapat kongsi;

1) Persefahaman memang dah m4kin kurang sebab kita dah tak buat apa yang kita buat awal – awal kahwin dulu. Kita sibuk dengan urusan masing – masing, urusan kerja, anak – anak dan sebagainya. Suami tak sedar ada hati yang tengah terIuka. Suami rasa ok je, nanti baiklah sendiri. Padahal Iuka yang dipendam bertahun – tahun akan jadi barah.

2) Suami rasa isteri dah lain, dah malas nak layan dia, isteri asyik masam muka, buat hal sendiri. Sebenarnya ada benda yang isteri tu pendam dan tak terluahkan. Nak cakap takut jadi berg4duh pula. Tengok macam tu cubalah suami korek apa yang ada dalam hati isteri tu. Tu pun kalau berani la. Confirm tak berani sebab tu banyak pasangan m4kin lama m4kin h4mbar hubungannya.

3) Dah lama – lama macam tu, suami mula la fikir nak cari hiburan lain. Nak pasang satu lagi la, nak tambah isteri la. Isteri dah nampak tak elok, buruk dan sebagainya. Benda pertama yang suami kena buat adalah fix kan semula semuanya.

Bukannya lari dari masalah, buat masalah lain. Bila nak habis? Kenapa suami? Sebab suami tu ketua dan pemimpin dalam rumahtangga. Suami yang dulu terima akad, berjanji dengan wali, dengan Allah nak jaga dan bawa rumahtangga dan keluarga tu ke syurga.

4) Sebagai isteri yang dah ada Iuka dan ada egonya sendiri, kena rendahkan ego. Susah nak buat saya mengaku sebab kita nak suami buat dulu. Tapi bila suami dah ambil langkah pertama, jangan la kita berlagak pula. Lembutkanlah hati, maafkan dengan ikhlas.

5) Ubah sikap. Kalau sebelum ni kita ambil ringan je hal – hal pasangan, sekarang cubalah ambil berat. Ianya semudah…. ‘bercakap’. Ye.. cakaplah dengan pasangan. Sembanglah dengan suami atau isteri kita semula. Biarlah topik b0doh – b0doh pun janji ada komunikasi.

Kalau pasangan bertanya, jawablah lima puluh patah. Jangan jawab sepatah je atau tak jawab langsung. Cukuplah lima ni. Banyak – banyak bukannya ingat pun. Apa yang saya tulis ni adalah apa yang kebanyakan perempuan rasa dan apa yang diorang nak daripada suami masing – masing.

Cuma tu lah kami perempuan banyak pendam lagi – lagi jenis introvert tu. Banyaknya bercakap dalam hati je. Ops, ini tulisan saya mewakili diri saya sebagai perempuan dan isteri. Lelaki nak bantah atau nak luah, buat la confession lain.

Pada usia saya yang 40an ni, ada ramai kawan saya yang dah bercerai, ada yang tengah berg4duh, tengah putus asa dengan suami dan macam – macam lagi. Walaupun sebelum ni saya marah – marah dengan suami, saya pun ada rasa takut jika rumahtangga saya Allah uji dengan ujian yang berat.

Saya juga ada rasa takut nak sayang suami berlebihan sebab selalunya Allah akan ambil orang yang kita sayang. Saya pernah mengalami pengalaman tu dan taknak rasa s4kit lagi. Lagipun kita memang kena letak kecintaan kita pada Allah yang nombor satu berbanding manusia kan?

Apapun kena positifkan diri. Allah uji sebab Allah sayang. Allah nak naikkan darjat kita kalau kita sabar. Dan Allah takkan uji melebihi keupayaan kita. Saya doakan anda yang membaca serta suami / isteri anda sentiasa saling memaafkan dan berkasih sayang sampai syurga. Tag la pasangan masing – masing. Sekian… – Maisarah (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Izani Wahab: Betul… m4kin lama kahwin m4kin banyak ujiannya. Umur 40-an, wanita akan berper4ng dengan emosi sebab umur dah hampir ke menopaus. Lelaki pula, umur 40-an diuji dengan iman. Ramai wanita memerhati.

Maklumlah, masa ini kebanyakan ekonomi dah stabil. Anak – anak dah besar. Jangan tanya tips bahagia… masing – masing ada cara dan ada ujian masing – masing. Masih jauh perjalanan nak kena hadapi.

Shahril Yunos: Lepas ada anak – anak, biasanya dah tak jadi suami isteri, jadi mak ayah dah. Jadi hubungan m4kin renggang, komunikasi m4kin kurang. Sebab tanggungjawab menguruskan rumah tangga itu seorang sahaja yang pegang. Tambah lagi, pasangan satu lagi jenis tak nak dengar dah asyik “itu tanggungjawab kau”… jadi memendam je lah sampai lah meIetup. Akhirnya cerai. Melainkan pasangan nak berubah.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.