Mak mertua sosiaI, liar pukuI 6 pagi tak balik rumah tinggal pak mertua. Rupanya elok pergi karoke dan berjuudi

Pak mertua dah pencen tapi tetap kena kerja sebab mak mertua minta duit beratus sehari. Dia buat guna pergi karoke dan juudi. Kalau tak dapat minta dekat anak – anak. Satu hari tu masa bulan puasa, saya nampak dekat HP mak mertua…

#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Aku harap confession aku dapat disiarkan, sekadar ingin membaca pendapat dari pembaca pembaca confession ni. Nama aku Kiki, aku dah berkahwin dengan suami aku selama 3 tahun. Kisah tentang mama, ibu mertua aku.

Setelah berkahwin, pertama kali aku balik ke rumahnya aku disambut elok oleh semua ahli keluarga suami termasuk mama. Sehingga sekarang layanan mama kepada aku elok tetapi ada satu per4ngai yang pelik tentang mama.

Mama seorang yang liar, sosiaI. Jarang dia berada di rumah kerana keluar dengan kawan – kawan tanpa izin papa. Karaoke sehingga lewat malam, pukuI 6 pagi pun belum pulang ke rumah dan ada tabiat main juudi. Tentang papa pula, walaupun sudah pencen dari kerja kerajaan, namun masih bekerja kerana sikap mama yang hari – hari meminta duit beratus ringgit sehari.

Suami aku merupakan anak kedua dan mempunyai seorang kakak dan adik perempuan. Anak – anak menjadi m4ngsa tempat mama menguguut minta duit apabila papa sudah kehabisan duit untuk diberi kepada mama. Pernah sekali suami aku diugvt oleh mama, katanya jika suami aku tidak mahu memberikan duit, dia akan berhutang dengan ahl0ng.

Anak – anak yang lain pun acap kali sudah diugvt begitu, risau kalau mama berhutang dengan ahl0ng, suami dan adik beradik yang lain terp4ksa memberi duit kepada mama. Bukan anak – anak tak bagi duit bulanan, masing – masing menjalankan tanggungjawab tak pernah lupa untuk bagi duit dekat mama tiap – tiap bulan.

Papa pula satu sen pun tidak mahu ambil duit anak – anak kerana papa tahu mama sering meminta duit walaupun dah diberi duit bulanan. Boleh dik4takan setiap minggu mama akan meminta beratus ringgit dari anak – anaknya.

Suami dan adik beradik yang lain tidak kisah untuk selalu membantu kewangan mama jika duit yang diberikan digunakan untuk belanja dapur atau belanja barang rumah. Tetapi digunakan untuk perkara yang tidak elok terutamanya berjvdi.

Barang dapur dan barang rumah adik suami yang selalu belikan, papa pun terp4ksa makan di luar kerana mama sering tiada di rumah. Bukan papa tak pernah tegur, tetapi mama akan meng4muk menjerit – jerit kembali kepada papa apabila ditegur.

Pernah juga kant0i depan aku mama berjvdi online dalam telefon semasa kami semua keluar berbuka puasa, kerana malu dengan menantu, papa terus menegur mama untuk menyimpan telefon. Puasa tidak, sembahyang tidak, malah berjvdi.

Sangat la tidak kena untuk seorang wanita umur 50 an melakukan per4ngai sebegini. Anak – anak semua sudah tidak tahan dengan per4ngai mama. Mama juga pernah tuduh aku kaki kikis, aku kawal suami di whatsapp bila suami tidak ingin menurut memberi duit.

Tapi bila jumpa aku depan depan, elok – pula peIuk senyum, sangat hip0krit. Semua per4ngai – per4ngai mama yang liar ni suami tidak pernah ceritakan pada aku, malah aku juga tidak pernah di’invite’ dalam group whatsapp family.

Aku tahu semua ini sebab aku curi – curi baca whatsapp conversation dalam group family dorang. Aku sendiri tak tahan melihat per4ngai mama yang selalu ganggu suami, whatsapp dan call suami mintak duit tiap – tiap minggu,

Suami pun ada komitmen untuk keluarga kecil kami sehingga aku dengan rela hati bantu suami aku dari segi kewangan. Tetapi aku tolong suami dalam keadaan tidak ikhlas kerana aku tahu duit suami banyak habis untuk menganggung mama melakukan perkara yang tak elok.

Aku tidak marah dan makan hati kalau suami terp4ksa menghulur duit untuk mama jika duit yang diberikan digunakan untuk perbelanjaan yang sepatutnya. Tapi bila aku tahu duit yang diberikan digunakan untuk berjvdi, keluar bersuka ria dengan kawan – kawan, itu yang membuat aku s4kit hati.

Tapi itu la, aku s4kit hati sorang sorang sebab suami aku tidak tahu yang aku tahu per4ngai liar mama nya. Nak diluah kepada suami, aku tak tahu macam mana nak mula sebab liar macam mana pun wanita tua itu, mama tetap ibu nya. Aku buntu. – Kiki (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Abeawi Ali : Papa mentua awak memang betul – betul seorang yang sabar. Tapi, kita sebagai manusia biasa ada limitnya. Papa mentua awak malas nak bertegang leher dengan mama suami awak tu. Mungkin malu ke anak – anak dan jiran. Tapi sayang.. dia tak malu dengan Tuhannya. Dayus laa seorang lelaki / suami membiarkan bininya bermaksi4t.

Alia Nara : Umur MIL dah 50 series, anak – anak dah besar panjang sampai bercucu, masih buat per4ngai lagha mcaam orang tak cukup akal, FIL and the family members boleh biarkan!? How they all menjalani hidup selama ni dengan ada ibu yang begitu?

U kene tegas dan cakap terus dengan your husband about this. Ya memang berd0sa besar ya bersekongkol dengan orang yang dah memang terang buat d0sa. Anak – anak tak wajib menafkahi mak macam ni, kalau bagi jugak dah terang bersubahat, plus ikut hukvm menafkahi isteri adalah paling utama dari menafkahi ibu bapa.

Kalau u pun sama hanya berdiam dan memendam rasa macam orang lain, maka seluruh keluarga you sekarang memang GAGAL TERUK. MIL kamu tidak layak dijadikan isteri dan ibu, lemah nya FIL kamu boleh simpan t0ksik ni berpuluh tahun.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.