Dahlah menumpang satu keluarga. Aku masak kaki ayam masak kicap, kak ipar kata dia geli. Lauk bukan untuk ‘manusia’

Tiba – tiba kak ipar petik nama aku dan suami, kata kami izinkan dia tumpang rumah. Dengan suami tak kerja, anak 5 orang. Duit tak pernah hulur, kerja rumah tak buat. Paling geram anak – anak dia minta duit belanja dekat suami aku. Sampai satu hari suami aku halau, dan cakap macam ni..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Ini adalah pertama kali aku  meluah kat sini. Nama aku Huda. Umur aku 33 tahun. Dah kahwin selama 7 tahun yang lepas. Dah ada anak seorang. Aku kerja kerani di sebuah kedai hardware saja.

Suami aku pula supervisor di sebuah stesyen minyak. Macamana ye nak mula… Bukan masalah dengan mentua ataupun suami tetapi dengan kakak ipar iaitu kakak suami aku lah. Untuk pengetahuan, dulunya kakak ipar dengan suami dia serta 5 anaknya duduk di rumah kampung.

Rumah ibu dan ayah mertua. Dari bujang sampailah dia dah kahwin, ada anak 5 ni pun mereka duduk situ. Kakak ipar tak kerja. Suami dia kerja tapi suka berhenti. Nanti kerja tempat lain, tak sampai 4 bulan berhenti lagi.

Alasan dia, tak seronok, boss berlagak, tak suka dia. Itu saja alasan dia. Dah berbuih mulut dinasihati tapi tak pernah nak berubah. Sampai cakap tak perlu masuk campur katanya. Aku tak pernah masuk campur pun. Suami aku je la yang selalu tegur.

Dalam bulan jun tahun ini, kakak ipar nak berpindah ke rumah kami. Dan dia memberitahu Ibu dan Ayah mertua aku, yang suami dan aku dah bersetuju bagi keizinan mereka pindah ke rumah kami. Padahal, tak pernah sekalipun mereka berbincang hal itu. Tiba – tiba sahaja petik nama kami pula.

Takpe, kami beri peluang tapi suami aku awal – awal dah bagi syarat, cuma dua bulan saja. Dalam masa dua bulan tu, usahalah cari rumah sewa dan cari kerja. Dari situlah bermulanya episode “hitam”. Segala benda mereka mengharap kami.

Sampai duit belanja anak mereka pun minta pada kami dengan alasan mereka orang susah dan cakap dengan suami aku, ‘takkan dengan adik beradik sendiri nak berkira. Dengan isteri semua boleh.’ Aku memang geram jugalah dengar tapi tak kerana suami, kalau tak lama dah tu aku bertumbvk dengan kakak ipar.

Patutlah adik beradik suami lain macam tak nak layan sangat mereka ni. Sebabnya, abang sulung suami aku pun dah terkena. Sudah dibantu, akhirnya kakak ipar mengadu pada salah seorang mak saud4ra suami yang isteri abang sulung tak suka mereka anak beranak. Bagi makan pun berbeza.

Bila hal tu sudah sampai ke telinga abang sulung suami, sejak tu abang sulung dah tak nak layan lagi mereka. Hari raya pun tak bercakap. Dan sekarang giliran kami pula. Aku pernahlah masak kaki ayam masak kicap. Kakak ipar komplen cakap, “kaki ayam ni nak bagi makan kat orang?”

Dia cakap lagi yang dia geli dan tak akan bagi anak – anak makan benda tu. Dahlah menolong masak pun tak, tak tahu diuntung pulak tu. Takde maknanya suami dia nak hulur – hulur duit untuk beli barang dapur. Sesen pun tarak!

Tapi demand macam – macam seolah mereka pula tuan rumah. Jajan anak – anak dia, kami kena belikan. Dan anak – anak dia pandai minta duit kat suami aku. Anaknya nombor 4 siap cakap, “Pakndak, nak duit. Mama suruh minta…”

Budak tue masih kecil dan polos. Memang dah diajar oleh maknya. Takkan pandai sendiri. Ada tukang ajar. Suami kakak ipar per0kok. Dahlah hisap r0kok, hisap vape lagi. Nak cepat kembali ke Rahmatullah ke gamaknya. Kot ye pun, tengok keadaan.

Anak aku memang tak biasa. Sebab suami aku sendiri tak pernah mer0kok ataupun hisap vape. Suami kakak ipar hisap r0kok tak kena tempat. Hisap dalam rumah, dalam toilet, kadang – kadang ada anak – anak pun selamba hembus sana sini saja.

Dan dah masuk 3 bulan, suami dah geram akhirnya, suami halau mereka keluar. Suami aku punyalah marah sampai cakap, “Jangan berani lagi korang anak beranak datang sini lagi! Balik, pergi berambus!”Kakak ipar menangis dan merayu.

Suaminya pun merayu jugak tapi memang big NO kali ni. Akhirnya mereka pulang semula ke rumah Mak dan Ayah Mertua. Seperti biasa, memang ada saja gebang dan bohong mereka bercerita tentang kami. Mak dan Ayah mertua dah faham sangat.

Hanya dengar dan diam jer. Cerita kat lain pun sama. Akhirnya mereka diam sendiri sebab memasing buat tak tahu saja. Dengar boleh, percaya jangan. Saya dan suami ni terlalu baik. Dulu – dulu pun, kami rajin juga beri duit pada anak – anak mereka.

Yelah, dah anak buah kan. Balik kampung, mesti belikan ole – ole atau jajan. Pernah juga bawa makan dan berkelah. Tapi tak sangka mereka cerita lain pada orang lain di belakang. Sejak tu lah, kami mengambil tindakan “jangan terlalu baik” pada mereka. Pandai – pandailah hidup lepas ni.

Satu hari, abang pada mak mertua yang kami panggil Pak Uteh datang dan kakak sulung dan suaminya kena “brainwash”. Kata Mak mertua, mereka berdua senyap tak cakap apa – apa sampai ke sudah. Biarlah. Saya dengan suami dah tak nak campur. Harap berubahlah.

Belum lagi part Mak mertua jaga kelima – lima anaknya. Mak mertua pernah kena ter4jang dek salah sorang anaknya sampai Iebam pipi. Mak mertua mengadu pada kakak ipar. Dan dia cakap, “Biasalah, Mak. Budak – budak macam tuelah… Mungkin yang dia nak Mak tak bagi kot, dia marahlah.”

Langsung takde rasa bersalah. Anak tu yelah masih tak berakal. Patut Maknya berakal. Kalau ikut hati, nak cerita semua tapi nanti panjang macam sinetron. Ini pun dah panjang lebar. Saya bukan menghasut orang suruh jangan jadi baik.

Bukan begitu. Buat baik berpada – pada. Itu saja. Jangan sampai kena pijak, kena buIi. Yang patut saja. Saya pun bukan manusia sempurna jugak. Ada buat salah silap… – Huda (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

NurAz Wan : Kesian datuk dan nenek tu.. kalau tak tahan pun, mungkin tak sampai hati nak halau. ltulah akibat, orang kahwin, dia pun nak kahwin tapi tanggungjawab tak sedia nak pikul. Rasa – rasa kalau meninggaI atuk dan nenek ni, mereka stand by nak ambik alih rumah tu. Susah lah nak buat faraid nanti.

Hayati Isa : Geramnya. Saya rasa saya sanggup keje tukang sapu sampah pun takpa, asalkan tak menyusahkan orang. It was called self pride. Rasa malu menyusahkan orang tu kena ada. Bukan malu tak bertempat. Daripada malu keje tak seberapa, baik malu menyusahkan orang. Huhu

Patutnya makpak mentua pun kena halau dorang tu jangan bagi duduk rumah mak ayah dah menyusahkan orang tua saja. Susah nak tolong orang kalau dah sampai tahap teruk macam ni, dorang tu bukan lagi orang susah tapi sendiri yang taknak keluar dari kesusahan.

Nak mudaahh saja hidup mengharapkan bantuan orang semata – mata kerja taknak, usaha sikit pun taknak malas nam4ti memang tak boleh tolong orang yang takmau tolong diri sendiri boleh tolong kesiann jelah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.