Dalam pantang suami skandal dengan rakan sekerja. Siap buat aktiviti dalam kereta baru aku. Aku bawa AL-Quran jumpa betina tu

Soalan pertama aku tanya betina tu. Kenapa kau suka kat laki aku? Dengan selamba dia jawab laki aku ni baik. Take care. Penyayang. Aku tanya betina tu lagi. Apa yang korang buat kalau dating??? Dengan muka tak tahu malu dia jawab…

#Foto sekadar hiasan. Aku budak baru kat sini. Aku tak tahu nak luahkan masalah aku ni kat siapa. Aku berusia awal 30-an dan suami aku tua setahun dari aku. Kitorang kahwin nak masuk 7 tahun, ada anak 3. Bulan 2 hari tu aku bersalin anak nombor 3.

Baru – baru ini, masa cuti sekolah, aku dapat “tangkap” whatsapp cinta suami aku dengan officemate dia. Perempuan tu duduk sebeIah dia. Yang aku paling berbulu, perempuan tu, tua setahun dari dia. Aku dapat tahu, masa tu pukuI 4 pagi.

Suami aku tengah nyenyak tidur. Aku bangun awal sebab nak siap – siap nak pergi holiday dengan family beIah aku. Gelap dunia aku bila baca mesej cintan diorang. Siap ada peIuk civm semua. Memang membara hati aku.

Kalau ikutkan hati panas aku, nak aje aku lari tinggalkan suami aku dengan anak – anak. Biar dia rasa. Biar dia menjawab dengan family aku. Tapi, bila aku fikir – fikir balik, baby aku biasa bangun pukuI 5 nak susu. Dah lah kat rumah tak ada stok (susu perah), mana dia nak cekau. Aku tak jadi.

Tapi, aku meraung. Dia tersedar. Dia bangun tidur, dia tanya. Aku tak jawab. Tapi, dia dah dapat agak. Handphone dia aku sorok dalam baju. Dia cari juga handphone tu. Dia nak delete semua mesej – mesej tu. Tapi, aku bijak. Aku simpan handphone tu.

Dia mengaku yang dia memang ada affair dengan betina tu. Masa aku baru 3 minggu berpantang. Masalahnya aku tak berpantang kat kampung. Aku berpantang kat rumah sendiri. Semua keperluan dia tetap aku yang jaga.

Makan minum pakai, semuanya aku siapkan. Kalau dipikirkan logik, orang yang tengah berpantang yang dijaga, bukan menjaga. Dia tanya aku, boleh ke aku teruskan holiday dalam keadaan aku macam ni. Aku tanya dia balik, kalau aku cancel holiday yang family beIah aku (kitorang dah rancang 3 bulan sebelum), apa alasan terbaik nak bagi kat diorang? Dia terdiam.

Kalau korang kenal suami aku tu, korang tak akan percaya yang dia ada skandal. Sebabnya dia yang aku kenal dah dekat 9 tahun memang cukup baik orangnya. Aku nak juga teruskan holiday tu. Bayangkan lah. Trip nak sampai ke tempat holiday tu makan masa 9 jam.

9 jam dalam kereta aku habiskan dengan mesej betina tu dan menangis. Aku tak boleh g4duh – g4duh dengan suami aku sebab mak aku tumpang kereta aku. Aku pakai sunglasses untuk elak dari mak nampak mata aku bengk4k.

Dah jadi macam S. Jibeng dah aku ni. Lalu terowong pun pakai sunglasses. Memang aku tak boleh lupa. Aku ugvt suami aku. Aku nak bagitahu tahu mak bapak dia. Aku nak bagitahu pakwe betina tu. Oh lupa pula, betina tu ada pakwe. Tapi, dalam masa yang sama layan perasaan dengan suami aku.

Sepanjang aku mesej dengan dia, mula – mula betina tu tak mengaku. Dia kata kawan. Tapi, dapat perhatian lebih. Kawan alam siber lah konon. Aku tahu, suami aku ni jenis yang tak pandai menipu. Jadi, aku push dia sampai dia mengaku.

Korang nak tahu tak, selama ni suami aku balik lambat dari kerja rupanya dia bermadu asmara dengan betina tu. Overtime Sabtu Ahad, rupanya dating dengan betina tu. Sampai anak – anak pun naik bosan. Dia comolot betina tu dalam kereta kitorang.

Dah lah kereta baru beli. Aku pun belum naik lagi. Walaupun beli kereta tu ada share aku. Sanggup dia duIukan betina tu. Kitorang baru beli kereta. Masa tu aku baru je seminggu bersalin. Kereta tu kitorang beli cash, buat personal loan.

Aku separuh, dia separuh. Sebelum ni kitorang pinjam kereta pak mertua (kereta bapak suami aku). Dia menggatal dengan laki aku lepas laki aku start kerja lepas aku bersalin. Al-kisahnya laki aku ni ambil cuti untuk jaga aku 2 minggu.

Lepas tu dia ada kursus kat pantai timur. Lepas je laki aku start kerja, betina ni menggatal. Katanya dia rindu dengan laki aku. Kalau dah nama jantan, korang pun faham kan. Sure lah melayan. Kata rindu kat dia juga lah. Laki aku mengayat betina ni masa kursus tu.

Semua budak opis dia nampak. Ada 2 – 3 budak opis dia sound betina ni. Jangan cari pasal. Dia tu dah kahwin, ada anak, bini dalam pantang. Dah nama pun betina gatal. Dia pun layan suami aku. Bayangkan lah. Dalam bas 8 jam dok sebeIah – sebeIah tengah malam.

Apa jadi??? Aku tak nak fikir. Kang susu aku kurang pula. Kesian anak kecil aku. Sejak dari tu, laki aku mula balik lambat, Sabtu Ahad overtime je kerjanya. Balik rumah dok bilik belakang ngadap laptop. Tidur sampai pukuI 1 – 2 pagi.

Bila aku tanya buat apa, katanya study nak dekat exam kekdahnya. Lupa pula, laki aku study part time. Rupanya chatting dengan betina tu. Asal balik rumah je nak ng4muk. Dengan membentak. Nak marah budak – budak.

Sampai baby aku yang baru sebulan lebih tu pun kena marah dengan dia. Standard lah kan baby nangis malam – malam. Dia boleh bentak – bentak budak tu. Anak sulung kitorang anak kesayangan dia. Dia tak pernah pukuI budak tu.

Tapi, kalau dah melampau sangat kena juga sedas. Tapi, sejak ada skandal dengan betina tu, budak tu pun jadi sasaran juga. Sama juga dengan anak kedua kitorang. Tak cukup dengan budak – budak, aku pun jadi m4ngsa. Dia tak pukuI tapi bila tengok aku ni, macam semuanya salah.

Balik je, nampak rumah sepah sikit, meng4muk. Anak bising sikit, meng4muk. Serius. Aku telah kehilangan seorang suami yang sangat baik ketika tu. Untuk pengetahuan korang semua. Lepas je kantoi, laki aku bagitahu betina tu, kata dah kantoi.

Jadi, betina tu dah tahu lah yang diorang dah kantoi. Sebab tu lah dia tak ngaku mula – mula. Aku tahu kelemahan laki aku tu. Sebab tu lah aku push dia sampai dia ngaku. Aku suruh dia cerita dari A sampai Z. Ada lagi satu kisah.

Lepas je hangat bercintun dengan betina tu, bab – bab duit dia jadi sangat pemurah. Kalau tak, punyalah payah nak tengok dia keluarkan duit. Siap beli samsung, tukar pakej line handphone. Belikan betina tu bear masa betina tu dapat anugerah. Untuk aku?? Untuk anak – anak?? Hampeh!!!

Aku ugvt nak jumpa pakwe betina tu. Dia tak bagi. Siap call laki aku. Merayu – rayu. Tolong jangan kasi tahu pakwe dia. Tahu takut!! Aku ugvt laki aku pula. Nak bagitahu mak bapak dia. Aku nak tunjuk semua mesej diorang. Biar mak bapak dia tahu per4ngai anak dia.

Masa aku dalam pantang, mak mertua aku ada nangis – nangis kat aku. Katanya bapaknya ada skandal lain. Aku cerita dengan laki aku. Tapi, laki aku tak percaya. So, tak ada lah aku syak apa – apa. Rupanya dia backing bapak dia sebab dia pun macam tu.

Tapi kes bapa mentua aku tu kejap je. Sekarang ni dah tak ada dah. Mak mentua aku pun dah happy. Laki aku merayu jangan bagitahu mak dia sebab mak dia ada d4rah tinggi. Takut mak dia admitted pula. Aku tak kira. Aku nak report juga. Semua – semua benda ni jadi masa aku holiday dengan family beIah aku.

Korang boleh bayangkan tak, macam mana aku kawal perasaan aku depan family aku. Seorang pun tak tahu kes ni. Sebab aku tak nak aibkan laki aku tu. Tapi, at the same time, aku marah – marah laki aku. Sampai mak aku marah aku balik korang tahu.

Katanya “Ko nak marah – marah dia kenapa? Apa salah dia? Dapat suami baik macam tu pun ko nak marah – marah.” Aku senyum je bila mak aku cakap macam tu. Padahal dalam hati aku terjerit – jerit nak cerita hal sebenarnya.

Lepas je balik dari holiday, aku jumpa betina tu. Aku siap bawa Al-Quran. Aku nak dia ngaku semua sekali. Dia bagi alasan yang dia uzur. Normal lah kan?? Orang dah buat salah, ada je lah alasannya. Dalam masa yang sama, laki aku cuba cool down aku.

Dia pujuk aku balik. Malam – malam sebelum tidur, dia pegang tangan aku, civm tangan aku. Menangis. Katanya dia menyesal. Dia tak buat lagi. Hampir seminggu aku nangis tiap – tiap malam. Stok susu aku pun m4kin merosot sebab aku str3ss. Aku sedih. Apa kurangnya aku?

Dan apa lebihnya perempuan tu. Aku bangun tengah malam minta petunjuk Allah. Betina tu nak jumpa aku kat kopitiam femes. Aku siap tanya betina tu dan laki aku, samada diorang dah bersedia ke nak jumpa aku kat tempat awam ni?

Kot mana lah tahu.  Tiba – tiba datang mer0yan aku, sorang – sorang aku Iempang. Tak pun aku jerit – jerit kasi diorang malu. Katanya dah ready. Dalam masa yang sama, anak nombor 2 aku munt4h – munt4h. Ikut hati aku nak aje aku bawa dua – dua anak aku yang besar tu.

Biar diorang tengok muka betina yang dah buat mak diorang nangis. Tapi, aku ni ada hati perut lagi. Aku tak nak aibkan bapak diorang. Nanti diorang pandang rendah kat laki aku tu. Aku pergi jumpa dia dengan suami aku dan baby aku.

Aku kena juga bawa baby aku sebab dia menyusu badan. Anak – anak yang lain aku tinggal kat rumah mak aku. Aku bagi alasan yang kitorang nak pergi shopping kain untuk buat baju raya. Aku jumpa kat area rumah perempuan tu. Kat Old Town White Coffee.

Aku mana pernah pergi tempat – tempat mahal macam tu. Aku biasa pergi mamak je. Dia hulur kat aku buku menu tu sambil pegang pensil. Konon – konon nak ambil order aku. Straight to the point aku kata aku datang situ aku bukan nak makan atau minum.

Yang laki aku pula sengal. Boleh pula dia order air. Lepas tu betina tu boleh pula nasihat aku. Suruh aku jaga maruah diri dan laki aku. Aku sound dia. Habis tu apa yang kau dan laki aku buat tu bermaruah lah sangat kan?!!! Terdiam je dia.

Soalan pertama aku tanya betina tu. Kenapa kau suka kat laki aku? Dengan selamba dia jawab laki aku ni baik. Take care. Penyayang. Well, memang betul apa yang dia cakap tu. Lepas tu aku tanya laki pula kenapa dia suka kat betina tu?

Katanya betina tu ambil berat tentang dia. Okeh!!!!!! Fine!!! Aku ni tak caring lah yek!!! Aku tanya betina tu lagi. Apa yang korang buat kalau dating??? Dengan muka tak tahu malu dia jawab PEGANG TANGAN, P3LUK & CIVM.

Time tu aku rasa nak ambil pis4u nak tik4m dia bertubi – tubi. Bukan dia sorang je. Laki aku sekali. Tapi aku cool. Aku tanya lagi. Bila diorang start serius? Katanya awal bulan 3!!!! Time tu aku baru je 2 minggu bersalin. Aku pun cakap dengan laki aku. HOW DARE YOU!!!!

Bini dalam pantang, anak merah lagi berani you yer!! I bersalinkan anak you tahu!!! Bukan anak orang lain. Time tu, muka laki aku dah merah. Tapi yang peliknya betina tu cool jer. Aku tanya dia lagi. Apa yang dia bagi kat laki aku? Ada dua jawapan.

Bag duit RM300 dan bear masa dia dapat anugerah. Katanya bear tu lambang persahabatan. Hampeh!!! Laki aku tu aku boleh tengok kat cermin mata aku. Dia jenis tak reti belanja orang lain. Nak belanja bini pun kira dulu.

Aku tak tahu lah betina tu bagi RM300 sebab apa. Aku tanya suami aku kenapa? Dia kata betina tu kata ikhlas. Habis tu kenapa kau ambil duit betina tu?!!! Kalau kau lapar ke apa, aku ni kan bini kau. Mintak aje lah. Tapi, aku tahu betina tu sengaja nak mengena laki aku.

Sekarang ni, suami aku macam orang kena sih1r. Aku tak pasti kalau betina tu ada buat benda – benda macam tu. Suami aku cakap, dia rindu kat betina tu. Aku marah kat laki aku, aku suruh dia rindu kat aku. Sebab aku ni BINI dia.

Aku tak tahu apa nak buat sekarang. Aku memang kecewa. Betina tu pun masih ada. Dah lebih 6 bulan berlalu. Suami aku, katanya berubah. Tapi, aku tak percaya 100%. Aku tak tahu kalau hati aku ni boleh lupa dan maafkan diorang. Aku terlalu sayangkan suami aku. Tapi, dia buat macam ni. Kenapa?!!

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.