Satu hari, ayah pun buat tabiat lama balik. Tinggal segala benda atas meja nak pergi mandi. Nah, sekali duit dia hilang lagi. Kami semua excited nak tengok CCTV. Adik aku nak buat content mistik. Sekali bila kami tengok cctv!
#Foto sekadar hiasan. Salam. Baru – baru ni kerap berlaku kejadian duit hilang dalam rumah kami. Mula – mula duit ayah aku. Ayah aku meniaga, jadi balik meniaga dia akan letak benda – benda dalam poket dia atas meja. Macam jam, duit syiling semua la.
Kami pun tak tahu la dah lama mana duit dia hilang. Sebab ayah jenis pendiam sikit. Sebelum ni dia tak cakap apa – apa. Tapi agaknya dah tak tahan sangat kot, satu hari dia bagitau kat mak, duit – duit dia yang tinggal atas meja semua hilang.
Kami fikir ayah salah letak ke. Dia kata memang letak atas meja. Dia ingat. Tapi lepas tu bila tengok duit tak de. Ibarat satu sen pun tak tingal. Lepas tu abang ipar pun ada cakap, duit dia yang tinggal dalam bilik, atas meja hilang jugak.
Lama jugak la kejadian ni berlaku. Sampai satu hari, duit meniaga ayah 500 hilang macam tu ja.. Memang ayah tinggal sekejap ja. Dia keluar toilet tengok dah tak de. Nampak ayah str3ss jugak la. Ye la duit modal meniaga kan. Merata cari tanya semua orang memang sapa pun tak tahu pergi mana duit tu.
Kami ni tak percaya sangat b0moh – b0moh ni semua.. Cuma ada la kawan – kawan ayah cakap ada t0yol kot. Ayah kan meniaga.. So orang hantar curi duit agaknya. Jadi kawan dia macam ambik air dari darul shifa. Kononnya buat pagar semua. Tapi yang peliknya, duit dalam beg ke apa tak hilang.
Yang tingal secara open ja hilang. Macam letak atas meja, mesti hilang. Tak kira berapa pun amount duit tu.. Walaupun 50sen. So kami pun macam hati – hati la kan. Sebab benda tak nampak kan. Dalam rumah ni ada 7 orang penghuni.
Mak ayah, kakak, abang ipar, anak dia nama Upi, umur setahun setengah, saya dengan adik laki kami. Satu hari, gas habis. Mak pulak nak pergi surau. Jadi dia pesan kat saya kalau orang gas datang bagi duit. Duit tu dia tinggal atas meja dekat dapur.
Sebenarnya sejak kami hati – hati tu, takde dah duit hilang. Sebab kami pun tak letak secara terang. Ayah pun letak dalam beg. Tu yang pelik, bila letak dalam beg duit tu ada ja. Tak hilang pulak. So saya tengok duit gas tu memang ada atas meja masa mak cakap tu.
Lepas tu kita pun tak paid attention sangat la.. Duit tu 22 ringgit lebih. Mak memang bagi cukup – cukup. Elok orang gas sampai, saya nak bayar tengok – tengok duit tu tak de. Terus aku panik. Kakak aku ada masa tu. Blur la kami. Call mak nak tanya kot – kot mak salah letak.
Tapi mak pergi surau memang tak bawak fon.. So bayar duit kami dulu la. Balik tu mak cakap mana ada mak usik apa – apa. Kan lepas letak duit atas meja mak terus pergi surau. Jem terus kami.. Adik laki aku cakap, yang lawak nya, dia tak cakap depan – depan tapi dia type dalam wasap group.
Kononnya kalau cakap takut t0yol tu terdengar. Nanti pecah rahsia katanya. Dia kata nanti aku beli cctv dari shopee. So cctv pun sampai. Tapi takde la kejadian duit hilang sebab duit tak letak open kan. Adik aku pun macam musykil la.
Dia sengaja letak duit syiling 20 sen atas meja. Sehari berlalu. Duit tu ada ja. Abang ipar kata, t0yol zaman milinium. Lagi cerdik dari manusia. Tahu orang nak rakam dia, terus insaf mencuri. Lama – lama kami pun macam lupa la pasal tu. Hilang – hilang ni pun dah tak de dah.
So satu hari macam tu la.. Ayah pun dah lama – lama buat tabiat lama balik. Tinggal segala benda atas meja nak pergi mandi. Nah, sekali duit dia hilang lagi. Adik aku excited nak tengok sang pencuri.. Sebenarnya dia kata macam ni.
Mesti duit tu tiba – tiba akan ghaib. Kita tak akan nampak dalam kamera sang pencuri tu. Sebab makhluk halus tak terakam dalam kamera. Lepas tu berangan nak buat content la apa la. Berangan kuat la adik aku ni. Sekali tengok, waduhhh.. Jelas terang imej pencuri. Si Upi yang setahun setengah.
Terkedek – kedek panjat kerusi, ambik duit, terkedek – kedek turun pergi masuk dalam tabung dia. Eee geramnya tengok tangan gemuk tu.. Memang aku gigit – gigit. Ayah aku sampai terduduk gelak tak keluar suara. Hanya keluar air mata ja bila tahu t0yol sebenar adalah cucu kesayangan.
Hanya mampu geleng kepala ja la. Lepas tu peIuk civm cucu manja dia tu. Kami semua pun gelak, si t0yol pun gelak jugak la walaupun dia bukan faham kenapa kami gelak. Lepas tu adik aku kata. Sat – sat kita tengok demo.
Sengaja adik aku sepah – sepahkan duit syiling banyak – banyak. Sebab adik aku kata 20 sen dia tak nampak kot. Lepas tu adik aku pergi menyorok. Memang dia kutip duit – duit tu, pergi masuk tabung dia. Dengan terkedek – kedek pampers penuh. Geramnya aku tengok. Rasa nak kunyah – kunyah.
Mak dia pun, hey Upi. Apa Upi buat ni.. Kenapa ambik duit orang. Slumber ja dia cakap dengan pelat – pelat dia, ‘uwit Upi.. Upi nye.. Cimpan tabung.’ Sekali tengok tabung dia, masyaAllah.. Duit thailand pun ada. 500 ayah aku ada, dan lain – lain not besar – besar.
Dekat 700 jugak la. Adik aku kata kat abang ipar, ‘ni hah pencuri zaman millennium, sila tengok betul – betul. Anak sendiri.’ Yang bezanya pencuri ni tak insaf – insaf pun.. Terang – terang pun dia ambik ja. Mak aku tanya, dah lama ke upi buat kerja ni.
Dia jawab lama dah sambil angguk – angguk. Dan dengan kusyuk betul tengah masuk duit dalam tabung. Pakat gelak la kami beramai – ramai. Dia pun lagi galak gelak sambil tepuk tangan.. Seronok betul sang pencuri ni. Terpaling bahagia dalam dunia.
Aihh Upi – Upi… Bertuah punya budak. Yang pelik bin hairannya, kami langsung tak perasan bila masa dia ambik, bila masa dia masuk. Memang style dia pegang barang sangat kejap. Duit langsung tak jatuh. Genggam sangat kuat. Aihh si tecik ni.. Tangan dah macam drumstick.
So kalau dalam rumah korang kalau ada duit hilang. Cuba check dalam tabung anak – anak korang. Sebab mind diorang kan macam tu, duit kena simpan dalam tabung. Asal nampak macam duit ja cepat – cepat simpan dalam tabung. Gaya dah macam takut orang lain nampak dulu.. Macam tu la gelagat dunia kalau ada budak – budak. Hiburan seisi keluarga. – Amy (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Faz Li Dya Midd : Hahaha ni best..comel betul tapi kena latih jugak budak demok tu, ajar untuk tak boleh ambil tanpa izin. Dalam masa yang sama selalu – selalu ‘sedekah’ kat dia untuk dia masuk tabung . Lama – lama dia faham la apa beza ambil tanpa izin dan orang bagi.
Sakinah Zulkefle: Happy ending, cuma kita dah boleh mula terapkan untuk dia tidak ambil hak orang, lama – lama nanti dia fahamlah. Anak – anak saya pula kalau saya dengan suami pegang purse/wallet, mereka standby depan kita nak ambil duit. Memang budak – budak baya ini dengan duit cukup laku, padahal tidak ajar membeli lagi pun.
Cik Hijau: Sebiji per4ngai anak buah saya masa baya – baya upi. Asal nampak duit syiling, semua masuk tabung. Adik saya balik sekolah suka letak beg duit atas meja. Dia perasan pagi nak ambil mesti ringan. Mula – mula tidak kisah, tapi lama – lama macam keraplah pula. Akhirnya kantoi anak buah ambil. Tabung dia kemain berat. Ini pun macam upi juga. Mengaku dia ambil. Tiada tipu – tipu.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.