Mana bapak dapat ekor pari tu? Pernah abang sorok ekor pari tu, tapi pasti akan jumpa semula. Bila malam, bapak datang bilik abang, abang buat – buat tidur.
#Foto sekadar hiasan. Confession ini saya buat untuk menyampaikan sedikit pesanan kepada ayah saya yang saya panggil Bapak.. Pak, bapak ingat tak betapa garangnya bapak ketika bapak muda? Pantang anak bapak buat salah, pasti ada saja yang akan terkena habuan.
Kalau tidak rotan, tali pinggang, paip getah, dan kadang – kadang ekor pari. Mana bapak dapat ekor pari tu? Pernah abang sorok ekor pari tu, tapi pasti akan jumpa semula. Agaknya kitorang ni memang nakal yang amat ketika kecil dulu kan?
Menjelang remaja, masa tu abang baru lepas SPM, bapak tempeIeng abang sampai terper0sok bawah meja. Berdesing telinga, adalah jugak dalam 2 hari telinga ni dengar tak dengar. Masa tu abang rasa nak lari rumah je.
Tapi bila malam, bapak datang bilik abang, abang buat – buat tidur. Bapak usap kepala abang dua tiga kali sebelum keluar. Sebak betul bila ingat. Abang mungkin anak yang paling selalu kena naik tangan. Jika dibandingkan dengan adik – adik. Hmm.. padanlah muka. Ponteng sekolah sebab nak mandi sungai.
Pernah jugak tak balik rumah sebab belajar mer0kok di rumah kawan. Dengan paip getah bapak beIasah abang depan adik beradik lain. Natijahnya? Bukan saja masing – masing tak berani nakal, nak bersuara depan bapak pun takut.
Kadang – kadang abang sampai tahan nafas bila bapak lalu. Betapa takutnya pada bapak yang garang dulu. Bila abang dapat tawaran universiti, ada sedih di mata bapak. Mungkin sebab tidak biasa berpisah sejauh itu. Bapak bayar yuran ribu riban untuk lihat anak bapak berjaya.
Kadang – kadang bapak balik lewat malam menjual ikan dengan lori kecil dari kampung ke kampung. Sedih bila ingat lori kecil tu tempat bapak lepaskan lelah, dengan aircond takde. Tapi bapak lena juga sebab terlalu letih bekerja.
Bila berjauhan, jarang sekali dapat bercakap dengan bapak. Dalam sepuluh kali panggiIan yang abang buat, mungkin hanya sekali akan bercakap dengan bapak. Itu pun sangat singkat. Bapak akan tanya ‘ada duit?’, ‘nak berapa?’.
Dan disudahi dengan ‘belajar elok – elok, jangan hampakan mak.. ‘ Jarang sekali dapat berbual kosong dengan bapak. Kadang – kadang bapak ni lawak jugak. Pernah sekali abang bawak mangga manis yang dah berp0tong lalu depan bapak.
Bapak sempat ambil sep0tong dan tanya ‘sedap ke?’. Abang cakap la sedap sangat, manis. Bapak makan dan kata ‘Sedap lagi epal.. ‘ dan bapak terus buat kerja bapak. Bila fikir balik, sebenarnya bukan bapak tak nak mangga tu, sebab mangga tu sikit, bapak sanggup tak makan, kan?
Oh ya.. ketika bapak menjejaki usia 50 tahun. Bapak sudah hilang garangnya. Mungkin ketika itu cucu sudah lahir dari rahim isteri abang. Kadang – kadang rasa terharu melihat betapa sayangnya seorang atok kepada cucunya.
12 tahun lepas, 2013.. Bapak tiba – tiba diser4ng str0ke kecil. Betapa hati abang rasa sedih. Semua kerja yang dibuat tak kena. Nak ambil cuti, tak boleh terlalu lama. Akhirnya hanya doa dan solat hajat yang mampu dikirimkan.
Alhamdulillah.. Beberapa minggu selepas tu bapak sihat seperti biasa. Cuma ada ubat – ubat menjadi peneman setia bapak. Asbab bapak s4kit, abang jadi lebih hargai bapak. Abang belanja bapak ke klcc, bapak beli seluar harga ratus – ratus.
Mak bising. Tapi abang beli jugak sebab bapak jarang dapat barang mahal. Seluruh hidup bapak banyak tertumpu untuk keluarga. Bapak pakai seluar tu sampai lusuh. Pernah sekali bapak nak meng4muk sebab seluar tu hilang.
Rupanya terjatuh dari ampaian. Mujurlah jumpa semula. Mak kata, banyak seluar lain, seluar tu jugak yang dia suka. Mungkin sebab abang yang beli kan? Abang tau bapak sayang abang.. hehe. Alhamdulillah bapak direzekikan menunaikan umrah pada januari 2023.
3 ogos 2023, rumah terbakar disebabkan litar pintas. Sikit pun mak dan bapak tak menangis. Bapak bukanlah orang yang kuat agama. Tapi bapak percaya pada rezeki Allah. Bapak kata Allah ambil sedikit untuk bersihkan rezeki. Bapak percaya ada gantinya nanti.
Lepas tu bapak, mak dan adik – adik kecik menumpang rumah pakcik, adik bapak sendiri. Alhamdulillah pakcik sangat mengaIukan. Abang berkali – kali ajak mak dan bapak duduk rumah abang. Tapi bapak tolak, sebab tempat abang jauh.
Seminggu selepas rumah terbakar, bapak call abang mintak belikan jubah baru, sebab malu pegi solat jumaat pakai t-shirt derma. “kalau takde gambar takpe jugak.. ni lambang BN” Lawak bila ingat. Abang order jubah bapak dari shopee. 3 helai.
Tapi, belum sempat abang post, bapak diser4ng stroke. Lidah bapak seperti jadi pendek bila berkata – kata. Bapak dimasukkan ke kecem4san. Abang cakap kat doktor.. “Buatlah yang terbaik.. kalau boleh saya nak bapak saya umur panjang.. “
Doktor kata yang kadang – kadang keputusan ahli keluarga menyiksa pes4kit. Ada masa melepaskan lebih baik. Abang cuma jawab pada doktor, “Pantang m4ut sebelum ajaI doktor.. “ Ya pak.. sejujurnya abang nak bapak hidup 100 tahun lagi.
Abang tak kesah bapak nak jadi garang semula. Abang tak kesah bapak nak r0tan orang banyak kali. Abang tak kesah bapak nak Iempang abang sampai pekak. Tak kesah. Bapak bertahan ye.. Masa tu hanya airmata peneman diri..
Terbayang prosedur apa la yang bapak tengah hadap sekarang. Abang cuba tidur, tapi asyik terkenang bapak. Ya Allah.. ampuni d0sa bapak aku.. permudahkan urusannya. Pak, esoknya doktor call lagi, doktor cakap benda yang paling buruk pernah abang dengar.
Sel – sel otak bapak ada yang dah m4ti. Bapak mungkin masih bernafas. Tapi bapak akan Iumpuh seumur hidup! Ya Allah.. Rasa longlai lutut. Tak berdaya rasa nak berkata – kata. Airmata dah jatuh tanpa ditahan – tahan. Masa tu abang cuba jadi kuat memandangkan adik – adik juga sedih.
Abang bagi kata – kata semangat yang keajaiban Allah itu ada. Beberapa hari selepas itu bapak dimasukkan ke wad biasa, walaupun masih koma. Ada susu yang perlu dibeli. Dan beberapa peralatan yang diperIukan jika bapak perlu dijaga di rumah.
Alhamdulillah ada bantuan dari keluarga dan kawan – kawan. Segala persediaan disediakan sebelum bapak dipindahkan untuk dijaga di rumah. Pak, walaupun bapak masa tu koma, tapi bapak jadi asbab keluarga jadi rapat.
Kami buat jadual untuk beri bapak susu. Bersihkan kahak bapak. Mandikan bapak. Badan bapak perlu dibalik – balikkan disebabkan ada kulit yang dah mula melecet dan Iuka disebabkan asyik terbaring. Kadang – kadang adik – adik berebut nak berkhidmat untuk bapak. Syukurlah.. Semua sayangkan bapak.
Selepas sebulan, bapak pergi jua. Walaupun sangat sedih, abang lega pak.. Bapak sudah hilang sengsara. Abang tau setiap kali balikkan badan bapak, bapak akan rasa skit. Abang tau setiap kali sedut kahak bapak, bapak akan rasa siksa.
Tapi orang tau setiap skit yang bapak lalui adalah penghapus d0sa. Sekarang bapak rehat ye.. Semoga bapak digolongkan di kalangan orang beriman. Ya Allah.. Jika ada pahala pada sedekahku, zikirku, ibadahku.. Aku sedekahkan ikhlas pada bapakku..
Pak, Malam tadi.. Abang mimpikan bapak. Dan abang sedar yang itu mimpi. Dalam mimpi abang peluk bapak puas – puas sambil nangis sebab abang tau bapak dah takde. Bapak cuma ketawa ceria.. Abang tak ingat apa yang bapak cakap dalam mimpi. Rasa rugi pula.
Tapi dapat peIuk bapak dalam mimpi rasa satu nikmat dari Allah. Semoga ceria bapak dalam mimpi petunjuk kepada keadaan bapak di alam sana. Aamiin. Pak, terjaga dari mimpi abang sambung nangis lagi. Jubah bapak yang abang tak sempat post abang peluk kuat.
Abang bukan tak redho, tapi abang s4kit menahan rindu. Sambil taip ni pun abang nangis. Ini rupanya rindu tanpa penghujung. Semoga kita selalu dipertemukan dalam mimpi ya pak. Dan semoga kita semua ditemukan di jannah. Aamiin.. Sayang bapak.. – Abang (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Esya Ecah : Rindu yang tak terungkap, subuh 21/12/2017. PanggiIan telefon pagi tu merentap senyuman yang ada bila memikirkan nak buat surprise balik kampung di waktu cuti krismas dan rindu ini takkan terungkap dan habis sampai bila – bila.
Seorang abah yang tak pernah garang dengan anak – anak, cukup jelingan dah buat kami senyap membisu, hahahaha sekali pun tangan tak pernah naik ke badan. Yang sentiasa menggalakkan anak – anak, sentiasa setuju dengan apa keputusan anak – anak buat, itu abah saya.
Ingat lagi perbualan terakhir kami; “adik sambung belajar tu, duit cukup tak? kalau tak cukup bagitau”. Abah, adik da grad,dah sambung master sekarang, kalau ada rezeki, nak sambung PHD, walaupun abah tak sempat tengok adik naik pentas, tapi adik tau, abah mesti bahagia. Hahahaha sape p0tong bawang pagi – pagi ni woi.
Kal Yusof : Samalah seperti arw4h ayah saya. Mase kami kecil, ayah seorang yang sangat garang. Kene libas tu biasa tapi malam – malam ayah akan sapu minyak gamat semula. Bila ayah sem4kin tua, kami jadi sangat rapat dengan ayah.
Dan waktu ayah s4kit sebelum meninggaI, kami sangat rapat. Masa kecil tak pernah berpeIuk civm tapi bila ayah tengah s4kit, sebelum balik mesti civm. Dan civm terakhir ayah pada saya sangat dalam. Terdetik kat hati lainnya rasa ayah civm.. rupenya tu civman terakhir dari seorang ayah. Semoga syurga tanpa hisab buat kedua ibu bapa kita.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.