Dapat bonus sebulan, mertua p4ksa aku beli microwave lama dia harga RM500. Bila aku taknak, dia perli siap mengadu dekat suami

Bonus aku sebulan je. Mak aku sendiri pun tak tau aku dapat bonus tapi mak mertua sibuk tanya bonus aku. Mak mertua p4ksa pulak suami, suruh beli jugak RM400. Sebabnya mertua dah beli microwave baru harga beribu…

#Foto sekadar hiasan. Salam semua, aku sebenarnya bukan orang baru dalam ini tetapi disebabkan ada “orang” yang selalu menjenguk ke sini, jadi aku tidak boleh lah bebas bercerita. Jadi aku gunakan nama samaran je la. Aku Lina.

Sebenarnya begini, aku baru – baru ini dapat bonus Alhamdulillah…jadi aku bawalah keluarga pergi berjalan. Setelah balik daripada berjalan – jalan ini, aku terima panggiIan daripada mertua aku. Sebelum itu, di sebalik panggiIan telefon ada cerita lain.

Aku ni boleh dik4takan rapat dengan emak mertua aku. Dia pun semua benda dia cerita dan kongsikan dengan aku. Ada sekali aku balik kampung, aku bergurau lah dengan emak mertua aku yang aku nak beli lah dia punya microwave sebab aku lihat dia bukan guna pun.

Dia taknak, dia cakap dia beli mahal, kalau nak juga RM700 huhuh. Tak naklah aku kan. Masa tu anak pertama aku kecil lagi. Kemudian pernah lah juga setiap kali aku balik terselit kisah kmicrowave ni… harga terakhir dia bagi masih RM700. Jenama apa? Aku tidak ingat. Tetapi bagus lah juga.

Okey sambung, aku terima panggiIan daripada mak mertua aku ini untuk membuat taw4ran. Aku pun tak tahu lah kenapa dia nak sibuk atau gembira apabila aku dapat bonus ini. Dia offer aku untuk beli microwave dia tu.

Tahu berapa harga? Anak aku yang kecil dulu pun sudah 7 tahun. Dia offer RM500. Bagi aku masih mahal lagi lah sebab kalau aku nak beli yang baru pun harga RM300 dah dapat siap ada w4rranty lagi. Tapi aku tidak beli pun, aku beli oven je, lagi murah hahaha.

Dia macam memujuk – mujuk aku untuk aku membeli dia punya microwave tu. Siap cakap, “bonus sudah dapat boleh lah kan…”..aikk?? Dalam hati aku sudah terdetik… berdetik – detik lah juga… apahal pula dengan bonus aku?

Sudah lah segala benda dalam keluarga aku dia campur tangan. Sekarang bonus aku pun dia mahu atur juga… aku macam gelak – gelak lah lagi. Aku macam bagi petunjuk kepada dia… aku taknak… lagi pula bagi aku mahal lah..!! Tidak tahu lah korang rasa murah atau tidak.

Yang memburukkan lagi keadaan, dia bercakap dengan suami aku pula. Aku tahu kalau emak mertua aku bercakap dengan suami aku, dia macam, “tak boleh tidak, kamu kena ambil juga!” Jadi suami aku tanya dengan aku, dia tanya aku mampu berapa.

Aku pun cakap – cakap ajelah, aku kata kalau RM300 okey lah. Sekali emak mertua aku kata RM400. Suami aku terus memberi aku seratus untuk tambah bajet aku. Huhu m4ti aku…! Aku tidak mahu pun. Jadi hari tu, aku telefon lah emak mertua, aku cakap terus terang, minta maaf lah dengan dia yang aku sebenarnya tidak ada bajet pun untuk membeli benda seperti itu. Lagi pula bagi aku kalau tak ada pun aku boleh lagi.

Dia macam sudah berbunyi marah dah, siap cakap, “emak ingat kot lah Lina nak membeli, nak lengkapkan rumah. Macam kalau pergi rumah Kak Siti (anak dia) itu semua ada. L4wan lah sikit!” Wahhh ini sudah kira suruh aku berIawan.

Aku pun baIas lah, “eh apa pula, saya bukan jenis mahu berIawan – Iawan.” Kemudian dia mula cakap yang meny4kitkan hati lah juga. Sampai satu tahap, dia cakap, “erm tak mahu membeli pun sudah lah, lepas ini emak tidak mahu offer apa – apa dah lah. Dah berjanji tidak mahu ambil.”

Aikk lagi sekali aku pening, bila pula aku berjanji ini. Kemudian dia buat tidak mahu bercakap dah dengan aku. Sedihnya… aku macam berdalih lagi dia cakap sudah – sudah tidak payah beri seribu satu alasan… Sebenarnya, dia sudah beli microwave baru yang ribu riban punya.

Macam – macam lah boleh guna, aku rasa dalam RM3000 kot. Jadi sebab dia sudah order dan tunggu hantar itu, p4ksa – p4ksa lah orang lain. Bukan apa, aku dah lah penat asyik membeli barang terpakai sahaja. Dia boleh cakap yang dia tahu aku memang tak minat nak kumpul – kumpul barang macam tu.

Maksud dia, dia nak kata aku ni suka menghabiskan duit kat baju, kasut, beg tangan… tetapi barang – barang seperti itu tak nak, begitu lah lebih kurang… Aku suruh dia offer dekat anak – anak dia yang lain, tak nak pula. Pandai tak nak beri barang lama yang sudah berw4rna kuning dah pun microwave dia itu…

Bonus aku bukan 12 bulan, sebulan je pun dah macam – macam ada dalam kepala aku ini. Itu tidak termasuk lah dengan apa yang dia minta beli itu. Aku sedih sangat, ini kalau dia mengadu pula kepada suami aku, pasti aku kena balik lagi lah aku sedih nanti.

Suami aku ini kalau bab – bab emak dia memang dia ke tepikan hati dan perasaan aku ni. Setakat ni suami aku okey lagi, mungkin belum tahu kes ni. Apa aku nak buat ni? Aku dah beribu – ribu kali mengalah dan berk0rban hati perasaan aku.

Suka aku lah mahu beli apa dengan duit bonus aku ini. Emak aku sendiri pun tak tahu aku dapat bonus. PerIukah aku menyerah diri kepada suami aku cerita hal sebenar atau biar sahaja emak mertua aku yang cerita kemudian aku kena dengan suami aku?

Pening lah aku, bagi aku masalah besar lah juga sebab cuti ni pasti lah balikkan. Tak mahu jumpa dalam keadaan tegang. Aku dah pikir sampai ke raya, sudahlah nanti dia tengok aku sakan berbaju berkilau… bergaya ke mesti dia kata baju mahu lawa tapi microwave tak mampu beli pula huhu. Tolong kawan-  kawan, bagi ringan sikit kepala aku ni.

Komen W4rganet :

Fahrina Amat : Bagi aku la kan, tuan rumah, ko beli ajela microwave tu, habis cerita.. Sekarang nih sebab MIL ko tu dah assume ko JANJI dengan dia nak angkat sama itu microwave. Tengok dah jadi panjang cerita ni..

Betul, prinsip ko memang bukan nak berIawan dengan ipar duai.. apa yang dorang ada tu lantak le dorang.. tapi dalam situasi macam ni, aku dapat rasa keadaan akan meruncing bilamana ko yang berterus terang tapi MIL plak takleh terima sebab assume ko berjanji nak beli.

Apala sangat RM400 (RM300 duit ko) dengan nak hadap pe’el MIL ko tu.. Tak berbaloi g4duh ngan MIL sebab duit ko yang rm300 tu.. Nak buat cemana dah MIL ko jenis suka buat assumption.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.