Dapat makcik pemalas, dia hanya tolong jaga anak aku je. Langsung tak sapu sampah. Satu hari aku dengar dia marah anak aku

Aku dengar makcik membebel pada anak aku. Aku keluar bilik tengok karpet dah kotor. Akulah yang terbongkok mengangkat sofa untuk tarik karpet dan aku mengucap seketika bila tengok lantai di bawah sofa terlalu berhabuk. Dahlah menumpang langsung tak tolong sapu rumah aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama aku Aileen. Umur dalam lingkungan 30-an, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Seperti tajuk, confession ini berkenaan ibu saud4ra aku yang pemalas dan macamana s4kitnya hati kami ni hidup dengan orang yang pemalas.

Ibu saud4ra aku ni namanya Rita Repulsa, kita panggil Acik Rita ajelah. Acik Rita ni pada asalnya merupakan pengasuh aku dan adik – adik. Kiranya dia dah tinggal dengan ibu ayah aku sejak aku lahir lagi. Umurnya ketika itu dalam lingkungan 20-an.

Acik Rita dulu pernah bekerja seingat aku masa umur 6 tahun. Tapi tak lama lepas tu dia berhenti dan duduk rumah sahaja. Memandangkan dia tak kerja, jadi ibu ayah aku mohon dia untuk jaga kami adik beradik sementara ibu ayah kerja.

Dan ayah aku juga bayar bulanan sebagai upah menjaga kami. Dalam ingatan aku memang Acik Rita jaga kami dan rumah ibu ayah dengan baik. Dia memasak, tolong kemas rumah dan macam – macam lagi. Namun semua tu tak berpanjangan.

Bila adik – adik aku dah besar Acik Rita nampaknya macam dah tak membantu sangat dalam hal – hal rumah. Pada tahun 2003, ayah aku pasang siaran TV berbayar sebab nak tengok sukan, sudahnya yang conquer TV tu adalah Acik Rita.

Dialah yang banyak tengok macam – macam channel sampai ayah aku tak ada peluang pun nak tengok TV. Kesian ayah, dia bayar tapi orang lain yang banyak tengok. Memang tak tahu malu. Lagi satu, Acik Rita ni suka cari gaduh dengan adik perempuan aku hingga suatu hari ayah aku adalah tegur. Tau apa dia buat.

Merajuk tarik muncung sedepa dan masuk bilik tutup pintu. Aduhhh…. malunya lahaii… Aku tak tahu dan tak perasan kejadian – kejadian ni sebab ketika itu saya dah duduk asrama. Jadinya, ayah aku yang ceritakan semuanya.

Ayah saya juga yang bagitahu permulaan Acik Rita dah tak mahu buat kerja – kerja rumah. Mula – mula dia dah tak menyapu rumah, lepas tu dia dah mula tak basuh kain baju dan macam – macam lagi dia tak buat. Cumanya dia masih lagi memasak untuk adik – adik aku makan bila mereka pulang dari sekolah.

Ayah aku luahkan semua ketidakpuasan hati dia dengan Acik Rita pada aku. Dia tak nak cerita pada ibu sebab Acik Rita tu adik ibu, nanti ibu pula akan berkecil hati. Memandangkan Acik Rita dah tak function, maka ayah aku buat keputusan untuk stop beri upah kepada Acik Rita.

Walau bagaimanapun ayah aku masih ada hati perut, dia tetap beli barang – barang keperluan Acik Rita bila keluar shopping, belikan juga baju bila hari raya. Acik Rita ni pulak kalau order barang, dia suka order barang mahal. Contohnya berus gigi.

Kami selalu beli yang family pack ada 3 berus gigi dalam tu tapi dia pulak nak brand mahal. Sama juga kalau dia order barang – barang masakan (dia suka buat dessert, kek dan sebagainya) mesti nak tepung mahal. Cisss….

Fast forward di masa kini yang mana Acik Rita dah berumur 50-an tapi masih sihat. Alhamdulillah lah.. Kini Acik Rita tinggal dengan aku dan dia mengasuh anak aku. Kenapa? Antara sebabnya ayah aku dah tak mahu Acik Rita tinggal di rumahnya, ayah aku dah lama makan hati dengan per4ngai pemalas Acik Rita.

Jadinya aku dan suami ambillah Acik Rita untuk tinggal dengan kami dan jaga anak kami. Kami pun bayar upah kepada Acik Rita dan sediakan semua keperluan dia. Kami hanya harapkan Acik Rita jaga anak aku sahaja, dia tak perlu memasak pun untuk kami.

Dia jaga seadanya sahajaIah sementara kami kerja dan aku berterima kasihlah dalam hal ini. Namun Acik Rita tetap Acik Rita. Per4ngai pemalas dah sebati dalam diri dia. Sekarang anak saya pun dah besar, dan tak perlu nak kena jaga rapi macam masa dia bayi dulu.

Makan pun dah boleh makan apa sahaja macam apa orang dewasa makan. Jadinya kerja Acik Rita sekarang sepanjang masa adalah tengok TV. Ya, tengok TV sahaja. Upah yang aku bayar pun upah dia tengok TV sahajaIah (mungkin kena stop bayar upah dah kot).

Eh lupa dia masih lagi boleh tekan mesin basuh baju dan sidaikan baju. Itu ajelah dia buat. Selain dari pemalas, Acik Rita ni juga kuat membebel dan kuat komplen. Apa saja cerita yang dia tengok di TV tu semua dia nak komplen.

Cara masak orang dia nak komplen, komplen pasal politik pun ya juga (padahal dia tak turun mengundi pun), komplen pasal menu rahmah, komplen pasal orang nak keluarkan KWSP. Eh, semua bendalah! Bernanah telinga aku.

Benda yang dia tak komplen adalah pasal kucing je. Pencinta kucing katanya. Lagi satu yang aku sedih ialah dia simpan semua permainan anak aku sebab dia malas nak mengemas. Aku kesian pada anak aku maka aku keluarkan sedikit mainan untuk anak aku main, tapi sudahnya dia simpan semula.

Sumpah aku kesian pada anak aku. Allahuakbar. Anak aku pandai je simpan mainan sendiri cumanya kita kena mulakan dulu dan bila dia nampak kita start kemas maka dia pun akan sambung kemas sendiri. Kemuncak kenapa aku menulis confession ni….

Selama ini aku bersabar, namun beberapa hari lepas aku betul – betul s4kit hati dengan dia. Anak aku telah tumpahkan kordial atas karpet. Kebetulan masa tu aku ada dalam bilik dan tiba – tiba aku dengar Acik Rita membebel pada anak aku.

Aku keluar bilik dan tengok karpet dah kotor dan perlu dicuci. Tapi tindakan Acik Rita? Dia hanya ambil botol kordial dan tinggalkan karpet kotor begitu saja. Akulah yang terbongkok mengangkat sofa untuk tarik karpet dan aku mengucap seketika bila tengok lantai di bawah sofa terlalu berhabuk.

Untuk pengetahuan korang, aku tengah mengandung dan tak larat untuk menyapu rumah. Aku terus rasa sedih yang teramat kerana Acik Rita ada di rumah 24/7 dan dia tiada inisiatif langsung untuk bantu sapu di bawah sofa.

Tak minta pun sapu hari – hari, aku faham dia dah tua cukuplah dalam seminggu sekali dua je sapu, ini memang tak sapu langsung. Selalunya memang aku yang akan sapu tapi aku tak berdaya. Memang aku tak harap dia sapu tapi takkanlah tak ada common sense, anak saud4ra dia tengah mengandung dan kami suami isteri pun keluar bekerja.

Disebabkan aku terlalu geram maka aku ambillah penyapu dan sapu sehingga pinggang sampai kaki aku krem serta perut mengeras. Siap sapu aku terus baring sambil menangis, bukan sebab s4kit yang utamanya tapi sebab geram yang teramat.

Karpet tu aku biarkan aje dulu dan minta suami yang cucikan. Mujur lepas tu suami balik dan dia yang settlekan karpet tu. Entahlah kawan – kawan aku sendiri tak tahu nak buat apa. Kalau cakap nanti merajuk masuk bilik tak keluar – keluar.

Dia lebih sanggup merajuk lama – lama daripada makan, lagi aku s4kit hati nanti. Aku sebenarnya malu dengan suami sebab dia berper4ngai begitu. Tak mungkinlah kami nak buang dia, terp4ksa la hadap per4ngai dia tu sampai hujung hayat dia.

Ini lepas aku bersalin mungkin aku akan hantar anak ke taska, anak yang sulung akan ke sekolah. Biarlah Acik Rita tu duduk di rumah dan tengok TV sampai reput. Sekian luahan aku. Aku tak minta penyelesaian, hanya terima kasih sekiranya anda sudi baca.

Mungkin ada yang akan cadangkan cari suami untuk dia, tapi tak perlulah kawan – kawan, aku pernah cakap hal ni pada dia lama dulu. Muncung mencuka habis muka dia. Oh ya, sebelum aku tamatkan confession ni, aku ada baca luahan berkenaan kakak ipar pemalas.

Aku dapat memahami sangat perasaan TT yang menulis tu sebab memang siksa hidup dengan orang pemalas. Tiada common sense dan nak hidup senang sahaja. – Aileen Iman (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Nabihah Juhari : Sepatutnya carikan jodoh untuk acik Rita tu baru betul. Hihi.. Lain kali jangan suka – suka bagi orang numpang rumah kita lama – lama walaupun sedare sendiri.. Biarlah duk jauh – jauh. Pandailah dia jaga diri dia sendiri.

Tapi skang dia pun da tua. Korang nak buang dia pun da terlambat. Boleh cuba anto ke rumah orang tua – tua je lah itupun kalau dia nak.. Tapi at least banyak dah jasa acik Rita tu jaga korang masa kecik – kecik. Ko ada berapa beradik.

Pastu ko ingat senang nak ngasuh budak penat dia lagi. Ko nampak hat buruk – buruk dia je cubalah ko selami perasaan dia dah la dia sebatang kara pastu ipar terima pun sebab ada orang nak tolong jaga anak – anak. Memangla bayar gaji.

Tapi hanya bapak ko je la tau berapa upah dia dapat tiap – tiap bulan. Kalau nak banding bapak ko hantar korang ke pengasuh sebenarnya memang lagi jimat dia hire acik Rita tu. Selebihnya semoga berbahagia. Kalau tak suka per4angai dia carilah solusi baik – baik.

Jangan mengumpat sana sini tarik muka belakang – belakang. Kalau tak suka cakap je baik – baik. Doakan dia berubah. Sebab ko nak buang dia ke mana ko kene belajar hadap je lah.. Kalau boleh buang silakan.

Noradila Ismail : Takdala pemalas. Masih masak. Masih basuh baju h4ngpa. Umur 50 an dah pun. Tua dah. Jaga h4ngpa dari kecik dari adik beradik sampai ke cucu sed4ra anak awak. Perhhh… berus gigi mahal mana sangat.

Ungkit dari zaman ayah sampai sekarang. Nasib badanlah mak sed4ra awak. Orang tak suka dalam diam. Kalau saya jadi mak awak pun sedih oh orang kutuk adik dia. Tapi tataula kalau jenis mengata sed4ra mara.

Afizah Baharin : Hanya sebab korang bagi dia upah, korang nak anggap dia tu maid. She is ur aunt la tt, bukan maid. Jangan melebih – lebih. Boleh jadi dia jaga korang dari kecik sebab rasa ihsan dengan parent korang.

Bawak sampai korang beranak pinak. Sesedapnya ja ko nak treat makcik ko tu macam maid. Ayah ko pun sama taktau bersyukur, kalau orang lain yang jaga korang dari kecik belum tentu lagi macamana… Nobody perfect, tapi at least kenang la jasa makcik ko tu da jaga korang dari kecik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.