Dapat mertua alim, setiap masa kena berjemaah. Satu hari mertua suruh aku iqamat depan semua sedangkan aku perempuan

Aku pakai itu salah. Aku makan begitu salah. Aku pegang phone salah. Solat tanpa solat sunat aku ditegur di depan semua. Aku pernah disuruh iqamat ketika solat jemaah keluarga, tercengang aku. Aku bisik ke adik ipar “eh bukan laki ke kena iqamat.” Aku jawab yang aku tak reti iqamat..

#Foto sekadar hiasan. Hi Assalamualaikum semua. Nama aku Aida. Berumur 31 tahun dan sudah berkahwin. Aku nak share pengalaman aku terlibat dalam perkahwinan yang pada aku tidak sekufu. Mungkin maksud sekufu untuk setiap individu adalah berbeza. Ini cerita aku.

Kedua ibu bapa aku bekas pesara guru dan kami ada perniagaan keluarga. Hidup sederhana mewah, alhamdulillah. Ibu aku adalah satu – satunya isteri ayah aku. Cuma kami sekeluarga tidaklah alim warak. Biasa sahaja. Kami solat, puasa, zakat, menderma, dan alhamdulillah diberi peluang kerap menjadi ‘upper hand’ untuk memberi kerana kelapangan rezeki.

Ayah lebih menekankan kami untuk menjadi manusia yang baik, berbakti kepada keluarga dan manusia lain, tidak berkata buruk atau menjadi judgemental, tak suka – suka menghakimi orang lain. Aku membesar begitu. Orang alim warak lalu, aku beri salam.

Orang s3xy lalu, aku haiiii! Betapa periangnya aku. Aku berkahwin dengan suami, yang aku sayang. Sayang kerana baik dia, diam dia, tidak judgemental dia, dan beberapa perkara lain. Keluarga mertua aku berbeza sedikit. Mak mertua aku ni isteri yang keempat kerana ayah mertua aku berpoligami.

Mak membesarkan suami dan adik beradik dalam keadaan serba kekurangan. Mak cikgu agama jadi ramai anak murid. Bil eletrik dan air kebanyakkan anak murid yang volunteer nak bayar, alhamdulillah. Mak didik anak – anak beliau supaya menjadi alim warak, tegur dan tegas jika salah, tak boleh salah, no is no.

Aku kerap dengar mereka berkata, “Macam mana kita nak jawab dengan Allah, jiran kita nii tak pergi masjid.” Aku terdiam. Sebab aku tak pernah tahu pun jiran aku pergi masjid atau tidak. Tapi aku rasa dia pergi sebab aku selalu nampak dia pakai kopiah dan kain pelekat sambil siram pokok petang – petang. Jiran depan aku pulak Indian.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Aku jadi seorang yang makan hati. Aku pakai itu salah. Aku makan begitu salah. Aku pegang phone salah. Solat tanpa solat sunat aku ditegur di depan semua. Aku pernah disuruh iqamat ketika solat jemaah keluarga, tercengang aku.

Aku bisik ke adik ipar “eh bukan laki ke kena iqamat” lol. Aku cakap je aku tak tahu sebab tak yakin. Tapi aku segan. Sebab aku sering ditegur di depan semua orang. Aku jadi malu, bila masuk waktu solat, dah azan je, aku solat sorang laju – laju, aku tak nak solat ramai – ramai.

Aku tak nak ngaji ramai ramai sebab selalu kena pekik salah. Aku tr4uma dan malu. Aku cakap suami tak nak ngaji family lagi, nak cari ustazah ajar sorang je. Aku pernah adukan ke suami. Aku kata, keluarga aku jenis yang tegur one by one di dalam bilik.

Jika nak marah mak aku takkan update di group whatsapp. Supaya tak menjatuhkan maruah orang lain. Ayah aku jenis yang sambil tegur sambil usap kata jangan buat macam tu… salah. Tak kesian ke dekat ayah? Begitulah cara aku dibesarkan.

Aku kata, baru beberapa bulan kahwin, terlalu banyak perubahan dalam hidup dan terlalu banyak orang nak ubah rentak hidup aku, aku jadi pening. Aku  ni berniaga. Berniaga perlu rajin dan work hard. Dan penat lelah berniaga aku selalu reward something walaupun air Boost.

Aku pernah beli air Boost, dan ditanya halal ke? Tersembur aku nak minum masa tu. Aku hari tu nak beli sofa, mak mertua aku kata utamakan yang wajib dahulu. Sampai sekarang tak ada sofa sebab aku badmood nak beli. Lol.

Oh by the way aku menyewa rumah lain negeri lain. Nasib baik suami aku tak bawa aku duduk sekali. Sekarang, aku jadi seorang yang penyedih, judgemental (sedikit). Untuk mengekalkan apa yang diajar dan didik oleh orang tua aku sangat susah dah penat. Kerana kami tidak sekufu dan tidak sama. – Aida (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Faeezah Badarudin : Dalam Islam pun mana boleh tegur cara memaIukan. Salah cara mentua tu. Asal suami paham ok la. Apa – apa luahkan pada dia. Suami duduk dengan mentua ke? Awak duduk menyewa tempat lain kan.

Kenapa nak beli sofa pun cerita dengan mentua? Dan kenapa kerana mentua tak setuju awak rasa takde mood pulak nak beli?? Jangan biar orang lain spoil kehidupan dan rumahtangga awak.

Fieda Rofayadalha : Tak berani nak komen bab extreme tu. Cuma saya sendiri agak terk3jut lepas kahwin sebab banyak gaya hidup dan cara berfikir yang tak sama dengan suami daripada sekecil – kecil perkara sampai sebesar – besar perkara. Kalau nak jadikan g4duh, bab picit ubat gigi pun boleh jadi g4duh. Layan je la. Memang terang lagi bersuluh, dibesarkan oleh keluarga berbeza.

Ha Limah : Sis, ikut je kepala awak, macam mana awak dibesarkan. Jangan ikut cara orang. Awak selesa mengaji sorang, teruskan. Awak nak itu, buat. Awak nak ini, buat. Jangan ambik pusing cakap mentua. Tak semua diorang buat tu betul.

Berhenti jadi judgemental, benda tu tak elok untuk hati awak pun. Mana yang awak tak setuju, jawab dengan tegas dalam kelembutan. Sentiasa amalkan “tarik rambut dalam tepung, rambut tak putuus, tepung tak berselerak”. Eceh.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.